Tidak dinafikan ada antara kita yang mempunyai kulit wajah sangat sensitif jika memakai produk penjagaan wajah yang tidak bersesuaian hingga boleh menyebabkan masalah ‘breakout’. Seperti perkongsian gadis ini yang mengalami masalah berkenaan hanya disebabkan salah memakai mekap ketika kulit wajah bermasalah. Akibatnya dia terpaksa menderita selama empat bulan sebelum pulih seperti sedia kala. Tidak membuat peeling proses, sebaliknya hanya merawatnya melalui rutin harian penjagaan kulit wajah yang konsisten dan hasilnya memang sangat menggembirakan.
Perkongsian thread di twitter menggunakan akaun @ibahsyaibah memberitahu produk apa yang digunakan sepanjang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan memakai produk yang bersesuaian.
Hasilnya setelah empat bulan berjaya memulihkan wajah yang ‘breakout’.
Ini rutin penjagaan kulit wajah yang dilakukan.
Waktu malam juga turut melakukan penjagaan wajah.
Ads
Juga turut mendapatkan rawatan ubat di hospital sebelum bertukar produk lain.
14 produk yang digunakan sepanjang empat bulan.
Kulit jenis kombinasi kepada kering.
Ads
Jika kulit jenis sensitif boleh cuba pakai set kecik dulu.
Pakai sunblock secara perlahan dan sapukan rata.
Ads
Pantang tak boleh makan sambal belacan dan juga ‘seafood’.
Mungkin ini punca wajah jadi ‘breakout’.
Pergi hospital kerajaan untuk mendapat rawatan ubat sapu (cleanser).
Kulit wajah pulih walaupun tanpa pakai peeling proses.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memasuki tahun baharu, ramai yang mengimbas kembali atau throwback gambar-gambar lama mereka dan membandingkannya dengan keadaan sekarang. Ada yang tetap sama seperti dulu dan ada juga yang mempunyai penampilan berbeza dulu dan kini.
Kejayaan hijabi ini pada 4 tahun lepas pasti menjadiinspirasi hijabi yang ingin merubah penampilan diri. Seperti Azfa Fasihah, dia berjaya mendapatkan transformasi yang hebat dari permulaan tahun 2019 hinggalah ke akhir tahun. Ramai yang terkejut dan kagum dengan perubahannya itu dan meminta tip daripadanya. Jom kita lihat tip yang dikongsi!
Jika dilihat satu-persatu gambar yang dimuatnaik dalam laman Instagram milik figura popular ini, pastinya mata kamu tidak terkelip walau sebentar dek kerana terpesona dengan keayuan gadis ini. Bukan hanya ayu, malah nilai fesyen yang ada pada dirinya menambahkan lagi seri dalam setiap gambar OOTD nya. Dari pemilihan warna hijab hinggalah kepada padanan sepatu yang sesuai, ia seolah-olah memberi inspirasi kepada wanita di luar sana tentang penghasilan gaya fesyen wanita berhijab terkini!
Oleh kerana itu, laman Instagram Fatin Noraishah ini sudahpun mencecah 150k bilangan pengikutnya! Tidak hairanlah mengapa namanya sering disebut-sebut menjadi diantara salah satu nama individu berpengaruh dalam gelanggang media sosial terutamanya tentang aspek fesyen.
Team Hijabista tertarik untuk berkongsi 5 pilihan gaya OOTD model terkenal ini yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk seluruh pembaca! Selamat bergaya!
Siapa kata warna keperangan tidak boleh dipadankan dengan warna biru denim? OOTD Fatin ini memberi inspirasi kepada wanita berhijab di luar sana tentang stail yang casual. Sarungkan saja kemeja berlengan panjang dan padankan dengan seluar jeans berpotongan lurus atau sedikit besar. Ingin mahu tampil sedikit feminin? Gayakan bersama sepatu bertumit rendah dengan rona pastel yang pastinya menaikkan seri keayuan kamu!
Untuk menghasilkan gaya OOTD yang pertama ini, mudah saja! Pilih sahaja rekaan kemeja berlengan panjang berona perang dari jenama Monki serta seluar denim berpotongan ‘regular’, juga dari jenama Monki. Untuk gaya terbaik, sarungkan sepatu putih bertumit pendek dari Charles & Keith.
Sempurna! Cantik molek dalam rekaan ala jubah dari jenama Qiszar, Fatin tampak ayu ala wanita melayu terakhir versi moden! Apa yang menariknya, pemilihan rona biru pastel ini amat sesuai dengan kulit warna Fatin yang putih mulus. Konsep untuk OOTD ini lebih kepada ‘less is more’! Hanya menggunakan satu rona sahaja dari bawah hingga ke atas, kamu sudah tersedia untuk menjalani aktiviti harian kamu!
Warna biru sememangnya menjadikan keseluruhan gaya kamu lebih minimalis dan tidak terlalu mencuba. Tapi harus diingat, usah saratkan dengan corak yang keterlalulan dari atas hingga ke bawah kerana ia mungkin akan merosakkan keseluruhan stail kamu!
Gaya OOTD Fatin ini barangkali menjadi kegemaran ramai kerana ia lebih kasual dan santai! Hanya dengan permainan warna bersama cetakan menarik saja yang menghiasi keseluruhan gaya stail kamu! Gaya begini amat selesa untuk kemana-mana sahaja. Sama ada di tengah kota mahupun sedang meluangkan masa di rumah, gaya ini sempurna dan ‘on-point’ untuk kamu gayakan! Mainkan dengan warna-warna pastel yang tidak terlalu menonjol.
Idea menarik untuk gaya ini ialah padankan dengan ‘jogger pants’ yang berwarna menarik serta potongan t-shirt yang sedikit ‘oversized’.
Ini ialah gaya suai padan yang menarik apabila blouse bercorak kamu bersama dengan seluar denim dapat menghasilkan stail yang urban! Fatin bijak dalam menjadikan gaya ini lebih mahal apabila potongan denimnya sedikit singkat bersama dengan sepatu ala slipped-on, amat sempurna! Lengkapkan gaya kamu dengan padanan eksklusif aksesori yang menarik seperti tas tangan bersama dengan tali pinggang yang bercorak kasual.
Untuk menaikkan lagi gaya OOTD kamu, pilih rekaan blouse yang sedikit berwarna-warni untuk menghidupkan lagi stail fesyen kamu!
Padanan warna putih bersama dengan rona tanah atau nude sememangnya menyerlahkan gaya aristokrat kamu! Padankan saja blouse putih bersama dengan celana rona nude ala stail Fatin ini, kamu sudah ‘ready’ untuk menghadiri ke ‘meeting’ penting kamu!
Minuman bubble tea sememangnya menjadi kegemaran ramai. Di Malaysia sahaja, dianggarkan terdapat lebih 50 jenama yang menawarkan pelbagai jenis minuman bubble tea. Ya benar, ia sedap, tetapi bagaimana pula dari segi aspek kesihatan?
Menurut Pakar Pemakanan dan Pengurus Jabatan Dietetik dan Perkhidmatan Institut Jantung Negara (IJN), Mastari Mohamad, kandungan gula dalam segelas minuman bubble tea cukup membimbangkan.
Segelas minuman tersebut dianggarkan mengandungi antara lapan hingga 20 sudu teh gula. Dalam sehari sepatutnya mpengambilan gula untuk seorang yang normal tidak boleh melebihi 10 peratus daripada pengambilan kalori.
Contohnya, seorang lelaki bersaiz badan sederhana seperti orang Asia, keperluan kalori mereka sebanyak 2,000 sehari. Jadi, ia (pengambilan gula diperlukan) lebih kurang 200 kalori sahaja, iaitu kira-kira 10 sudu teh
Ini pandangan Kevin Zahri, seorang pakar kecergasan tentang ‘habit’ minum bubble tea.
Kebelakangan ini ramai yang bertanya “boleh ke minum bubble tea?” Banyak jugak posting social media tentang ketinggian kandungan gula, diabetes, kencing manis yang perhaps excessive untuk salahkan 1x minuman semata-mata.
Dalam pemakanan seharian di Malaysia ada pelbagai makanan dan minuman yang tinggi gula, calorie, lemak dll. Minuman bubble tea sememangnya trend (probably for the next 1 year) tapi minum bubble tea semata-mata BUKANlah penentu obesiti mahupun kencing manis (diabetes).
Obesiti dan kawalan berat badan ditentunya oleh pelbagai faktor: pemakanan secara menyeluruh, gaya hidup, senaman etc. Ia TIDAK terletak pada 1x minuman semata-mata.
Diet “black n white” ini sering menjadi tekanan dan salah faham majoriti yang ingin mulakan suatu program pemakanan sehingga ia menjadi selalu rigid dan beri tekanan tak tentu pasal.
Dieting adalah “suka hati kau” selagi anda mahir mengawal keseimbangan ikut pada keselesaan dan objektif masing-masing. Jadi 1-2 teh bubble teas seminggu bukan penentu apa-apa.
Jadi bab “bubble tea”, kalau tanya saya, i would not say “elakkan” kerana nak tak nak orang ramai akan minum jugak. But I would say “dont go crazy n make sure you balance it out dengan pemakanan dan gaya hidup seharian”.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.