Jika dilihat satu-persatu gambar yang dimuatnaik dalam laman Instagram milik figura popular ini, pastinya mata kamu tidak terkelip walau sebentar dek kerana terpesona dengan keayuan gadis ini. Bukan hanya ayu, malah nilai fesyen yang ada pada dirinya menambahkan lagi seri dalam setiap gambar OOTD nya. Dari pemilihan warna hijab hinggalah kepada padanan sepatu yang sesuai, ia seolah-olah memberi inspirasi kepada wanita di luar sana tentang penghasilan gaya fesyen wanita berhijab terkini!

Oleh kerana itu, laman Instagram Fatin Noraishah ini sudahpun mencecah 150k bilangan pengikutnya! Tidak hairanlah mengapa namanya sering disebut-sebut menjadi diantara salah satu nama individu berpengaruh dalam gelanggang media sosial terutamanya tentang aspek fesyen.

Team Hijabista tertarik untuk berkongsi 5 pilihan gaya OOTD model terkenal ini yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk seluruh pembaca! Selamat bergaya!

  1. Gabungan warna yang sempurna.

Siapa kata warna keperangan tidak boleh dipadankan dengan warna biru denim? OOTD Fatin ini memberi inspirasi kepada wanita berhijab di luar sana tentang stail yang casual. Sarungkan saja kemeja berlengan panjang dan padankan dengan seluar jeans berpotongan  lurus atau sedikit besar. Ingin mahu tampil sedikit feminin? Gayakan bersama sepatu bertumit rendah dengan rona pastel yang pastinya menaikkan seri keayuan kamu!

IKLAN

Untuk menghasilkan gaya OOTD yang pertama ini, mudah saja! Pilih sahaja rekaan kemeja berlengan panjang berona perang dari jenama Monki serta seluar denim berpotongan ‘regular’, juga dari jenama Monki. Untuk gaya terbaik, sarungkan sepatu putih bertumit pendek dari Charles & Keith.

2. Gaya anggun bersama helaian labuh.

Sempurna! Cantik molek dalam rekaan ala jubah dari jenama Qiszar, Fatin tampak ayu ala wanita melayu terakhir versi moden! Apa yang menariknya, pemilihan rona biru pastel ini amat sesuai dengan kulit warna Fatin yang putih mulus. Konsep untuk OOTD ini lebih kepada ‘less is more’! Hanya menggunakan satu rona sahaja dari bawah hingga ke atas, kamu sudah tersedia untuk menjalani aktiviti harian kamu!

Warna biru sememangnya menjadikan keseluruhan gaya kamu lebih minimalis dan tidak terlalu mencuba. Tapi harus diingat, usah saratkan dengan corak yang keterlalulan dari atas hingga ke bawah kerana ia mungkin akan merosakkan keseluruhan stail kamu!

IKLAN

3. Gaya kasual di tengah kota!

Gaya OOTD Fatin ini barangkali menjadi kegemaran ramai kerana ia lebih kasual dan santai! Hanya dengan permainan warna bersama cetakan menarik saja yang menghiasi keseluruhan gaya stail kamu! Gaya begini amat selesa untuk kemana-mana sahaja. Sama ada di tengah kota mahupun sedang meluangkan masa di rumah, gaya ini sempurna dan ‘on-point’ untuk kamu gayakan! Mainkan dengan warna-warna pastel yang tidak terlalu menonjol.

Idea menarik untuk gaya ini ialah padankan dengan ‘jogger pants’  yang berwarna menarik serta potongan t-shirt yang sedikit ‘oversized’.

IKLAN

4. Gaya wanita ‘sophisticated’.

Ini ialah gaya suai padan yang menarik apabila blouse bercorak kamu bersama dengan seluar denim dapat menghasilkan stail yang urban! Fatin bijak dalam menjadikan gaya ini lebih mahal apabila potongan denimnya sedikit singkat bersama dengan sepatu ala slipped-on, amat sempurna! Lengkapkan gaya kamu dengan padanan eksklusif aksesori yang menarik seperti tas tangan bersama dengan tali pinggang yang bercorak kasual.

Untuk menaikkan lagi gaya OOTD kamu, pilih rekaan blouse yang sedikit berwarna-warni untuk menghidupkan lagi stail fesyen kamu!

5. Gaya mewah ala aristokrat!

Padanan warna putih bersama dengan rona tanah atau nude sememangnya menyerlahkan gaya aristokrat kamu! Padankan saja blouse putih bersama dengan celana rona nude ala stail Fatin ini, kamu sudah ‘ready’ untuk menghadiri ke ‘meeting’ penting kamu!

Sumber gambar: Instagram Fatin Noraishah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI