Kadangkala mesti terasa renyah untuk mengamalkan rejim kecantikan yang memerlukan terlalu banyak langkah bukan? Dari satu produk ke satu produk yang perlu digunakan mengambil masa yang agak lama, lebih-lebih lagi apabila kulit wajah jenis berminyak dan berjerawat.

But don’t worry! isu ini boleh diatasi dengan set penjagaan wajah Hada Labo Oil Control Regime. Merupakan jenama produk penjagaan wajah yang menjadi bualan ramai dek keberkesanan selepas penggunaan, jenama ini turut ditawarkan dengan harga mampu milik untuk semua.

Kekal Cantik & Berseri

Sebagai hijabi penampilan menjadi perkara yang dititik beratkan. Rambut sudah dilindung hijab, jadi kulit muka perlulah tampil sihat dan berseri bukan? Barulah keyakinan menjadi tinggi.

Set ini merangkumi tiga produk sahaja menjadikan rejim penjagaan lebih mudah. Lagi pula, rangkaian produk ini sangat mesra cuaca di negara kita yang lembap dan panas sepanjang tahun. Ia cepat menyerap dan tidak melekit menjadikan anda selesa sepanjang hari. Menampilkan losen, serum dan pelembap, tiga jenis produk ini menjadi sabahat terbaik kulit wajah anda. Jom kita lihat kebaikan produk tersebut langkah demi langkah.

ARTIKEL BERKAITAN: 95 Peratus Kesan Jerawat Hilang Dengan Set Pemutih Premium Hada Labo Hanya Dalam 14 hari

IKLAN

Langkah 1: Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion

Memiliki fungsi 2 dalam 1, Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion diformulasikan dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti Pear Barli serta bunga Chamomile bersama asid hyaluronik untuk melawan jeragat dan memulihkan keseimbangan air dan minyak di kulit. Ia juga membantu mengurangkan kemerahan yang disebabkan jerawat lantas menjadikan kulit lebih berseri dan segar.

Untuk pengetahuan anda, Asid Hyaluronik membantu proses penghidratan kulit agar menjadi lebih anjal. Menarik tentang produk ini, tekstur bahan yang ringan dan cair menjadikan Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion sebagai persediaan penyerapan terbaik pada kulit sebelum mengenakan produk berikutnya.

Langkah 2: Hada Labo H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum

The best serum for your skin! Diperkaya dengan Centella Asiatica complex dan empat jenis Asid Hyaluronik. H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum menghidrat secara mendalam dan mengunci lembapan untuk melegakan dan membaiki kulit yang mudah berjerawat dan sensitif dalam masa lima minit sahaja. Tekstur ringan dan cepat meresap menjadikan kulit berasa segar dan anjal. Serum ini juga bebas daripada alkohol, pewangi, minyak mineral dan pigmen, sesuai untuk semua jenis kulit.

LANGKAH 3: Hada Labo Hydrating Snow Dew

IKLAN

Tekstur ringan, lembut seperti krim menjadikan Hada Labo Hydrating Snow Dew bagaikan cair di kulit lantas memberikan rasa segar bertenaga. Produk ini diformulasi dengan Ceramide, 4 jenis Asid Hyaluronik dan Pati Lilac & Swiss Edelweiss.

Ceramide mengandungi nutrien pelembap tinggi yang meresap jauh ke dalam kulit dan menguatkan skin barrier untuk melindungi daripada kehilangan lembapan dan kesan dari pencemaran alam sekitar.

Manakala 4 Jenis Asid Hyaluronik pula berfungsi untuk mengunci, menambah dan memulihkan kelembapan secara mendalam ke dalam kulit, lapisan demi lapisan untuk membentuk ‘pengunci’ kelembapan yang berkesan untuk kulit kekal lembap sempurna.

IKLAN

Selain itu Hada Labo Hydrating Snow Dew turut memiliki Pati Lilac & Swiss Edelweiss yang membantu mengecilkan pori-pori secara berkesan dan mengawal minyak menjadikan kulit lebih segar dan anjal berseri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali Pakai Terus Nampak Kesan, Ini Sebab Mengapa Anda Akan Jatuh Cinta Dengan Hada Labo HA Supreme Booster Serum!

SO EASY, TIGA LANGKAH MUDAH!

Jadi dengan hanya tiga produk dan tiga langkah yang telah dijelaskan di atas, anda boleh mendapat kulit yang cantik. Follow it step-by-step, mulakan rejim dengan Hada Labo H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum kemudian Hada Labo H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum dan akhirinya dengan Hada Labo Hydrating Snow Dew.

Berminat untuk memulakan langkah kecantikan anda, dapatkan rangkaian produk penjagaan wajah Hada Labo Oil Control Regime di farmasi, Watsons, Guardian atau klik SINI [shoppe link].

Hada Labo Malaysia | MY Hada Labo | Facebook

https://youtu.be/HwVUooOKPLU

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI