Lumrah manusia untuk bergaya dan berfesyen mengikut trend masa kini. Sebagai wanita yang berhijab pasti kita juga ingin sentiasa kelihatan cantik. Tetapi, pernah atau tidak anda terfikir tentang hukum dan batas dalam berfesyen buat wanita berhijab? Boleh ke wanita ini bergaya mengikut trend peredaran zaman?
Tidak menjadi kesalahan sekiranya golongan wanita berhijab untuk bergaya dari segi pakaian atau aksesori. Kerana ianya diharuskan dalam islam. Peredaran zaman membuatkan fesyen itu sesuatu keperluan serta banyak gaya dan sangat memberikan dorongan kepada para wanita yang berhijab untuk bergaya. Namun, perlu diingatkan bahawa berpakaian perlu mempunyai batas terutama sekali buat mereka yang berhijab.
Bagi wanita yang berhijab, berfesyen itu perlu seiring dengan penjagaan maruah di mana terkandungnya dalam Maqasid syariah terutama sekali bab memelihara aurat. Kerana ramai yang tidak menitikberatkan hal ini. Kita juga dituntuk untuk berpakaian kemas dan rapi tetapi buat wanita berhijab, disarankan agar anda menutup aurat dengan sempurna.
Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf ayat 31; “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” Sumber dari Mstar
Menurut ayat di atas, sebagai seorang Muslim hendaklah kita bersikap sederhana dalam melakukan apa sahaja agar tidak melampaui batas. Sama juga apabila berpakaian.
Oleh itu, terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dari sudut pakaian, jenis pakaian dan aksesori yang mengikut ajaran islam iaitu:
1. Bentuk pakaian
Sebagai wanita muslim, kita mestilah menutupi seluruh bada kecuali anggota yang mendapat pengecualian seperti bahagian muka dan tangan.
Pakaian tersebut perlu longgar, tidak terlalu nipis dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh badan anda. Pastikan pakaian itu selesa. Oleh itu, perlu diingatkan pakaian yang dipakai tidak akan menimbulkan fitnah dan di samping itu dapat menjaga kehormatan seorang wanita muslimah.
2. Jenis pakaian
Semestinya di dalam islam, berpakaian menyerupai agama lain adalah dilarang dan terdapat hadis yang menegah perbuatan tersebut. Hadis tersebut menegaskan larangan dan juga amaran keras bagi mereka yang menyerupai orang kafir dari segi ucapan, perbuatan, pakaian dan lain-lain.
IKLAN
Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [HR Abu Daud, 4031]
Dilarang sama sekali untuk menyerupai seperti jantina lain. Menurut hadis Ibn Abbas juga menyatakan Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. Ini termasuklah juga dengan cara berpakaian. Menurut alim ulama ianya satu laknat jika memakai sedemikian.
3. Akesesori pakaian
Aksesori pakaian merupakan perhiasan buat penampilan seseorang wanita itu. Seperti cincin, gelang tangan, anting-anting dan lain-lain. Seperti yang anda tahu, kebanyakan reka bentuk fesyen wanita kini dihiasi dengan pelbagai bentuk manik dan batu pertama yang cantik.
Perlu diingatkan bahawa penampilan dan perhiasan yang melampau dilarang sama sekali dalam agama. Ia dipanggil sebagai tabarruj. Tabarruj merupakan perbuatan berhias atau berpakaian yang berlebihan bagi seorang wanita yang sampai menarik perhatian ramai walaupun tanpa membuka bahagian aurat.
Pada zaman Jahiliah, wanita akan berjalan depan kaum lelaki dalam menarik perhatian, penuh dengan lenggang lenggok dan dengan langkah yang manja. Maka, perbuatan tersebut dilarang setelah kedatangan Islam. Walaupun fitrah manusia memang suka akan kecantikan dan perhiasa tetapi perlu diingat ia perlu mengikut syarak yang ditetapkan.
Akhir kata, berhias sederhana di dalam islam bukanlah sesuatu sekatan tetapi ianya adalah garis panduan agar seseorang wanita itu menjaga maruah, mengelak dari fitnah dan menghindar sifat riak yang tersasar dari syariat islam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jika sebut sahaja nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza ataupun Tok Ti, pasti wajah insanyang sentiasa menemani penyanyi tersohor ini terus muncul dalam minda kita. Rozi Abdul Razak ataupun lebih popular dengan gelaran Rozi Sang Dewi ataupun panggilan mesra Kak Rozi, bukan sahaja dikenali sebagai PA kepada penyanyi kesayangan ramai itu, malah dia umpama kakak kandungnya sendiri.
Meraikan sambutan ulang tahun Rozi yang ke 48, Tok Ti menitipkan ucapan ulang tahun kepada insan yang banyak membantunya sepanjang dirinya bergelar anak seni. Jatuh bangun, pahit manisnya dilalui bersama-sama.
Menerusi laman Instagramnya, Tok Ti menyatakan bahawa Rozi seperti perpustakaan bergerak kerana tahu banyak fakta mengenai dirinya dan menjaga dirinya lebih dari waktu menjaga anak Rozi sendiri.
Sannah helwah buat seorang insan yang seperti kakak kandung saya sendiri. Beliau menjaga saya lebih dari waktu menjaga anaknya, mengingatifakta tentang saya seperti perpustakaan bergerak, insan yang saya sayang & hormati..
Di kesempatan itu juga, Tok Ti turut menzahirkan doa agar insan yang disayanginya itu sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
Semoga Allah SWT terus berikan umur yang panjang serta berkah, rezeki melimpah ruah, iman yang tinggi, kebahagiaan & kejayaan dunia serta akhirat.. Aamia Ya Rabb..
Penyanyi tersohor dari negara seberang Indonesia, Kris Dayanti juga turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Rozi diruang komen hantaran yang dimuat naik oleh Tok Ti itu.
“Tahniah Kak Zyee panjang usia yang bahagia, ingat umur kerja saya pun hampir bersamaan dengan love jadi teringat itupun masa kenal kak Rozi. Allah jaga selalu ya love,” komen Kris Dayanti.
Team Hijabista juga ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada Rozi dan mendoakan agar sentiasa dipelihara oleh Allah SWT! InsyaAllah!
Benarlah kekuatan jalinan cinta dan ikatan dua hati antara dua manusia yang saling mengasihi mampu membuat kita menjadi apa sahaja yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini!
Baru-baru ini tular perkongsian jemaah Malaysia yang sedang berada di tanah suci Mekah, yang tersentuh melihat pasangan suami isteri yang mencuri perhatian, apabila sang suami sanggup mengenepikan rasa malu demi keselesaan isterinya melakukan ibadah.
Sang suami sanggup ‘menadah’ bahagian belakang badannya sebagai kerusi agar isterinya dapat melakukan solat sunat tawaf dihadapan Kaabah.
Mungkin Isteri Alami Masalah Lutut, Sukar Solat Secara Berdiri
Perkara berkenaan dikongsikan oleh pengguna Facebook Fetrah Bt Abu Samah menerusi satu muatnaik foto, sejurus menyaksikan babak menyentuh hati berkenaan. Menurutnya, ia merupakan satu pemandangan yang menggambarkan ‘cinta dan kasih sayang’ yang indah.
“Pengorbanan seorang suami. Gambar ini saya ambil di depan Maqam Ibrahim, tempat jemaah melakukan solat sunat tawaf setelah selesai melaksanakan tawaf. Sangat-sangat menyentuh hati.
“Pada hemat saya isteri mungkin sakit kaki atau lutut dan tidak dapat sujud namun tiada kerusi disediakan di dataran kaabah. Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.
“Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah saw,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan telah menerima sebanyak 10 ribu tanda suka dengan 1.3k dikongsikan di laman Facebook dengan 921 komen telah ditinggalkan oleh wargamaya setelah menyaksikan hantaran berkenaan.
Meninjau komen-komen yang ditinggalkan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa kagum terhadap ketulusan ikatan cinta dan kasih sayang yang ditonjolkan oleh pasangan suami isteri ini.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.
Tidak semua hijabi yang ingin mengenakan warna-warna yang cerah dan selalu memilih warna rona tanah dan ‘pastel’. Mungkin kurang keberanian itu kerana takut di kritik.
Tapi sudah tentu ada yang ingin menonjol dan tampak berlainan bukan? Apa kata anda cuba warna hijau! Ya, warna hijau ala-ala sayur-sayuran itu.
Warna hijau bukan lagi untuk ‘pokok’ sahaja…
Mungkin ada yang sangka warna-warna terang ini tidak sesuai di pakai ketika waktu siang dan bagi pakaian harian. Namun, kalau anda tahu cara padanan dan gaya yang betul, sudah pasti akan nampak cantik dan menarik.
Team Hijabista ingin rungkai salah satu gaya yang cukup menarik oleh seorang pempengaruh, Zainab Ashraf (@zzainabashraf). Gaya padanan stail dengan warna seperti hijau boleh dijadikan inspirasi buat para hijabi di luar sana!
Gaya 1: Monokrom
Gaya monokrom senang sahaja untuk di padankan kerana memerlukan anda untuk memakai padanan satu warna sahaja. Mengikut Zainab juga, dia memilih kombinasi warna hijau terang dan sedikit gelap. Apa yang menambah kepada ‘look‘ ini adalah aksesori seperti ‘sling-bag‘ dan tali pinggang berwarna hitam yang menjadi sedikit penegasan.
Padanan ‘color block‘ sering menjadi permainan utama bagi dunia fesyen. Namun, ia bukanlah semudah yang anda sangka. Tetapi bagi mereka yang berani seperti Zainab, padanan warna hijau dan biru adalah suatu stail yang cukup bold!
Seluar ‘wide-leg‘ berwarna biru menonjolkan lagi kesopanan selain mengenakan hijab. Blazer yang di pakai juga boleh di tukar kepada jaket puffer atau oversize sweatshirt. Anda juga boleh padankan gaya ini dengan kasut platform atau sneaker yang tampak lebih santai.
Gaya 3: Warna lembut
Warna pilihan ramai hijabi kerana ia lebih menonjolkan sifat feminin dan ayu kepada si pemakai. Zainab memadan warna lilac dan hijau muda untuk kelihatan lebih tenang tetapi sofistikated.
Namun, aksesori bag yang bercorak ala kulit memberi kelainan dari padanan warna yang lembut. Ia akan berikan sedikit perbezaan dan tidak terlalu bosan pilihan warna yang begitu ayu.
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding