Biasanya kita hanya melihat sisi glamour Rozita Che Wan, Ruby dan juga Ayu Raudhah sebagai antara pasangan selebriti adik beradik yang mempunyai aura tersendiri. Namun selain tiga fugura ini, rupanya dalam keluarga mereka yang turut menjadi tumpuan juga adalah adik kepada Che Ta, iaitu Datin Rohaiza Che Wan atau mesra dipanggil Datin Jaja. Beliau baru sahaja melahirkan cahaya mata keenamnya tampak langsing dan cantik selepas hampir dua bulan berpantang.
Beliau yang baru-baru ini muat turut foto terbarunya selepas berpantang anak keenam sempena majlis akikah dan netizen turut memuji penampilannya yang kekal langsing seperti anak dara. Malah ramai bertanya rahsia penjagaan dirinya itu.
faatinalmashoor MasyaAllah comel nya baby. Mummy mcm bukan bru bersalin ja. Gorgeous.. semoga sentiasa mendapat keberkatan dri Allah. Amin
Ads
Tidak dinafikan, hubungan mereka adik beradik memang cukup rapat antara satu sama lain. Mereka dilihat sering bercuti bersama-sama dan kecantikan mereka adik-beradik memang amat dicemburui wanita di luar sana.
Bercerita dalam satu temu bual bersama Nona, Datin Jaja yang ketika itu ibu kepada lima cahaya mata memberitahu tidak mempunyai petua kecantikan yang khusus. Tetapi menurutnya setiap kali selepas melahirkan anak, dia memang jenis seorang yang kuat berpantang.
Apatah lagi jarak anak-anaknya yang sangat rapat dan penjagaan amalan berpantang itu memang sangat penting.
Ads
Beliau juga menjadikan ibunya sebagai idola. Mahu cantik dan bertenaga seperti maknya. Justeru Datin Jaja patuh semua pantang larang yang diajar oleh maknya ketika berpantang.
Malah turut menjaga pemakanannya dan amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam. Wanita tinggi lampai ini juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu kerana menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun.
Ads
Selain itu juga, untuk penjagaan rutin kesihatan, beliau memang begitu menjaga pemakanannya. Jarang mengambil air manis, pencuci mulut atau deserts yang memang jadi kegemarannya.
Untuk pengetahuan, Datin Jaja mempunyai enam orang anak (4 perempuan dan dua lelaki) berumur sekitar dari 9 tahun hingga yang masih bayi lagi hasil perkahwinan dengan suami tercinta.
Masalah rambut rosak seperti rambut bercabang, berminyak mahupun kusut menjadi sebab anda berasa tidak selesa. Rambut diibaratkan seperti mahkota wanita. Jika anda tidak menjaganya dengan betul dan rapi, ia akan menyebabkan kesihatan rambut akan terjejas.
Tetapi, benarkah membasuh rambut dengan kerap boleh mengelakkan masalah rambut? Sebenarnya tidak! Kajian mengatakan bahawa semakin kerap anda mencuci rambut, semakin kusut rambut anda. Banyak lagi masalah lain yang mungkin akan anda hadapi. Nak tahu apa dia? Jom baca!
Kadang-kala masalah rambut bercabang bukan sahaja berpunca daripada pemilihan produk yang salah, malahan bila anda kerap mencuci rambut, ia akan menyebabkan rambut anda bercabang. Nak tahu kenapa? Kekerapa mencuci rambut akan menghilangkan pelembap semula jadi yang amat penting kepada kesihatan rambut. Jadi, jika anda selalu mencucinya, pelembap itu akan hilang dan menyebabkan rambut bercabang! Ingat ya, jangan sesekali menggunakan air panas untuk mencuci rambut anda. Ia akan menyebabkan kulit kepala mengelupas dan rambut akan berminyak.
2. Rambut jadi berminyak dan kusut
Apabila rambut menjadi kering, ia akan membuatkan ia nampak kusut! Maka terjadilah masalah rambut berminyak! Jangan main-main ya dengan masalah rambut berminyak ini. Bukan sahaja rambut akan menjadi busuk, malah ia juga akan menyebabkan masalah kelemumur dan juga akan membuatkan jerawat tumbuh dengan mudah. Nak sikat rambut sakit ya nanti! Jadi, janganlah kerap mencuci rambut anda ya!
3. Warna semakin pudar
Khas bagi anda yang sering mewarnakan rambut, usah membazirkan wang yang sudah anda belanjakan dengan mencuci rambut dengan kerap. Tahukah anda, mencuci rambut dengan kerap akan menyebabkan warna rambut pudar dan akan menyebabkan warna rambut anda nampak pelik dan tidak bermaya. Jadi untuk memastikan warna rambut pilihan anda kekal lama, usah mencuci dengan kerap.
4. Rambut rosak
Haba panas dari pengering rambut akan menyebabkan rambut rosak dan kering. Sudah tentulah apabila kita mencuci rambut, kita mahu mengeringkannya bukan? Oleh itu, haba yang datangnya dari pengering rambut itu secara tidak langsung akan menyebabkan rambut rosak dan kelihatan tidak sihat.
5. Jimat duit
Percaya atau tidak, apabila anda tidak selalu mencuci rambut, sebenarnya anda sedang menjimatkan duit anda. Yalah, mana tidaknya. Apabila anda tidak selalu menggunakan produk syampu dan juga pelembap, ia akan tahan lama mungkin lebih dari sebulan! Ha! Kalau tidak mungkin setiap 2 minggu anda harus menambah stok anda, terutamanya kepada mereka yang berambut panjang!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak mengumumkan niatnya untuk bertudung dan berhijrah ke arah lebih baik sejak memeluk Islam, bintang youtuber Maryam You Narae mendapat permintaan tinggi sebagai model berhijab. Malah, ramai yang memintanya untuk membuat tutorial hijab.
Wanita yang berasal dari Korea Selatan, yang bertemu jodoh bersama Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim ini pernah digelar sebagai selebriti media sosial dengan nama media sosialnya Durian Kimchi.
Penghijrahan Maryam mendapat pelbagai respond dari pengikut-pengikutnya di media sosial.
Meninjau akaun instagramnya Maryam You Narae ada berkongsi tutorial tudung ringkas hingga berjaya menarik perhatian ramai. Pernah dikencam ketika ‘on-off’ memakai hijab, sebagai seorang mualaf pastinya Maryam memerlukan masa untuk menjadi muslimah yang sempurna.
Melalui sebuah hantaran video yang dimuatnaik Maryam dilaman Instagram miliknya, ramai yang memuji. Cantik dan simple!
Tak melawak tak sah! Pasangan ini pastinya membuat ramai yang terusik dengan gurauan dan cara penyampaian Maryam untuk menerangkan cara dia memakai hijab hanya 3 saat dah siap.
“Hanya perlukan 3 saat untuk siap tudung begitu, pegang bucu tudung kanan dan kiri, yang bucu pendek macam Ryzal, yang bucu panjang macam Ryzal,” selorohnya di dalam video itu.
Perkongsian Maryam raih tanda suka daripada wargamaya, rata-ratanya terhibur sambil memberi tanda sokongan untuk dia terus kekal istiqomah.
“suko dengar Mariyam kecek..
You look fine Maryam. For a start you’re doing good. Slowly but surely.
Kak Maryam lucunya, insyaallah istiqamah 😍 #from Indonesian
Tak kurangnya kata-kata semangat sebagai seorang mualaf yang mahu belajar dan memberi inspirasi pada yang lain.
Cantik bertudung. Semoga Allah SWT permudahkan Maryam untuk terus istiqamah bertudung dan melakukan segala kebaikan. Aamiin ya rabbal’aalamiin. ❤️
Comelnya Maryam 😍 takpe Maryam slow2 berubah… Allah sentiasa permudahkan urusan mereka yang berusaha ke arah kebaikan. Semoga istiqomah ye. 😍😍
Mashaa Allah Maryam cantik. Semoga sentiasa dalam dakapan kasih sayang Allah
Diberi kepercayaan sebagai model mengayakan koleksi terbaharu jenama hijab tempatan, perubahan Maryam memberi kesan positif dan diterima ramai. Pada permulaannya dia hanya dilihat sebagai model tetapi fikiran ramai meleset kerana bintang media sosial ini benar-benar mencuba menjadi muslimah sejati.
Terdahulu pasangan media sosial ini Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan. Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ryna.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Meletakkan impian untuk menjadi kaya, pasti terpahat dalam fikiran kebanyakkan hijabi, malah untuk kelihatan canyik adalah taruhan untuk terus ke hadapan.
Wanita genit dan manis ini, lebih dikenali dengan panggilan mesra Tecer Mass ini membuktikan hijabi tak salah jika berangan pasti mimpi akan menjadi kenyataan.
Bermula sebagai staf sebuah salun yang hanya membantu membuang sampah, pemilik dan pengasas The Beauty Expert Academy Spa atau nama sebenar, Mastura Idris kemudiannya berjaya keluar daripada kepompong kerjayanya untuk melangkah lebih maju ke hadapan. Dia akui perjalanan kariernya bukan semudah yang disangkakan.
“Saya masih ingat, waktu itu majikan di spa berkenaan bertanya sama ada saya berminat untuk belajar kemahiran mencuci muka dan sebagainya. Terus saya ambil peluang tersebut.
“Bermula dari situ saya belajar semua jenis kemahiran sehinggalah majikan saya percaya dan lepaskan saya sedikit demi sedikit untuk menguruskan spa berkenaan,” kongsinya ketika ditemui di premis kecantikannya.
Cuba menjadikan angan-angan jadi kenyataan, mesra dengan panggilan Tecer Mass, beliau kemudiannya memohon untuk berhenti kerja kerana ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut.
“Selepas berhenti kerja, saya ambil kursus kemahiran dan pada masa sama turut bekerja dengan orang lain. Sehinggalah saya berjaya meraih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
“Waktu itu, perasaan ingin membuka bisnes sendiri membuak-buak, saya terbayang impian sebelum ini untuk membeli rumah hasil titik peluh sendiri menyebabkan saya tekun berusaha.
2012 momen cukup bermakna Tecer Mas berjaya mencapai hasrat memiliki syarikat sendiri, maka tertubuhlah Beauty Expert Academy. Ibu kepada seorang cahaya mata itu mempunyai kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan juga menjalankan sesi perundingan dan rawatan kecantikan, beliau juga seorang tenaga pengajar dalam bidang estetik.
Selain itu, beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK). Nah, tidak hairanlah apabila wanita bertubuh kecil molek itu turut dilantik sebagai Penasihat Industri Kolej Komuniti Malaysia.
“Satu benda yang saya belajar dengan majikan lama, untuk menjadi bos katanya kena belajar gagal berkali-kali dan boleh uruskan bisnes sendirian tanpa bantuan orang lain.
“Malah, bergelar bos bukan bersandarkan kecantikan dan kekayaan semata-mata. Sebaliknya kena usaha lebih keras dan tidak mudah putus asa. Itulah yang menjadi pemangkin semangat,” kongsi Tecer Mass yang bersyukur berjaya mencapai semua impiannya selama ini.
Pasti setiap kejayaan, penuh pelbagai onak duri yang terpaksa ditempuhi sebelum berjaya. Jika tiada sokongan insan tersayang hampir membuatkan beliau berputus asa.
“Saya pernah jatuh berkali-kali. dengan tiada sebarang pinjaman dengan mana-mana pihak. Lebih mendukacitakan bila mana suami sendiri kurang yakin dengan pilihan saya buat. Beliau meminta saya fokus menjaga anak-anak sahaja. Kata suami, mana mungkin mencantikkan orang boleh buat saya jadi kaya.
“Bila jadi macam itu, bohonglah andai kata saya tidak pernah down. Sudah pelbagai cara dan ikhtiar saya lakukan namun belum menampakkan hasil. Malah, pernah juga ditipu pelanggan membuatkan saya hampir putus asa. Namun, saya bangkit semula,” kongsinya lagi.
Bergantung pada Maha Esa, selain itu perlu berusaha gigih, untuk membuka jalan kejayaan buatnya. Turut menerima pengiktirafan Malaysian Trustworthy Aestheticians & Beauticians 2023 (MTAB) dan Successful People In Malaysia – Britishpedia 2023 dan berkat kesabaran, lebih 18 tahun berkecimpung dalam insdutri kecantikan, Tecer Mass turut miliki ribuan pelajar.
Pusat estetik yang beroperasi di Cheras, Selangor bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan, bahkan setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan daripada pakar estetik terlatih yang ada di situ.
“Sebelum ini, saya promosikan sendiri. Daripada satu katil dan tanpa ada bantuan staf, saya lakukan semua sendirian. Penat hanya Tuhan yang tahu, basah satu badan dengan peluh. Waktu itu belum ada kemudahan media sosial seperti sekarang untuk membantu promosikan salun.
“Namun, sedikit demi sedikit pelanggan mula datang dan saya terpaksa mengambil staf kerana tidak cukup tangan. Pun begitu, saya seorang yang mementingkan kualiti jadi setiap pekerja di akademi ini memiliki kemahiran yang saya ingini. Saya tak suka lambakan staf, saya juga mahu mereka belajar bekerja keras seperti saya dahulu,” ujarnya.
Perlu berketerampilan menarik berdepan dengan pelanggan, malah, menjadi kepantangannya jika ada staf yang tidak tampil cantik walaupun sekadar memakai lipstik.
“Paling saya utamakan adalah spa kena bersih kerana dari situ datangnya rezeki. Pelanggan datang lihat tempat bersih dan mendapat layanan baik staf membuatkan mereka akan datang lagi mendapatkan rawatan di sini. Itulah yang saya tekankan kepada staf,” ujar beliau yang juga Pemudah cara dan Penceramah di Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Akui tidak meletakkan mana-mana individu sebagai idola memandangkan beliau yang berusaha sendiri mencapai kejayaan tersebut. Untuk menjadi wanita yang hebat dan berjaya, kena yakin dengan keupayaan diri sendiri. Tanpa hiraukan kata-kata negatif orang sekeliling.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.