Bangun pagi je nampak cantik dan bulu mata melentik. Dahulu, popular dengan trend memakai ‘Eyelash Extension’ di kalangan golongan muda akan tetapi hukumnya haram di dalam islam kerana menggunakan kaedah menyambung bulu mata. Kini, tumpuan kepada trend baharu iaitu ‘Lash lift’ kini menjadi tarikan golongan muda. Teknik ini lebih kepada melentikkan bulu mata individu yang ingin tampak bulu mata yang melentik dan panjang.

Apa itu Lash lift?

Lash lift merupakan teknik atau kaedah mencantikkan bulu mata anda supaya kelihatan terangkat, melentik dan tampak tebal. Rawatan Last Lift tidak melibatkan kos yang tinggi berbanding eyelash extension yang sudah semestinya mahal dan penjagaan yang leceh. Tumpuan golongan muda lebih kepad lash lift kerana ianya murah dan tidak perlu menyambung bulu mata.

Tujuan seseorang itu ingin melakukan lash lift kerana mereka ingin tampak lebih natural kerana tiada penyambungan bulu mata diperlukan. Kemudahan apabila buat lash lift ialah anda tidak perlu memakai maskara atau bulu mata palsu.

Artikel Berkaitan: Hijabi Perlu Tahu Hukum Lakukan Eyelash Extensions. Usah Halalkan Perkara Yang Haram!

IKLAN

Hukum Lash Lift

Menurut sumber dalamislam.com, proses lash lift ini halal kerana tiada proses menyambungkan bulu mata lain, hanya menggunakan bulu mata asli anda. Lash lift ini juga tidak melibatkan bulu mata buatan dan tidak berisiko.

Cara penjagaan lash lift

Penjagaan lash lift ini amat mudah. Dinasihatkan supaya berhati-hati semasa 24 jam pertama. Selain itu, elakkan untuk memakai maskara sejurus anda siap melakukannya. Semestinya rawatan lash lift ini sangat berbaloi kerana dengan harga serendah RM79 dan boleh bertahan selama sebulan. Jadi ianya sangat berbaloi.

Risiko lash lift

Setiap rawatan pasti ada risikonya. Keselamatan perlu dititikberatkan. Akan tetapi, risiko lash lift bukanlah sesuatu yang membahayakan jika anda pandai untuk menjaganya. Menurut ahli kecantikan, pembuatan lash lift tidak membahayakan dan tiada efek yang serius.

IKLAN

Jarang sekali berlaku tetapi kesan samping juga boleh terjadi jika anda lalai ketika membuat rawatan ini. Antaranya adalah:

1. Iritasi kulit

Mengalami iritasi kulit merupakan antara risiko yang paling bahaya tetapi itu terjadi sekiranya keratin tersebut terkena pada kulit mata. Walaupun, anda akan memakai alas di atas mata tetapi perkara kecil sebegini boleh terjadi jika anda tidak fokus sewaktu membuat lash lift. Penting untuk anda mencuba bahan lash lift di kulit tangan anda, sekiranya bebas iritasi, go for it!

Pastikan anda mengetahu tentang kondisi kulit jika tidak serasi dengan sebarang keratin atau bahan di dalam lash lift  supaya dapat mengelakkan iritasi pada kulit mata. Pastikan, larutan lash lift tidak termasuk dalam mata anda. Dinasihatkan supaya membuat lash lift dengan bantuan ahli kecantikan yang terlatih.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Bulu Mata Jadi Panjang Melentik, Ini Fungsi-Fungsi Gel Vaseline Yang Ramai Tak TahuPengepit Bulu Mata Terbaik Untuk Mendapatkan Lengkungan Sempurna Seperti Bulu Mata Palsu. Ini Rahsianya

2. Bulu mata rosak

Bulu mata boleh rosak apabila terlampau banyak larutan yang digunakan di mata yang boleh menyebabkan tarikan pada bulu mata anda. Selain itu ianya boleh rosak akibat anda menggosok mata selepas ianya siap.

Akhir kata, hukum melakukan lash lift ini dalam islam halal kerana tiada sebarang bulu mata palsu atau penyambungan bulu mata dilakukan. Seperti yang kita tahu, di dalam islam diharamkan untuk merubah ciptaan Allah SWT.

https://www.youtube.com/watch?v=pLOF9QTrtEY

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI