Ramai hijabi mengabaikan gaya hijab bila berhujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan. Kusut dek kerana waktu yang suntuk sehingga mengabaikan gaya hijab.
Gaya hijab ‘LAZY SUNDAY’ sesuai untuk hijabi yang suka gaya ON THE GO. Siapa yang tak kenal dengan hijab stylist Neelofa bernama Didiyana Ehsan ini. Setiap gaya hijab yang dihasilkannya memang memukau dan ini 5 tip yang dikongsi olehnya untuk hijabi yang mahu tampil menarik di hujung minggu.
1. Ketahui Tempat Berhujung Minggu
2. Material
3. Warna
4. Gaya ‘Lazy Sunday’
5. Gaya hijab yang tidak menggunakan PIN atau INSTANT
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Idea Fesyen Berlapis Yang Buat Penampilan Hijabi Setanding Selebriti Popular. No 5 Paling Unik!
Sebagai hijabi yang sukakan stail simple tetapi gemar bergaya pastinya lebih senang memilih cara 3 piece untuk melangkah lebih yakin. Padanan seperti baju dengan seluar atau skirt memang sering dijadikan pilihan. jika tiada idea boleh cuba gaya mix & match yang sangat sesuai untuk hijabi gayakan. Bukan sahaja cantik, tetapi juga membuatkan kita tampil lebih selesa dalam gaya hidup riang dan aktif.
Hijabista memberi idea kepada hijabi untuk gayakan sendiri fesyen mix and match ini dan hasilnya memang sangat wow. Apatah lagi jika diserikan dengan pemakaian aksesori sebagai pelengkap gaya.
Tidak perlu pening mencari gaya kerana ada kalanya #OOTD selebriti atau instafamous ini boleh dijadikan idea yang sangat menarik. Mereka ini bukan sahaja cantik, tetapi cukup bijak bergaya.
#1. Instafamous Ayana yang juga mualaf dari Korea ini memang bijak bergaya. Padanan blous dengan skirt kembang bercorak dan labuh menyempurnakan stail mix and match gadis manis ini.
#2. Sebagai selebriti yang punya pengikut lebih sejuta, Bella Dally memang bijak sekali bergaya. Rekaan ropol di bahagian skirt menyuntik kelainan dengan pilihan rona terang.
#3. Gemar mencipta kelainan dengan mengenakan ‘hoodie’ yang cukup stail digayakan bersama skirt corak kekotak kecil. Tambahan ‘sling bag’ menyempurnakan gaya artis kecil molek ini.
#4. Padanan cukup serasi gandingan skirt labuh rona putih dengan jaket biru paras dada menyerlahkan gaya remaja Hanis Zalikha biarpun dia sebenarnya ibu kepada seorang cahaya mata.
#5. Siapa sangka padanan 3 pieces, blaus, celana panjang dan skarf yang diikat di bahagian dada menyuntik elemen berbeza isteri kesayangan Engku Emran, Laudya Cynthia Bella. Selendang empat segi digayakan kemas dengan tali pinggang menjadi seperti aksesori tambahan.
#6. Siapa tidak mengagumi gaya Neelofa. Apa sahaja tersarung di badannya memang menyerlahkan penampilan usahawan muda ini. Suai padan warna bersesuaian dengan aksesori seperti boot dan sling bag melengkapi penampilan.
#7. Ratu Cumi-Cumi ini juga bijak sekali dalam mix and match busana digayakan. sesuai dengan usianya yang masih muda, jadi penggunaan bomber jacket memang jadi kegilaan.
#8. Penguasa Tudung Ruffle, Nonones ini juga seorang yang begitu mementingkan keselesaan dan paling penting menutup aurat. Menyarung inner untuk dipadankan dengan blous berbulu yang singkat paras lengan.
#9. Penggunaan kardigan juga memberi impak bagus pada keseluruhan penampilan. Cara paling selamat dan simple boleh digayakan dengan apa jua padanan.
#10. Seri ibu hamil jelas terpancar di wajah ikon fesyen. Menggayakan blaus longgar dengan palazo membuatkan founder FashionValet ini selesa melangkah biarpun berkasut tumit tinggi.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Pilihan Warna Hijab Yang Buat Wajah Kelihatan Cerah Dan Glowing
Memilih warna hijab tidak boleh sembarangan. Bila salah memilih, boleh membuat wajah jadi kelihatan pucat dan kusam. Triknya adalah memilih hijab yang sesuai dengan warna kulit supaya wajah pun kelihatan lebih cerah. Berikut beberapa pilihan warna hijab yang boleh membuat wajah kelihatan cerah sesuai dengan warna kulit.
1. Coklat
Warna coklat boleh menjadi salah satu pilihan warna hijab yang cukup neutral dan mudah disuai padankan dengan pelbagai busana lain. Warna ini boleh membuat wajah kelihatan lebih cerah dan bersih. Semua warna kulit juga sesuai dengan warna hijab coklat nude. Namun, untuk pemilik kulit sawo matang, hindari memakai hijab warna coklat terlalu muda kerana boleh membuat wajah jadi kelihatan pucat.
2. Pastel
Hijab warna pastel sesuai untuk pemilik kulit coklat gelap. Pilihan warna pastel yang boleh jadi padanan buat anda adalah warna dusty pink atau pink muda untuk membuat wajah kelihatan lebih fresh.
3. Ungu muda
Hijab ungu muda atau warna orchid boleh memberikan kesan tenang dan lembut. Warna hijab ungu muda sesuai untuk perempuan berkulit sawo matang dan kuning langsat kerana boleh memberikan kesan wajah lebih glowing. Anda boleh padankannya dengan warna-warna neutral, seperti navy, kelabu, atau beige.
4. Merah Maroon
Untuk pemilik kulit putih gading, warna hijab yang boleh membuat wajah kelihatan lebih glowing adalah warna yang agak terang. Salah satunya warna merah maroon atau burgundy. Warna ini dapat memberikan kesan pada wajah untuk kelihatan lebih fresh.
5. Biru Tua
Buat anda yang memiliki medium skin tone, pilihlah warna biru tua untuk memberikan kesan wajah lebih cerah. Namun, hindari memadankannya dengan warna-warna yang earthy tone, seperti hijau atau coklat tua, kerana boleh membuat wajah kelihatan kusam.
6. Kuning mustard
Kulit kuning langsat paling banyak dimiliki oleh perempuan Malaysia. Salah satu warna hijab yang sesuai untuk pemilik warna kulit kuning langsat agar kulit kelihatan lebih cerah adalah hijab warna kuning mustard. Warna ini dapat membuat tone kulit tetap seimbang dan kelihatan lebih glowing.
7. Hijau
Warna-warna terang seperti warna kuning, merah, dan hijau, sesuai untuk pemiliki kulit gelap dan kulit sawo matang. Salah satu tren warna hijab terkini yang boleh jadi padanan anda adalah warna hijau emerald. Hijab ini sesuai dipadankan dengan pelbagai warna jubbah polos mahupun bermotif. Warna ini juga boleh membuat penampilan anda kelihatan lebih segar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Another Neelofa Here…” Gaya Fesyen Sharifah Rose Tarik Perhatian. Kembalinya Tudung Yang Paling Dicari!
Dipengaruhi oleh falsafah estetika dan keperibadian diri, figura ini sering dilihat hadir di acara-acara fesyen sekitar kota, namun kebelakangan ini menarik perhatian warganet.
Pernah dahulu sedikit goyah, dek kontroversi yang melanda namun, kesukaran bukan penghalang Sharifah Rose untuk terus mengorak langkah. Tawaran demi tawaran, wajahnya sering menghiasi di kaca TV.
ARTIKEL BERKAITAN: “Hari Ini, I Choose Myself”… , Cara Berbeza Sharifah Rose Menilai Diri Dari Dipengaruhi Suara Luar.
Di samakan dengan Neelofa
Rose dianggap sebagai bintang baru yang berpontensi untuk digilap dalam bidang fesyen. Mengayakan busana dari jenama Prada dalam satu hantaran di instagram, ramai yang beri komen yang positif dan gemar dengan penampilannya yang segar.
“Another Neelofa here..”, komen salah satu pengikut di laman sosial.
Malah salah satu komen yang membuat kita mengimbas balik gaya sosialit Neelofa sebelum berhijrah. Bukan datang dari keluarga mewah, Rose sendiri tidak pernah terfikir pun akan ada peluang bekerjasama dengan jenama-jenama besar.
Kekal fokus dan tidak peduli
Pernah terpalit dengan kontroversi jenama tudungnya, Rose akur setiap perancangan mestilah dilakukan dengan teliti. Harirose menjenamakan semula dirinya untuk menarik minat generasi muda memakai tudung. Daripada reka bentuk serta strategi media sosial, ini bukan jenama tudung biasa anda. Dan ini amat ketara dalam pelancaran “The Limited Edition Potret Momen” terbaharu. Koleksi ini memberi penghormatan kepada wanita muda yang membuat pilihan untuk diri mereka sendiri untuk kekal fokus dan tidak peduli tentang sesiapa sahaja dan apa sahaja yang mencabar mereka.
Melihat kepada wanita muda yang mempunyai semangat keusahawanan yang merupakan bos dalam hak mereka sendiri. Sama ada dalam perniagaan atau dalam kehidupan mereka, mendahulukan diri mereka dan memilih diri mereka terlebih dahulu adalah keutamaan di atas segalanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Lali Dengan Kecaman, Jadi Improve Selagi Boleh…” – Sharifah Rose Tidak Lupa Asal Usul
Koleksi ini akan dilancarkan pada 19 Oktober yang terdiri daripada tudung persegi bercetak dalam 5 warna – Taupe, Copper, Golden Beige, Willow Blush dan Crimson Blue. Tudung Potret Momen didatangkan dalam 10 warna, dipisahkan dengan dua titik dan dijual pada harga RM109. Material untuk tudung ini ialah Satin Silk. Setiap selendang dibalut dalam kotak persegi Libo sendiri dan boleh didapati laman sesawang harirose serta di Shopee.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI