Pasti dalam kalangan kawan anda mempunyai sebilangan orang yang mempunyai masalah gastrik. Kalau lambat makan sahaja pasti mereka akan sakit perut.

Bagi anda yang tak pernah alami masalah gastrik, ia agak membingungkan untuk bezakan gastik dan sakit perut biasa.

Artikel berkaitan: Tanpa Diet, Tanpa Senaman, Hanya Makan Ini Setiap Hari untuk Mendapatkan Badan Yang Sempurna

Sakit Perut Atau Gastrik?

Sumber dari Canva

Menurut Hellodoktor, mereka yang alami masalah ini akan mempunyai rasa sakit yang menyucuk pada perut. Ia boleh bertambah baik atau buruk selepas makan ataupun muntah.

Pesakit juga akan alami ketidakselesaan pada bahagian atas perut dan tepat di bawah tulang dada. Ada tanda seperti:

IKLAN
  • Pening dan muntah
  • Perut jadi kembung
  • Senak
  • Sensasi terbakar antara waktu makan atau pada waktu malam
  • Tersedu yang teruk
  • Hilang selera makan
  • Muntah dara tau keluar cecair kehitaman
  • Najis berwarna hitam

Sesetengah orang yang alami masalah gastrik yang teruk sering menghadapi sakit dada, sesak nafas, lemah atau sukar menelan makanan dan minuman serta demam panas. Pada saat ini disarankan segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan perubatan.

Artikel berkaitan: 7 Helah Tingkatkan Metabolisme Dan Membakar Lemak Untuk Turunkan Berat Dalam Satu Bulan

IKLAN

Jadi Beza Sakit Perut Biasa Dan Gastrik?

Kekeliruan yang muncul untuk bezakan tanda sakit gastrik angin dan gastroenteritis dapat dilihat secara ketara.

Gastroenteritis berlaku akibat keradangan pada perut yang menyebabkan jangkitan pada usus.

IKLAN

Gastritis berlaku keradangan pada lapisan perut dan ia jarang disebabkan oleh jangkitan.

Sumber: Hellodoktor

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI