Melihat video-video mukbang di laman media sosial seperti Twitter mahu pun TikTok, anda pasti akan terjumpa dengan beberapa jenis influencer berasal dari luar negara yang gemar untuk memakan makanan yang eksotik. Tambahan lagi ada yang makan makanan seperti telur ‘balut’, tetapi apabila lihat dengan teliti, ia seperti makan anak itik yang hampir sempurna terbentuk!

Dalam kebingungan melihat video tersebut sudah tentu anda akan tertanya-tanya bagaimana rasanya telur ‘balut’ ini sendiri. Adakah ia pula halal di makan dalam aspek agama Islam?

Telur anak itik yang hampir sempurna enak di makan begitu sahaja?

Sumber gambar dari Canva

Kalau anda hendak tahu, telur ‘balut’ ini sebenarnya telur itik, ada juga yang menggunakan telur ayam. Menurut wikipedia, seperti yang anda sedia maklum, balut merupakan makanan yang berasal dari vietnam, Trứng vịt lộn adalah namanya dalam bahasa Vietnam. Telur balut ini bermaksud ‘bungkus’, ia adalah embrio itik yang hampir sempurna yang di rebus dan di makan begitu sahaja.

Telur balut ini sering di dapati di sekitar Asia Tenggara terutama sekali di negara seperti Filipina, Kamboja, dan juga Vietnam. Jika anda nak tahu, telur balut ini di percayai mengandungi protein yang tinggi dan afrodisiak, zat yang mampu meningkatkan nafsu seksual.

Walaupun bentuk telur ini menggelikan bagi sesetengah orang, namun ia merupakan satu makanan yang cukup popular di kalangan orang Asia. Mereka yang memakan balut memberikan reaksi di mana balut itu sendiri lazat dan enak di makan walaupun tidak perlu di cicah dengan mana-mana sos, garam, ataupun bahan perisa.

Ada juga yang makan telur balut ini sekadar untuk mencuba keberanian mereka makan makanan eksotik ini. Meski pun begitu, kita perlu tahu dari aspek agama islam itu sendiri, adakah ia boleh ataupun tidak.

Artikel berkaitan: Trend “Lash Lift” Jadi Ikutan. Hukum Lash Lift Haram Seperti Eyelash Extension?

Adakah ia halal untuk di makan ataupun tidak?

Sumber gambar dari Canva

Sebelum kita ulas dengan lebih lanjut, terdapat hukum asal bagi makanan dan minuman adalah harus dan halal yang di nyatakan melalui dalil yang mengharamkannya. Ia di terangkan melalui:

IKLAN

الأَصْلُ فِي الأَطْعِمَةِ الحِلّ وَالإِبَاحَة حَتَّى يَثْبُتَ دَلِيل التَّحْرِيم

Maksudnya: Asal bagi setiap makanan adalah halal dan harus sehinggalah sabit dalil yang mengharamkannya

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ulama mempunyai beberapa pandangan yang berbeza mengenai pemakanan telur balut ini terhadap orang yang beragama Islam.

Pandangan pertama: Hukum makan telur yang di masak tetapi di dalamnya terdapat anak ayam.

Kata al-Imam Ibn Hazm Rahimahullah: Sekiranya dimasak telur dan kemudian didapati ada sejumlah dari telur telah fasid (rosak) seperti ia telah menjadi darah atau anak ayam, maka kita buang bahagian yang rosak dan kita makan bahagian yang masih berbaki. Ini berasaskan firman Allah:

وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

Maksudnya: Seseorang tidak menanggung dosa orang lain.

Surah al-An’aam (164)

IKLAN

Mengikut pendapat kedua: Hukum memakan telur sebelum menetas.

Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin Rahimahullah pernah di soalkan perkara ini:

Sebahagian manusia apabila telur hampir menetas dalam tempoh sehari sebelumnya dan seumpamanya, mereka mengambil telur tersebut lalu memasak dan memakannya. Adakah ini halal ? Sedangkan diketahui bahawa anak ayam telah lengkap pembentukannya.

Maka jawab Syeikh: Aku tidak pernah mendengar sesuatu pun dalam hal ini. Akan tetapi jiwa seseorang akan tidak suka kepada perkara tersebut. Kerana telur apabila hampir menetas padanya bau yang busuk. Sekiranya anak ayam yang terdapat dalam telur itu masih bergerak, maka hendaklah ia disembelih. Sebagaimana disembelih jika ia keluar semasa menetas. Kerana ia merupakan haiwan yang hidup. Tidak halal dimakan melainkan dengan disembelih. Adapun jika ia tidak bergerak, sesungguhnya ia adalah cebisan daging yang telah sempurna pembentukannya. Maka aku berpandangan hukum memakannya adalah makruh dan aku tidak mengharamkannya. (rujukan: ibn-jebreen)

Pendapat ketiga pula: Hukum memakan telur ayam ataupun itik yang mana keadaan telur tersebut sudah hampir menetas. Di dalamnya pula sudah terbentuk fizikal anak ayam atau itik. Ia kemudian di rebus dan di makan.

Jawapan Fatwa Lajnah Da’imah Arab Saudi:

Sekiranya keadaannya sama seperti yang dinyatakan, maka anak ayam atau itik (yang masih di dalam telur) tersebut dianggap sebagai bangkai yang tidak boleh untuk dimakan. Kerana ia sudah terbentuk di dalam telur. Manakala pengharaman bangkai merupakan sesuatu yang ma’lum min al-din bil-dharurah (sesuatu yang telah diketahui dalam agama secara jelas). Lihat (sesuatu yang telah diketahui dalam agama secara jelas). Lihat Fatwa al-Lajnah al-Da’imah (22/305)

Pandangan Tokoh Mazhab al-Imam al-Syafie

IKLAN

Kata al-Syeikh Nawawi Banten al-Syafi’e Rahimahullah:

وَلَو كَسرَتْ بَيْضَة حَيَوَان مَأكُول وَوُجِدَ فِي جَوفِهَا فَرخ لَم يَكْمُل خَلْقُهُ أَو كَمُلَ خَلْقُه لَكِن قَبْلَ نَفْخِ الرُّوحِ فِيهِ جَازَ أَكْلُهُ بِخِلاَفِ مَا إِذَا كَانَ بَعْدَ نَفْخِ الرُّوحِ وَزَالَتْ حَيَاتُهُ بِغَيرِ ذَكاَةٍ شَرْعِيَّة فَإِنَّهُ يَكُونُ مَيْتَة

Maksudnya: Sekiranya telur haiwan yang boleh dimakan itu pecah, dan didapati di dalamnya anak ayam yang tidak sempurna kejadiannya atau telah sempurna kejadiannya akan tetapi sebelum ditiupkan roh padanya maka harus untuk memakannya. Berbeza dengan apabila telah ditiupkan roh dan hilang nyawanya tanpa sebarang sembelihan syar’ie maka ia menjadi bangkai. Lihat Maksudnya: Sekiranya telur haiwan yang boleh dimakan itu pecah, dan didapati di dalamnya anak ayam yang tidak sempurna kejadiannya atau telah sempurna kejadiannya akan tetapi sebelum ditiupkan roh padanya maka harus untuk memakannya. Berbeza dengan apabila telah ditiupkan roh dan hilang nyawanya tanpa sebarang sembelihan syar’ie maka ia menjadi bangkai. Lihat Nihayah al-Zin Fi Irsyad al-Mubtadien. Hlm. 40.

Kata al-Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah:

وَلَوْ كَسرَتْ بَيْضَة طَائِر مَأكُول وَوُجِدَ دَاخِلَ جَوفِهَا فَرخٌ لَم يَكْمُل خَلْقُه كَأنْ صَارَ قِطْعَة لحمٍ كَالمُضْغَةِ أَوْ كَمُل خَلْقُه لَكِن كَسرَتْ عَنْهُ البَيضَة وَخَرَجَ قَبْلَ نَفْخِ الرُّوحِ فِيهِ جَازَ أَكْلُهُ لأَنَّهُ طَاهِرٌ غَيرُ مُسْتَقْذر كَمَا قَالُوا بِذَلِكَ فِي مُضْغَة خَرَجَتْ مِنْ حَيَوانٍ مَأكُول مِنْ أَنَّها طَاهِرَة وَإِنهَّا تحَلّ بِالذَّكَاةِ لِأُمِّهَا بَل الفَرخ أَولَى بِالطَّهَارَةِ مِنَ المُضْغَةِ لأَنَّهُ مُسْتَحِيل مِنْ طَاهِر بِلا ِخلافٍ بِخِلاَفِ المضغَةِ فَإنَّها مُستَحِيلَة عَنِ المَنِيِّ وَفِيه قَول بِالتَّنْجِيسِ

Maksudnya: Sekiranya telur burung yang boleh dimakan itu pecah, dan didapati di dalamnya terdapat anak burung yang belum sempurna kejadiannya seperti ia menjadi seketul daging seperti mudghah ataupun ia telah lengkap kejadiannya akan tetapi telur tersebut pecah dan ia keluar sebelum ditiupkan roh padanya maka dibolehkan untuk memakannya kerana ia suci dan tidak dianggap menjijikkan sebagaimana yang para ulama sebutkan mengenai mudghah yang keluar dari haiwan yang boleh dimakan bahawa iasuci dan sesungguhnya ia halal dengan penyembelihan ibunya bahkan anak burung itu lebih utama pada kesuciannya berbanding mudghah kerana ia berubah dari suci tanpa ada khilaf berbeza dengan mudghah yang berubah dari mani dan padanya pendapat yang mengatakan ia najis. Lihat Maksudnya: Sekiranya telur burung yang boleh dimakan itu pecah, dan didapati di dalamnya terdapat anak burung yang belum sempurna kejadiannya seperti ia menjadi seketul daging seperti mudghah ataupun ia telah lengkap kejadiannya akan tetapi telur tersebut pecah dan ia keluar sebelum ditiupkan roh padanya maka dibolehkan untuk memakannya kerana ia suci dan tidak dianggap menjijikkan sebagaimana yang para ulama sebutkan mengenai mudghah yang keluar dari haiwan yang boleh dimakan bahawa iasuci dan sesungguhnya ia halal dengan penyembelihan ibunya bahkan anak burung itu lebih utama pada kesuciannya berbanding mudghah kerana ia berubah dari suci tanpa ada khilaf berbeza dengan mudghah yang berubah dari mani dan padanya pendapat yang mengatakan ia najis. Lihat Fath al-Jawad. Hlm. 71-72.

Maka dengan ini, mengikut penelitian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman Facebook, hukum memakan telur balut ini adalah makruh kerana ia tidak dapat di kenalpasti sama ada keadaan embrio tersebut masih hidup dan bernyawa malah sifatnya dalam keadaan sempurna. Begitu juga dengan kaedah yang di nyatakan ‘asal pada sesuatu perkara adalah halal atau harus kecuali terdapat nas yang mencegahnya menunjukkan kepada haram’.

Sumber: Pejabat Mufti Wilah Persekutuan / okelifestyle

Artikel berkaitan: Ada Yang Kata Haram & Muflis Di Akhirat Wanita Yang Pakai Jean, Betul Ke?

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI