Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah kata peribahasa Melayu, nilai kerjasama sentiasa memberikan hasil yang baik. Bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini menjadi bukti rakyat Malaysia tidak pernah pudar semangat kerjasama dalam diri. Bukan sahaja orang awam malahan golongan artis juga turut sama membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Antaranya ialah penyanyi popular, Nabila Razali.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram penyanyi ini, Nabila, 29 berkongsi momen manis saat dirinya membantu untuk membersihkan limpahan lumpur rumah mangsa yang terjejas di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.
Tiada apa yang glamor tentang hal ini. Ia hanyalah bantuan dari manusia ke manusia yang lain. Jika anda mempunyai peluang untuk melakukannya, rebutlah peluang itu. Tak dapat bagi duit bagi tenaga. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya. Amin.
Benar apa yang dikatakan oleh Nabila. Jika kita tidak mampu untuk menyumbang wang, maka sumbanglah dari segi tenaga agar dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana banjir. Rakaman video pelantun lagu Peluang Kedua ini juga turut mendapat komen positif dari netizen.
Ads
Ada juga yang sempat memujinya cantik walaupun sedang bertungkus-lumus membersihkan limpahan lumpur.
Ads
Bukan hanya Nabila, malah selebriti tanah air lain seperti Wany Hasrita, Ara Johari, Nora Danish, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Harith Iskander serta Ajak juga turut sama menyumbang bakti membantu mangsa-mangsa banjir.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memiliki kulit yang sihat dan cerah secara semulajadi merupakan idaman setiap gadis. Ini kerana, kulit yang sihat pastinya bebas dari masalah-masalah yang merunsingkan seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan tidak bermaya.
Sehubungan itu, rawatan yang tepat dan rutin penjagaan kulit yang dilakukan secara konsisten amat diperlukan untuk mendapatkan kulit wajah yang bebas cela. Salah satu rutin yang wajar diamalkan adalah melakukan detoksifikasi kulit wajah agar segala kekotoran dapat dibersihkan.
Secara umum, detoks wajah adalah proses untuk membersihkan dan mengeluarkan zat beracun yang telah terserap oleh kulit wajah dan memberi kesan kepada keadaan kulit. Contohnya, sinaral Ultra UV (UV), pencemaran udara dan bahan-bahan kimia lain yang menyumbang kepada masalah kulit.
Justeru, Hijabista kongsikan bersama anda beberapa cara untuk detoks wajah, yang boleh diamalkan agar kesihatan kulit anda lebih terjamin.
Langkah pertama, yang boleh hijabi lakukan agar kesihatan kulit wajah lebih terjamin adalah dengan melakukan detoks wajah dengan membersihkan muka 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Rutin ini jika dilakukan secara konsisten bakal memastikan wajah anda bersih dari sebarang kotoran, minyak, hingga sisa solekan yang sukar ditanggalkan pada wajah hilang sepenuhnya dan tidak menyumbat liang pori.
Lakukan double cleansing, dengan dua langkah ini. Pertama, gunakan micellar water yang memiliki kandungan vitamin yang tinggi untuk kulit wajah agar kulit bebas kering dan kusam. Kemudian, cuci wajah dengan menggunakan facial foam yang sesuai dengan jenis kulit anda.
Antara cara lain, untuk melaksanakan detoksifikasi wajah adalah dengan kaedah Facial Steam. Teknik ini berperanan agar peluh dan toksik dapat dikeluarkan dari kulit wajah. Dalam masa masa, peluh juga mampu merangsang peredaran darah.
Malah, dengan cara ini tubuh badan akan membersihkan kotoran dan racun agar keluar menerusi liang pori. Ini sekaligus membuatkan kulit lebih sihat dan berseri.
Caranya mudah je sis! Lakukan facial steam sendiri di rumah cukup mudah. Anda hanya perlu siapkan satu besen berisi air panas. Dekatkan wajah ke arah besen tersebut sambil meletakkan tuala muka di atas kepala agar wap dari besen itu terperangkap dan mengenai wajah.
Lakukan selama 15 hingga 20 minit. Tetapi, pastikan anda berhati-hati agar wajah tidak terkena air panas ya! Nanti melecur pula.
Langkah ini paling mudah jika hijabi mahu melakukan detoks wajah, iaitu dengan mengenakan masker yang sesuai dengan jenis kulit anda. Sebagai contoh, bagi yang mempunyai masalah jerawat, masker yang mempunyai kandungan tea tree oil dan lidah buaya adalah pilihan yang tepat untuk mengatasi masalah tersebut.
Masker wajah adalah antara rawatan termudah untuk membantu memberi nutrisi kulit hingga ke lapisan terdalam kulit. Hijabista mengesyorkan anda menggunakan masker tanah liat atau lumpur, kerana jenis masker ini berperanan untuk melancarkan peredaran darah sekaligus membersihkan kulit dari kotoran secara menyeluruh.
Sedar atau tidak di pembungkusan kosmetik yang anda gunakan ada simbol-simbol tertentu yang menyimpan informasi penting? Beberapa simbol yang ada di pembungkusan kosmetik terdapat informasi tarikh luput, kandungan dalam kosmetik dan informasi yang anda sedia maklum.
Namun ada lagi simbol-simbol yang penting wajib anda ambil tahu agar wajah atau anggota badan anda rosak atas kecuaian dan terlepas pandang maksud-maksud simbol yang terdapat informasi mengenai produk tersebut.
Berikut erti simbol yang tertera di pembungkusan kosmetik yang disiarkan dari bustle.com
Simbol pembungkusan kosmetik yang pernah anda lihat seperti 6M, 12M ataupun 16M itu menandakan PAO (Periode After Opening) atau jangka waktu setelah bungkusan dibuka.
Huruf M dibelakang angka tersebut menandakan months atau bulan.
Jadi apabila tarikh kosmetik anda tertulis Tarikh luput 25 Julai 2027 dengan simbol 6M, ertinya setelah dibuka produk ini hanya boleh digunakan sehingga 6 bulan. Namun bila kosmetik belum dibuka, maka produk boleh bertahan sampai tarikh luput iaitu 25 Juai 2027.
Ingat, bagi anda mahu beli kosmetik prelove atau share in jar, sebelum membeli tanyakan tarikh pembungkusan kosmetik dibuka ya!
Simbol arnab melompat ini menandakan bahawa kosmetik tidak diuji pada haiwan. Label ini bukan sekadar dituntut, kerana label ini diguna pakai pada peringkat antarabangsa.
Simbol “arnab melompat” ini terdapat pasa vegan kosmetik, seperti Alba Botanica, AB Skincare, Amber Budd Skincare, dan lainnya, boleh juga rujuk di https://www.leapingbunny.org/guide/brands
Sebenarnya, simbol yang berhubungan dengan haiwan bukan hanya leaping bunny sahaja , ada juga “Animal Cruelty Free”, dan “No Animal Testing”. Berikut adalah perbezaannya:
Simbol jam pasir pada pembungkusan kosmetik menunjukkan lama penggunaan produk yang hanya bertahan selama 30 bulan, baik setelah pembungkusan dibuka atau belum.
Simbol ini, bermaksud anda boleh baca informasi lengkap mengenai produk pada lembaran di dalam pembungkusan.
Dari gambarnya saja sudah kelihatan maksudnya, produk kosmetik dengan simbol “Api” ini menandakan produk mudah terbakar. Jadi bila ada simbol “api”, pastikan disimpan dalam suhu ruangan yang betul! Simbol “api” sering ada pada produk yang mengandung alkohol, seperti pembersih kuku atau aseton.
Simbol ini juga dikenal dengan lambang “estimasi”. Huruf “e” menandakan bila pembungkusan sesuai dengan peraturan negara Eropa, yang menerangkan berat produk sesuai yang anda dapatkan.
Menandakan setidaknya 95% dari formula produk mengandung bahan alami. Kadang-kadang anda akan bertemu dua logo. Satu bermaksud ‘Organic Cosmetic’ yang bererti 95% bahan alami berasal dari pertanian organik. Juga ada yang ‘Natural Cosmetic’ yang bererti kurang dari50%.
Simbol ini menandakan bererti pembungkusan yang digunakan pada kosmetik anda dibuat dari bahan kitar semula. Selain itu menandakan pembungkusan kosmetik boleh dikitar semula. Sangat mesra pengguna.
Logo ini menandakan kalau perusahaan produk kosmetik termasuk dalam bahagian skema kitar semula yang besar negara Eropa. Selain itu jenama produk kosmetik yang memiliki simbol Green dot juga menandakan bahawa produk kosmetiknya mematuhi peraturan pembaziran pembungkusan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam usia 30 tahun sepatutnya matlamat kewangan yang kukuh sudah dicapai bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa. Perbelanjaan harus setimpal dengan pendapatan dan gaji bulanan yang diterima. Golongan anak muda perlu lebih prihatin dalam soal pengurusan kewangan.
Dalam hidup kita mesti ada matlamat. Jika kita tiada matlamat, kita tiada hala tuju. Ibarat memanah tanpa sasaran. Kita akan buat kerja sia-sia tanpa matlamat dan target.
Usia muda kita sangat berharga. Apa yang kita buat di usia muda akan memberi kesan kepada kita di usia tua kelak. Orang hipster dan urban macam kau cakap, “Alahh, rilek la, kita muda lagi. Enjoylah puas-puas. Jom travel dulu. Tengok dunia”
Enjoy biar berpada-pada ye. Jangan sampai berhutang sakan. Masuk umur 40 tahun mula la nak menyesal. Baru nak kenal erti penyesalan.
10 perkara di bawah bolehlah dijadikan sebagai panduan untuk mencapai matlamat kewangan sebelum kau berusia 30 tahun:
1. MEMPUNYAI SUMBER PENDAPATAN SENDIRI
Tak kiralah apa pun pekerjaan kau yang penting kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang. Kau sudah ada kerja yang kau suka. Kau boleh hadapi tekanan kerja. Kau ada pendapatan yang baik dan tetap.
Apa yang penting usaha. Usaha cari pendapatan dan stabilkan keadaan ekonomi kau. Bukan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.
2. MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BAIK
Tidak kiralah apa pun kerja kau sama ada kau bekerja sebagai kejuruteraan pam minyak ataupun kejuruteraan cashier, kau mestilah sudah mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri. Kau dapat bezakan yang mana kehendak dan keperluan. Kau tahu aliran keluar masuk wang kau. Ini tidak, bila dapat gaji, duit kau terus pupus tak tahu ke mana.
Buat bajet kewangan. Bila dah dapat gaji, rancang apa yang perlu dibayar, apa yang perlu dibeli dan sebagainya. Barulah kewangan kau akan lebih terurus.
3. MEMPUNYAI TABUNG SIMPANAN
Mempunyai beberapa tabungan. Buatlah tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung umrah, tabung percutian dan pelbagai tabung untuk kegunaan kau. Tabung/dana kecemasan ini sangat penting di saat kau menghadapi ujian atau masalah. Sediakan tabung kecemasan sekurang kurangnya 3-6 bulan gaji kau.
Kalau kau tak dapat simpan banyak, cubalah simpan dengan nilai yang sedikit terlebih dahulu. Asalkan menyimpan.
4. MEMBELI SEKURANG-KURANGNYA SEBUAH RUMAH SEBAGAI ASET
Membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai aset. Ya. Rumah. Sudah mula bekerja sila setkan minda membina tabung untuk membeli rumah. Jika kau membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah disebabkan boleh ambil tempoh pembiayaan yang panjang. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan menggali ilmu hartanah ni. Jangan duk main Facebook je.
5. MEMPUNYAI PELAN PELABURAN
Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan contohnya ASB. Simpan di tabung haji pun boleh juga asalkan tetap dan berterusan dan lebih 10% gaji setiap bulan.
Keupayaan melabur sebenarnya bergantung kepada keupayaan kau mengawal kehendak diri sendiri. Jangan cakap tak mampu sebelum mencuba. Tak mampu melabur banyak, melaburlah dalam nilai yang kecil terlebih dahulu.
6. MEMPUNYAI PERLINDUNGAN PELAN TAKAFUL
Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk pembiayaan masa kau sakit nanti ataupun ditimpa kemalangan. Ambil takaful masa muda. Takaful itu penting.
7. MEMPUNYAI KENDERAAN BERSESUAIAN DENGAN KEMAMPUAN GAJI
Beli kereta tak salah. Yang salah adalah membeli kereta yang tidak sepadan dengan gaji. Gaji ciput tapi beli Honda City susah la. Habis separuh gaji buat bayar ansuran kereta. Nak makan pun duk pinjam kawan. Makan megi takpe, janji kunci kereta ada huruf H.
Ukur baju di badan sendiri. Beli kereta yang bersesuaian dengan pendapatan kau. Ini tidak, tak nak kalah dengan kawan yang pakai Honda City. Tengok la dulu. Gaji dia berapa dan gaji kau pula berapa.
8. BELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN
Tak perlu bergaya hidup mewah sekadar nak menunjuk ke kawan-kawan kau. Padahal dalam bank kau simpanan tak sampai empat angka pun. Just be yourself. Belanja dan bergaya ikut kemampuan kau.
9. BEBAS DARIPADA HUTANG JAHAT
Kau bijak memilih untuk berhutang. Kau tak berhutang demi perkahwinan yang gilang gemilang. Kau kau bijak menolak hutang iPhone 7, kau tak buat hutang sofa dekat Courts. Jauhi hutang peribadi untuk perkara-perkara yang tidak penting.
10. MULA MEMBINA KELUARGA
Saya percaya dengan adanya keluarga, kau mampu berubah daripada tak reti uruskan kewangan menjadi orang yang reti uruskan kewangan. Sebab kau ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Isteri, anak-anak, mak dan ayah.
Ye la, lagipun ada seseorang yang boleh membantu kau dan memberi kau sokongan. Carilah teman hidup yang membuat kau bahagia. Senyuman dia kebahagiaan kau. Cewah. Sesungguhnya perkahwinan itu membuka banyak pintu rezeki.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.