Berada di belakang kejayaan lelaki hebat itu adalah seorang wanita. Begitu juga Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sentiasa bersama wanita dicintainya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kala senang dan susah. Malah video ketika Tun Di Siti Hasmah memberi semangat sebelum Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri juga begitu mencuit hati netizen yang membisikkan perkataan ‘Bismillah.
Ternyata wanita berusia 92 tahun ini sejujurnya mengakui tidak pernah menyiapkan diri sebagai isteri Perdana Menteri, sebaliknya jawatan doktor yang disandang banyak membantunya. Bercakap pada Majalah Keluarga, Tun Dr Hasmah berkata cabaran sentiasa ada tetapi kerana sudah biasa berkecimpung dengan masyarakat.
“Meskipun mereka masyarakat yang berpenyakit, tetapi saya mudah mesra dengan mereka dan sebagai isteri pemimpin itu yang penting sekali.
“Bermesra dan bergaul dengan masyarakat secara tidak lansgung dapat menjaga watak atau karakter kita supaya bukan sahaja bagi gambaran yang baik tetapi secara langsung menjaga nama baik suami.
“Alhamdulillah sepanjang suami menjadi pemimpin, yang buruk itu tiada, apatah lagi yang boleh jejaskan suami. Baik ketika bergelar menteri sehinggalah menjadi orang nombor satu negara,” katanya kepada penulis Zaiton Abdul Manaf ketika sesi semubual sempena Edisi Khas Hari Ibu Majalah Keluarga.
Menurutnya jawatan doktor sedikit sebanyak membantu dalam pergaulan kepada masayarakat.
SENTIASA SOKONG SUAMI
“Masyarakat sangat menghormati doktor kerana kita membuat kebaikan. Keduanya bagaimana kita berusaha dengan masarakat dengan berhubung rapat dengan mereka.
“Kalau kita tidak tegur, sombong dan wajah itu akan menunjukkan penampilan kita. Justeru sebagai dokor sudah bersidap sedia bagaimana mahu kerjasama dengan masyarakat.
“Tidak kira suami menjadi pemimpin atau tidak, tetapi status yang disandang itu, kita kena bersiap sedia dalam segala hal,” katanya yang sentiasa berada di belakang suaminya dalam apa jua situasi.
Bercerita tentang tugasnya sebagai ibu, beliau yang mempunyai tujuh orang anak hasil perkongsian hidup 62 tahun bersama Tun M, tersenyum sambil bercerita.
SETIAP ANAK ADA KARAKTER MASING-MASING
“Sebagai ibu pula, lebih-lebih lagi apabila kita sebagai kita sebagai pegawai kerajaan. Kena bijak atur masa sebagai isteri, ibu dan tidak lupa wanita berkerjaya. Soal masa tidak timbul kerana tidak ada banyak masalah.
“Waktu dulu nak cari pengasuh mudah. Dulu ada ipar duai di rumah yang boleh diharap untuk bantu jaga anak-anak. Begitu juga dengan pembantu rumah yang tua dan berumur yang boleh diharap untuk menjaga anak-anak. Memang mudah dan tidak perlu peningkan kepala seperti sekarang.
“Kami dikurniakan tujuh anak iaitu, Marina, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Mazhar dan Maizura. Yang sulung Marina ada pemikiran sendiri dan sedikit mengikut jejak langlah ayahnya. Berdikari dan tegas dalam pendirian. Yang kedua, Mirzan lebih minat pada kewangan dan pandai uruskan bidang tersebut.
“Yang ketiga pula, Melinda pula sepenuh masa suri rumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa dan dia sangat low profile. Keempat pula Mokhzani pula bijak dalam pengurusan dan kini bekerja dalam industri miyak dan gas. Dia ada karakter seorang pengurus yang cekap baik dalam kerjaya mahupun rumah tangga.
IKLAN
“Mukhriz pula lebih menjurus kepada saya, Tetapi bab tanggungjawab dia banyak ikut jejak langkah ayahnya. Dia lembut tetapi tegas. Yang keenam Mazhar dan yang ketujuh, Maizura masih bujang dan ada cita-cita tersendiri.
“Cuma sekarang ini hanya bongsu yang belum kahwin tinggal dengan kami kerana lain sudah ada keluarga sendiri. Sebagai ibu saya setiasa galakkan anak-anak dan demikian juga untuk yang bongsu ini. Saya bantu dan galakkan supaya dia tidak rasa ketinggalan dalam keluarga, “ ceritanya lagi tentang perangai anak-anaknya.
Beliau juga turut bercerita sikap tiga orang anak lelakinya yang masing-masing punyai sifat berbeza.
“Saya anak tiga anak lelaki dan masing-masing ada kerenah tersendiri. Kalau ikutkan anak paling nakal Mokhzani waktu kecil dulu. Tetapi dia yang paling prihatin dalam banyak hal dan sangat pandai melayan andai ada tetamu yang datang.
“Mirzan pula pernah sekali dapat surat daripada ayahnya kerana malas belajar, selepas itu barulah dia berubah.
IKLAN
“Waktu kecil juga, jika ada yang membuat salah dan ayahnya mahu jatuhkan hukuman, semua anak-anak akan panggil supaya mereka dengar apa kesalahan dan denda yang dikenakan,” Jelas Tun lagi yang berkata dia tidak mengamalkan pilih kasih antara anak-anaknya. Sebaliknya bersedia bila-bila masa jika datang bercerita masalah masing-masing.
TAK MANJA DENGAN KEMEWAHAN
Wanita pertama negara ini juga tidak manjakan anak-anak dengan kemewahan. Sebaliknya beliau tegaskan kepada anak-anak jika mahu sesuatu perlu berusaha sendiri.
“Apa juga yang kemudahan tidak datang bergolek jika tidak berusaha. Inilah nilai-nilai murni yang harus diajar kepada anak-anak.
“Apa yang utama kena hormat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua kerja keras, ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu urus wang ringgit dengan bijak,” tambahnya yang memberitahu berkahwin lambat ketika usia 29 tahun. Tetapi bersyuur dikurniakan anak-anak yang bijak daan cerdik dalam pelajaran masing-masing.
Malah pasangan ini juga sepakat apabila anak-anak lulus dengan cemerlang, mereka akan hadir di konvokesyen dan dipraktikkan pada semua anak-anaknya.
Menurut Tun juga, momen paling indah dalam hidupnya adalah sewaktu melahirkan anak-anak dengan selamat dan membesar dengan baik serta berjaya dalam bidang diceburi.
Status pelakon kecil molek yang kini sudahpun berhijrah, Ardell Aryana mengundang persoalan di kalangan netizen yang tertanya-tanya adakah dia sedang menderita sakit. Jika dilihat di laman instagramnya juga pelakon ini menjalani rutian harian seperti biasa. Cuma penampilannya kini jauh sudah berubah dari sebelumnya. Setelah lama berdiam diri, akhirnya dalam satu posting di laman instagram, Ardell menjawab persoalan yang bermain di fikiran netizen dan salah satu berkaitan soal mati. Dia juga memberitahu dirinya tidak nazak seperti disangka ramai.
Menurut Ardell soal ajal maut bukan terletak di tangan kita sebaliknya ia milik Allah. Bukan disebabkan penyakit saja, malah orang yang sihat juga boleh meninggal dunia jika sudah ketentuanNya.
Ini jawapan Ariel kepada yang bertanya status terbaru dirinya:
Ramai yang DM & EMAIL saya . Soalan mereka : 1)macam mana untuk sentiasa happy walau hakikat nya bertentangan ? Jawapan : Apa bila kita membahagia kan orang lain secara spontan kita juga terlihat bahagia & happy
Mahu jadi sekuat wanita besi
2) macam mana boleh jadi sekuat ini ?? Jawapan : Kekuatan kita hanya pinjaman, nak kata kuat kita semua manusia biasa kadang kental kadang rapuh ( tapi sy tetap pilih untuk jadi wanita BESI)
Kalau rasa down, sentiasa ingat orang lain lagi besar dugaannya terutama di negara di landa perang
3) Apa akak buat bila rasa sedih down ??? Jawapan : Bila saya rasa macam tu , 1 je saya fikir … jika kita merasa apa ujian kita lalui terlalu perih & sukar ( lihat la manusia lain di negara perang yang lebih perih ujian dari kita ) sampai rasa kecil sangat dugaan kita.
Tahu tak sihat & hidup tak lama? Ajal maut bukan di tangan kita dan bukan nazak seperti yang disangka
4) Bila tahu tak sihat , tak dapat hidup lama apa akak buat ???? Jawapan : Ajal maut bukan di tangan kita dik , bukan sebab Penyakit je boleh meninggal .. orang sihat pun boleh meninggal , sakit biasa2 pun boleh meninggal jangan la tanya soalan cmni ok (akak tak nazak, soalan adik yang nazak sgt akak baca pandai2 je cakap hidup xlama
Soal kahwin serahkan pada Allah, kalau panjang umur, adalah jodoh dunia. Kalau tiada maka tiadalah…
5) Agak-agak Akak merasa ke tak untuk rasa cinta manusia yakni berkahwin , kalau akak ada someone nanti berkahwin akak tak rasa membeban kan dia ke , tak kesian ke kat suami nanti??? Jawapan : kalau ajal je di tangan tuhan inikan pula jodoh dik, kalau tuhan kata panjang umur panjang lah jodoh ( ada la jodoh dunia ) kalau takde maka takde la . Entah lah jawapan last ni susah sikit, sebab kalau nak kata kesian bukan jodoh je .. ( saya punya kakak kandung sendiri terpaksa amik cuti 4 bulan di tempat keje dihospital nya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah, dan bawa saya kesana kemari bekerja, menjahit,memasak , shopping , berjalan.. SAYA ok je bukan nya sakit ape sangat tapi akak risau & saya masih ada kaki untuk berjalanok ) itu pun kadang rase menyusahkan , tapi ape saya perlu buat untuk tak menyusahkan orang ?
Teruskan hidup seperti biasa, suka lakukan apa sahaja & jangan push diri
BANGKIT la … terus kan hidup mcm biasa , keluar, kerja, buat itu buat ini .. apa yang saya rasa saya suka just do it . Kalau penat berhenti , jangan push diri . Kalau boleh just buat tanpa tapi atau nanti . Dah namanya dunia ni pentas ujian , maka hadapi dengan tenang . Paksa diri jadi hebat di mata orang yang sayangi kita .
Bukan sahaja menjawab persoalan sebelum ini berkenaan status dirinya, Ardell juga rajin berkongsi ilmu dengan followernya.
Terbaru di laman instagramnya, Ardell memberi peringatan tentang tiga perkara tidak pernah tersalah alamat dalam kehidupan kita sebagai hambaNya. Soal jodoh, rezeki dan ajal maut.
Pelakon yang popular dengan drama ini juga turut mengingatkan bahawa dalam rezeki kita juga turut ada rezeki orang lain dan menyuruh berkongsi bersama rezeki yang diberi oleh Allah.
lailysuh Suke lah tgok akak ni betudung labuh. .makin cantik
shikin.aryffin Assalamualaikum kak semoga sentiasa dirahmati dalam lindungan allah swt …dan sentiasa di murah kan rezeki insyallah …we love you kak stay strong kak @ardellaryana saya sentiasa doakan akak
nurulizzati.ty You are so pretty…may Allah bless you always and stay strong
nura_shikyn Love the way u spread positivity to people out there including myself,I hope to meet you one day in shaa allah
Semalam sahaja negara kita sudah menggondol lapan emas dalam pelbagai acara. Dan hari ini pemburuan emas diteruskan lagi bagi mengukuhkan kedudukan pertama pingat bagi keseluruhan negara yang bertanding.
Paling dinantikan adalah acara Ekuestrian Polo yang membabitkan penyertaan golongan VVIP. Siapa lagi kalau bukan menteri kita yang ‘Tall, Dark & Handsome’ yang juga Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin.
YB KJ mewakili pasukan Malaysia, yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu, akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.
Lawan dalam sukan ini salah seorang daripadanya adalah Pengiran Abdul Mateen Bolkiah dari pasukan Brunei. Mewakili pasukannya yang juga turut dianggotai oleh kekandanya, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah dan dua lagi kerabat diraja Brunei.
Nampaknya hari ini tumpuan kita pastilah terarah pada gaya hebat kedua-dua atlet ini yang pastinya akan mengundang pelbagai aksi menarik yang bakal dipersembahkan di Taman Ekuestrian Putrajaya.
Kedua-duanya mempunyai pesona tersendiri namun berbeza daripada segi latar belakang dan sebagainya.
Kalau YB KJ memang kita sudah tahu dan kenal kepimpinannya dalam membangunkan kementerian di bawah kawalannya.
Tetapi siapakah sebenarnya Pengiran Abdul Mateen yang namanya menjadi sebutan sejak demam Sukan sea ini melanda.
Jom kita lihat kongsi keistimewaan kedua-dua atlet ini yang pastinya menceriakan lagi temasya Sukan Sea kali ini.
Pengiran Abdul Mateen
– Dilahirkan pada 10 Ogos 1991 di Bandar Seri Begawan Brunei.
– Merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei.
– Mengikuti Rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan. Baru sahaja menamatkan pengajian dalam ijazah jurusan Diplomasi Antarabangsa di SOAS, University Of London.
– Gemar sekali sukan olahraga kerana dengan cara itu beliau menjaga kesihatan tubuhnya dan turut membuatkan dirinya bahagia. Selain sukan badminton dan bola sepak, Pengiran Abdul Mateen juga memang gemar sekali bertinju dan memanggil trainer dari luar untuk latihannya.
– Selain itu beliau juga menceburi sukan lasak terutama sukan polo, boxing, sky diving, scuba divingdan banyak lagi.
– Seorang pencinta dan begitu sayangkan haiwan. Antara haiwan kesayangannya adalah kucing.
– Aktif di media sosial dan mempunyai pengikut 520K. Beliau juga gemar sekali berswafoto di laman sosialnya ini.
– Sangat menyayangi keluarganya. Banyak gambar-gambar yang dirakam bersama ayah, ibu serta adik beradiknya. Memang beliau seorang yang ‘family man’.
– Satu lagi keistimewaan Pengiran Abdul Mateen ini adalah beliau begitu bijak sekali bergaya. Lagaknya umpama model terkenal. Tampak segak setiap kali menyarung sut dengan senyuman manis terukir di bibir. Terserlah ketampanannya setiap kali gambar diambil yang dimuat turun di laman sosialnya.
YB Khairy Jamaluddin
– Lahir 10 Januari 1976 di Bandar Kuwait.
– Memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia sejak tahun 2013.
– Menteri pertama menyertai Sukan Sea.
– Beliau juga dianggap sebagai menteri paling sempoi di Malaysia. Pernah memenangi anugerah ‘Wired Celebrity Award’ di Shout! Awards.
– Menantu mantan Perdana Menteri Malaysia, Datukl Seri Abdullah Ahmad Badawi.
– Lulusan Sarjana Muda Falsafah, Politik & Ekonomi dari universiti nombor dua terbaik di dunia iaitu Universiti Oxford di England
– Berkahwin dengan Nori Abdullah pada 3 Oktober 2001 dan dikurniakan 3 cahaya mata lelaki, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar, Timor Abdullah Jamaluddin Abu Bakar dan Raif Averroes Jamaluddin Abu Bakar. Ketiga-tiganya dipanggil dengan nama gelaran Cougar, Puma & Leo.
– Juga seorang ‘family man’ kerana sering meluangkan masa bersama keluarganya dengan pelbagai aktiviti seperti muzik, berbasikal, badminton bola sepak atau bola keranjang.
-Antara menteri yang stailo dan juga aktif di media sosial dan mempunyai follower di IG, 738K. Ada antara aksi OOTD yang dimuat turun menjadi viral seperti gambar berdiri di tengah jalan ketika hari raya lalu dan aksi sedang balik kerja menaiki MRT. Memang RARE!
Menurut pencarian google, pencarian “skincare” mencapai tahap tertinggi sepanjang masa bermula dari tahun 2020 dan populariti itu terus meningkat sepanjang tahun ini.
Perawatan kulit dengan jelas telah membawa serangan bahan baru, di mana masing-masing kedengaran bahan terbaik yang mampu memperbaiki kulit anda. Namun adakah anda betul-betul kenal dan faham nama-nama bahan yang disenaraikan? Melalui puncak trend penjagaan kulit, ini adalah bahan-bahan yang dicuba dan yang benar-benar telah bertahan dalam ujian masa dan bernilai menambah rejimen penjagaan kulit anda, serta cara menggunakannya:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jerawat + Pengelupas
Sekiranya menghadapi jerawat yang berterusan atau mempunyai kulit berminyak, bahan penjelasan ini sesuai untuk anda. Bahan ini membantu menganjalkan kilauan, pori-pori dan menghilangkan kulit mati dan bakteria untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah bebas dari whitehead, komedo dan selebihnya. Mulailah perlahan dengan bahan-bahan kuat ini dan elakkan penggunaannya secara bersamaan produk lain.
Asid Azelaic
Fungsi: Dihasilkan oleh ragi, bahan pengelupasan ini mengurangkan hiperpigmentasi, memudarkan bintik-bintik gelap dan membunuh bakteria penyebab jerawat dan rosacea.
Untuk siapa: Semua jenis kulit, terutamanya kulit yang rawan jerawat.
Cara menggunakannya: Dua kali sehari (pagi dan malam) atau sekali setiap hari untuk kulit sensitif.
NOTA: Boleh menyebabkan pengeringan atau mengelupas.
Asid Beta-Hidroksi (BHA)
Fungsi: BHA adalah asid larut minyak yang menjunam jauh ke dalam liang untuk mensasarkan kelenjar minyak dan mengurangkan rembesan minyak
Untuk siapa: Kulit rawan jerawat dan berminyak, kerana mengurangkan rembesan minyak dan menggugurkan kulit mati untuk mengelakkan jerawat.
Cara menggunakannya: Mulailah dengan penggunaan dua kali seminggu pada kepekatan rendah dan tingkatkan potensi dan frekuensi seperti yang ditoleransi.
NOTA: Walaupun ia adalah bintang pada kulit berminyak, bahan ini mungkin menyebabkan pengelupasan pada mulanya, terutama pada kulit kering atau sensitif.
Asid salisilik
Fungsi: BHA yang terkenal dengan kekuatan pengelupasan, pembersihan liang dan bakteria.
Untuk siapa: Individu yang mempunyai kulit berminyak dan rawan jerawat, terutamanya mereka yang ingin merawat dan mencegah whitehead dan blackhead.
Cara menggunakannya: Sapukan sebagai rawatan spot atau tukarkan pembersih wajah dengan asid salisilik atau sekali dua kali seminggu, tingkatkan frekuensi sekiranya sesuai.
NOTA: Kuasa pencegah jerawat ini boleh merengsakan kulit sensitif atau kulit kering.
Anti Penuaan
Bahan-bahan yang memukul berat ini melicinkan kedutan dan garis halus dengan meningkatkan pengeluaran kolagen dan pergantian sel untuk kulit yang muda, berwajah cerah dan sekata. Oleh kerana kulit akan mengelupas, pada mulanya mungkin terasa jengkel: Mulailah perlahan, elakkan penggunaan bersama pengelupasan lain dan selalu ikuti SPF!
Asid alfa-hidroksi (AHA)
Fungsi: AHA adalah asid larut air yang berasal dari buah-buahan atau tebu yang mengelupaskan kulit kusam, kering dan merangsang pengeluaran kolagen untuk mengurangkan kedutan.
Untuk siapa: Siapa sahaja yang menjadi perhatian utama adalah anti penuaan atau mereka yang mempunyai kulit kering.
Cara menggunakannya: Mulakan dengan kepekatan yang lebih rendah dan lakukan sehingga penggunaan harian, seperti yang boleh diterima.
NOTA: AHA meningkatkan kepekaan kulit terhadap sinaran UV, jadi gunakan SPF setiap hari. AHA juga boleh menyebabkan luka bakar kimia dangkal pada warna kulit yang lebih gelap.
Bakuchiol
Fungsi: Benih botani kuno ini adalah alternatif yang lebih lembut dan berkesan untuk retinol. Ini anti-radang, anti-mikroba, dan meningkatkan pengeluaran kolagen, dan mengurangkan penampilan garis-garis halus, kedutan, dan hiperpigmentasi.
Untuk siapa: Selamat untuk semua jenis kulit dan yang berkaitan dengan penuaan, tetapi sangat sesuai untuk jenis kulit yang tidak boleh bertolak ansur dengan retinol contoh kulit sensitive dan rosacea.
Cara menggunakannya: Selamat digunakan sekali hingga dua kali sehari, pagi atau malam.
NOTA: Apa-apa bahan baru boleh menyebabkan reaksi. Mulakan perlahan-lahan dan lakukan penggunaan seharian.
Asid Glikolik
Fungsi: AHA yang meminimumkan pori-pori, melawan jerawat dan mempercepat pergantian sel untuk kulit yang lebih segar dan kelihatan lebih muda.
Untuk siapa: Semua jenis kulit, walaupun jenis kulit sensitif atau kering harus menggunakan formula dengan kepekatan 5%, maksima.
Cara menggunakannya: Sapukan setiap hari pada kulit berminyak dan rawan jerawat pada kepekatan hingga 10% dalam serum, toner, kulit dan pembersih.
NOTA: Boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit kering atau sensitif, malahan luka bakar dangkal pada kepekatan melebihi 10%.
Retinol
Fungsi: Larutan lemak vitamin A, retinol adalah ramuan anti-penuaan yang boleh dipercayai. Mampu mencegah degenerasi kolagen, mendorong pergantian sel kulit dan menguatkan kulit daripada pembentukan kedutan.
Untuk siapa: Selamat untuk semua jenis kulit, tetapi terbaik untuk jenis kulit yang matang atau sesiapa sahaja yang ingin mencegah tanda-tanda penuaan.
Cara menggunakannya: Gunakan sekali sehari sebelum tidur, setelah kulit menyesuaikan diri.
NOTA: Retinol boleh menjengkelkan dan menyebabkan kemerahan, kekeringan, pengelupasan pada mulanya: Jangan gunakan bersama dengan pengelupasan kimia atau asid. Oleh kerana ia meningkatkan kepekaan matahari, gunakan SPF setiap hari.
Hidrasi + Pelembut Kulit
Sekiranya kulit anda kering, sensitif, terdedah kepada kemerahan atau diserang ekzema, penghidrat yang menenangkan dan berkhasiat ini akan menjadi penyelamat anda. Gunakan mereka sendiri dan / atau segera setelah mengikuti rejimen pengelupasan.
Ceramides
Fungsi: Jenis lemak yang berlaku secara semula jadi ini menyatukan sel-sel kulit untuk membantu membentuk segel kalis air dan penghalang kulit yang sihat yang menjadikan kulit sentiasa terhidrat.
Untuk siapa: Setiap individu, terutama mereka yang mempunyai kulit matang dan kulit gatal, mudah terengsa, kering atau gatal.
Cara menggunakannya: Sapukan setiap hari dalam losen atau krim sahaja atau diikuti dengan retinoid, hidroksi asid dan pengelupasan untuk mencegah kerengsaan yang berpotensi.
NOTA: Ceramides berlaku secara semula jadi, tetapi habis dengan usia dan kesihatan kulit yang buruk. Ceramida bersifat bio sama dengan kulit yang dihasilkan secara semula jadi.
Cica
Fungsi: Centella asiatica (cica) adalah ramuan yang kaya dengan anti-radang yang menenangkan kemerahan dan kerengsaan, mengatur sintesis kolagen dan melindungi dari kerosakan persekitaran.
Untuk siapa: Setiap individu, terutama mereka yang mengalami jerawat, rosacea atau kekeringan dan kepekaan yang teruk.
Cara menggunakannya: Sapukan krim atau serum yang berisi cica untuk membersihkan kulit setiap malam, ketika kulit dalam mod pembaikan.
NOTA: Periksa senarai ramuan – cica, rumput harimau, centella asiatica, atau madecassoside mesti berada di bahagian atas.
Humectants
Fungsi: Humectants adalah bahan yang menarik kelembapan ke dalam kulit untuk membantu meningkatkan kandungan lembapan dari masa ke masa.
Untuk siapa: Semua jenis kulit, Tetapi sangat penting untuk kulit kering.
Cara menggunakannya: Humektan seperti gliserin, asid hylauronik, lidah buaya dan urea sering diformulasikan dalam pelembap dan krim di samping oklusi dan emolien. Sapukan sekali hingga dua kali sehari.
NOTA: Oleh kerana humecants mengeluarkan kelembapan dari mana saja, bahan ini mungkin meningkatkan kekeringan kulit jika anda tinggal di persekitaran yang sangat kering dengan menyerap air dari kulit dan bukannya udara.
Asid Hyaluronik (HA)
Fungsi: Molekul gula yang dihasilkan secara semula jadi yang terdapat di kulit, sendi dan tisu sebagai penghubung, humektan lembut ini menarik sehingga 1.000 kali berat badannya ke dalam air untuk menghidrat, melicinkan dan mengeringkan kulit kering atau berkedut.
Untuk siapa: Semua jenis kulit (reaksi alahan jarang berlaku kerana ia berlaku secara semula jadi), tetapi sangat berguna untuk kulit kering atau matang yang memerlukan penghidratan mendalam.
Cara menggunakannya: Paling sering dijumpai pada produk seperti penyegar, krim, losen, serum dan topeng muka. HA boleh digunakan dua kali sehari walaupun pada kulit sensitif.
NOTA: Kulit menghasilkan HA yang kurang semula jadi seiring bertambahnya usia, yang menyumbang kepada keperitan dan kedutan. Periksa label penjagaan kulit yang tentera “sodium hyaluronate.”
Niacinamide
Fungsi: Derivatif larut dalam air niasin atau vitamin B3 (vitamin penting yang tidak dihasilkan oleh badan) mempunyai kebaikan anti-radang, menenangkan dan mencerahkan warna kulit pada waktu malam.
Untuk siapa: Semua jenis kulit; Dapat membantu mengurangkan pengeluaran sebum pada kulit berminyak, mengekalkan kelembapan pada kulit kerin, dan memupuk pengeluaran ceramide untuk memperbaiki kulit yang terganggu oleh rosacea atau eksim.
Cara menggunakannya: Biasanya diformulasikan seperti serum dan krim. Paling berkesan dengan pengguna dua kali sehari.
NOTA: Cara niacinamide berfungsi pada kulit tidak difahami sepenuhnya, tetapi beberapa kajian menunjukkan manfaat penjagaan kulit secara klinikal.
Minyak Wajah
Minyak wajah adalah ceri di atas mana-mana rejimen penjagaan kulit dan ada satu di luar sana untuk setiap jenis kulit. Gunakan secara solo, campurkan ke dalam pelembap, atau tekan ke kulit sebagai langkah terakhir rutin malam anda untuk kulit yang bersinar dan berkhasiat.
Minyak kastor
Fungsi: Minyak kastor sarat dengan asid lemak emolien yang menghidrat dan membuat kulit lembap terasa lebih lembut, serta asid ricinoleic, antioksidan kuat yang melindungi kulit dari radikal bebas yang menyebabkan kehilangan kolagen dan kedutan.
Untuk siapa: Semua jenis kulit, tetapi sangat bermanfaat untuk kulit kering atau matang. Minyak kastor juga bagus untuk bulu mata yang tipis dengan membantu menganjalkan dan menebalkan rambut.
Cara menggunakannya: Sapukan pada kulit yang bersih dan kering satu hingga dua kali sehari sesuai keperluan. Sapukan dengan perlahan pada kening atau bulu mata, berhati-hati agar tidak terkena mata.
NOTA: Minyak kastor biasanya dicairkan untuk penjagaan kulit. Menggunakan minyak kastor secara langsung boleh menyebabkan kerengsaan, keradangan dan kekeringan pada kulit.
Minyak jojoba
Fungsi: Minyak jojoba adalah minyak yang ringan namun menghidratkan untuk melembutkan dan menghidrat kulit, mengurangkan penampilan kedutan dan mengurangkan keradangan.
Untuk siapa: Jojoba meniru minyak semula jadi kulit kita, jadi boleh diterima dengan baik oleh semua jenis kulit. Komposisinya serupa dengan sebum semula jadi kulit, jadi ia tidak akan menyumbat liang tetapi sangat menghidratkan.
Cara menggunakannya: Untuk kulit kering, sapukan minyak jojoba ke kulit hingga dua kali sehari sejurus selepas pembersihan. Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, cubalah menggunakannya setiap hari atau dicampurkan dengan pelembap.
NOTA: Walaupun jarang berlaku, ia berpotensi menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti ruam atau reaksi alergi.
Minyak Rosehip
Fungsi: Minyak rosehip dibungkus dengan asid lemak anti-radang dan vitamin A dan C yang menghaluskan, menegangkan dan mencerahkan kulit juga memudarkan parut, hiperpigmentasi, malahan stretch mark.
Untuk siapa: Diterima dengan baik oleh kebanyakan jenis kulit, tetapi bagus untuk sesiapa sahaja yang ingin memudarkan parut, meningkatkan cahaya dan menegangkan kulit.
Cara menggunakannya: Mulailah kecil dengan menepuk beberapa titis pada kulit yang dibersihkan pada waktu tidur. Selesaikan hingga bersih, lembap kulit pada waktu pagi dan malam.
NOTA: Alergi terhadap minyak rosehip jarang berlaku, tetapi ramuan baru berpotensi mencetuskan reaksi. Sapukan patch ujian ke garis rahang anda terlebih dahulu dan biarkan 24 jam.
Minyak Squalane
Fungsi: Versi squalene yang terhidrogenasi (lipid yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar minyak) meniru molekul semula jadi untuk menghidrat, memperbaiki dan melindungi penghalang kulit.
Untuk siapa: Semua jenis kulit, terutamanya untuk menenangkan kulit kering dan eksim, tetapi juga mesra kulit berminyak kerana ringan, tidak berminyak, juga tidak mungkin menyumbat liang.
Cara menggunakannya: Dua kali sehari, setelah membersihkan dan menggunakan serum, sapukan beberapa titis minyak squalane ke wajah dan diikuti dengan pelembap.
NOTA: Secara tradisional, squalene bersumber dari hati ikan yu, walaupun banyak jenama telah beralih ke sumber nabati seperti dedak padi, kuman gandum, dan tebu.
Tiga Produk Diharam guna Disebabkan kandungannya
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata orang ramai tidak seharusnya membeli atau menggunakan ketiga-tiga produk ini Krim NP Beauty FM, Krim FB NP Beauty dan Krim Malam AS’S Beauty.
“Merkuri diharamkan dalam produk kosmetik kerana ia boleh menjejaskan kesihatan. Ia boleh meresap ke dalam badan dan merosakkan buah pinggang dan sistem saraf,” katanya dalam satu kenyataan pada siding akhbar Sabtu, 8 Jan.
“Ia juga boleh menjejaskan perkembangan otak bayi kecil atau bayi dalam kandungan, selain menyebabkan ruam, kerengsaan dan perubahan pada kulit,” katanya.
Beliau menasihatkan peniaga supaya menghentikan segera penjualan dan pengedaran produk tersebut kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Dr Noor Hisham berkata di bawah peraturan itu, individu boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. untuk kesalahan berikutnya.
“Syarikat boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” tambahnya.
Beliau berkata mereka yang telah menggunakan produk itu perlu segera berhenti menggunakannya dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mereka mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan yang buruk. Orang ramai dinasihatkan menyemak status pemberitahuan produk kosmetik di laman web Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan di www.npra.gov.my atau aplikasi Status Produk NPRA yang boleh dimuat turun dari Google Play Store.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding