Lagu Sayunk I Love You yang trending di aplikasi Tik Tok sering menjadi siulan para pelayar. Namun, bukan sekadar lagu yang menjadi perhatian pelantun suaranya, Chombi juga mendapat ‘spotlight’ sama.
Baru-baru ini penyanyi muda yang baru berusia 15 tahun itu, telah diundang menghadiri program Malaysia Hari Ini (MHI) bertujuan mempromosikan lagunya yang tersohor sehingga berjaya menembusi pasaran Indonesia.
Hantaran video yang tular dilaman Tik Tok pengguna akaun @syafiq.cools memaparkan anak kepada penyanyi Harry Khalifah itu, sedang mendendangkan lagunya secara langsung di TV3.
Chombi atau nama sebenarnya, Siti Maryam meraih pujian netizen apabila suaranya tidak berubah walaupun menyanyi secara live.
Selain pujian suara, rata-rata netizen turut memuji kecantikan kulit wajah Chombi yang dikategorikan sebagai ‘glass skin’, sehingga ada yang bertanyakan ‘rahsia’ penjagaan kulit dan rutin kecantikkan yang diamalkan Chombi.
Namun, ada juga netizen yang mengusik Chombi dengan meyatakan bahawa kulitnya bersinar seperti minyak tumpah, kerana dilihat terlalu berkilat.
Bagaimanapun, tak kisahlah muka berkilat macam lori minyak tumpah sekalipun. Janji suara sedap, empunya suara pun ada pakej lengkap, cantik hingga menjadi kegilaan ramai lelaki diluar sana.
Pelakon berdarah Cina, Jasmine Suraya Chin mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa pada mulanya dengan niat hanya untuk mendengar sahaja.
Namun, lama kelamaan dia telah jatuh cinta dan gemar menghadiri kelas tahfiz itu. Malah Jasmine merasakan ia merupakan satu perjalanan terindah dalam kehidupannya.
“Ketika saya menghadiri majlis sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu orang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir sekadar untuk mendengar,” ujarnya.
“Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa saya suka kerana ia jadi pegangan hidup,” kata Jasmine.
Tambahnya lagi, jika dia harus memilih antara kerjaya dan agama, pilihan utama bagi Jasmine pastinya agama kerana ia penting untuk menentukan hala tuju dan kehidupan seseorang.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Suatu hari kita berada di atas atau sebaliknya.
“Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya ia rasa selamat dan stabil seperti mempunyai arah,” ujarnya.
Ketika ditanya, setelah mendekatkan diri dengan majlis-majlis keagamaan, adakah dia akan melakukan penghijrahan iaitu menutup aurat dengan sempurna. Ini respons Jasmine.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak tahu prosesnya berlaku dalam keadaan tertekan,” jelasnya.
Terdahulu, pelakon drama Hilang mengatakan dia hadir secara senyap-senyap ke program agama kerana tertarik untuk mengetahui tentang Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Mesti ramai para hijabi yang akan meraikan majlis konvokesyen ataupun graduasi dalam masa terdekat ini kan? Masa ini lah anda nak hias diri dan mengenakan solekan cantik untuk kelihatan lebih menawan dan “Wow“. Tambahan pula, tak salah nak melawa di hari-hari penting.
Meraikan majlis konvokesyen ini adalah sesuatu yang paling ditunggu oleh semua graduan. Setelahbertahun-tahunberhempas-pulasuntukmenamatkanpelajaran,andapastinyaingin terlihat cantik untukmengambilgambardanvideobersamarakan-rakan sebagai kenangan. Sehinggakan ada yang sanggup mengupah jurusolek. Namun, apa kata cuba tip ini dan lakukannya sendiri di rumah? Jimat kos dan tak perlu membazir.
Solekan yang paling sesuai untuk majlis konvokesyen adalah solekan jenis ‘simple’ dan tak terlalu menonjol. Ia untuk memudahkan anda, iya lah nanti bila cuaca panas ketika bergambar takut solekan cair pula. Kalau nak nampak cantik, ikuti langkah-langkah konvokesyen ‘look’ yang dikongsikan melalui TikTok oleh @manjasem.
Langkah pertama sekali adalah prep muka menggunakan pelembap, primer dan pelindung matahari. Prep muka ini penting supaya solekan dapat diserap dengan lebih baik. Untuk mendapatkan hasil kulit muka yang tidak ‘cakey’ dan ‘smooth’, anda disarankan untuk menggunakan pelembap yang berasaskan gel atau bebas minyak.
Ukir sahaja mengikut bentuk kening anda. Mengikut video ini, selepas mengukir kening, anda perlu ‘conceal’ kening anda untuk kelihatan lebih kemas. Jangan lupa ratakan ya.
Untuk hijabi yang baru belajar untuk memakai kanta lekap, anda disarankan untuk memilih kanta lekap yang berwarna biasa seperti coklat, hazel ataupun perang. Elakkan memakai kanta lekap yang berwarna unik seperti merah, biru, ungu dan kuning.
Untuk memilih warna ‘foundation’, anda mesti mengenal pasti warna dasar kulit anda terlebih dahulu, kerana ia akan mempengaruhi warna ‘foundation’ yang paling sesuai untuk anda.
Tidak lengkaplah solekan tanpa ‘shading’hidung. Ia merupakan langkah penting untuk membuatkan hidung anda kelihatan mancung. Setelah lukis garisan pada kedua-dua hidung, anda perlu isi bahagian tengah tersebut dengan concealer.
‘Loose powder’ penting untuk memastikan solekan anda tahan lebih lama. Teksturnya yang halus dapat menutup ‘pores’ anda dan membuatkan solekan nampak lagi menawan.
Untuk solekan konvo, anda mestilah memilih warna pembayang mata yang neutral. Selepas itu, boleh cuba tambahkan ‘shimmer’. Jangan pula menggunakan teknik ‘smoky’ ya. Kalau berpeluh, nanti susah!
Tidak lengkaplah pembayang mata tanpa eyeliner kan. Eyeliner membantu menyerlahkan lagi mata anda. Eyeliner terbahagi tiga jenis, iaitu pensil, cecair, dan gel. Anda disarankan untuk memilih eyeliner jenis gel dan cecair kerana ianya tidak mudah cair dan luntur.
Fungsi maskara adalah untuk menjadikan bulu mata anda lebih menonjol serta menaikkan seri pada wajah anda. Selepas itu, jangan lupa memakai bulu mata palsu. Untuk kesan semula jadi, pilihlah bulu mata palsu yang paling dekat jenis bulu mata anda.
Pemerah pipi atau ‘blusher’ berfungsi untuk menonjolkan tulang pipi anda. Sapukanpemerah pipi mengikut bentuk wajah anda dan pilih warna-warna seperti merah jambu ataupun peach.
Jangan lupa untuk mengaplikasikan highlighter pada tulang pipi, dan batang hidung. Highlighter ini membantu memberikan kesan ‘glowing’ saat terkena cahaya. Mesti menyerlah saat anda naik ke pentas!
Untuk gincu, gunakan juga warna-warna ‘nude’ dan elakkan warna-warna terang seperti merah.
Akhir sekali, jangan lupa semburkan ‘setting spray’ keseluruh muka untuk mengekalkan solekan. Ianya mempunyai fungsi yang sama seperti primer iaitu melindungi solekan daripada cair meskipun anda berpeluh dan kulit berminyak sepanjang hari.
Selamat mencuba langkah ini ya! Tahniah kepada para hijabi yang akan menghadiri majlis konvokesyen.
Ketika ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri selama sebulan akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah, terdapat banyak spekulasi yang bertebaran berhubung tahap kesihatan aktress Nad Zainal.
Tampil menjernihkan keadaan, empunya diri menerusi siaran secara langsung dilaman Tik Tok miliknya yang dikongsikan juga pada laman Instagram.
Nad Zainal dengan tegas menolak dakwaan bahawa sumplemen tambahan yang diamalkan adalah punca dia terkena jangkitan itu.
“Assalamualaikum semua, Thank You atas support korang pada Nad. Sedikit penjelasan tentang beberapa spekulasi yang tidak benar,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Dalam video berkenaan, Nad Zainal aku berasa kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang berkata punca dia ditidurkan dan dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) adalah disebabkan pengambilan suplemen.
Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata Yem dan Budi Kalsom itu juga menegaskan bahawa spekulasi mengenai sakit yang dihadapinya itu berpunca daripada kesan jangkitan daripada Covid-19 juga adalah tidak tepat.
“Saya ingin jelaskan di sini, keadaan yang menimpa saya adalah tiada kaitan dengan pengambilan supplement yang saya iklankan di Instagram.
“Malah, saya juga sakit bukan kerana long covid, saya sakit disebabkan masalah paru-paru berdarah.
“Tolonglah korang jangan memandai, selagi saya tidak bercakap atau ahli keluarga saya tidak membuka mulut mengenai hal sebenar, jangan sesuka hati berkata, tidak elok,” katanya.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin menerusi siaran langsung di laman Tik Tok miliknya semalam.
Mengulas isu berkenaan perkemvangan terbaharu kesihatan dirinya ketika ini, Nad berkata dia kini perlu mengambil sebanyak 11 jenis ubat setiap hari.
Ini demikian kerana ubat-ubatan berkenaan mampu membantu proses
penyembuhan dirinya agar dapat kembali pulih seperti sedia kala dari kesakitan yang dialami sebelum ini.
“Sekarang ini saya masih dalam proses penyembuhan, saya masih lagi perlu memgambil ubat-ubatan yang sangat banyak, setiap hari 11 jenis
ubat saya perlu ambil. Doakan saya sembuh,” tambahnya.
Untuk rekod, sebelum ini Hijabista melaporkan Nad dimasukkan ke ICU Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan telah ditidurkan selama lebih sebulan.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.