Kaum wanita antara individu yang selalu runsing bila tiba masa untuk memikirkan juadah yang perlu disediakan ketika bersahur dan juga berbuka puasa. Tentunya anda keliru untuk memasak makanan yang boleh dimakan oleh seisi keluarga. Jika anda masih bujang, lebih mudah untuk anda kerana anda tidak perlu bersusah-payah memikirkan menu untuk orang lain.
Okay, usah risau. Di sini Hijabista ingin kongsikan satu resepi yang cukup menyelerakan iaitu Kuetiau Goreng Basah. Alahai sedapnya! Jom kita lihat resepi yang dikongsi oleh Denaihati Network ini.
Bahan-Bahan:
- Bawang Merah (dihiris)
- Bawang Putih (diketuk)
- Cili
- Cili Boh
- Sos Tiram
- Sos Cili
- Kicap Manis
- Udang
- Kerang
- Telur
- Kuetiau
- Taugeh
- Daun Kucai
- Air
Cara-Cara:
- Tumis 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili.
- Dah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh.
- Tumis seketika, kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis.
- Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)
- Masukkan 2 cawan air
- Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)
- Masukkan 1 bungkus kuetiau, segenggam taugeh dan sedikit hirisan daun kucai
- Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa
- Kacau rata, siap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hand Sanitizer, Adakah Benar Efektif Dapat Cegah Penularan COVID-19? Ini 5 Fakta Anda Harus Ambil Tahu!
Penularan masif virus corona membuat beberapa barang yang awalnya jarang dimiliki, menjadi paling laris di pasaran. Dari masker hingga ke hand sanitizer. Cairan pembersih tersebut diburu warga yang panik sehingga mengakibatkan kekurangan stok.
Untuk menjadikan hand santizer sebagai kelangsungan hidup, ramai rakyat seluruh dunia akhirnya membuat hand sanitizer sendiri dengan menggunakan alkohol dan pelbagai bahan lainnya.
Lantas, apa yang hebatnya hand sanitizer? Sehebat mana cairan yang satu ini dalam membasmi virus corona? Jom, semak ulasan berikut!
1. Hand sanitizer hanya efektif jika kandungan alkohol minima 60 peratus
Dilaporkan dari livescience.com, penelitian telah menunjukkan bahawa alkohol hanya boleh membunuh beragam bakteria dan virus jika memiliki konsentrasinya minima 60 peratu. Cairan ini akan bekerja lebih cepat ketika konsentrasinya meningkat.
Oleh sebab itu, ketika memilih atau membuat hand sanitizer sendiri, usahakan kandungan alkohol di dalamnya 60-95 peratus. Kandungan alkohol yang lebih rendah dari itu tidak dapat membantu anda melawan virus corona, tetapi hanya sekadar membantu mengurangi pertumbuhan virus.
Hebatnya lagi, kuman yang terbunuh tersebut tidak akan mengembangkan daya tahan terhadap alkohol. Tidak seperti antibiotik yang boleh membuat bakteria kebal jika digunakan secara sembarangan, hand sanitizer tidak akan hilang keberkesanannya bahkan untuk penggunaan jangka panjang.
2. Adakah hand sanitizer memiliki tarikh luput?
Jika anda perhatikan, terkadang anda tidak akan jumpa tarikh luput pada botol hand sanitizer. Biasanya, pengilang akan mencantumkan waktu tiga tahun sejak tarikh pembuatannya, hingga produk ini memasuki tamat tempoh.
Alkohol disebut sebagai bahan kimia yang stabil, kerana itu konsentrasinya tidak akan berubah selama disimpan dalam bekas dimenteraikan dengan suhu ruang. Namun, hal ini berbeza boleh terjadi pada alkohol di dalam hand sanitizer.
Penutup botol yang sering dibuka tambahan pendedahan udara pada pemakaian yang sering dan berulang, boleh membuat kandungan alkohol di dalamnya menguap. Hal ini membuat konsentrasi alkohol berkurang sehingga tidak efektif lagi dalam membunuh kuman.
Seperti disebutkan di poin pertama, alkohol hanya boleh membunuh kuman jika kandungannya minimal 60 peratus. Jadi kesimpulannya, hand sanitizer tidak boleh digunakan lagi bukan kerana tamat tempoh, melainkan kerana sudah tidak efektif dalam menangani virus. Jadi usahakan untuk menutup rapat-rapat kemasan jika tidak dipakai.
3. Memiliki cara kerja yang cukup berbeza dengan sabun
Untuk mencegah penularan virus, WHO dan juga pemerintah menganjurkan untuk sering membersihkan tangan sekerap mungkin dengan menggunakan air sabun atau hand sanitizer. Meski kedua-duanya sama mampu mencegah virus, tetapi ternyata antara sabun dan hand sanitizer memiliki pola kerja yang cukup berbeza.
Sabun tidak dapat membunuh kuman, melainkan hanya memisahkan kuman dari tangan seperti membersihkan minyak dari piring. Berbeza pula dengan hand sanitizer.
Kandungan alkohol yang di dalam pembersih tangan ini boleh membunuh kuman yang ada di tangan secara langsung dan mampu menghancurkan agen penyebab penyakit (patogen) dengan memecah protein, membelah sel menjadi beberapa bahagian, menyerang membran eksternal, atau mengacaukan metabolisme selnya.
4. Hand sanitizer memang efektif membunuh kuman, tetapi tidak boleh melindungimu dari semua jenis kuman
Ada beberapa mikroba yang tidak akan boleh anda hilangkan dari tangan dengan hanya menggunakan hand sanitizer. Contohnya mikroba Cryptosporidium (parasit penyebab masalah pernapasan dan pencernaan) dan Clostridium difficile (bakteria yang dapat menyebabkan gangguan dan peradangan usus). Selain itu, alkohol juga tidak efektif untuk membunuh virus yang tidak memiliki membran eksternal seperti Norovirus (virus yang boleh menyebabkan muntah dan diare).
Lalu, bagaimana dengan virus corona?
Merujuk pernyataan dari James Scott, seorang professor Dalla Lana School of Public Health di University of Toronto yang dilaporkan dari dari rollingstone.com, virus corona disebut memiliki membran eksternal, yang mana mampu dihancurkan oleh alkohol.
5. Hand sanitizer memang efektif, tetapi cuci tangan dengan sabun adalah pilihan yang paling tepat
Meskipun tidak dapat membunuh kuman secara langsung, mencuci tangan mampu mengurangi jumlah kuman di tangan. Dilapor dari insider.com, sabun dan air disebut lebih efektif daripada hand sanitizer, terutama ketika tangan terlihat berminyak atau kotor. Itulah sebabnya, disarankankan mencuci tangan menggunakan sabun dengan air mengalir selama 20 saat.
Selain tidak bekerja dengan baik pada tangan yang kotor atau berminyak, alkohol juga tidak mampu menghilangkan bahan kimia berbahaya seperti pestisida atau logam berat. Lebih-lebih lagi anda yang memiliki kulit sensitif dan alergi seperti eksima, dipastikan tidak boleh percuma menggunakan hand sanitizer kerana akan membuat tangan kering dan iritasi. Untuk itu, mencuci tangan dengan sabun dan air merupakan pilihan terbaik dan selamat untuk mencegah penularan virus corona.
Akan tetapi, jika anda jauh dari rumah dan tidak mungkin mencuci tangan dengan sabun, maka hand sanitizer adalah senjata utamamu dalam menghadapi virus corona.
Itulah beberapa fakta tentang hand sanitizer yang patut anda tahu. Semoga bermanfaat ya!
SUMBER: Pobella
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr. Hamid Arshat Kongsi Tip Jaga Pemakanan Lepas Jalani Pembedahan Dermoid Cyst. Hijabi Wajib Tahu!
Dermoid cyst merupakan ketumbuhan yang mengandungi beberapa tisu seperti kulit dan rambut. Kebiasaannya, cyst jenis ini perlu dibuang melalui pembedahan. Selepas pembedahan, perkara utama yang perlu diambil kira adalah pemakanan. Sebaiknya, amalkan cara gaya hidup yang sihat dan ambil makanan yang berkhasiat.
Perkara ini turut dikongsi oleh Dr Hamid Arshat menerusi akaun Facebooknya tentang penjagaan makanan selepas menjalani pembedahan. Menurutnya, ia penting untuk meningkatkan imuniti tubuh di samping mengelakkan penyakit tersebut menyerang kembali. Ayuh kita baca perkongsiannya dan semoga ia bermanfaat buat kita semua.
Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut.
Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.
Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovary. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas kehendakNya.
Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal.
Lepas bedah perlu amalkan cara gaya hidup sihat.
MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH
1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan imuniti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi di rumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-kuih, aiskrim, coklat dll. Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.
4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar, iaitu buah-buah dan sayur-sayur. Makan lebih buah-buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai, dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam-ulam , sayur-sayur bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 carrot, 2 batang celery. Atau 1/4 buah papaya dan ¼ nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug, masuk peti ais semalaman.
6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti wholemeal dan brown rice.
7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis carbohydrate.
9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vinegar atau satu sadu. Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempe tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai.
Gantikan nasi putih kepada brown rice.
10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.
Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.
Sumber: Facebook Dr Hamid Arshat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tunjuk Beza Wajah Realiti Dan Di Internet, Faezah Elai Tetap Cantik Walaupun Tudung Penyek
Semua wanita pasti mahu kelihatan jelita setiap masa kan. Tidak kiralah pagi, petang atau malam. Tapi boleh ke kita maintain setiap masa terutama sekali waktu lepas bangun tidur?
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Faezah Elai telah memuat naik dua versi wajahnya di instagram yang dikatakan expectation vs reality kebanyakan wanita. Mesti kebanyakan wanita faham situasi ini kan?
Gambar di Instagram lain dengan kehidupan sebenar…
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
How i look every morning when i send my kids to school..
The second photo,how i think i look like every morning.. konon mcm i woke up like this.. kahkahkahkah padahal mcm makcik jual apam balik ???? .
Netizen juga bersetuju dengan Faezah dan mengatakan dia tetap cantik walaupun tak mekap.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
kredit : instagram @faezahelai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI