Kaum wanita antara individu yang selalu runsing bila tiba masa untuk memikirkan juadah yang perlu disediakan ketika bersahur dan juga berbuka puasa. Tentunya anda keliru untuk memasak makanan yang boleh dimakan oleh seisi keluarga. Jika anda masih bujang, lebih mudah untuk anda kerana anda tidak perlu bersusah-payah memikirkan menu untuk orang lain.
Okay, usah risau. Di sini Hijabista ingin kongsikan satu resepi yang cukup menyelerakan iaitu Kuetiau Goreng Basah. Alahai sedapnya! Jom kita lihat resepi yang dikongsi oleh Denaihati Network ini.
Ads
Ads
Bahan-Bahan:
Bawang Merah (dihiris)
Bawang Putih (diketuk)
Cili
Cili Boh
Sos Tiram
Sos Cili
Kicap Manis
Udang
Kerang
Telur
Kuetiau
Taugeh
Daun Kucai
Air
Cara-Cara:
Tumis 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili.
Dah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh.
Tumis seketika, kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis.
Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)
Masukkan 2 cawan air
Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)
Masukkan 1 bungkus kuetiau, segenggam taugeh dan sedikit hirisan daun kucai
Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa
Sekitar tahun 90an, siapa yang tak kenal lelaki bersusuk tubuh tegap, tampan dan berwajah persis orang Arab. Edika Yusof satu nama tidak asing kepada peminat seni tanah air kerana kemunculannya sebagai seorang model dan pelakon serba boleh.
Filem yang paling sinonim dengan dirinya adalah Maria Mariana berlakon di samping Erra Fazira dan Ziana Zain. Namun selepas berkahwin, kelibatnya dalam dunia lakonan tidak kelihatan. Bukan kerana tidak mahu belakon tetapi ada sebab kenapa beliau menghilangkan diri dalam dunia seni.
Dalam satu video, Edika berkongsi pengalamannya selama 12 tahun menjaga isterinya yang jatuh sakit dan lumpuh tiga suku badan setelah dua tahun mereka berkahwin. Akibatnya isterinya menghidap strok tidak boleh mendengar dan juga bercakap. Keadaan ini menyebabkan ia menggangggu memori iserinya hingga ada beberapa perkara tidak mampu untuk diingati.
Situasi ini benar-benar menguji diri Edika yang keliru kenapa dugaan ini yang Tuhan beri padanya. Dia terfikir untuk berkongsi masalahnya dengan seseorang. Tetapi jalan yang dipilih adalah berkongsi masalah itu dengan Tuhan sendiri.
Daripada situ beliau mendapat hidayah dan menguatkan diri menempuh segala apa yang berlaku. Walaupun dalam masa sama dia seperti sudah putus harapan, tetapi melihat kesungguhan isterinya apabila melakukan sesuatu dan tidak pernah ‘give up’ daripada situ kekuatan dirinya datang.
Walapun isterinya berada dalam serba kekurangan, tetapi lelaki ini tidak pernah menganggap isterinya seorang OKU ataupun seorang yang lumpuh. Malah dia menganggap isterinya seperti manusia biasa yang sempurna. Daripada sikap isteri yang begitu membuatkan isterinya juga tidak sedar bahawa dirinya lumpuh dan bukan seperti insan normal lain.
Edika juga turut memberitahu dia treat isterinya sama sahaja daripada segi kasih sayang. Mereka ada masanya bergaduh dan menguruskan keperluan keluarga bersama-sama. Dia cipta benda begini supaya isterinya itu tahu bahawa dia seorang yang normal.
Biarpun ada pandangan keluarga dan teman-teman yang bertanya kenapa dia tidak berkahwin lagi satu, Edika punya jawapan tersendiri. Katanya jika berkahwin lagi satu pun tidak akan selesaikan masalah yang sedia ada. Mungkin juga isteri kedua itu nanti akan sakit lumpuh. Jadi berapa ‘wheechair’ yang perlu dia jaga.
Menurutnya juga cukuplah dengan satu ini yang dia perlu jaga dan alhamdulillah baginya ini dugaan yang Tuhan beripada dirinya. Isterinya juga ada menyuruh Edika berkahwin lain tetapi dia menolaknya. Baginya sewaktu mengambil isterinya, dia berada dalam keadaan sempurna dan jika mahu mengembalikan pada keluarga juga mestilah boleh berdiri dan berjalan. Jadi daripada situ isterinya paham yang dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri kerana padanya yang satu ini juga sudah memadai.
Di akhir perbualan, Edika juga sempat menitipkan pesanan buat kaum lelaki di luar sana agar susah senang bersama isteri. Jangan bagi beban kepada isteri saja kerana lelaki merupakan ketua keluarga. Kita perlu sentiasa sama-sama membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Jangan anggap isteri sebagai maid sebaliknya anggap dia adalah soulmate kita dan lakukan apa-apa biarlah bersama-sama. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
KREDIT FOTO: FACEBOOK & IG EDIKA YUSOF
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman, 17 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Di Bulan Ramadan. Elakkan Ya!
Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi orang-orang yang beriman. Ia merupakan bulan yang mulia dan mempunyai banyak fadilat dan keistimewaannya.
Ketika berpuasa, ada perkara-perkara yang perlu dibataskan agar tidak membatalkan puasa anda. Mungkin anda rasa ia perkara biasa tetapi ia sebenarnya satu kesilapan yang sering terjadi apabila tiba bulan Ramadan. Perkara ini turut dikongsikan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman menerusi akaun Facebooknya. Nak tahu apa? Jom kita baca sama-sama.
Siapa yang tidak kenal dengan John Cena, seorang ahli tinju yang terkenal di gelanggang WWE. Terkenal dengan trademark, ‘You Can’t See Me’, dia nampaknya kini sudah berubah kerjaya menjadi seorang anggota bomba pula. Eh, biar betul?
Jangan terkejut sis! Sebenarnya John bakal muncul di pawagam dengan filem terbarunya yang berjudul Playing With Fire. Menampilkan genre komedi, filem yang bakal ditayangkan pada 9 Januari 2020, filem ini mengisahkan tentang seorang anggota bomba yang tegas dan garang iaitu Jake Carson bersama pasukan elitnya yang datang menyelamatkan tiga beradik.
Namun, mereka tidak menyangka ia menjadi begitu mencabar dan tiada latihan yang dapat memberikan mereka sepenuh persediaan dalam tugasan yang paling sukar iaitu menjadi…. PENGASUH KANAK-KANAK!
Apabila dunia mereka menjadi tunggang terbalik, mereka sedar satu perkara iaitu kanak-kanak adalah seperti api, ‘sangat liar dan sangat sukar untuk diramalkan’.
Diarahkan oleh Andy Fickman, anda boleh menjadi antara yang bertuah untuk menonton tayangan perdana filem Playing With Fire pada 8 Januari bersama Hijabista secara percuma! Jawab sahaja soalan mudah di bawah ini untuk memenanginya.
Tarikh : 8 Januari 2020 (Rabu)
Tempat : GSC, One Utama
Masa : 8.30 malam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.