Sejak mengambil keputusan untuk berhijab  sekitar tahun 2011, pelakon Diana Amir memang cukup istiqomah dengan penghijrahannya. Dia yang mendapat mimpi mengenai kiamat hingga menyebabkan dirinya telah berhijrah dari zaman sebelumnya itu. Walaupun sudah berhijrah, namun aktiviti dalam dunia seni tetap diteruskan. Cuma buat masa ini ibu kepada dua cahaya mata ini lebih selesa membuat bidang pengacaraan yang cukup sebati pada dirinya.

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on

Namun bagi Diana mengakui malu untuk melihat dirinya pada zaman dahulu. Justeru dia berharap agar stesen televisyen mempertimbangkan untuk tidak mengulang siar filem lama lakonannya ketika zaman belum bertudung.

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on

Walaupun tahu tidak mempunyai hak, tetapi menurutnya jika ia boleh dielakkan Diana amat berterima kasih dan menghargai tindakan tersebut.

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on

Menurutnya dia malu untuk meligat semula dirinya pada zaman yang memang cuba untuk dilupakan. Malah ada juga peminat baharunya terkejut melihat penampilan Diana pada lakonan di kaca televisyen. Tetapi dia tidak mampu melakukan apa-apa.

bakal ahli kubur – kita semua… . . terima kasih ustaz @ustazahmaddusuki berkongsi tentang “Ajal – Mati itu pasti “ di @bismillahadduha , org mukmin tak takut malah rindu dengan kematian kerana ingin bertemu Allah, org mukmin tak takut melampau dan menggeletar kerana bukan keseronokan di dunia yang diletak dalam hati,org mukmin sedar dunia ialah ladang pahala ,selepas kematian itulah kehidupan yang kekal abadi . . sayanglah kalau di dunia dapat hidup dengan penuh keseronokan, tapi di akhirat dibalas dengan kesakitan.. Nauzubillah min zalik.. semoga bahagia di dunia DAN akhirat , amin! . . banyak lagi perkongsian drp ustaz Dusuki, boleh tonton ulangan malam ni 11pm @astro_oasis106 . . . Disebut dalam Hadith Rasulullah SAW berkata . . “Al kayyisu (orang yang bijak/cerdik) ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati. Sedangkan al ‘aajizu (orang yang gagal) adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) Allah.” . . (Sunan Ibn Majah: 4260; Musnan Imam Ahmad: 124).. . #selfreminder . . . untungla @itsmeaienzhln tido pun cantik hahaha, please practice buka mata next time 😘

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on

Tambahnya jika dia terbaca komen tentang lakonannya yang lama, dia sebolehnya akan memadam atau cuba memberi  penjelasan sebaiknya.

#HD4thanniversary ❤️

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on

Sebaik berhijrah pelakon yang mempunyai follower 1.1M di laman instagram ini turut menyampaikan dakwah kepada peminatnya dengan cara tersendiri.

Diana yang juga merupakan Ikon Muslim Volunteers Malaysia 2018 jika dilihat sering memberi ingatan atau nasihat yang berguna kepada peminatnya. Menyedari kekhilafannya yang dulu, dia menebus dengan cara yang dirasakan terbaik untuk dirinya.

Assalamualaikum, . Dalam usaha membantu golongan yang memerlukan bantuan, saya sebagai #IkonMVM bersama Muslim Volunteer Malaysia telah melancarkan 3 inisiatif dan kempen baru yang memerlukan sumbangan dan hebahan dari anda: . 1) Tabung Peduli MVM : . Tabung Peduli MVM merupakan salah satu inisiatif terbaru MVM dalam mengumpul dana bantuan secara konvensional. Tabung ini akan diagihkan kepada sukarelawan MVM, orang awam dan juga badan-badan korporat dalam usaha untuk menjayakan kempen-kempen anjuran MVM. . 2) MVM Web Donation : . MVM Web Donation merupakan satu platform baru secara atas talian yang diusahakan oleh MVM bagi mengumpulkan semua kempen-kempen bantuan dalam satu laman sesawang. Ia bertujuan untuk memudahkan orang awam menghulurkan sumbangan ikhlas. . Layari web donation : www.donation.org.my . 3) Misi Bantuan Musim Sejuk “Syria, Kami Datang” 2.0 : . 3 bantuan adalah seperti berikut: . a) Baju Sejuk Sasaran : 1000 penerima bantuan 1 Tajaan : RM100 Jumlah tajaan : RM100,000 . b) Selimut Sasaran : 1000 penerima bantuan 1 Tajaan : RM50 Jumlah tajaan : RM50,000 . c) Susu bayi Sasaran : 1000 penerima bantuan 1 tajaan : RM50 Jumlah tajaan : RM50,000 Jumlah keseluruhan dana diperlukan : RM200,000 . Tarikh tutup sumbangan : 24 Disember 2017 . HARAPAN MVM . Dengan hanya berbaki satu bulan sahaja lagi sebelum tahun 2017 berakhir, besar harapan kami di MVM jika anda mengambil peluang yang ada ini untuk memberikan sumbangan dari segi dana / ataupun anda juga boleh bantu dengan share/hebahkan post ini di FB, twitter, instagram, blog, group wassap mahupun telegram. . Sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia: . ➳ Maybank: 5648 0164 7699 ➳ Cimb: 8602 5378 07 ➳ Bank Islam : 1230 0010 0030 65 ➳ Email: account@mvm.org.my . Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan/sumbangan dibuat, boleh klik dibawah : ➳ www.donation.mvm.org.my . Semoga usaha ini dipermudahkan. Amin . #muslimvolunteermalaysia #ikonMVM

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on

Malah, penampilan Diana juga sejak berhijrah  sedap mata memandang. Dia cukup selesa menggayakan hijab labuh dan pakaian longgar yang menepati ciri-ciri wanita Muslimah. Ada kalanya tampil stailo tetapi masih lagi menjaga batas aurat yang sepatutnya.

Artikel Berkaitan: Kisah Hijrah Diana Amir Yang Ramai Tak Tahu

modesty is the way to live in a material world 💛 . . #focusonwhatsimportant

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on

Sebelum ini Diana yang berlakon bebebapa filem bersama syarikat Metrowealth dan kebanyakan filem memaparkan aksi Diana sebelum berhijrah.

SUMBER: KOSMO

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DIANA AMIR

Tinggalkan Komen