Kini musim konvokesyen kebanyakan universiti di seluruh Malaysia. Pasti kita dapat saksikan rakan-rakan kita yang baru bergelar graduan memuat naik gambar mereka baru menerima skrol bukan?
Ada juga beberapa artis yang tidak terkecuali yang diraikan pada hari konvokesyen ini dah antara yang paling mencuri tumpuan adalah penyanyi Najwa Latif. Dia secara rasminya telah berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), di peringkat ijazah sarjana (master).
Meraikannya bersama ahli keluarga yang tersayang. Tahniah Wawa!
Wawa juga pernah menyatakan yang dahulunya dia pernah rasa nak berhenti belajar sewaktu berada di tingkatan 4 dan tidak menyangka perjalannya akan sejauh ini. Syabas Wawa! Moga terus memberi inspirasi kepada yang lain.
https://www.instagram.com/p/B3jTOy2l_si/
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyelidik China menunjukkan bahawa makan kentang goreng dikaitkan dengan peningkatan risiko kebimbangan sebanyak 12 peratus dan peningkatan risiko kemurungan sebanyak 7 peratus.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa lelaki muda paling banyak dipengaruhi oleh pengambilan kentang goreng.
Menurut Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, menunjukkan bahawa puncanya adalah akrilamida, sebatian yang dihasilkan apabila makanan berasaskan kentang digoreng.
Kajian mencadangkan bahawa penggunaan akrilamida yang berpanjangan pada orang dewasa boleh menyebabkan mereka menunjukkan tingkah laku yang menyerupai kemurungan dan kebimbangan.
Keputusan menunjukkan bahawa seseorang yang makan kentang goreng mempunyai 12 peratus peningkatan risiko kemurungan berbanding mereka yang makan daging putih goreng.
Kentang goreng juga dikatakan menyebabkan obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Ini kerana kentang goreng tinggi kalori dan lemak tepu.
Satu hidangan kentang goreng mengandungi kira-kira 63 gram karbohidrat. Walaupun karbohidrat adalah salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh, makan terlalu banyak daripadanya tidak baik untuk kesihatan anda.
Bukan sahaja tinggi karbohidrat, kentang goreng juga mengandungi garam dan lemak tambahan yang berasal dari minyak yang digunakan untuk menggorengnya.Oleh sebab itu, makan terlalu banyak kerepek ubi boleh menyebabkan obesiti, diabetes jenis 2, penyakit jantung, dan kanser.
Kandungan lemak yang tinggi dalam kentang goreng juga boleh menyebabkan penambahan berat badan. Satu hidangan kentang goreng mengandungi kira-kira 24 gram lemak, agak banyak berbanding had lemak harian 65 gram.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kecemerlangan Diabetes dan Obesiti di Universiti Washington di Seattle juga menunjukkan bahawa pengambilan lemak yang berlebihan boleh merosakkan sel-sel saraf di dalam otak yang mengawal berat badan.
Selain itu, paras garam yang tinggi juga boleh menyebabkan pengekalan air, yang membawa kepada peningkatan jumlah pada skala.
Kuncinya disini Hijabi adalah mengonsumsi sewajarnya sahaja.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kita pastinya sering menjumpai gel silika di dalam bungkusan barang yang baru dibeli lalu terus membuangnya kerana merasakan ia tidak berguna.
Eh, rugi tau! Kalau nak tahu, sebenarnya gel silika ini banyak fungsinya dalam memudahkan kehidupan kita. Bahan yang terdapat dalam gel silika ini berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan. Tak perlu dibuka, letakkan saja bungkusannya di tempat yang perlu.
Antara fungsi-fungsi lainnya ialah:
Simpan pisau cukur anda bersama paket gel silika kerana ia boleh mengelakkannya daripada cepat berkarat.
2. Mengelakkan koleksi gambar-gambar lama melekat antara satu sama lain dengan meletakkan gel silika di dalam kotak tersebut.
3. Selamatkan ‘nyawa’ telefon pintar anda yang terjatuh atau teredam di dalam air dengan meletakkannya di dalam bekas yang dipenuhi gel silika. Fuh, nasib baik!
4. Bedak asas menjadi keras atau keadaannya tak sama seperti dulu? Cuba letakkan gel silika di dalam beg solek anda. Pasti keadaannya menjadi lebih baik!
5. Menghilangkan bau hapak jika diletakkan di dalam beg gim dan juga di rak kasut anda.
Para peminat kumpulan Blackpink pasti teruja apabila mengetahui Lisa daripada kumpulan tersebut menjuarai carta 100 Wanita Tercantik di Asia 2019 oleh TCCAsia.
Tidak ketinggalan, anggota-anggota lain turut tersenarai dalam carta di mana Jennie di tangga ketiga manakala Rose di tempat ke-13 dan Jisoo di tempat ke-22.
Namun, yang lebih menariknya adalah apabila penyanyi tersohor Malaysia iaitu Shila Amzah turut tersenarai dalam carta. Pasti kebanyakan daripada kita merasa bangga dengan khabar ini.
Berikut merupakan senarai 100 Wanita Tercantik di Asia 2019:
Baru-baru ini Izara sekali lagi memukau netizen dengan kejelitaannya yang tak ubah seperti 'wanita timur tengah' apabila tampil dalam busana mewah patuh syariah yang bergemerlapan rekaan pereka fesyen selebriti terkemuka Rizman Ruzaini.