Gambar sumber dari LinkedIn

Siti Ameera Liana Ahmad Kamal telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia setelah berjaya meraih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian di The University of Edinburgh, Scotland. Gadis ini bukan sahaja cantik, malahan dia juga cemerlang dalam pelajaran. 

Ameera Ahmad Kamal merupakan pelajar tajaan MARA di The University of Edinburgh dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Gadis berumur 24 tahun ini juga pernah menyandang jawatan presiden Persatuan Pelajar Malaysia Edinburgh (EMSA) pada tahun 2019 hingga 2020. Dalam jangka masa tersebut, dia telah berjaya untuk merancang dan pernah bekerjasama dengan United Kingdom dan Eire Council for Malaysia Students (UKEC), cendekiawan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) serta Heriot-Watt Malaysian Society dalam menganjurkan beberapa acara.
Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara selama empat tahun, pelajar ini pernah mengikuti program A-Level di Kolej MARA Seremban. Ameera bukan sahaja telah menerima penganugerahan ljazah Kelas Pertama Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (EEE) (Kepujian), malah dia juga telah dianugerahkan pencapaian pelajar cemerlang Tahun Empat iaitu pingat yang diberikan kepada pelajar terbaik dalam kelasnya.Menurut Ameera, kejayaannya ini adalah hasil dari projek tahun akhirnya yang mengkaji penggunaan semula bateri kereta elektrik untuk aplikasi (PV) solar luar grid yang melibatkan penggunaan meluas Simulink pada satu platform pengaturcaraan iaitu MATLAB.
Pemakluman Siti Ameera sebagai penerima pingat pencapaian pelajar cemerlang

Menerusi laman profil LinkedIn Ameera, dia telah berkongsi rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sering memberikan sokongan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, Dr Jonathan Shek, atas bantuan dan sokongan berterusan sepanjang tahun. Beliau merupakan penyelia yang sangat baik dan telah menyokong saya hingga akhir. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemeriksa saya, Dr Paul Judge, atas maklum balas dan idea yang membina untuk memastikan saya berada di landasan yang betul.”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MARA kerana telah merealisasikan impian dan memberikan peluang buat saya untuk belajar di sebuah universiti terkemuka dunia.”

IKLAN
Gambar sumber dari LinkedIn

“Tidak ketinggalan juga buat kedua ibu bapa saya, keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus memberikan sokongan,” jelas Ameera.

Meninjau di ruangan komen profil LinkedIn Ameera, ramai yang mengucapkan tahniah dan turut bergembira atas kejayaannya. Rakan-rakannya turut berbangga dengan kejayaan gadis itu.Kisah kejayaan Ameera juga telah dikongsikan di laman muka buku Sinar Bestari dan telah mendapat kesukaan sebanyak 8.7K. Perkongsian ini juga telah meraih banyak komen positif daripada rakyat Malaysia.

 

IKLAN

 

“Congratulations to you, Ameera. We Malaysian, proud of your achievement. Keep continue your great work. May Allah bless you.”

IKLAN
“Syabas dan setinggi-tinggi tahniah Cik Siti Ameera Liana di atas kejayaan yang amat cemerlang itu. Moga Allah kurniakan kejayaan yang lebih gemilang buat anda buat masa2 mendatang. Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga buat kedua-dua ibunya kerana bijak mendidik anak/anak2.”

“Wow congratulations. A great achievement. You have been a pride to all Malaysians. Do come back to serve our beloved country Malaysia.” begitulah coretan warganet buat Ameera.

ARTIKEL BERKAITAN: Beauty With Brain! Anak Zulkifli Ismail Genggam PhD Di Usia 20an, Jadi Pensyarah Di Korea Selatan

Sebagai kesimpulan, kejayaan Ameera telah menjadi kebanggaan dan inspirasi buat semua rakyat Malaysia. Kecemerlangan Ameera ini telah membuktikan keupayaan sistem pendidikan Malaysia juga mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Semoga kisah kejayaan Ameera menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat anda semua di masa hadapan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI