Semakin ramai kita melihat selebriti yang tampil berhijab. Terbaru adalah pelakon Ardell yang sebelum ini terkenal dengan watak tomboy. Hidayah Allah itu hadir tanpa mengira siapa dan memang beruntung bagi yang mendapatnya. Seperti juga penyanyi Farihah Mohamed Arshad ataupun popular dengan nama Farra yang cukup terkenal dengan lagu ‘Bagaikan Puteri’. Dia bukan setakat berhijrah dari zaman kejahilannya tetapi juga turut mengambil keputusan untuk berniqab. Sudah hampir 20 tahun beliau berhijrah menjadi Muslimah yang diredai Allah dan masih terus kekal istiqomah.
Dalam artikel yang disirkan di Sinar Harian Online, Farra berkata cabaran ketika berhijrah tidaklah seserius ketika beliau mengambil keputusan untuk berniqab.
“Semasa saya berkeputusan untuk berniqab. Saya melalui cabaran getir kerana ramai yang tidak menggemarinya. Namun, bila saya baca beberapa buku dan mengikuti kelas, saya berasakan tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, sebenarnya adalah untuk mengelakkan fitnah.
“Kalau dalam hukum wajib, niqab ini dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling.
“Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.” katanya.
Jelas Farra, sebab itulah beliau berasakan masyarakat perlu lebih peka dan memahami mengapa seseorang itu berniqab dan jangan terus menghukum dan melabelkan mereka memakai sekadar untuk menunjuk-nunjuk.
Menurutnya, beliau berharap agar dirinya dan juga Muslim yang lain terus diberikan petunjuk daripada ALLAH untuk terus mempelajari ilmu dan memahami al-Quran dan Sunnah Rasulullahlah.
Berdakwah Melalui Laman Sosial
Jika dilihat dalam laman instagram Farra, beliau juga turut berdakwah kepada followernya secara aktif. Ada sahaja perkongsian kata-kata berunsur nasihat kepada pengikutnya.
Dalam pada Itu, Farra kini giat menggali dan menuntut Ilmu serta aktif dengan kerja-kerja dakwah. Buat masa ini dia begitu aktif dengan Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM) dan pembabitannya adalah secara tanpa sengaja.
IKLAN
“Sekitar tahun 2014, semasa mengikuti sesi daurah tafsir al-Quran, saya dijemput oleh pengasas PQDM, Puan Rahana Ab Rahim bersama suaminya, Hj Mustapa Omar untuk bersama menjayakan misi PQDM iaitu menjadikan al-Quran untuk dibaca, faham dan amal.
“PQDM bermula dengan mewujudkan Quran Daily (QD) pada Mei 2014. Aktiviti QD diperlengkapkan lagi dengan aktiviti amal melalui Projek Infak Quran Daily (PIQD) dan aktiviti ilmu melalui Biro Ilmu Quran Daily (BIQD). Saya bermula sebagai admin grup, setelah berjaya khatam al-Quran. Saya menjadi mentor dan dalam masa yang sama turut mengendalikan BIQD, kursus jenazah dan kursus solat,” cerita ibu tiga anak ini.
Bukan itu sahaja penyanyi yang pernah bersama-sama dengan ratu Rock Ella ini juga turut terbabit dengan kumpulan Pengurusan Jenazah Muslimah (PJM) aktif mengadakan kursus jenazah yang juga dikendalikan di bawah PQDM.
Selain terbabit dengan kerja-kerja dakwah ini, Farra juga turut aktif dalam menjalankan perniagaan, Farra Apparel menerusi dalam talian. Objektif Farra Apparel adalah untuk menawarkan rangkaian busana Muslimah yang aktif, selesa dan bergaya, serta menepati syariat.
Ramai selebriti yang mengambil keberkatan Syawal untuk meraikan hari bahagia. Selain pengacara popular, Dayah Bakar, anak sulung kepada pelakon dan juga penerbit Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah juga selamat diijab kabulkan bersama pasangannya. Majlis yang berlangsung penuh meriah ini turut dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Selain terpesona melihat kecantikan wajah puteri sulung Ziela Jalil yang menggayakan busana indah, inai tangan bertatah batuan manik yang dilukis juga turut mencuri tumpuan ramai.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Puteri Julia cukup anggun menggayakan dress persalinan rona putih rekaan Nurita Harith dengan layangan layah rona senada. Manakala wajah comel Puteri Julia pula mendapat sentuhan mekap artis tersohor Saidatulnisa Aminuddin.
Kedua-duanya dilihat bagai pinang dibelah dua usai majlis ijab kabul dan disandingkan di pelamin yang dihias indah oleh Razak Flora dengan bunga-bungaan mewah.
Sebelum itu, pada Mei yang lalu pasangan ini telah mengikat tali pertunangan. Menerusi laman instagram Ziela Jalil juga turut berkongsi momen indah majlis khatam quran, berinai dan juga ijab kabul.
Bukan itu sahaja ramai yang turut memuji kecantikan Dr Puteri Julia Nabila yang dikatakan seiras ibunya, Ziela Jalil. Mereka turut mendoakan pasangan ini akan kekal hingga ke jannah.
Satu lagi yang menarik mengenai majlis perkawinan pasangan yang sama-sama bergelar doktor ini adalah tentang inai yang dipakai oleh Dr Puteri Julia.
Memilih inai putih dengan rekaan cukup indah dengan taburan batuan menjadikan ia seperti sarung tangan yang membaluti tangan. Inai yang cukup indah dan kemas ini dilukis oleh Sheema Henna Artist.
@semuacomel Cantiknya inai di tangan tu. Sangat unik
@nadiaimie im so in love with white henna! so elegant!!
Jika sejak akhir-akhir ini ketika anda melihat cermin dan terfikir bahawa penampilan diri tidak menarik dan nampak kusam, mungkin inilah saatnya anda memikirkan untuk mengubah penampilan. Meskipun berhijab, rambut merupakan antara daya penarik buat seorang wanita. Di sebalik sehelai hijab ‘tersembunyi’ kecantikan seorang wanita.
Memilih warna rambut yang sesuai dengan tona kulit bukanlah semudah memetik jari. Berapa tip penting daripada penata gaya amat membantu para hijabi ketika memilih warna rambut yang bersesuaian dengan tona kulit.
Rangkaian Garnier Color Naturals menjanjikan pilihan warna yang sesuai untuk semua tona kulit hijabi. Daripada sembarangan memilih warna yang anda sukai, amat penting untuk memastikan warna rambut sesuai dengan nuansa dan warna kulit anda. Warna rambut yang tepat akan menonjolkan penampilan dan membuatkan anda tampak lebih berseri.
UJIAN TONA BAJU
Antara langkah termudah untuk menentukan tona kulit ialah melalui almari anda. “Fikirkan blaus atau baju kegemaran anda, yang membuatkan anda rasa selesa dan anggun, yang membuatkan orang lain memuji anda.”
“Apakah warna baju tersebut? Jika kuning, jingga atau pic, anda mungkin memiliki tona warna kulit WARM. Jika biru, hijau atau ungu, anda mungkin memiliki tona warna kulit COOL. Jika anda kelihatan cantik dalam kedua-duanya, tona warna kulit anda ialah NATURAL.”
Jika baju kegemaran itu tidak muncul di fikiran dengan segera (atau jika anda sering memakai warna hitam, kelabu atau putih) anda masih boleh gunakan teori ini. Apabila melihat ke dalam cermin di dalam bilik dengan pencahayaan yang sempurna, pegang sehelai baju bertona hijau atau biru terang pada wajah anda, kemudian tukar dengan tona merah atau kuning. Jika anda rasakan bahawa tona kulit anda nampak lebih baik dengan baju biru, anda mungkin memiliki tona kulit COOL. Jika ia kelihatan lebih baik dengan baju merah, anda memiliki tona kulit WARM.
CADANGAN WARNA GARNIER COLOR NATURALS
Jika anda dapati tona kulit anda COOL, Garnier Color Naturals Cream #4 Coklat adalah tona blonde yang terbaik untuk anda. Selain itu bagi menambah seri wajah si hijabi yang bertona kulit COOL, Garnier Color Naturals #3 Coklat Gelap juga sesuai untuk anda.
Bagi hijabi yang memiliki tona kulit COOL juga mereka amat sesuai dengan tona-tona rambut seperti merlot, burgundy atau tona lembut mocha. Warna yang dicadangkan ialah Garnier Color Naturals Merah Berry 6.64.
Oleh itu amat penting untuk hijabi membuat pilihan warna rambut yang tepat dengan tona kulit agar penampilan tidak kelihatan janggal. Warna rambut yang serasi dengan tona kulit mampu menjadikan aura hijabi lebih menyerlah.
Ketuat memang sangat menyakitkan. Bukan sahaja ia membuatkan kita rasa tidak selesa dek kerana rasa sakit pada bahagian yang ditumbuhi ketuat tetapi dalam masa yang sama boleh membuat keyakinan diri kita ‘merudum.’ Apa tidaknya, jika ketuat tumbuh di tangan, tentulah rasa segan apabila hendak bersalaman dengan orang lain. Hilangkan dengan cara mudah, guna cuka apple cider dan vaseline sahaja!
Berikut perkongsian yang dipetik dari Facebook Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda tentang cara-cara merawat ketuat menggunakan ramuan cara DIY. Mungkin ramai yang pernah mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
BAGAIMANA HENDAK HAPUSKAN KETUAT?
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHILANGKAN KETUAT:
1. Cuka epal – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
2. Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
3. Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
4. Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
LIHAT KESAN DARIPADA SAPUAN RAMUAN INI:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.