Jika sejak akhir-akhir ini ketika anda melihat cermin dan terfikir bahawa penampilan diri tidak menarik dan nampak kusam, mungkin inilah saatnya anda memikirkan untuk mengubah penampilan. Meskipun berhijab, rambut merupakan antara daya penarik buat seorang wanita. Di sebalik sehelai hijab ‘tersembunyi’ kecantikan seorang wanita.
Memilih warna rambut yang sesuai dengan tona kulit bukanlah semudah memetik jari. Berapa tip penting daripada penata gaya amat membantu para hijabi ketika memilih warna rambut yang bersesuaian dengan tona kulit.
Rangkaian Garnier Color Naturals menjanjikan pilihan warna yang sesuai untuk semua tona kulit hijabi. Daripada sembarangan memilih warna yang anda sukai, amat penting untuk memastikan warna rambut sesuai dengan nuansa dan warna kulit anda. Warna rambut yang tepat akan menonjolkan penampilan dan membuatkan anda tampak lebih berseri.
UJIAN TONA BAJU
Antara langkah termudah untuk menentukan tona kulit ialah melalui almari anda. “Fikirkan blaus atau baju kegemaran anda, yang membuatkan anda rasa selesa dan anggun, yang membuatkan orang lain memuji anda.”
“Apakah warna baju tersebut? Jika kuning, jingga atau pic, anda mungkin memiliki tona warna kulit WARM. Jika biru, hijau atau ungu, anda mungkin memiliki tona warna kulit COOL. Jika anda kelihatan cantik dalam kedua-duanya, tona warna kulit anda ialah NATURAL.”
Jika baju kegemaran itu tidak muncul di fikiran dengan segera (atau jika anda sering memakai warna hitam, kelabu atau putih) anda masih boleh gunakan teori ini. Apabila melihat ke dalam cermin di dalam bilik dengan pencahayaan yang sempurna, pegang sehelai baju bertona hijau atau biru terang pada wajah anda, kemudian tukar dengan tona merah atau kuning. Jika anda rasakan bahawa tona kulit anda nampak lebih baik dengan baju biru, anda mungkin memiliki tona kulit COOL. Jika ia kelihatan lebih baik dengan baju merah, anda memiliki tona kulit WARM.
CADANGAN WARNA GARNIER COLOR NATURALS
Jika anda dapati tona kulit anda COOL, Garnier Color Naturals Cream #4 Coklat adalah tona blonde yang terbaik untuk anda. Selain itu bagi menambah seri wajah si hijabi yang bertona kulit COOL, Garnier Color Naturals #3 Coklat Gelap juga sesuai untuk anda.
Bagi hijabi yang memiliki tona kulit COOL juga mereka amat sesuai dengan tona-tona rambut seperti merlot, burgundy atau tona lembut mocha. Warna yang dicadangkan ialah Garnier Color Naturals Merah Berry 6.64.
Oleh itu amat penting untuk hijabi membuat pilihan warna rambut yang tepat dengan tona kulit agar penampilan tidak kelihatan janggal. Warna rambut yang serasi dengan tona kulit mampu menjadikan aura hijabi lebih menyerlah.
Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.
Fitrah untuk hati, jiwa, perasan dan akal untuk berehat daripada keletihan dan kelesuan adalah melalui hiburan. Islam punya jalan yang cukup praktikal dalam memberi kerehatan kepada elemen dalaman ini. Justeru, ajaran Islam telah menetapkan konsep hiburan yang sebenarnya. Sesungguh, Islam itu bukan sekadar mendorong malah mengatur umatnya walaupun untuk menikmati hiburan.
Menerusi dua dimensi hiburan ini, hiburan asasi akan memberi ketenangan dan keteguhan hati apabila menikmatinya. Ini adalah hiburan yang diperolehi menerusi iman yang membawa kepada aman.
1. Solat Juga Hiburan
Solat juga hiburan asasi sepertimana sabda Rasulullah SAW mafhumnya “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Riwayat Ahmad). Ini bermakna solat juga satu bentuk kerehatan sekaligus menjadi satu hiburan yang hakiki dan sejati.
Mengenang Rasulullah SAW seterusnya berselawat kepada baginda juga termasuk di dalam hiburan asasi ini. Ia diperintahkan oleh Allah SWT dan lebih daripada itu selawat juga di lakukan oleh Allah SWT dan para malaikat.
2. Membaca Al Quran Hiburan Asasi
Selain itu, membaca al-Quran merupakan satu lagi bentuk hiburan asasi. Menerusi membaca al-Quran kita mendengar kata-kata Allah secara terus kepada kita. Bayangkan jika meletakkan Allah sebagai kecintaan dan kekasih serta al-Quran sebagai warkah cinta pasti kebahagiaan dan kedamaian hadir dalam jiwa.
3. Isteri Solehah
Begitu juga isteri solehah; berjauhan membawa rindu dan cinta, hampir dengannya dibelai dan disuntik kekuatan, nasihat dan peringatan. Menjadi hiburan buat suami. Dan begitu juga sebaliknya, suami yang soleh adalah hiburan buat wanita. Tidak ketinggalan anak-anak yang soleh menjadi penyejuk mata menghiburkan di dunia lebih dari itu menggembirakan di akhirat.
4. Sifat Reda & Pemaaf
Hiburan asasi juga boleh diperolehi melalui sifat-sifat mahmudah yang dimiliki termasuk sabar, reda dan pemaaf. Dengan memiliki sifat-sifat ini jiwa akan tenang dan secara automatik hati akan terhibur dengan hiburan yang hadir dari dalam diri sendiri.
Berhenti Rehat Memberi Masa Mengerjakan Solat
Seterusnya adalah hiburan sampingan. Ia adalah hiburan yang bertindak sebagai penggalak, pemangkin, pendorong dan pembawa kepada hiburan asasi. Ia penting sebagai medium mempromosi atau pengiklan hiburan asasi dan abadi.
Menerusi industri hiburan yang menyajikan lagu-lagu bermesej positif secara tidak langsung membawa kepada penambahbaikan iman, menyubur sifat mahmudah.
Konsert Hous Boom pada 10 November depan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.
Memberi masa selama 45 minit berhenti rehat untuk mereka yang dating menyaksikan konsert ini solat dan berehat. Satu pujian di beri kepada pihak penganjur yang mementingkan ibadah walaupun semasa berlibur.
Turut sama terlibat di dalam konsert yang bermula jam 4.00 petang itu nanti ialah Hujan, Gerhana Ska Cinta, K-Clique, Pop Shuvit dan Budak Nakal Hujung Simpang di samping Ratu Rock Negara, Ella.
Mengambil tempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) tiket jualan konsert berkenaan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi TicketApps bermula Jumaat, 18 Oktober depan. Jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sama ada anda mempunyai rutin lima atau sembilan langkah, ada satu perkara yang dapat dilakukan oleh semua orang untuk memperbaiki penjagaan kulit mereka, iaitu menerapkan produk dengan urutan yang betul.
Tidak kira apa masalah kulit anda, pasti ingin memulakannya dengan asas yang bersih dan lembut, kemudian gunakan bahan pekat, aktif dan selesaikan dengan menyapukan kelembapan dan tentu saja jangan langkau SPF pada siang hari.
Berikut adalah langkah-langkah untuk rejimen penjagaan kulit yang baik:
1. Basuh muka pagi dan malam
Pagi dan malam, bilas air muka anda dan gosokkan sedikit pembersih lembut di antara telapak tangan yang bersih. Urut pencuci muka ke seluruh wajah anda dengan menggunakan tekanan lembut. Bilas tangan anda dan urut wajah dengan air untuk membilas wajah sehingga membersihkan pembersih dan kotoran.
Tepuk perlahan muka anda dengan tuala lembut. Sekiranya anda memakai alat solek, anda mungkin perlu membersihkan dua kali pada waktu malam. Pertama, tanggalkan solekan dengan minyak pembersih atau air misel. Cuba biarkan penghilang alat solek mata yang berdedikasi selama beberapa minit untuk membolehkan solekan itu lebih mudah dan ikuti dengan pembersihan lembut wajah penuh.
Sekiranya anda menggunakan toner, sapukan selepas membersihkan wajah dan sebelum yang lain. Tuangkan beberapa titis toner ke telapak tangan atau kapas dan sapu perlahan ke wajah. Sekiranya toner anda memberi kesan pengelupasan, bererti ia membuang sel kulit mati dengan bahan seperti asid glikolik. Gunakan hanya pada waktu malam. Formula penghidratan boleh digunakan dua kali sehari. Jangan gunakan toner dan retinoid pengelupasan atau pengelupas lain pada masa yang sama.
Pagi adalah masa yang tepat untuk menggunakan serum dengan antioksidan, seperti serum vitamin C yang mencerahkan dan melindungi kulit anda dari radikal bebas yang akan anda hadapi sepanjang hari. Waktu malam adalah waktu yang tepat untuk menggunakan serum pelembap dengan asid hyaluronik, yang membuat kulit anda tidak kering pada waktu malam, terutama jika anda menggunakan rawatan anti-penuaan atau jerawat yang dapat merengsakan dan mengeringkan kulit.
Serum juga boleh mengandungi pengelupasan seperti asid alfa-hidroksi (AHA) atau asid laktik. Apa sahaja yang anda gunakan, selalu ingat serum berasaskan air harus berada di bawah pelembap manakala serum berasaskan minyak harus digunakan selepas pelembap.
Anda boleh menggunakan pelembap biasa di kawasan bawah mata, tetapi jika anda memutuskan untuk menggunakan krim mata khusus, biasanya ingin melapisi di bawah pelembap. Krim mata cenderung lebih nipis daripada pelembap wajah, cuba gunakan krim mata dengan aplikator roller besi dan simpan di dalam peti sejuk untuk mengatasi bengkak pada waktu pagi. Menggunakan krim mata yang menghidratkan pada waktu malam boleh menyebabkan pengekalan cecair yang menjadikan mata kelihatan bengkak pada waktu pagi.
Sebaiknya gunakan rawatan jerawat di malam hari, ketika badan anda dalam keadaan baik. Berhati-hatilah dengan meletakkan bahan pencegah jerawat seperti benzoil peroksida atau asid salisilik dengan retinol, yang boleh menyebabkan kerengsaan. Sebaliknya, pastikan anda melakukan yang terbaik untuk memastikan kulit tetap tenang dan terhidrasi.
Pelembap menghidrat kulit dan mengunci semua lapisan produk lain yang telah anda gunakan. Cari losen ringan untuk pagi, sesuai dengan SPF 30 atau lebih tinggi. Pada waktu petang, anda boleh menggunakan krim malam yang lebih tebal. Mereka yang mempunyai kulit kering mungkin ingin menggunakan krim pagi dan malam.
Retinoid atau vitamin A dapat mengurangkan bintik-bintik gelap, jerawat dan garis-garis halus dengan meningkatkan pergantian sel kulit, tetapi ia juga dapat menjengkelkan terutama untuk kulit sensitif. Sekiranya anda menggunakan retinoid, ketahui bahawa ia retak di bawah sinar matahari, jadi ia hanya boleh digunakan pada waktu malam. Retinol juga menjadikan kulit anda sensitif terhadap cahaya matahari, jadi pelindung matahari adalah suatu keharusan.
Sekiranya anda menggunakan minyak muka, pastikan untuk menggunakannya selepas produk penjagaan kulit anda yang lain kerana tidak ada yang lain yang dapat menembusi minyak.
Ini mungkin langkah terakhir, tetapi hampir semua ahli dermatologi akan memberitahu anda bahawa perlindungan matahari adalah bahagian terpenting dari mana-mana rejimen penjagaan kulit. Melindungi kulit anda dari sinaran UV dapat mencegah barah kulit dan tanda-tanda penuaan. Sekiranya pelembap tidak mengandungi SPF, anda masih perlu memakai pelindung matahari. Untuk pelindung matahari kimia, tunggu 20 minit sebelum keluar agar pelindung matahari berkesan. Cari SPF spektrum luas, yang bermaksud pelindung matahari anda melindungi dari sinaran UVA dan UVB.
Suatu ketika dulu nama pennyanyi ini cukup popular di kalangan peminat terutama bergenre rock. Siapa tak mengkagumi suara lantang yang cukup memukau ditambah dengan penampilan sedikit seksi menjadikan Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, mempunyai peminat tersendiri. Tapi itu imej 31 tahun dulu dan kini penampilan Shima cukup berbeza. Tanpa pakaian seksi sebaliknya menyarung busana longgar dengan tudung labuh serta tanpa sebarang solekan mantap menjadikan penampilan Shima hampir tidak dikenali.
Dia yang sudah bertudung hampir setahun lalu menganggap penghijrahannya adalah satu hidayah dari Allah yang sangat bermakna buat dirinya.
Shima yang mula berhijrah sepenuhnya sebaik mendapat peluang ke mengerjakan umrah setahun lalu. Menurutnya sebelum itu dia memang sudah lama berniat untuk bertudung dan kalau dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci akan terus berhijab.
“Keinginan nak bertudung dah lama saya simpan. Dan apabila dapat panggilan dari seorang kawan mengatakan saya terpilih untuk mengerjakan umrah, saya hampir tak percaya.
“Jadi sejak dapat panggilan itu dan hari pertama pergi airpot saya dah berhijab. Terus tak bukak tudung sampailah sekarang. Dah setahun jugalah penghijrahan ini,” ungkap Shima.
Malah sebaik memgambil keputusan berhijab, Shima juga terus menjual baju seksi miliknya dan menukar penampilannya dengan jubah serta tudung labuh.
“Sejak dulu memang saya suka memasak. Ramai kawan-kawan tanya bila nak buka kedai tapi masa itu tidak terfikiir dan hanya cakap ‘nantilah’.
“Dan setelah berbincang dengan suami, kami setuju untuk berniaga kecik-kecilan dan saya cuba realisasikan kebolehan saya memasak dulu dengan membuka gerai nasi campur.
“Alhamdulillah sambutan diterima amat menggalakkan. Saya berniaga nasi campur ni setiap hari kecuali Ahad tutup. Saya seronok dengan aktiviti yang dilakukan sekarang ini walaupun tetap ada rasa rindu untuk menyanyi,” tambahnya yang mula menyanyi sejak berusia 12 tahun.
Ketika diawal pembabitannya, Shima banyak menyanyi di kelab malam dan juga pub sebelum ditawarkan jadi artis syarikat rakaman bersama band The Boys.
Sepanjang tempoh 31 tahun itu pelbagai dugaan dihadapi dalam bidang hiburan ini. Jadi kalau mahu layan apa orang nak cakap memang boleh menyebabkan jiwa tak tenteram dan boleh jadi gila.
“Sebaiknya baik saya fikir kehidupan kita di masa depan, macam mana nak terus kehidupan. Ramai yang tanya bila nak buat ‘comeback’. Saya jawab nak ‘comeback’ apa sebab saya memang ada di sini.
“Cuma jarang menyanyi. Mana tahu rezeki satu hari nanti ada yang tawarkan nak buat single, insyaallah,” ceritanya lagi yang turut memberitahu ada mempunyai masalah kesihatan iaitu slip disc dan memerlukan dia untuk terus menerima rawatan dan makan ubat-ubatan.
Malah melalui rezeki berniaga nasi campur di Warong Teringin by Shima ini jugalah sebagai penyambung rezeki bagi menampung kehidupan dia dan suami serta perbelanjaan untuk ubat-ubatannya setiap bulan.
Liza Hanim, 44 tahun yang dianugerahkan mempunyai suara lantang dan bakat semula jadi ini ternyata cukup memukau setiap kali membuat persembahan di pentas.