Kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ujian. Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza-beza. Tidak kiralah seseorang itu kaya, miskin, bijak atau orang yang tidak memiliki sebarang kelulusan pendidikan. Hakikatnya, ujian dalam kehidupan mendewasakan perjalanan hidup.
Dalam kehidupan yang tidak sempurna ini, kedatangan orang-orang yang baik hatinya terkadang sedikit sebanyak membantu menghilangkan kegusaran atau kesedihan yang ada. Pertolongan ikhlas daripada insan baik dapat menyelamatkan dan membantu ramai secara tidak sedar.
Tak Berkira Kongsi Rezeki
Begitulah yang terjadi dalam sebuah video yang tular baru-baru ini. Humaira Hairul Anuar, 34, tidak lokek memberikan makanan percuma apabila dikunjungi seorang lelaki tua di kedainya iaitu ‘Mee Rebus YB’.
Menurutnya, lelaki berkenaan hidup sebatang kara dan belum berkahwin. Malah, dia sempat berpesan pada pakcik tersebut supaya datang saja ke kedai makannya setiap kali waktu makan.
@meerebus.ybHari banyak termenung hari ni, dia mai minta nasi goreng. Tuhan hadirkan seseorang bukan saja saja kadangkala untuk kita belajar sesuatu dari mereka mungkin juga untuk kita berbakti dengan mereka 🥲♬ Surga Cinta – Ada Band
“Dia berumur dalam lewat 50an macam tu. Menurut abah saya, dia memang tak berapa ‘sihat’. Saya kasihan dengan nasib pakcik ni jadi sebab itulah saya tak pernah berkira nak bagi makanan free dekat dia,” katanya.
Jelas wanita yang sudah mengusahakan perniagaan di situ sejak 1 Januari lalu, ini bukanlah kali pertama pakcik tersebut datang untuk makan di kedainya.
Ads
“Saya baru berpindah dari Shah Alam dan buka kedai makan dekat sini. Kedai kami ni tak ramai orang datang macam kedai lain. Biasanya memang banyak temenung saja menunggu pelanggan. Pakcik ni pula memang penduduk sini. Dia duduk dekat rumah dia sorang-sorang. Selalu juga nampak dia melintas kedai saya naik basikal. Kadang-kadang dia jalan kaki saja.” ujarnya melalui Mstar
“Tapi pada satu petang tu, pakcik ni datang kedai minta nasi goreng. Pakcik tu beritahu yang dia tak puas makan biskut saja waktu sarapan. Tapi nasi putih dah habis. Jadi saya gantikan dengan nasi ayam lauk ikan keli dengan sambal ikan bilis. Lauk tu memang dah dimasak untuk dijual… saya sedekah je untuk pakcik tu,” jelasnya.
MasyaAllah, keikhlasan dirinya dalam berbagi rezeki tidak mudah untuk dilakukan oleh semua orang. Ia memerlukan pengorbanan dan keikhlasan yang sejati untuk berbuat baik dengan insan yang memerlukan walau tidak mengenal mereka.
Netizen turut sama mendoakan
Pada awalnya, wanita ini tidak menyangka video tersebut akan tular dan sekadar berkongsi sebagai kenangan berniaga. Video tersebut kini telah mendapat lebih 140K tontonan. Ramai netizen yang turut mendoakan agar peniaga ini sentiasa dimurahkan rezeki.
Ads
“Terima kasih kerana jadi orang yang baik..moga rezeki kamu tidak putus umpama air zam-zam yg sentiasa mengalir 🥰🥰🥰”
“Alhamdulilah,semoga setiap makanan disuap diselitkan pahala untuk akak amin🥰”
“Moga Allah kurniakn akak tempat khas di syurga , baik mulia hati akak 🥰
Buat anda yang tinggal berdekatan, anda boleh lah singgah ke kedai ini. Di antara menu yang ada adalah mi rebus, mi sup, mi kari, nasi tomato, nasi ayam dan popis. Mee Rebus YB (Yang Buat) ini bertempat di Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak dan beroperasi dari pukul 1.30 tengah hari sehingga 8 malam.
Sumber info dan gambar: Mstar dan Tiktok @meerebus.yb
Sedikit sebanyak diharapkan perkongsian tersebut telah membuka hati orang ramai untuk berbuat baik dan sentiasa percaya pada rezeki. Semoga kebaikan yang didoakan orang ramai agar peniaga ini murah rezeki terus berkembang dan memberi inspirasi kepada orang ramai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita sering mendengar kisah titian Siratul Mustaqim yang akan kita semua lalui di akhirat kelak. Pernahkah kita membayangkan bagaimana sebenarnya keadaannya nanti? Jika difikirkan pasti tidak tercapai dek akal.
Menerusi perkongsian @dzubaharuddin di twitter, dia telah berkongsi gambaran bagaimana keadaan hari itu nanti apabila saatnya tiba untuk kita melaluinya nanti.
Subhanallah. Terusik hati ini apabila memikirkan keadaannya nanti. Bersediakah kita unutk hadapinya ataupun adakah kita masih terus leka? Bersamalah kita muhasabah diri untuk mendapatkan syurga Allah di akhirat nanti. InsyaAllah.
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui sebagai selebriti dan public figure yang memilih untuk berhijab sejak 13 tahun yang lalu, tidak dinafikan banyak dugaan di sekelilingnya yang terpaksa ditempuh tatkala bergelar selebriti yang sudah kukuh namanya dalam industri hiburan.
Memetik temubual dalam saluran Youtube Official Ria X dalam slot Chit-Chat with Michael Ang, Nana turut berkongsi beberapa dugaan yang terpaksa ditempuhinya sepanjang bergelar anak seni.
“Godaaan yang datang pada saya bukan kecil, terutama apbila istiqamah menjadi seorang selebriti berhijab ni, cabaran pertama adalah sentiasa menjadi sorotan orang ramai, orang selalu pandang.
“Dugaan bila berlakon, kena jaga batas antara lelaki dan perempuan, apabila masuk waktu (solat), kena ambil wuduk dulu siap-siap, baru makeup. Lepas itu, tahan supaya tak minum air sehingga masuk waktu (solat) seterusnya,” kongsi Nana yang memulakan penghijrahan pada tahun 2011.
Bagaimanapun, Nana akui bahawa dia juga menerima dugaan dalam fesyen di kalangan rakan artis.
“Kadang-kadang, bila tengok orang lain pakai baju tu saya puji cantik baju dia, tapi saya tak boleh pakai macam tu sebab saya ni seorang yang berhijab,” jujur Nana yang popular dengan drama bersiri Dia Semanis Honey.
Pelantun suara, lagu Hatiku Milikmu itu turut berkongsi, ketika berada di set pengambaran, cuaca juga antara kekangan yang menjadi cabaran buat dirinya yang memakai tudung.
“Bila shooting tengah panas, saya kena pakai baju berlapis yang menutup aurat. Tapi itulah ibadah kita, pakai tudung masa keluar rumah.
“Pakai tudung tutup aurat wajib, bagi saya tak ada pilihan untuk buka tudung bila dah popular ke apa,” tegas juara Gegar Vaganza musim ke-2 itu.
“Iman kita ni turun naik, jadi kita kena suburkannya sekurang-kurangnya dengar ceramah di Youtube selama satu jam setiap hari. Kita dahulukan Allah sebelum dahulukan orang lain,” akhiri Nana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Minyak rambut DIY boleh menyuburkan rambut dan memerangi rambut gugur dengan berkesan. Memberi minyak pada rambut dan mengurut kulit kepala adalah cara yang terbukti untuk mengurangkan rambut gugur.
Malah, ini juga akan menguatkan folikel rambut, meningkatkan peredaran darah, dan memberikan khasiat yang diperlukan kepada kulit kepala. Jika anda ingin memberikan rambut anda kelihatan seperti sutera tanpa sebarang bahan kimia, minyak yang disenaraikan di bawah adalah untuk anda. Ketahui cara minyak ini boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dan dapatkan resipi 5 minyak rambut di sini.
Minyak kelapa kaya dengan lemak tepu dan boleh menembusi batang rambut untuk memberikan kelembapan yang mendalam. Satu kajian menunjukkan bahawa minyak kelapa juga membantu mengurangkan kehilangan protein. Minyak ini berkesan untuk rambut berporos rendah atau rambut kerinting dengan membantu merungkai simpulan. Anda boleh menggunakan minyak kelapa dara untuk urutan kulit kepala yang menenangkan.
Minyak jarak ialah minyak pekat dan likat yang diekstrak daripada tumbuhan Ricinus communis. Bukti t menunjukkan bahawa minyak kastor boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dan melebatkan kening dan bulu mata. Namun, sifat likat minyak rambut ini menyebabkan ia agak sukar untuk disapu dan dibilas.
Minyak bunga raya adalah minyak berwarna merah yang diekstrak daripada bunga raya. Satu kajian mendapati minyak daun bunga raya lebih kuat untuk pertumbuhan rambut daripada yang diekstrak daripada bunga. Minyak bunga raya telah digunakan di India sejak zaman purba untuk kunci rambut lebat dan tebal. Selain itu, ia mempunyai bau yang menyenangkan, melembapkan rambut, dan mencegah kelemumur.
Minyak jojoba mempunyai sifat anti-radang dan digunakan secara meluas sebagai ramuan penjagaan kulit. Ia juga menyuburkan rambut dan merangsang pertumbuhannya. Malah melembapkan rambut dan kulit kepala dan membantu mengelakkan hujung bercabang dan pecah. Minyak jojoba juga boleh membantu merawat kulit kepala kering, kelemumur dan kulit kepala gatal.
Minyak argan ringan seperti bulu. Ia boleh digunakan untuk mengurut kulit kepala dan menggayakan rambut yang kasar dan kering. Ia terdiri daripada asid lemak tak jenuh tunggal dan tepu, tokoferol, polifenol, sterol, alkohol triterpena, dan squalene. Minyak Argan membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat, menghalang rambut rosak dan menjadikan rambut licin dan berkilat.
Selain daripada minyak ini, minyak pati juga bagus untuk pertumbuhan rambut dan menambah aroma yang indah dan menenangkan pada minyak rambut DIY anda. Berikut ialah senarai minyak pati yang boleh anda gunakan.
Satu kajian menunjukkan bahawa minyak pudina membantu meningkatkan bilangan folikel rambut, kedalaman folikel rambut. Minyak ini mempunyai kesan menenangkan pada kulit kepala dan juga boleh membantu mengurangkan kelemumur.
Satu kajian mengesahkan bahawa minyak lavender boleh digunakan untuk pertumbuhan rambut. Minyak lavender, apabila digunakan pada kulit kepala dengan minyak pembawa seperti jojoba atau minyak biji anggur, boleh menjadi terapi yang selamat dan berkesan untuk alopecia areata.
Minyak pati rosemary juga boleh digunakan untuk merawat alopecia androgenik atau keguguran rambut corak wanita. Ia membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala, menyuburkan kulit kepala dan merangsang folikel rambut.
Minyak cedarwood membantu mengimbangi pengeluaran minyak, mempunyai ciri antikulat dan antibakteria, mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Bersama-sama dengan minyak pembawa, minyak kayu cedar juga boleh membantu merawat alopecia areata.
Minyak chamomile mempunyai kesan santai dan baik untuk menenangkan kulit kepala. Ia juga membantu mengubah rambut kasar menjadi keriting lembut. Minyak pati ini bermanfaat untuk pertumbuhan rambut. Untuk mendapatkan rambut tebal yang mempersonakan, anda boleh cuba lakukan resipi DIY minyak rambut ini. Hanya lakukan di rumah!
Nota: Anda boleh membuat kumpulkan adunan ini dan menyimpannya untuk kegunaan masa hadapan.
BAHAN:
LANGKAH-LANGKAH:
Nota: Lakukan ujian tampalan sebelum menggunakan minyak pudina. Jika anda mempunyai kesan kesemutan pada kulit kepala, elakkan menggunakannya.
BAHAN:
LANGKAH-LANGKAH:
BAHAN:
LANGKAH-LANGKAH:
BAHAN:
LANGKAH-LANGKAH:
Simpan minyak rambut DIY ini dalam botol kaca coklat dan gunakan penitis. Anda boleh menemuinya di mana-mana kedai dalam talian. Pastikan untuk menyimpannya jauh dari matahari dan di tempat yang kering. Juga, cipta minyak dalam kelompok untuk mengelakkannya daripada menjadi tengik.
Berikut ialah senarai perkara yang boleh dan tidak boleh anda ikuti semasa menggunakan minyak rambut DIY.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.