Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Begitulah perumpamaan yang tepat bagi meraikan kejayaan dua gadis hijabi, Nor Fazrina Fazrin Hassan dan Iffah Irdina yang telah bertungkus lumus menguruskan perniagaan ‘Pulut & Kopi’ selama satu tahun.
Kedua hijabi ini memulakan langkahnya dengan ditemani sebuah van usang bersama sekaki payung comel berwarna putih, ditepi jalan di sekitar Kajang yang menjual makanan tradisi melayu iaitu secangkir kopi Arin dan Pulut Kuning Tradisi aneka lauk.
Cukup Setahun Meniaga, Rezeki Buka Kafe ‘Hipster’ Sendiri!
Hasil kegigihan dan titik peluh dua wanita muda ini yang tidak pernah mengalah dan berputus asa menghadapi cabaran, membuatkan perniagaan mereka berkembang pesat dan mengaut keuntungan di luar jangkaan.
Malah, Genap setahun mengusahakan perniagaan Pulut & Kopi, pasangan hijabi ini telah dikurniakan rezeki tak terjangka dari Allah iaitu mereka berjaya membuka kafe mereka sendiri, berbekalkan keuntungan perniagaan yang dikumpul sepanjang tempoh itu.
Terdahulu, kisah Pulut & Kopi ini tular dilaman sosial berikutan keunikan gerai jalanan mereka yang berkonsepkan ‘old school’ hingga berjaya meraih perhatian sekaligus menjadi sorotan ramai.
Memetik laporan sebuah portal infortainment, dua usahawan muda berjaya ini, Nor Fazrina Fazrin, 28, atau Arin berkata, dia dan juga rakan kongsi perniagaan yang merupakan sahabat karibnya sendiri, Iffah Irdina tidak pernah menjangkakan semua ini.
Jelasnya lagi, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa satu hari, gerai tepi jalan yang diusahakan mereka bakal menjangkau ke tahap lebih tinggi, apatah lagi hingga berjaya memiliki kafe sendiri dalam tempoh singkat satu tahun.
IKLAN
“Masa mula-mula buka kafe Pulut & Kopi, sejujurnya terlintas juga perasaan takut dan bimbang di kepala saya dan Iffah. Sebab sebelum ini tak terfikir berjaya ada kafe.
“Bila dah ada kafe, semestinya komitmen pun bertambah. Memanglah orang kata, senang berniaga tepi jalan sebab tak payah bayar apa-apa komitmen. Tapi sampai bila nak berniaga tepi jalan?
“Jadi, berbekalkan keberanian, kami mencuba. Adat berniaga, turun naik mesti ada tapi apa yang kami buat adalah cuba untuk kekalkan kualiti dan rasa seperti sebelum ini,” ujarnya.
‘Renovate’ Sendiri Cafe Tanpa Khidmat Kontraktor
Apa yang lebih menarik perhatian Hijabista adalah apabila Arin memaklumkan, mereka langsung tidak mengambil khidmat kontraktor bagi tujuan merenovasi kafe mereka, sebaliknya ia adalah hasil usahasama mereka berdua dengan bantuan dua lagi rakan lelaki.
“Dari bancuh simen, ikat bata hinggalah dekorasi, semuanya kudrat kami berempat. Sejujurnya, kami tidak mengambil sebarang loan untuk renovasi.
IKLAN
“Guna keuntungan dari rolling gerai saja. Jadi konsep kafe ini simple dan minimalis,” kongsinya.
Bagaimanapun, mengulas berkenaan perubahan menu kafenya itu, Arin menjelaskan bahawa mereka masih mempertaruhkan menu ‘signature’ iaitu kopi dan pulut kuning.
Cuma terdapat penambahbaikan menu kafe yang memperkenalkan menu baharu bertemakan makanan tradisi Melayu.
“Untuk menu makanan, kami tambah lempeng dan nasi impit untuk dipadankan dengan rendang ayam, rendang daging atau sambal ikan bilis petai. Ada juga kuah kacang. Dan terbaharu ada kek sarang semut dan roti kukus. Semuanya menu Melayu, tiada menu masakan barat.
IKLAN
Sejak beroperasi di kafe pada Mac tahun lalu, Arin menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana sambutan menggalakkan yang diterima dalam tempoh kira-kira 10 bulan itu.
“Orang ramai yang mula-mula sokong sejak Pulut & Kopi bermula di rumah dan di gerai tepi jalan, masih terus menyokong sehingga ada kafe.
“Tak kurang juga, ada yang beritahu datang dari jauh selepas tahu dari media sosial.
Semua inilah yang membuatkan Pulut & Kopi sentiasa bersemangat waja untuk kekal berdiri megah meskipun terpaksa bersaing sengit dengan kafe-kafe hipster lain, yang wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagai rekod, Kafe Pulut & Kopi terletak di Bandar Teknologi Kajang, kira-kira 300 meter dari lokasi tapak gerai sebelum ini. Ia beroperasi setiap hari kecuali Jumaat, bermula 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Siapa kata tugas sebagai isteri itu hanya duduk goyang kaki di rumah. Dialah doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak. Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya. Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini. Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya. Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya. Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Bibir mungil dan penuh, apatah lagi yang merah seperti buah delima, salah satu ciri dambaan hijabi untuk melengkapkan penampilan dan kadangkala, ia adalah lambang karektor seseorang.
Produk bibir datang dalam pelbagai formulasi, warna dan pembungkusan yang inovatif, siapa sahaja yang tidak suka tentang ruji solekan ini? Serbaguna dan praktikal, lippie yang bagus boleh jadi satu item anda perlukan dalam beg tangan. Hari Gincu ini, serlahkan penampilan anda, pamerkan sisi terbaik dan biarkan bibir itu yang berkata-kata! Pastikan anda memilki salah satu produk terbaik di dalam senarai kecantikan ini.
GLAM BERKILAT
Hanya ada sesuatu tentang gloss, ia dengan mudah menaikkan sebarang rupa daripada manis dan halus kepada glam dan dramatik. Kemasan berkilat melengkapkan penampilan keseluruhan dengan bibir kelihatan lembap, lembut, dan yang paling penting menyerlah.
Disemai dengan kompleks penyaman yang serta-merta menjadikan bibir kelihatan dan terasa lebih lembut dan licin, hibrid 3 dalam1 yang inovatif ini menghidrat seperti balsem bibir, jelas menggebukan untuk bibir yang kelihatan lebih penuh dan memberikan kemasan kilauan bibir yang berkilat tinggi. Formulanya meluncur dengan lancar untuk warna yang lengkap dan dipakai dengan selesa pada bibir tanpa rasa melekit dan melekat. Menthyl Lactate memberikan sensasi yang menyegarkan dan menyejukkan. Vegan sepenuhnya dan bebas kekejaman, pen twist-up yang anggun direka untuk penggunaan yang mudah dan didatangkan dalam koleksi 8 warna yang dipilih susun.
Puaskan semua keinginan anda untuk bibir gebu dan berkilat dengan kilauan penghidratan SEPHORA COLLECTION yang dirumus dengan ramuan kuat Lada Panas dan Asid Hyaluronik. Sesuai untuk mereka yang menyukai bibir yang sensasi dan warna panas, 27% Outrageous Plump Extreme buat bibir mungil dan gebu serta-merta selepas setiap penggunaan.
Gincu matte telah mengharungi trend yang sentiasa berubah dalam dunia kecantikan, anda pasti tidak boleh berpuas hati dengan hanya memiliki satu rona sahaja.
Dirumus dengan tekstur krim keserbuk transformatif, gincu cecair berpigmen tinggi dan kalis pemindahan Gucci Beauty yang baharu memberikan liputan optimum dengan pilihan sembilan warna kaya yang diinspirasikan oleh langit matahari terbenam sambil menawarkan pilihan untuk kedua-dua warna kulit yang hangat dan sejuk. Gincu kalis comot mengandungi gabungan Minyak Mawar Hitam dan Asid Hyaluronik, diselitkan dengan Vitamin E untuk menyihatkan sambil mencipta bibir yang menghipnotis.
Mempunyai formula tahan lama sehingga 24 jam, Gincu Matte Burberry Kisses mempunyai pigmen pekat yang memberikan liputan tinggi serta-merta dalam satu sapuan. Diperkaya dengan Asid Hyaluronik, gincu mengekalkan kelembapan bibir sepanjang hari sambil menyemai bau ros segar untuk pengalaman deria yang menyeluruh. Menjelmakan keindahan abadi, rangkaian ini termasuk empat warna khas Burberry untuk mereka yang tidak takut untuk menonjolkan diri.
LIP LOVIN’
Penjagaan bibir adalah kunci dalam memastikan gincu anda meluncur dengan lancar. Asas yang hebat menampilkan hasil yang wow.
Ekstrak Japanese Peach, masker jeli yang sangat menenangkan ini yang melembutkan, melicinkan dan membantu mengunci kelembapan untuk bibir yang kelihatan gebu dan berair. Rawatan diperkaya lagi dengan Squalene dan Minyak Camellia Jepun yang nyata meningkatkan penampilan kelembutan bibir. Masker Bibir Tatcha Kissu didatangkan dalam formula yang kaya tetapi tidak melekit yang terletak dengan selesa pada bibir anda semalaman sambil memulihkan penghidratan untuk memerangi bibir mengelupas, kering dan penuaan. Tidak merengsa, tidak diuji pakar dermatologi dan bebas kekejaman, rawatan bibir semalaman ini sesuai untuk semua jenis bibir.
Sarat dengan Daun Teh Hijau dan Vitamin C yang kaya dengan antioksidan, Balm Lippe membantu meneutralkan radikal bebas dan penceroboh alam sekitar yang menyebabkan tanda-tanda penuaan pramatang pada bibir. Dengan campuran avokado yang kaya dengan antioksidan, minyak kacang mongongo, tripeptida dan alga pakis laut, ia melembapkan, menyuburkan bibir untuk kelihatan dan terasa lembut. Formulasi mentega Lippe Balm menyerlahkan bibir untuk penampilan yang jelas gebu melembutkan rupa bibir yang kasar dan kering,
Supergoop! Lipscreen SPF 40
Kita sentiasa terdedah kepada matahari, namun kita sering lupa bahawa bibir juga dipengaruhi oleh sinaran UV. Diformulasikan dengan Ekstrak Biji Anggur yang kaya dengan resveratrol antioksidan dan campuran mentega shea dengan minyak kelapa, bijan dan biji bunga matahari, formulasi gloss jelas Supergoop! Lipscreen melembapkan melembabkan dan melindungi bibir daripada kerosakan radikal bebas dengan menambahkan penghalang tambahan. perlindungan. Diadun dengan SPF 40, Supergoop! Skrin bibir memberikan bibir kemasan yang lembut dan berkilat tanpa batang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali artis wanita berhijab ini yang memiliki pesona yang begitu anggun! Sentiasa tampil cantik berseri dan memiliki bentuk tubuh badan yang menawan, pasti memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk kekal cantik sepertinya.
Nama Bella Dally tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni Malaysia. Bukan sahaja memiliki gaya fesyen dan personaliti yang menarik, malah gaya sihat yang dikongsikannya di lama Instagramnya turut menjadi fokus utama wanita di Malaysia untuk mengimpikan kehidupan sepertinya.
Umum tahu bahawa Bella menyintai dunia berbasikal. Acapkali memuat naik videonya berbasikal ternyata memakai hijab bukanlah alasan untuk dirinya tidak aktif. Pun begitu, selain berbasikal, Bella juga turut melakukan senaman kardio seperti HIIT Cardio dan juga jogging. Bella juga turut kongsikan videonya melakukan senaman kardio di laman Instagram miliknya.
Seperti apa yang diterangkan menerusi ‘caption’ video itu, Bella juga turut kongsika beberapa info mengenai senamannya. Menurut Bella, dia sering melakukan senaman pada waktu pagi kerana pada masa itulah tubuh badannya penuh dengan tenaga berbanding dengan waktu-waktu yang lain. Bukan itu sahaja, malah Bella juga turut nyatakan dia berasa lebih rajin dan bersemangat di waktu pagi!
Tambahnya juga, selain berbasikal, dia melakukan senaman kardio dan juga senaman kekuatan seperti mengangkat ‘dumbbell’. Oleh kerana rasa segar yang dirasai selepas bersenam, Bella melakukan senaman ini 4 hingga 5 kali seminggu!