Usai pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10, Nurul Izzah telah memuat naik satu hantaran di Instagram.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira jam 3 petang tadi. Anakandanya, Nurul Izzah Anwar tidak dapat menahan rasa gembira kerana perjalanan yang penuh liku ditempuh oleh keluarganya akhirnya telah membuahkan hasil.
Artikel Berkaitan: Berakhirnya Penantian Rakyat Malaysia, Anwar Angkat Sumpah PM-10! – Istana Negara
“…I love you, Papa.”
“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.
Ketika kalah kita diduga,
Ketika menang juga kita diduga.
Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.
Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran yang sama, Nurul Izzah yang lebih dikenali dengan panggilan Puteri Reformasi itu turut menambah bahawa legasi yang ditinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit.
“Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah.” tulisnya sebagai penutup.
Rata-rata netizen turut memberikan maklum balas dan mengucapkan tahniah atas pelantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 itu.
Artikel Berkaitan: “Wanita Adalah Rakyat”- Sebuah Lagu Istimewa Bersama YB Nurul Izzah Dan Barisan Artis Lain Untuk Kaum Wanita!
Sekadar info, Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini di Istana Negara.
Sumber: Instagram Nurul Izzah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kelemumur Macam Musim Salji, Hijabi Boleh Cuba Syampu Ini untuk Kekal Segar Ketika Berhijab
Masalah kelemumur kebiasaannya akan terjadi pada yang sering terdedah di bawah matahari yang mengakibatkan kekeringan kulit kepala, kulit kepala jenis berminyak, memakai produk yang salah atau alergi. Sehingga ada kalanya yang mengalami kelemumur berkeping sehingga mengakibatkan rambut gugur.
Apakah penyebab kulit kepala gatal dan kelemumur?
Rasa ingin mengaru sahaja sepanjang masa dan tak tahan setiap kali memakai pakaian bewarna gelap, pasti kelemumur akan kelihatan. Masalah kelemumur atau dandruff sering kali terjadi pada orang yang mempunyai kulit kepala jenis berminyak, jenis yang sering terdedah dibawah matahari mengakibatkan kekeringan kulit kepala, alergi ataupun memakai produk yang salah.
Tetapi apabila masalah ini terjadi kepada hijabi yang rambutnya tidak terdedah pada matahari akan menjadi satu perasaan yang tidak selesa sepanjang hari. Antara punca yang menjadi penyebab kemungkinan material hijab atau anak tudung tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia.
Kelemumur muncul daripada kulit kepala yang tidak sihat, jadi cara menghilangkan kelemumur adalah merawat kulit kepala anda. Ini senarai syampu rambut untuk hijabi kekal segar sepanjang hari walaupun berhijab.
1. SUNSILK Hijab Anti-Dandruff Shampoo
Syampu anti-kelemumur terbaik untuk wanita berhijab
Bagi wanita berhijab, pasti sukar untuk mencari syampu yang sesuai agar rambut tidak berbau atau membuatkan kulit kepala menjadi kurang selesa. Ya, syampu ini terbaik buat anda kerana ianya direka khas untuk memperbaiki rambut bermasalah iaitu berminyak yang mengakibatkan kelemumur.
Dengan menggunakan teknologi Fragrance Release Pearl walaupun anda sedang memakai hijab, rambut kekal segar sepanjang hari. Diperkaya dengan ekstrak Fig dan akar Ginseng, syampu ini melindungi rambut semasa anda berada tidak kira di bawah apa cuaca sekalipun.
2. HEAD & SHOULDERS Anti-Hairfall Anti-Dandruff Shampoo
Rambut tak mudah gugur dan bebas kelemumur, terbaik juga untuk lelaki
Syampu anti-kelemumur jenama Head & Shoulders yang sangat terkenal dikalangan konsumer, mengeluarkan pelbagai rangkaian bersesuaian untuk kulit kepala bermasalah. Diformulasikan dengan 3 fungsi tindakan untuk mencuci, mengembalikan kesegaran serta melindungi kulit kepala daripada kelemumur.
Produk ini berkesan untuk mengurangkan minyak di kulit kepala yang akan mengakibatkan rambut gugur. Ianya memberi sensasi dingin pada kulit dan rambut anda akan terasa sejuk serta nyaman sepanjang hari.
3. Rejoice Hijab Perfection Series 3 in 1 Shampoo
Syampu anti-kelemumur berbuih lembut dan terbaik untuk anda
Jenama Rejoice adalah salah satu jenama yang terkenal dalam pasaran Malaysia dikalangan pengguna-pengguna setia produk ini. Tak salah jika anda juga ingin mencubanya.
4. Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo
Berkesan sebagai pelembap dan syampu anti-kelemumur terbaik
Syampu anti kelemumur Pantene PRO-V ini sangat hebat, anda dapat merasakan perbezaan dari hanya cucian yang pertama. Kelemumur akan berkurang hanya dengan beberapa kali penggunaan sahaja. Bukan sahaja itu, malah ia tidak mengeringkan kulit kepala anda.
Dengan formula pelembap ia mampu menyuburkan kulit kepala dan menjadikannya bersih dan sihat bagi penggunaan biasa. Ia bukan sahaja membantu untuk menghilangkan kelemumur, tetapi juga memberi kesinaran pada warna rambut anda.
5. DOVE Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo
Syampu anti-kelemumur termurah dari farmasi
Syampu ini melegakan kulit kepala yang gatal dengan lembut dan lancar. Formulanya itu dapat berfungsi dengan cepat untuk membersihkan serpihan dan melawan kelemumur dari basuhan yang pertama. Dengan mengandungi bahan dari zink pyrithione, ianya terbukti berjaya menghapus kelemumur, menghilangkan kulit kepala gatal dan membersih rambut dengan berkesan. Menyubur dari akar hingga ke hujung dan menggabungkan hasil rambut yang indah dengan cukup lembut, menjadikan syampu ini selesa untuk digunakan setiap hari.
6. Selsun Blue 2 in 1 Dandruff Treatment Shampoo
Syampu berubat multifungsi 2 dalam 1 untuk rambut normal tapi bermasalah
Diformulasikan dengan Honeyquat 50, ianya dapat mengekalkan lembapan pada kulit kepala dan membuatkan rambut anda kekal bersinar sepanjang masa. Asid Hyaluronik dan Vitamin B5 sebagai bahan tambahan untuk menghidupkan kembali rambut sehingga tampak berseri.
Produk dari Selsun Blue ini adalah salah satu jenama yang berkesan untuk membaikpulih rambut atau kulit kepala bermasalah terutamanya kelemumur. Selenium Sulfide adalah bahan yang terkandung dalam syampu ini mampu menghalang kelemumur serta kegatalan pada kulit kepala.
7. Innisfree My Hair Anti-Dandruff Shampoo
Syampu khas anti-kelemumur, terbang khas dari Korea
Syampu anti-kelemumur yang jauh diimport dari Korea ini mampu untuk melindungi kulit kepala daripada radikal bebas yang terdapat pada rambut jika anda mewarnakannya, perm atau faktor penyebab tekanan pada kepala. Bahan yang terdapat dalam syampu ini ialah ekstrak Jeju Pine, Cedar dan Cypress yang akan melegakan kulit kepala daripada tekanan (stress) agar sentiasa kekal sihat dan segar.
Ianya bukan sahaja melindungi malahan membaikpulih rambut rosak, tiada lagi hujung rambut pecah atau tak bermaya. Picitkan sedikit atas tapak tangan dan cucikan rambut anda dengan bersih sehingga tiada lagi kotoran.
8. Himalaya Anti-Dandruff Shampoo – Gentle Clean
Diperbuat daripada bahan semulajadi untuk cegah kelemumur
Syampu ini dapat memberi pengalaman untuk anda merasakan produk dari bahan semulajadi yang segar. Syampu anti kelemumur Himalaya berkesan merawat akar yang menyebabkam kelemumur dengan rawatan lembut pada rambut dan kulit kepala anda. Kegunaan harian syampu ini sememangnya akan membantu dengan jelas mengurangkan flakey, kegatalan, penurunan rambut, dan mencegah kelemumur dari muncul kembali.
9. Alpecin Caffeine Shampoo Double Effect
Syampu kelemumur dengan bahan antioksidan
Syampu dari German berjenama Alpecin ini mengandungi Double-Effect Caffeine yang dapat menghapuskan sel-sel mati di kulit kepala serta kelemumur. Secara umumnya, apa sahaja barangan yang mengandungi kafein adalah bahan antioksidan. Syampu ini juga tidak terkecuali.
Diformulasikan dari Caffeine, asid Salicylic, asid Citric, Niacinamide dan Menthol yang dapat memberikan kedinginan pada kulit kepala selepas mencucinya. Bertindak sebagai agen pelindung rambut anda, ianya akan menjaga akar umbi untuk rambut tumbuh dengan lebih elok.
10. BAWANG Repairing and Nourishing Shampoo
Ekstrak bahan organik baik untuk penghapus kelemumur
Syampu bawang? Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah isi kandungan yang terdapat dalam syampu ini dan mendengar sahaja nama bawang ada juga takut jika rambut nanti akan berbau bawang. Tidak! Bahan yang terkandung dalam syampu ini adalah dari bahan organik semulajadi, baik untuk mengekalkan kesihatan rambut.
Diperkaya dengan ekstrak dari pelbagai bahan herba cina termasuklah Ginseng, Notoginseng, daun Ginkgo dan bermacam lagi. Ianya menjaga akar rambut serta melembutkannya dan membaikpulih rambut rosak akibat pewarna atau perm. Rambut anda akan kembali segar dan bersinar seperti dahulu.
SUMBER: Producnation
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Tip ‘Berguna’ Untuk Jemaah Wanita Yang Bakal Mengerjakan Ibadah Haji Dan Umrah!
Selalunya bila kita nak pergi travel jauh-jauh untuk jangkamasa yang lama, masalah utama yang sering dihadapi oleh kaum hawa adalah bila mula nak packing dan kemas barang keperluan yang diperlukan sepanjang travel nanti.
Malah, Hijabista dapati masalah sama turut dihadapi oleh jemaah wanita Haji dan Umrah yang akan berangkat ke Tanah Suci. Kadangkala, apabila berangkat ke sana, bagasi yang di bawa dalam kuantiti sedikit atau biasa sahaja. Namun, jumlah bagasi akan bertambah sewaktu pulang mengerjakan Haji atau Umrah.
Justeru, disini Hijabista tergerak untuk berkongsikan beberapa tip yang mungkin boleh membantu dan diaplikasikan oleh jemaah wanita agar beg yang dibawa pulang tidak semakin bertambah. Semoga tip ini dapat membantu dan dimanfaatkan oleh hijabi yang dijemput menjadi tetamu Allah kelak.
9 Tip WAJIB Diaplikasikan Muslimah Agar Bagasi Tak Bertambah Ketika Pulang Dari Umrah Atau Haji
1. Bawa baju untuk satu atau dua hari sahaja, selebihnya beli je, sebab last-last pun mesti terbeli juga baju di tanah suci kerana tergoda dengan kecantikkanya.
2. Bawa satu sandal saja, tak payah bawak lebih dari satu kasut. Meskipun, bercadang nak mendaki Bukit Uhud atau Jabal Rahmah. Hijabista cadangkan anda membawa sandal yang senang nak sodok kaki dan yang lengkap mempunyai sole dan grip. Ini kerana, lantai marble sewaktu melaksanakan ibadah Sa’ie antara Safa dan Marwah jadi nak kena balance kalau sole licin bahaya boleh tergelincir.
3. Bawa satu set telekung saja, tak payah nak ‘acah-acah’ Ootd tukar-tukar telekung, sebab travel agent akan sedikan mini telekung, nanti bila sampai Tanah Suci memang yang itu je anda bedal, tiada masa nak main tukar-tukar sebab fokus ibadah.
4. Ini penting! Tandas di Masjidil Haram boleh tahan jauh. Jadi amatlah digalakkan untuk Hijabi membawa disposable panties. Dah pakai terus buang, tak payah pening kepala nak mencuci. Bawa siap-siap dari Malaysia, sebab di sana sangat limited dan susah nak cari. Klaau tanya Pak Arab / Bangladesh memang mereka pun tak faham.
5. Bawa Panty Liners, sebab kat sana mahal.
6. Bawa stokin yang mesra wuduk, jadi tak menyusahkan nak bukak, pakai. Pastu kaki basah-basah nanti bau masam, sampai menganggu ketenteraman hidung jemaah lain.
7. Bawa 1-2 helai tudung sauk yang labuh, senang nak pergi memana tinggal capai dan sarung je. Terutamanya ketika makan. Jadi, mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab.
Artikel berkaitan: Bakal Tunai Haji Tahun Ini? Ini Beberapa Tip Elak ‘Tersesat’ Ketika Di Tanah Suci!
8. Kalau sakit, jumpa doktor yang travel agent dah bayar insurance. Sebab tak perlu bayar apa-apa free je. Jangan beli ubat kat pharmacy. Mahal… harga ubat boleh beli satu jubah tau. Lebih baik, bawak ubat sendiri, especially Strepsil, kat sana paling murah is SAR29.
9. Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di Pasar/Ladang Kurma. Sebab kat sana dah commercialised, their customers are only those comes with bus. Beli kurma kat wholesale atau mall, lagi murah. Yang lain-lain boleh cari di Bin Dawood.
10. Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag. Apasal pergi satu, balik 3, itu tak termasuk handcarry 7 kg. Yang penting, be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.
Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa jua situasi yang dihadapi.
Sumber kredit: Zuraida Lazni via Viral Media Johor
Artikel berkaitan: “Aku Serahkan Segalanya Padamu Ya Allah.. Selamat Jalan Sayangku” – Lisdawati Tunai Haji Tanpa Suami.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ketahui Sebab Mengapa Lebih Baik Simpan Emas Berbanding Wang Kertas
Berbanding menyimpan dalam bentuk wang tunai, adalah lebih baik jika kita membuat simpanan dalam bentuk pelaburan emas. Amalan menabung perlu diterapkan sejak dari awal lagi.
Pilihlah medium yang betul sebagai langkah merancang tabungan untuk masa depan. Sediakan payung sebelum hujan. Pelaburan dalam bentuk emas adalah bersifat pelaburan jangka masa panjang.
Berikut perkongsian bermanfaat daripada Khairul Abdullah
Kenapa perlu simpan emas dan bukannya wang?
Nah, 10 keistimewaan emas berbanding duit kertas ialah:
1. Nilai emas untuk jangka panjang terjamin berbanding nilai duit kertas yang saban tahun semakin jatuh nilainya. Nilai duit kertas RM1000 hari ini tak akan mampu membeli barangan yang sama pada 10 tahun akan datang. Sementara emas pula terbukti dapat mengekalkan nilainya semenjak lebih 1400 tahun dahulu.
2. Emas sebagai “forgotten saving”. Simpanan untuk dilupakan. Emosi kita pada duit ialah selagi kita nampak nombor-nombor di akaun bank, selagi itulah kita akan teringat-ingat untuk berbelanja kepada perkara yang bukan keperluan. Tetapi ini tidak berlaku apabila kita menyimpan emas.
3. Emas sebagai dana kecemasan. 75% rakyat Malaysia pada tahun 2020 tidak mampu menyimpan walau RM1000 pun. Dengan simpanan emas kita lebih mudah menyimpan nilai emas sebanyak sekurang-kurngnya 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan.
4. Emas sebagai pelaburan jangka panjang. Menurut Tuan Azizi Ali iaitu mentor kewangan Malaysia, sepanjang 20 tahun yang lepas emas telah memberikan pulangan keuntungan sebanyak 600%. Lebih lama kita simpan lebih banyak keuntungan yang boleh diperolehi.
5. Emas sebagai ‘back up’ belanja hangus. Sebagai contoh, smart phone tiba-tiba rosak dan kita perlukan yang baru, kita boleh pajakkan emas untuk mengambil tunai dan beli yang baru dan kemudiannya tebus semula emas tersebut bila tiba masanya. Smart phone baru dapat, emas pun masih ada.
6. Emas sebagai modal pusingan bisnes. Tidak perlu untuk membuat pinjaman bank sebaliknya boleh dapatkan pinjaman di ArRahnu dengan mudah dan menebusnya semula secepat mungkin setelah mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut.
7. Emas senang ditukar kepada tunai. Emas mudah dijual di mana-mana bahkan di luar negara sekali pun.
8. Kekayaan ditangan kita. Selagi emas berada ditangan kita, apa-apa yang berlaku sebagai contoh pergolakan politik atau peperangan, emas boleh menjadi penyelamat. Sejarah pelarian Vietnam semasa peperangan dulu yang sehelai sepinggang tetapi mempunyai emas, dapat memulakan kehidupan baru dinegara lain.
9. Emas aset mudah alih. 1 kilo emas yang berharga lebih kurang RM262,000 pada hari ini mampu kita simpan dan bawa dengan mudah di dalam beg galas sahaja. Rumah, tanah? Bahkan jika nak jual sekalipun, ianya sangat mudah berbanding rumah yang perlukan masa yang lebih lama. Itupun jika sudah ada pembeli.
10. Emas aset fizikal mampu milik. Pada hari ini, dengan hanya RM100 kita sudah boleh memiliki emas. Sebaliknya aset tanah atau rumah perlukan modal yang besar kerana tak boleh dibeli mengikut kaki persegi.
Begitulah antara keistimewaan emas yang patut kita pertimbangkan sebagai simpanan kekayaan pada masa hadapan. Ramai orang yang gagal menyimpan wang tetapi berjaya dengan simpanan emas.
Menyimpan di dalam bentuk duit kertas sama ada di Bank, Tabung Haji, ASB ataupun lain lain memang mudah bocor. Maklumlah boleh pergi korek selalu kan.
Cuba semak semula berapa lama duit simpanan kita boleh bertahan sehingga akhirnya dikeluarkan semula?
Jika kita tidak mampu mengekalkan simpanan pada masa sekarang, bersedialah untuk menghadapi kepayahan pada masa akan datang.
Daripada menyimpan dalam bentuk duit yang selalunya berakhir dengan simpan sikit sikit lama-lama masih sikit, kenapa tidak ubah cara kita kepada simpanan emas fizikal?
Menyimpan dan mengekalkan simpanan bukan persoalan pendapatan besar atau kecil tetapi persoalan membentuk tabiat dan disiplin.
Emas mempunyai auranya yang tersendiri yang akan membuatkan kita sentiasa ingin menambah simpanan emas.
Bermula serendah RM100, kini semua orang mampu menyimpan dalam bentuk emas tanpa rasa emosi untuk berbelanja boros lagi. Duit selamat emas pun dapat.
Bagaimanapun harus diingat, untuk memaksimakan keuntungan, emas yang patut disimpan ialah emas 999.9 dan bukannya emas perhiasan atau barang kemas 916.
Masa terbaik menyimpan emas ialah 10 tahun dahulu atau sekarang. Ye sekarang. Jom alihkan sebahagian pendapatan bulanan anda ke dalam bentuk aset emas hari ini.
Sumber kredit: Khairul Abdullah Top image: Photo by zlatakycz- from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI