Seiring dengan perkembangan fesyen terkini, wanita berhijab juga tidak terkecuali mengalami perubahan cukup drastik. Pelbagai gaya hijab ditampilkan mengikut cita rasa masing-masing. Apatah lagi dengan adanya media sosial seperti instagram, membuatkan hijabi berlumba-lumba untuk tampil up to date dengan gaya baru yang dicipta sendiri atau inspirasi dari selebriti. Jika anda sudah bosan dengan gaya biasa, apa kata tiru sahaja gaya hijab yang sering trending di laman sosial.

1. Hijab Gaya Hana Tajima

Inilah antara gaya hijab yang paling menjadi fenomena sejak ramai yang tampil berhijab. Gaya lilitan yang cukup stailo menyebabkan gaya Hana Tajima paling mendapat tempat di hati hijabi. Malah youtube cara figura dari Jepun ini mendapat capaian tontonan sehingga 3 juta untuk video perkongsian tutorialnya.

2. Hijab Dengan Kaca Mata

Aksesori paling sesuai digayakan tika berhijab adalah penggunaan kaca mata. Lagi besar kaca mata digayakan lagi cantik penampilan seseorang. Bila kita lihat selebriti kita juga banyak yang berselfie dengan kaca mata yang menambah sisi anggun tika berselfie. Selalunya digunakan sewaktu mereka bercuti dan selain untuk gaya, ia juga dapat melindungi mata daripada sinaran matahari.

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

IKLAN

3. Gaya Turban Ala Yuna

Gaya hijab ini juga cukup popular di kalangan hijabi. Hijab dengan membalut rambut dan kepala ke bahagian belakang. Gaya sebegini sering jadi pilihan hijab yang punya daya keyakinan cukup tinggi kerana akan dipakai sepanjang hari. Senang untuk bergerak dan Yuna memang sangat sinonim dengan gaya hijab sebegini.

A post shared by yunamusic (@yunaliszarai) on

4. Hijab Gaya Bawal

Bagi yang sukakan gaya cukup simple, nah sarungkan saja hijab bawal. Tidak perlu gosok dan cara memakainya juga cukup mudah. Hanya dipin di bawah dagu dan letakkan lebihan di kiri dan kanan bahu. Warna pastel atau bercorak juga begitu menarik perhatian hingga ada yang selesa tampil seharian dengan tudung bawal.

IKLAN

5. Ilham Tudung Instan Neelofa

Selebriti ini punya pengaruh kuat pada golongan hijabi yang baru berjinak-jinak pakai tudung. Hijab instan Naelofar Hijab memang sangat pratikal dan tidak perlu susah untuk melilitnya secara keterlaluan. Malah menjadikan Neelofa sebagai wajah promosi jenama ini menjadikan ramai gadis di luar sana mahu cantik sepertinya. Terbaru. Naelofar Hijab mengeluarkan hijab HelenabyNH sempena drama lakonan Neelofa dalam Red Velvet.

IKLAN

6. Pilihan Hijab Printed

Turut mencetus fenomena apabila Syawal tahun ini rata-rata jenama tudung memperkenalkan tudung printed. Memang sangat menarik corak diketengahkan seperti travel around the world, flora dan fauna, abstrak juga corak lain yang sangat menarik. Memang rambang mata dibuatnya. Cara hijab digayakan juga simple dan sesuai untuk gaya wanita korporat.

7. Pashmina Atau HIjab Bidang Besar

Satu lagi gaya hijab popular dulu dan kini adalah hijab pashmina atau tudung yang memilik bidang besi. Ratu Rock Ella gemar sekali menggayakan tudung bidang besar ini dari fabrik ‘cotton’. Tidak perlu dililit keterlaluan, cukup sekadar selempang kiri kanan bahu.

A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI