Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Ini adalah antara keistimewaan hari Jumaat. Dan sepatutnya kita sebagai umat Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang sentiasa dinanti-nantikan.


Berikut perkongsian Yatt Hamzah.

View this post on Instagram

1. Membaca Surah al-Kahfi Ia boleh dilakukan pada malam Jumaat dan hari Jumaat. Banyak kelebihan apabila kita membacanya. Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” (Riwayat al-Darimi) Dalam sebuah lagi hadis, baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Riwayat alBaihaqi) 2. Potong Kuku & Cukur rambut2 Imam Nawawi menyatakan: “Imam Syafie dan para ulama Mazhab Syafi’iyyah menegaskan, dianjurkan memotong kuku dan mencukur rambut-rambut di badan (kumis dan bulu kemaluan) pada hari Jumaat.” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, 1:287) Bagaimanapun, dalam perihal memotong kuku, tiada hari-hari tertentu ditetapkan dengan kaifiat tertentu. Ini kerana tiada nas yang jelas tentang perkara itu menurut pandangan Imam al-Sakhawi dan selainnya. 3. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW SENTIASA basahkan lidah dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya, kita juga digalakkan untuk berselawat pada hari lain. Tidak semestinya pada hari Jumaat. Selawat yang kita baca tadi akan dibentangkan di hadapan Nabi Muhammad pada setiap hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barang siapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” (Riwayat al-Baihaqi) 4. Lakukan solat Dhuha Solat ini antara ibadah yang disunatkan untuk kita melakukannya. Tidak kiralah sama ada hari Jumaat atau hari lain. Daripada Aisyah RA, beliau menyatakan: “Nabi Muhammad SAW biasa melakukan solat qabliah Zuhur empat rakaat di rumahnya. Kemudian baginda keluar, lalu solat mengimami orang-orang, lalu masuk ke rumahku, kemudian melakukan solat dua rakaat ba’diah…” (Riwayat Muslim) 5. Berdoa pada hari Jumaat BERDOALAH memohon kepada ALLAH agar kita diberikan keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. waktu yang mustajab pada hari Jumaat adalah selepas Asar hinggalah terbenamnya matahari. #yattmengayat #JUMAAT

A post shared by BONDA YATT MOM OF 4 CHILDREN (@yatthamzah_suci) on

1. Membaca Surah al-Kahfi
Ia boleh dilakukan pada malam Jumaat dan hari Jumaat. Banyak kelebihan apabila kita membacanya.

IKLAN

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” (Riwayat al-Darimi)

Dalam sebuah lagi hadis, baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Riwayat alBaihaqi)

2. Potong kuku dan cukur rambut-rambut
Imam Nawawi menyatakan: “Imam Syafie dan para ulama Mazhab Syafi’iyyah menegaskan, dianjurkan memotong kuku dan mencukur rambut-rambut di badan (kumis dan bulu kemaluan) pada hari Jumaat.” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, 1:287)

IKLAN

Bagaimanapun, dalam perihal memotong kuku, tiada hari-hari tertentu ditetapkan dengan kaifiat tertentu. Ini kerana tiada nas yang jelas tentang perkara itu menurut pandangan Imam al-Sakhawi dan selainnya.

3. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
SENTIASA basahkan lidah dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Sebenarnya, kita juga digalakkan untuk berselawat pada hari lain. Tidak semestinya pada hari Jumaat. Selawat yang kita baca tadi akan dibentangkan di hadapan Nabi Muhammad pada setiap hari Jumaat.
Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barang siapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” (Riwayat al-Baihaqi)

IKLAN

4. Lakukan solat Dhuha
Solat ini antara ibadah yang disunatkan untuk kita melakukannya. Tidak kiralah sama ada hari Jumaat atau hari lain.
Daripada Aisyah RA, beliau menyatakan: “Nabi Muhammad SAW biasa melakukan solat qabliah Zuhur empat rakaat di rumahnya. Kemudian baginda keluar, lalu solat mengimami orang-orang, lalu masuk ke rumahku, kemudian melakukan solat dua rakaat ba’diah…” (Riwayat Muslim)

5. Berdoa pada hari Jumaat
BERDOALAH memohon kepada ALLAH agar kita diberikan keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Waktu yang mustajab pada hari Jumaat adalah selepas Asar hinggalah terbenamnya matahari.

Manfaatkan hari Jumaat dengan sebaik mungkin untuk melakukan amalan kebaikan. Rebutlah peluang untuk menambah pahala. Moga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah.

Sumber kredit: Instagram Yatt Hamzah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI