Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kita digalakkan untuk menambah ilmu dan mengejar pahala sebanyak mungkin. Bukan sahaja ketika kita dalam jaga, tetapi juga sebelum lelapkan mata.
Sebelum tidur, kaum wanita digalakkan melakukan beberapa adab sebelum tidur untuk mendapat lebih ganjaran pahala dan banyak kelebihannya. Seperti mana Rasulullah SAW berpesan pada Aisyah Ummu Mukminin, isteri tercintanya.
foto: @dianpelangi
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
Sebelum para Muslim meredhaimu.
Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW: “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Surah Al-Insyirah ini ialah sebuah surah yang dapat memberi ketenangan kepada hati dan mententeramkan jiwa. Surah ini juga amat terkenal untuk mempermudahkan urusan serta diberi segala kebaikan baik di dunia mahupun di akhirat.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa membaca Surah Al Insyirah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
Sudah jelas bahasa mereka yang membiasakan dirinya membaca serta menghafal surah Al-Insyirah ini, nescaya Allah akan permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dipermudahkan rezekinya. Bukan itu sahaja malah Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Antara fadhilat membaca surah Al-Insyirah ini adalah:
1. Barang siapa membaca Surah Al Insyirah 7 kali selepas solat fardhu, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan dipermudahkan oleh Allah akan rezekinya.
2. Barang siapa membaca Surah Al Insyirah 9 kali selepas solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkannya daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
3. Sesiapa yang membaca Surah Al Insyirah 40 kali selepas solat fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya dikurniakan oleh Allah kepadanya kekayaan.
4. Barang siapa membaca Surah Al Insyirah sebagai wirid pada tiap-tiap lepas solat fardhu, nescaya hilang dukacitanya dan dikurniakan oleh Allah akan rezekinya dengan beberapa banyak.
5. Sesiapa sering membaca Surah Al Insyirah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
Maksud setiap ayat Surah Al-Insyirah:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Semoga kita dapat membaca serta menghafal surah ini untuk memperoleh kebaikan dari-Nya, dah dipermudahkan segala urusan, baik di dunia mahupun di akhirat. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kelibatnya di atas pentas cukup memukau. Malah disebabkan dia berhijab, penampilannya jadi tumpuan ramai. Raudha Kasmir, dari Indonesia pernah mencetus kontroversi kerana menjadi satu-satunya wanita berhijab yang menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Indonsesia 2018.
Biarpun tidak menang tetapi kehadirannya berjaya mencetus fenomena kerana keberaniannya sebagai wanita berhijab menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan.
Gadis berusia 25 tahun ini hanya berjaya tersenarai sebagai finalis To 5 mewakili Acheh. Walaupun dia dilihat kalah kepada Alya Nurshabrina yang mewakili Jawa Barat, tetapi kecantikan dirinya serta penampilan berhijab itu menjadi bualan ramai. Kehadiran Raudha juga hadir bersama pakej, selain cantik dia juga seorang gadis yang bijak.
Si cantik manis ini dilahirkan 19 September 1997 dan merupakan seorang pelajar lulusan Fakulti Kedoktoran Umum dari Universitas Yarsi dan kini bergelar dokor. Menepati ciri –ciri sebagai wanita Muslimah, Raudha Kasmir, yang menaruh harapan agar wanita Indonesia menjadi individu yang kuat dan dapat berkongsi peranan demi kebahagiaan keluarga.
Bukan itu sahaja, dia juga berharap wanita Indonesia menjadi tokoh yang mempunyai nilai kepimpinan dengan prinsip jujur dan kerja keras. Bagi Raudha dia bersikap optimis menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan memandangkan dirinya memang berasal dari Acheh dan Acheh itu sendiri sebuah daerah Islam. Menurutnya lagi berhijab bukan satu halangan untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Sebenarnya ini bukanlah pertandingan ratu cantik pertama disertai gadis berhijab ini. Sebaliknya dia pernah menyertai pertandingan ratu cantik Putri Muslimah Bridal 2017. Raudha juga sebenarnya begitu meminati aktiviti kecantikan dan juga bidang modeling.
Mempunyai ketinggian 170 cm jadi tidak hairanlah penampilan Raudha di atas pentas begtu memukau. Walaupun tidak memang, tetapi Raudha Berjaya memenangi anugerah khas Miss Selfie in Detail dan juga menang gelaran Fast Track Top Model.
Malah jika diintai di laman sosialnya, Raudha seorang gadis yang kaki ‘travel’ dan gemar sekali memuat turun foto selfie atau pemandangan cukup menarik. Biarpun sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang doktor, dia juga aktif dalam sukan berkuda.
Satu lagi keistimewaan gadis ini adalah dia juga pandai berenang dan mahir dalam ilmu mempertahan diri seperti karate. Biarpun gagal menjadi juara, tetapi aura Raudha menjadi insprasi kepada hijabi di luar sana dek kerana personaliti dan kebijaksaannya untuk lebih berani dan berkeyakinan ketika berada dalam kelompok masyarakat.
“Sebab saya percaya wanita pintar akan melahirkan generasi yang berkelayakan,” katanya. Demikian disampaikan Raudha ketika sidang media Miss Indonesia 2018. Dilamar oleh jejaka idaman pada 20.02.2021, hijabi ini dikurniakan seoran puteri Guinevere Fayyola Andika.
Kini bekas peserta pertandingan Ratu Cantik Miss Indonsesia 2018 memiliki klinik astetik Dr Raudha Clinic Aesthetic & slimmng di Indonesia. Ternyata apa yang dikatakan ketika pertandingan, nah terbukti dia adalah seorang wanita yang berjaya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ketika kita hendak minum, kita tidak hanya dituntut untuk memperhatikan kesucian dan kebersihan air yang hendak kita minum. Lebih dari itu, kita juga dituntut memperhatikan adab-adab ketika minum.
Dalam Islam, sebagaimana disebutkan dalam beberapa riwayat dari Nabi Saw, terdapat lima adab yang harus kita perhatikan ketika kita hendak minum.
Pertama: Membaca bismillah terlebih dahulu. Boleh membaca ‘bismillah’ saja, namun lebih utama membaca bismillah dengan sempurna, yaitu ‘bismillahir rohmanir rohim.
Kedua: Minum dengan menggunakan tangan kanan. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim dari Ibnu Umar, dia berkata bahwa Nabi Saw bersabda;
Jika salah seorang dari kalian makan, hendaknya ia makan dengan tangan kanannya, dan jika minum hendaknya minum dengan tangan kanan. Kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.
Ketiga: Ketika minum, dianjurkan bernafas di luar wadah sebanyak tiga kali. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik, dia berkata;
كان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يتنفَّسُ في الشرابِ ثلاثًا
Rasulullah Saw bernafas tiga kali ketika minum.
Keempat: Minum dalam keadaan duduk. Nabi Saw melarang minum dalam keadaan berdiri kecuali dalam keadaan diperlukan atau terpaksa. Ini berdasarkan hadir riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah, dia berkata bahwa Nabi Saw bersabda;
Segala puji bagi Allah yang dengan rahmt-Nya telah menjadikan air ini segar dan menyegarkan. Dan tidak menjadikan air ini asin dan pahit karena dosa-dosa kami.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di