Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kita digalakkan untuk menambah ilmu dan mengejar pahala sebanyak mungkin. Bukan sahaja ketika kita dalam jaga, tetapi juga sebelum lelapkan mata.
Sebelum tidur, kaum wanita digalakkan melakukan beberapa adab sebelum tidur untuk mendapat lebih ganjaran pahala dan banyak kelebihannya. Seperti mana Rasulullah SAW berpesan pada Aisyah Ummu Mukminin, isteri tercintanya.
foto: @dianpelangi
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
Sebelum para Muslim meredhaimu.
Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW: “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Pernah merasa hidup susah dahulu menyebabkan juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin, nekad berusaha bagi mengubah nasib dia dan keluarga.
Jelas Mila, hasratnya untuk menyambung pengajian di menara gading terpaksa dilupakan kerana keadaan keluarganya yang susah pada masa itu.
“Saya anak sulung dalam keluarga dan ibu bapa pula bekerja biasa dengan pendapatan kecil. Bapa saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan aktiviti lainnya, turut memungut tin di tepi jalan.
“Saya sendiri ada pengalaman ikut bapa pungut tin, memang kasihan. Ibu pula bekerja di kilang untuk bantu pendapatan bapa bagi menyara kami sekeluarga.
“Malah, pernah satu ketika atap rumah kami berlubang, bocor dan rosak akibat tak dapat diganti kerana tiada duit. Bila hujan, basah satu rumah dan itu sangat menyedihkan saya,”jelasnya yang merupakan pemilik syarikat Bizmilla itu.
Ujarnya, kehidupan yang susah itu banyak mengajarnya untuk bangkit dan berusaha memajukan diri. Dia juga pernah bekerja di kilang sebelum menyertai Akademi Fantasia pada tahun 2007.
“Namun, kejayaan menjulang trofi juara AF5 sangat membantu saya untuk mengubah nasib keluarga. Dengan populariti diraih ketika itu, saya dapat memberi keselesaan pada ibu bapa dan adik-beradik.
“Apapun, saya terfikir juga sampai bila akan jadi penyanyi dan terus popular. Justeru, sedikit demi sedikit melalui simpanan dibuat, saya mula berniaga.
“Alhamdulillah, mujur bertemu suami saya, Isz Mustapha, ketika itu yang bertindak sebagai pengurus dan dia banyak membantu dengan mengajar saya selok-belok berniaga,” katanya.
Pada mulanya, dia berniaga secara kecil-kecilan selepas menyertai AF5 dan empayar perniagaannya dalam industri perkahwinan pula mula dibina sekitar 2013 lalu.
Jelasnya, kini dia bersyukur selepas tujuh tahun perniagaan Bizmilla dibina, ia sudah dikembangkan kepada tiga cawangan iaitu di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bharu.
Tambah Mila lagi, Bizmilla juga sekarang mempunyai 18 dewan yang boleh digunakan untuk majlis perkahwinan dengan menyediakan beberapa pakej menarik untuk pelanggan.
“Apapun, kejayaan dimiliki saya kini adalah atas doa ibu bapa dan usaha. Namun, saya juga berterima kasih kepada semua pekerja yang banyak membantu dan hingga kini masih setia bersama,” katanya.
Bukan itu sahaja, Mila juga sedang dalam proses mengembangkan lagi perniagaannya di bahagian perkhidmatan dan bakal memperkenalkan pembelian dan penghantaran makanan secara dalam talian tidak lama lagi.
Krisis air yang berlaku di kebanyakan daerah di negeri Selangor membuatkan pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew berasa terpanggil untuk menolong mereka yang memerlukan.
Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, beliau telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Batu Caves, Selangor.
Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.
Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.
Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama AJK surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.
Pohon doa ya. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.
Waktu pagi adalah masanya untuk kita cergas supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. Maka sebab itulah waktu pagi kita perlu diisi dengan aktiviti yang menjana semangat agar dapat dijadikan pencetus energi sepanjang hari.
Apabila sudah berumah tangga, ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak. Apa sahaja yang ibu bapa buat, anak-anak akan ikut. Hal ini kerana ibu bapa menjadi contoh dan ikon kepada anak-anak. Tak rugi pun kita bangun awal kerana berpagi-pagian itu lebih baik kerana kita punya lebih banyak masa untuk melakukan banyak pekerjaan.
Berikut perkongsian Najmi Nawawi sebagai panduan.
Ya betul. Orang yang bangun di awal pagi ialah morning person. Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik University of Leipzig, setiap manusia yang mahu melakukan sesuatu yang benar-benar memberi impak kepada diri sendiri harus bangun awal di awal pagi.
Banyak contoh orang hebat dunia seperti CEO Disney, Bob Iger, dan CEO Twitter, Jack Dorsey sudah terjaga pada pukul 5.30 pagi setiap hari. Atau lihat sahaja kepada icon parenting tempatan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau sentiasa memanfaatkan waktu pagi sebaik-baiknya untuk pastikan anak-anak mendapat yang terbaik.
Ibu bapa perlu bangun di awal pagi, untuk jadi orang yang hebat dan mampu memberi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Malulah, kalau anak-anak yang bangun terlebih dahulu dari kita. Anak yang hebat kebiasaannya datang dari ibu bapa yang hebat.
Sekiranya kita tahu diri kita ialah orang yang susah bangun pagi, maka kita perlu ubah rutin harian kita agar dapat bangun di awal pagi. Jangan terlalu pentingkan diri sehingga kita abaikan yang lain. Pastinya kita tidak mahu terlepas kebaikan untuk bangun di awal pagi.
Solat subuh ialah perkara yang paling utama dan umpama kunci kejayaan sesebuah keluarga. Kita wajib didik anak kita untuk bangun pagi bukan untuk pergi kerja (mencari rezeki) tetapi untuk sujud beribadah kepada (pemberi rezeki) terlebih dahulu.
Sekiranya perkara asas seperti ini sudah gagal, definisi kejayaan kehidupan pasti diletakkan pada wang ringgit semata-mata bukan keredhaan Allah yang menjadi paksi utama.
Selain itu, faktor kesihatan juga menjadi tuntutan. Ianya bermula dengan sarapan pagi. Kerana jika kita dan anak-anak tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.
Dengan bersarapan, fikiran akan lebih segar dan dapat kurangkan tekanan, ini sangat penting untuk pastikan tenaga yang positif sepanjang hari. Dibantu juga dengan hormon-hormon kortisol yang mula meningkat dalam badan untuk menyediakan badan kita bekerja dengan baik. Seterusnya menjadikan kita manusia yang berkualiti kepada pasangan, anak-anak dan juga kerjaya.
Begitu juga dari sudut memberi contoh ikutan yang baik untuk anak-anak. Khususnya seorang ketua keluarga (ayah), perlu sentiasa ingat bahawa anak-anak lebih cenderung untuk ikut sifat dan perwatakan si ayah meskipun mereka rapat dengan si ibu. Setiap perbuatan kita akan sentiasa diperhatikan anak-anak.
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai mendidik anak-anak yang berjiwa besar, jangan lupa saksikan episod ke8, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124. Rancangan ini dihoskan oleh Dato Jovian Mandagie dan Datin Nina Ismail Sabri.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!