Tidak dapat dinafikan lagi, setiap wanita mengimpikan kulit wajah yang bersih, licin, mulus dan berseri. Pelbagai produk dan petua telah dicuba namun tiada satu pun yang menjadi. Mungkin produk dan petua tersebut tidak sesuai dengan kulit wajah anda.
Jika semua petua tidak menjadi, apa kata cuba lakukan petua yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Che Mira Kimora.
Menerusi perkongsian di laman Facebooknya itu, wanita ini telah berkongsi tip untuk memiliki kulit wajah yang bersih dan bersinar seperti melakukan rawatan facial bernilai RM250.
Rupa-rupanya itulah rahsia wanita ini memiliki kulit wajah yang flawless dan sentiasa nampak awet muda. Hanya gunakan halia dan cuka pada wajah.
Ads
Jom kita baca perkongsiannya dan diharapkan ia memberi manfaat kepada anda di luar sana. Mungkin hasilnya berbeza mengikut jenis kulit seseorang individu.
Foto: Facebook Che Mira Kimora
Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.
KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH
1 cawan cuka
2 ketul halia (bersih dikupas)
Sediakan 1 bekas kaca
1 mangkuk kecil ais cube
Foto: Facebook Che Mira Kimora
Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.
Ads
Hiris halia nipis. Agak-agak korang nak nipis macam mana.Simpan dalam peti ais. Ada masa tenyeh jer kat muka jeragat mmg seram nak naik.Selepas kejadian tenyeh kat muka. 2 keping pun dah cukup. Jimat gila kan.Kulit muka bak cahaya bulan bersinar2. Kulit baru lepas apply halia yang di rendam dengan air cuka. Lepas 2 ambik ais cube gosok satu muka. Ini lah hasilnya.
Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10 minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit. Selepas itu, bilas dengan air dan ambik ais cube. Gosok di seluruh bahagian muka.
Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3 minggu!
Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.
Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat-sangat mulus.
Pernah tak anda alami perasaan macam ni, rasa seolah-olah hidupnya tiada makna dan anda hanya sekadar meneruskan kehidupan seharian ibarat robot tanpa perasaan kerana hati seakan kosong.
Hati yang kosong tidak bermakna hijabi mengalami masalah psikologikal mahupun masalah mental, ianya hanya sebuah perasaan yang dialami oleh seseorang dan boleh diatasi sekiranyahijabi cakna berkenaan punca hati menjadi kosong.
Justeru, ketika merasa begini. Hijabista mengesyorkan agar anda lebih mendekatkan diri dengan Allah dan basahkan rohani serta jiwa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat serta mampu memberi ketenangan jiwa dan membangkit semula rohani yang sudah tersungkur ke bumi.
Di zaman moden yang serba canggih ini, begitu mudah sekali untuk kita mendekatkan diri kepada sang pencipta! Malah, terdapat pelbagai platform yang menawarkan cara untuk mengisi kekosongan hati dan jiwa hijabi.
Antara aplikasi yang sedang melonjak kehadapan dan dikhususkan untuk menuntun umat Islam adalah aplikasi Qalbox daripada Muslim Pro yang menawarkan perkhidmatan penstriman hiburan yang terkenal dengan pelbagau kandungan Islamik di peringkat global.
Lebih menarik lagi, apabila aplikasi ini kini boleh dilayari oleh semua pelanggan Astro yang bertujuan menjadi ‘rumah digital’ yang menawarkan pilihan kandungan berkaitan muslim.
Menurut co-CEO Muslim Pro, Fara Abdullah berkata kerjasama ini dilaksanakan untuk memberikan pengalaman kandungan Muslim yang lebih khusus, lancar dan mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas, serta bakal memperkaya landskap hiburan di Malaysia.
“Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro, penyedia hiburan terkemuka di Malaysia, untuk memperluaskan jangkauan Qalbox di kalangan penonton Malaysia.
“Melalui kerjasama ini, visi kami untuk memantapkan kedudukan kami sebagai pusat kandungan dan hiburan Muslim global dan menyediakan landasan bagi pencipta kandungan kreatif Muslim dan pembuat filem menjadi lebih kukuh,” katanya.
Antara program-program kerohanian yang ditawarkan menerusi aplikasi Qalbox adalah seperti I Am Muslim. Cerita peribadi yang menyentuh hati daripada Food From the Heart dan bacaan Al-Quran yang menyentuh jiwa dalam Tadaruz Al-Quran.
Bagi kanak-kanak pula ada pengisian seperti Islam for Kids dan Recite and Learn: The Word of Allah yang menawarkan kandungan yang menarik dan memberi pendidikan.
Selain itu, terdapat juga siri-siri menarik seperti Omar, The Sultan and Khan dan Little Mosque on the Prairie yang membawa penonton meneroka naratif tentang budaya Muslim.
Sekadar info, ekoran daripada perkongsian strategik ini, pelanggan Astro yang memiliki Ultra atau Ulti Box bakal menikmati langganan percuma secara eksklusif Qalbox dan juga akses premium Muslim Pro selama dua bulan, bermula dari 27 Julai 2023 hingga 26 September 2023.
Jerawat merupakan masalah kulit yang popular kalangan hijabi yang baru datang haid, tetapi sekarang jerawat datang bagaikan tetamu tidak diundang. Semua orang tidak suka dengan jerawat kerana ia memberi masalah besar pada muka khususnya. Bahkan, jerawat ini membuatkan seseorang hilang keyaknan diri.
Bagi hijabis pula, mereka menganggap ia sebagai musuh utama dalam kehidupan mereka. Sebabnya, jerawat suka muncul secara tiba-tiba, seolah-olah ia boleh menghantui diri. Pelbagai penjagaan muka dan pendedahan alam sekeliling dan juga faktor hormon juga boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat.
Jadi, jika anda mengalami masalah jerawat, anda juga harus tahu tentang jenis jerawat yang menimbulkan masalah kepada muka anda dan cara untuk anda mengatasinya. Hal ini kerana ia akan memberi kesan tindak balas yang buruk jika anda tersalah menggunakan sesuatu produk untuk atasi jerawat itu.
Di sini terdapat 5 jenis jerawat yang anda perlu tahu dan tips untuk mengatasinya :
Jerawat non-inflamasi (tidak meradang) terdiri dari:
Merupakan kumpulan minyak dan sel-sel kulit mati yang bercampur dan menyumbat pori-pori, dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati tapi pori-porinya belum terbuka. Menyebabkan paparan putih ini muncul di atas permukaan kulit muka anda.
Kumpulan minyak dan sel kulit mati yang terbuka dan teroksidasi akibat udara sehingga berwarna hitam. Warna hitam itu bukan disebabkan oleh kotoran tetapi disebabkan oleh pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.
Jerawat inflamasi (jerawat meradang) terdiri dari:
Blakheads yang tidak terubati dan terinfeksi dengan bakteria dan kemudian meradang. Ia merupakan sejenis jerawat radang kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan.
Jerawat kelihatan seperti bintik merah yang meradang yang tidak terubati. Di tahap ini jerawat sudah terlihat nanahnya seperti jerawat matang.
Dikenali juga sebagai jerawat batu. Jika pori-pori tersumbat dan bakteri asudah masuk ke lapisan paling bawah maka membentuk jerawat nodule. Ini adalah sejenis jerawat yang kronik juga jika tidak dirawat dari awal. Ia juga sangat menyakitkan dan kadang-kadang ia muncul agak lama selama berbulan-bulan. Jerawat ini yang menjadi penyumbang kepada parut berlubang dan trauma yang teruk serta luka pada permukaan kulit.
Jadi kenali jenis jerawat yang menjadi tetamu tidak diundang di wajahmu. Jangan biarkan jerawat menghilangkan keyakinan anda. Sekiranya anda menghidapi sebarang masalah ‘breakout’ dan cara mengatasinya, boleh kongsi pengalaman anda dengan hijabista.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Syarikat hartanah terkemuka, Sheng Tai International (STI) yang diasaskan oleh Dato’ Leong Sir Ley telah melancarkan projek mega Fasa Pertama The Sail Melaka yang meliputi bangunan tiga tingkat; The Sail Experiential Centre dan 26 unit lot perniagaan.
Bersempena pelancaran ini, Sheng Tai International telah mengadakan satu majlis makan malam(Sheng Tai Night) yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri pada 14 Januari lalu.
Acara gilang gemilang tersebut turut dihadiri lebih 800 tetamu dan rakan niaga termasuk termasuk pelabur antarabangsa dari lebih 15 negara seperti Hong Kong, Jepun, Korea, China, Dubai, Indonesia, Taiwan, Singapura, Rusia, Amerika Syarikat, dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan hijabi, The Sail direka secara unik berkonsepkan globalisasi dan mempunyai 9 Menara bercantum dengan Unity Sky Ring di atas setiap bangunan dan dihubungkan dengan kolam renang sepanjang 460m.
Pembangunan tersebut juga direka khas bagi melengkapkan pasaran kediaman, runcit, komersial dan hospitaliti Melaka. 9 Menara ini terdiri daripada Menara Hotel & Fesyen bertaraf 6 bintang, Menara Wellness, Menara Cultural, Menara AI, Menara M, Kondotel & Suite Perniagaan.
Menurut Pengasas dan Pengerusi STI, Dato’ Leong Sir Ley, 26 unit lot perniagaan itu sudah ditempah oleh pemilik perniagaan Jepun dan dijadualkan beroperasi mulai suku pertama tahun ini.
Difahamkan, jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) untuk projek ini dianggarkan berjumlah RM6.5 bilion. Bukan itu sahaja, projek mega tersebut turut meliputi pembinaan Ballroom LSL dan Restoran Sheng Yan.
Dato’ Leong turut berkongsi bahawa selepas tiga tahun menghadapi wabak pandemik di seluruh dunia, dia mula menyedari bahawa terdapat ‘bahasa baru’ yang muncul dalam ekonomi seperti kesihatan, seni dan budaya, fesyen dan kepintaran buatan (AI) untuk diterokai.
“Aspirasi kami adalah untuk menjadikan The Sail Melaka sebagai pemangkin utama perubahan bagi bandar bersejarah itu dari sudut melonjakkan lagi nama Melaka ke arena dunia dengan menjayakannya menerusi Seni dan Budaya, Fesyen, Artificial Intelligence (AI) dan kesejahteraan.
Tambahan itu, Dato’ Leong turut menyatakan bahawa projek mega ini juga menandakan permulaan yang dinamik bagi meningkatkan dan mengukuhkan ikatan sesama negara berkaitan budaya dan ekonomi.
“Saya yakin projek ini dapat meningkatkan ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta menarik pelabur asing dari seluruh dunia. Tambahan pula, projek ini juga dapat mengangkat Melaka sebagai hab pelancongan utama untuk para pelancong,” katanya.
Selain ingin mengangkat Melaka sebagai hab pelancongan, Dato’ Leong juga berhasrat untuk menjadikan Bandaraya Bersejarah tersebut sebagai hab fesyen antarabangsa.
Baru-baru ini, syarikat hartanah terkemuka tersebut turut menganjurkan sebuah acara pertunjukan fesyen ‘The Straits Gala’ yang melibatkan pereka tempatan dan antarabangsa di The Sail Superdome; iaitu salah satu bangunan milik syarikat tersebut.
Acara yang dihadiri lebih 1,000 pengunjung itu telah berlangsung dengan meriah dengan pertunjukan bunga api dan beberapa nama ternama seperti pemain violin terkenal negara iaitu Megan Mei, Jaclyn Victor dan Kenny Low.
Bahkan, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen membabitkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Dian & Norule, Gillian Hung, Yani Bakhtiar, Variante dan CARRO serta peragaan fesyen daripada pelajar tahun akhir jurusan fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Sekadar info, bersempena dengan Pelancaran The Sail Experiential Centre dan penyiapan projek Fasa Satu The Sail, Sheng Tai International turut mengadakan Sheng Tai Festival 2023 (Bazar Bertema Lautan pertama di Melaka – Atlantis Night), yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan telah berlangsung selama 10 hari dari 6 Januari sehingga 15 Januari 2023 yang lalu.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.