Normal bagi seorang wanita itu jika mengalami sakit perut disebakan senggugut setiap kali datang bulan. Ada yang terpaksa mengambil cuti kerana kesakitan yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Kalau boleh memang mahu berehat saja di rumah tanpa gangguan sesiapa. Tapi jangan sesekali pandang ringan kerana sengugut ini juga salah satu simptom kepada endometriosis. Perkongsian doktor ini di laman sosial memberitahu tentang penyakit ini yang bukan kanser tetapi paling kerap dihidapi kaum wanita selain fibroid.
SENGGUGUT SAMPAI BERGULING – GULING, MACAM RAHIM KENA GUNTING.
Saya pernah jumpa pesakit yang setiap bulan mesti akan ponteng kerja sehari dua. WAJIB. Sebab setiap kali datang haid, dia akan mengalami sakit senggugut yang kuat sangat sampai termuntah – muntah dan nak berjalan pun tak boleh. Dahsyat kan ? Tapi yang paling dahsyat, dah sekian lama baharu lah dia jumpa doktor. Sebabnya ? Semua orang cakap itu normal. Dan topik haid ni masih ‘taboo’ dalam kalangan sebilangan besar rakyat Malaysia.
Hari ini saya nak menulis mengenai penyakit wanita yang bukan kanser tapi antara paling kerap dihidapi wanita selain fibroid, iaitu ENDOMETRIOSIS. 70 – 80% wanita yang menghidap endometriosis biasanya mempunyai simptom senggugut. Nampak tak betapa ‘biasa’ nya masalah ini ?
ENDOMETRIOSIS TU APE BENDA ?
Untuk memahami bagaimana endometriosis boleh terjadi, perlu difahami dulu anatomi rahim wanita. Rahim wanita terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan paling dalam ialah endometrium. Lapisan tengah myometrium manakala lapisan luar ialah perimetrium. (Rujuk gambar pertama).
Gambar 1 3 lapisan rahim iaitu endometrium, myometrium dan perimetrium
Lapisan endometrium yang berada paling dalam akan menebal setiap bulan di bawah pengaruh hormon estrogen sebagai persediaan untuk mengandung. Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan ini akan menipis semula dan gugur dalam bentuk darah haid setiap bulan.
Endometriosis berlaku apabila terdapat tisu endometrium yang sepatutnya berada di dalam rahim, menempel dan tertanam di bahagian luar rahim seperti di tiub, ovari, usus, pundi kencing dan dinding abdomen. (Rujuk gambar 2)
Gambar 2 Tisu endometrium boleh menempel di banyak tempat
Jadi sebagaimana lapisan endometrium dalam rahim, tisu – tisu di luar rahim ini juga bertindak balas terhadap hormon secara serupa. Jadi, pendarahan haid bulanan yang berlaku di dalam rahim, berlaku juga DI LUAR RAHIM. Ini menyebabkan proses keradangan berlaku. Selain itu, keradangan ini juga menyebabkan berlakunya lekatan antara struktur – struktur organ di sekeliling tisu – tisu ini. Dan dalam sesetengah kes juga, berlaku pembentukan ‘chocolate cyst’ atau nama lainnya endometrioma. (Rujuk gambar 3).
Gambar 3 Chocol cyst
Penyakit ini berlaku pada wanita dalam lingkungan usia selepas akil baligh sehingga menopause dan paling tinggi pada usia sekitar 30 – 45 tahun. Dianggarkan sekitar 10% wanita menghidap masalah ini [1], tetapi ia susah untuk dipastikan kerana pembedahan diperlukan untuk mendiagnosa penyakit ini secara pasti 100%. Kebiasaannya, doktor hanya membuat diagnosa berdasarkan simptom dan pemeriksaan klinikal, melainkan jika ada keperluan untuk pembedahan.
BAGAIMANA TERJADI
Sebab kenapa endometriosis terjadi sebenarnya tidak diketahui. Terdapat beberapa teori berkenaan punca ia terjadi tetapi yang paling popular ialah ia berpunca daripada aliran darah haid secara ‘backflow’ atau terbalik. Menurut teori ini, apabila berlaku pendarahan haid, sebilangan kecil akan keluar terbalik ke atas, melalui tiub ke ovari lalu melimpah ke bahagian dalam abdomen bersama – sama tisu endometrium [2]. Teori ini turut disokong oleh penemuan bahawa endometriosis kerap berlaku kepada perempuan yang mengalami organ wanita tidak normal yang menyebabkan aliran darah haid tersumbat [3]. (Rujuk gambar 4)
Gambar 4 Backflow aliran darah haid menyebabkan terjadinya penyakit endometriosis
Secara umumnya, wanita yang mempunyai faktor risiko ini lebih cenderung untuk mendapat endometriosis : 1) lewat mendapatkan zuriat 2) kitar haid yang pendek, kurang 27 hari 3) keluar darah haid berpanjangan, lebih 7 hari
APA TANDA – TANDA ENDOMETRIOSIS ?
Antara masalah/simptom yang dihidapi wanita yang mungkin disebabkan oleh endometriosis ialah : 1) Senggugut, 70 – 80% 2) Sakit perut kronik, tidak mengira haid, 30 – 50% 3) Sukar mendapat zuriat, 20 – 40% 4) Sakit semasa melakukan hubungan seksual, 25 – 40% 5) Ketidakaturan kitaran haid, ~16% 6) Sakit semasa kencing, terutama ketika haid, 1 – 2% 7) Sakit atau berdarah semasa buang air besar, terutama ketika haid, 1 – 2% 8 ) Batuk berdarah disertai kesukaran bernafas, semasa haid – SANGAT -SANGAT JARANG, berlaku apabila tisu endometrium menempel di paru – paru
Kesukaran mendapat zuriat disebabkan endometriosis adalah pada sekitar 20 – 40% [4]. Ia disebabkan lekatan yang berlaku akibat dari keradangan yang disebabkan tisu – tisu endometrium di luar rahim. Lekatan ini menyebabkan kerosakan struktur terutama kepada tiub. Ini menyebabkan proses persenyawaan sukar berlaku.
Contoh rupa keadaan sebenar endometriosis (tompok – tompok hitam dalam gambar)
BAGAIMANA DOKTOR MERAWAT ENDOMETRIOSIS?
Secara umumnya, rawatan akan dimulakan dengan merawat simptom dahulu seperti pemberian ubat tahan sakit dan hormon untuk mengurangkan simptom.
Jika terdapat keperluan, pembedahan akan ditawarkan kepada pesakit khusunya untuk pesakit yang : 1) sukar mendapat zuriat 2) mempunyai chocolate cyst yang besar 3) tidak respons kepada rawatan menggunakan ubat
Nasihat saya : 1) Jangan malu untuk bercakap mengenai haid anda. Wanita perlu prihatin dengan haid sendiri dan berkongsi dengan ahli keluarga serta doktor jika terdapat masalah 2) Kesakitan senggugut BUKAN SUATU YANG NORMAL terutamanya jika ia mengganggu anda melakukan aktiviti harian dan bersosial 3) Para lelaki (ayah, abang dan suami) perlu bersama – sama memberi sokongan untuk memperkasakan wanita. Jangan ejek atau perkecilkan anak, adik, kakak atau isteri anda jika mereka mengalami masalah senggugut.
Umum sedia maklum baru-baru ini usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad bersama pasanganya yang juga seorang ‘influencer’, Syafiqah Aina telah menyewa sebuah kapal terbang terbang khusus untuk membawa staff Ainaa Beauty, orang susah, anak yatim dan warga OKU menunaikan umrah.
Lebih menarik lagi, Hafiz mendedahkan sejak menjejakkan kaki di Mekah dan Madinah, dia mempunyai satu hobi baharu yang sering dilakukan usai menunaikan solat di dua Tanah Suci tersebut iaitu mengambil peluang mengusung jenazah mereka yang meninggal di sana.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Hafiz mahamad sendiri menerusi satu perkongsian di laman Tik Tok miliknya, dalam video itu Hafiz mendedahkan bahawa dia mempunyai tiga hobi baharu sepanjang berada di Mekah!
Menurutnya, selain gigih berusaha dan merebut peluang mengangkat jenazah, Hafiz
juga sentiasa berusaha merebut peluang solat di kawasan ‘Raudah’ yang dikenali sebagai ‘Taman-Taman Syurga’ serta kerap menziarahi makam baginda nabi Rasulullah saw.
“Antara perkara yang saya tidak akan lepaskan peluang adalah ziarah
makam Nabi Muhammad, solat di dalam Raudhah dan satu lagi saya akan
rebut peluang untuk angkat jenazah.
“Setiap kali saya pergi Madinah atau Makkah, selepas menunaikan solat
saya akan usahakan untuk angkat jenazah.
“Pahala angkat jenazah ini besar. Cumanya kalau nak ambil peluang itu
kena pandai cari tempat yang betul,” kongsi Hafiz menerusi beberapa
hantaran di Instagram Stories miliknya.
Hafiz Berhasrat Dikurniakan Rezeki Meninggal Di Mekah
Selain itu, suami kepada Syafiqah Aina itu juga dalam diam menyimpan hasrat untuk dikurniakan rezeki menghembuskan nafas terakhir dan menemui pengakhiran yang baik di Tanah Suci, Mekah.
“Meninggal dunia di bumi Makkah adalah satu rezeki yang besar. Kita kena
minta-minta tau meninggal dunia dekat sini (Madinah), namun sekarang
minta dipanjangkan umur dulu supaya dapat berbakti kepada agama.
“Saya tengok ramai yang ambil peluang untuk usung jenazah, confirm
mereka yang meninggal ini insan-insan syurga. Insyallah. Berjuta orang
yang mendoakan jenazah yang meninggal di sini. Subhanallah,” ujarnya.
Mesti sis semua suka borong body mist bila ada promosi contohnya dari Bath and Body Works. Tapi body mist yang selalu kita beli mesti tak tahan lama, kenapa jadi begitu?
Sis pastikan baca artikel ini sampai habis untuk ketahui cara mengekalkan bau body mist supaya sis tak ada rasa menyesal beli banyak-banyak.
Body Mist ini berbeza dari minyak wangi biasa
Sis kena tahu body mist sememangnya tidak tahan lama kerana ia mempunyai kandungan air yang lebih banyak berbanding minyak wangi jenis EDP (Eau de Parfum) atau EDT (Eau de Toilette). Kandungan pati minyak wangi juga berbeza kerana EDP mengandungi 8-15%, EDT pula sebanyak 5% to 15%, berbanding pula body mist yang hanya mengandungi 2-15% sahaja.
Jadi wajarlah bau body mist cepat sahaja hilang kerana ia ‘ringan’ dan kebiasaannya digunakan untuk hanya untuk sesetengah keadaan yang sis tidak mahu bau keterlaluan.
Tapi…rugilah beli banyak, bau cepat hilang
Jangan sedih sis, kami sedia membantu untuk share cara-cara yang boleh membantu bau bodymist tahan jauh lebih lama!
Guna mandian bauan yang sama
Terdapat produk keluaran haruman mengeluarkan beberapa produk yang mempunyai bau sama. Jadi untuk dapat bau yang lebih lama, pastikan anda beli body wash dari product line yang mempunyai bau yang sama.
2. Jangan sembur dulu! Sapu losyen sebelum itu.
Kelembapan kulit akan membuatkan penyerapan yang lebih optimum. Jangan lupa gunakan losyen yang mempunyai bau yang sama.
3. Selepas mandi…sembur!
Selepas mandi, liang-liang roma akan terbuka jadi penyerapan body mist ketika itu akan menyerap dengan lebih baik.
4. Sembur pada kulit
Teknik sembuhan sama sahaja dengan pemakaian minyak wangi. Sembur pada kulit terutama sekali bahagian nadi di pergelangan tangan, leher, belakang lutut dan juga siku.
5. Sembur sedikit di sekitar tudung!
Disebabkan sis berhijab, orang tidak akan bau rambut sis walaupun dah cuci rambut malam sebelumnya. Jadi, untuk kekal wangi, sembur sahaja di tudung dengan jarak 5cm supaya tiada kesan basah.
Sekarang sis dah tak perlu rasa menyesal sebab cara-cara ini senang diamalkan dalam kehidupan seharian. Apa yang penting, pastikan sis bawa kemana-mana sahaja botol body mist itu supaya boleh sembur on-the-go! Selamat berwangi-wangian!
Menjadi satu perbuatan yang ‘biasa’ apabila dapat di lihat pada platform media sosial kita akhir-akhir ini mengenai sebaran ‘aib’ seseorang. Bahkan, ada juga yang memperjelaskan mereka buat sedemikian untuk mendedahkan penipuan atau aktiviti jahat orang yang telah tersebar aibnya.
Sejahat mana pun seseorang itu, adakah kita boleh membuka aib mereka secara terang-terangan? Apakah kita juga layak untuk menghukum mereka dengan sebegitu caranya?
Sebar aib untuk memuaskan hati sendiri?
Sumber gambar dari Canva
Apa yang di maksudkan dengan aib? Di fahamkan bahawa aib membawa maksud kepada rasa malu oleh seseorang atau mereka yang rapat dengan satu perkara atau situasi yang tidak elok di dedahkan kepada khalayak umum. Rasa malu ini juga boleh membawa kepada unsur negatif kepada seseoarang yang boleh menganggu kesihatan mental.
Menurut perkongsian Jabatan Mufti Negeri Terengganu, dalam ajaran agama Islam juga telah menjelaskan supaya kita perlu menjaga sesama kesalahan dan keburukan yang di sembunyikan oleh seseorang tidak perlu di hebohkan. Maka, ia menjadi satu kewajipan untuk kita menjaga antara satu sama lain kerana khuatir aib kita juga boleh tersebar.
Maksudnya: “Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan, nescaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Jangan berlandaskan ‘teguran’ jika mengaibkan
Sumber gambar dari Canva
Tidakkah anda rasa bahawa alasan semata-mata jikalau seseorang itu menyebarkan aib semata-mata untuk ‘menegur’ pelaku yang cuba untuk menutupi kesalahannya terdahulu kerana khuatir akan menjejaskan imej dirinya. Rasa malu juga kepada diri sendiri jika kita membuat sedemikian.
Menghormati serta menjaga maruah sesama saudara Islam adalah patut di amalkan, meski pun penggunaan ‘tegur’ itu bukanlah menjadi kunci untuk kita membuka aib mereka. Jika kita amalkan konsep menghormati dan menjaga aib seseorang, sudah tentu kehidupan kita akan lebih aman sentosa.
Menurut para ulama Islam, pandangan mereka terhadap aib terbahagi kepada dua jenis kategori, iaitu:
Aib yang bersifat khalqiyahatau kejadiannya semula jadi seperti contoh cacat pada tubuh badan atau di sebabkan oleh penyakit yang membuatkan mereka malu. Aib ini dianggap seperti menjaga aurat, tidak perlu di sebarkan, cukup hanya mengerti keperitan yang di alami oleh mereka.
2. Aib yang dari segi bentuk maksiat, samada ia di lakukan secara terang-terangan atau secara sembunyi, ianya baik di diamkan dan jangan di sebarkan secara meluas tentang perkara itu. Namun, tetap menjadi kewajipan untuk melakukan al-amr bi al-ma’ruf dan al-nahy ‘an al-munkar seperti menyuruhnya untuk bertaubat.
Ibnu Rajab di dalam kitabnya Jami’ al-Usul Wa al-Hikam ada menjelaskan kata-kata Imam SYafie yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menasihati saudaranya dengan menjaga kerahsiaannya bererti dia telah menasihatinya. Sesiapa yang menasihati tanpa menjaga kerahsiaannya, bererti dia telah membuka aibnya dan mengkhianatinya.”
Sebagai seorang muslim, kita harus tahu untuk menilai perkara yang batil dan benar. Jangan terlalu mengikut perasaan, nescaya ada ganjaran pahala jika kita kekal mengikuti pegangan dan kepercayaan pada Allah SWT.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...