Semua orang mesti pernah ada pengalaman sakit gigi kan. Kadang kala, sakit itu terlalu perit hingga tak dapat tidur lena. Malah ada yang sakit hingga demam dibuatnya. Ada yang mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan tetapi ada juga yang menggunakan bahan di dapur sahaja seperti esen vanilla. Mujarabkah?
Menerusi twitter @ib_shah, doktor ini telah menerangkan mengapa bahaya menggunakan bahan ini sebagai penawar kesakitan. Kelegaannya hanya seketika namun kesannya mungkin melarat.
Kalau sakit gigi terus jumpa doktor gigi ya!
Jika dibiarkan, kesannya akan jadi lebih teruk lagi…
Esen vanila ini hanyalah perisa tiruan. Jangkitan pada gigi boleh merebak hingga ke tulang.
Jangan ambil remeh perkara ini. Jangan mudah percaya petua mengarut!
sumber: twitter @ib_shah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Rahsia Untuk Kumpul Ribuan Ringgit Dengan Hanya Letak Tabung Tepi Mesin Basuh
Banyak cara sebenarnya untuk kita menyimpan wang atau menabung. Ada yang akan menabung setiap hari dan ada juga yang memilih untuk melakukannya pada setiap bulan. Namun, ada juga cara yang lebih menarik sebenarnya yang boleh dilakukan untuk menabung.
Di Facebook, ada seorang pengguna yang berkongsi cara yang unik untuk menyimpan wang iaitu dengan meletakkan tabung di sebelah mesin basuh. Eh, kenapa macam itu pula? Haaa, jom kita baca penerangannya.
Hari ini genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dikira, jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424. (Tidak termasuk duit syiling).
Tipnya mudah – Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka, letak tepi mesin basuh.
Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami, seluk dalam poket. Baca bismillah, insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal..
Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh, jadi bila suami tiba tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang atau baki bayar tol.
Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami, dalam bilik, ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita, sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
Kelima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung, jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas .
Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid.
*Moga bermanfaat untuk ibu-ibu sekalian..
Oh, sebab tu rupanya! Betul jugak tu sebab kita selalu terlepas pandang mengenai duit yang kita letak dalam poket seluarkan. Lepas ni boleh cuba cara ini pula. Mesti banyak wang yang terkumpul selepas inikan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi ‘Ramyeon’ Unik Ala-ala ‘K-Pop Idol’, WAJIB Cuba!
Resipi ‘Ramyeon’ unik ala-ala ‘K-Pop Idol’, patut cuba kerana ianya menjadi kegemaran orang Malaysia sangat menyukai ramyeon, atau mi segera. Malah mee segera menjadi makanan ruji di Korea. Anda mungkin pernah melihat idola kegemaran anda makan ramen segera yang lazat.
Tidak jarang mereka memasak ramyeon gaya mereka sendiri, yang unik dan lazat. Melihat ini membuatkan kami teringin untuk membeli pasta dan mencuba sendiri.Ingin tahu tentang resipi dan siapa tukang masak di belakangnya? Tatal ke bawah, tidak mengapa!
Artikel Berkaitan : 14 Restoran Makanan Korea Kegemaran Hijabi, Mesra Muslim. Boleh Nikmati Tanpa Bersalah!
Chenel NCT – Secret Ramyeon Recipe
Resipi Ramyeon Chenle sesuai untuk sesiapa yang menggemari makanan Cina! Untuk menyediakan hidangan istimewa ini, Chenle terlebih dahulu merebus tomato cincang dalam air mendidih. Kemudian haluskan tomato sehingga mendapat kuah yang lebih sedap.
Kemudian dia menambah satu sudu besar Lao Gan Ma, minyak cili api Cina yang istimewa. Untuk minyak, Chenle Kang Shi Fu menggunakan sos ramyeon.Dia juga menambah mi, sayur-sayuran kering, dan peket rempah ke dalam air mendidih. Chenle masak mee dalam kuahnya sehingga masak, kemudian campurkan dengan telur hancur. Mee sudah siap dan sedia untuk dimakan!
Mark GOT7 – Ramyeon Tteokbokki
Sama seperti menyediakan mi segera atau ramyeon biasa, salutan itulah yang membuatkan GOT7 Marks ramyeon istimewa. Mark menggunakan mi mug (biasanya spageti ramen ottogi, tetapi mana-mana ramyeon boleh!) dan kek nasi segera (tteokbokki) dalam resipinya.
Pertama kali dimasak seperti yang diarahkan pada paket. Selepas kedua-duanya masak, Mark menggabungkan mi dan tteokbokki, campurkan dalam sos atau perasa, dan kacau sehingga sebati.
Selepas itu, Mark menambah sejumlah besar sosej mini dan keju! Ketuhar gelombang mikro sebentar atau sehingga keju cair sepenuhnya dan ramyeon tteokbokki sedia untuk dimakan! Mudah dan sedia untuk mengisi perut anda!
Seunghoon WINNER – Best Ramyeon
Resipi ramen Seunghoon telah menjadi viral di Korea Selatan dan ramai orang bersetuju bahawa ini adalah salah satu resipi ramen idola terbaik. Pertama, letakkan banyak minyak dalam kuali dan tumis bawang hijau dan setengah sudu bawang putih yang dihancurkan.
Seterusnya, masukkan serbuk ramyeon segera ke dalam periuk. Jangan gunakan kesemuanya! Seunghoon berkata dia hanya perlu menggunakan 60% atau 70%.Anda juga boleh memasak ramyeon semasa menggoreng.
Berhati-hati agar tidak terlalu masak mi! Bila mee masak, masukkan ke dalam periuk. Kemudian, toskan daun bawang, bawang putih yang ditumbuk, dan campuran sos serbuk ke dalam mee, dan masukkan 1/2 hingga 1 sudu besar kicap dan sedikit minyak bijan.
Artikel Berkaitan : Apa Yang Berlaku Kepada Badan Apabila Makan Nasi Setiap Hari. Jangan Jadi Musuh Nasi!
Goreng pasta, kemudian buat lubang kecil di tengah pasta dan masukkan telur.Tutup periuk dengan penutup dan biarkan telur mendidih. Selepas itu, ramyeon sedia untuk dimakan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menangi Pas Istimewa Ke Tayangan Perdana SONIC THE HEDGEHOG 2 Bersama Hijabista!
Filem SONIC THE HEDGEHOG 2 bakal mengakhiri penantian anda yang sudah tidak sabar menantikan filem sekuel ini. Bermula sebagai permainan video, karakter Sonic terus menjadi ikon yang digemari ramai dari dahulu hinggalah kini.
Landak biru kegemaran dunia ini kembali untuk pengembaraan peringkat seterusnya dalam SONIC THE HEDGEHOG 2. Selepas menetap di Green Hills, Sonic tidak sabar-sabar untuk membuktikan dia mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi wira sejati.
Ujian dan cabarannya datang apabila Dr. Robotnik kembali, kali ini dengan rakan kongsi baharu iaitu Knuckles bagi mencari zamrud yang mempunyai kuasa untuk memusnahkan tamadun.
Sonic bekerjasama dengan rakan karibnya sendiri, Tails dan mereka bersama-sama memulakan perjalanan menjelajah dunia untuk mencari zamrud tersebut sebelum jatuh ke tangan yang salah.
Dihasilkan oleh pembikin filem The Fast and the Furious dan Deadpool, SONIC THE HEDGEHOG 2 dibintangi James Marsden, Ben Schwartz sebagai Sonic, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Adam Pally, Lee Majdoub dan semestinya Jim Carrey bersama tambahan baharu speerti Shemar Moore, Idris Elba sebagai Knuckles dan Colleen O’Shaughnessey sebagai Tails.
Jika anda mahu menjadi yang terawal menyaksikannya, jangan lupa jawab sahaja soalan mudah di bawah untuk memenangi pas eksklusif ke tayangan perdana SONIC THE HEDGEHOG 2 bersama Hijabista!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI