Walau Tak Dibesarkan Ibu Kandung, Wawa Zainal Ikhlas Hargai Insan Yang Telah Menjaganya Dari Kecil

Share

Menghargai orang tersayang, pelakon dan usahawan jelita telah meraikan insan yang menjaga dan membesarkannya sejak dari kecil.

Walaupun wanita tersebut bukanlah ibu kandungnya, namun akui Wawa dia cuba sedaya upaya untuk membahagiakannya termasuklah ibu bapa kandungnya.

Menerusi laman instagramnya, isteri tercinta kepada Aeril Zafrel ini telah mengadakan sambutan hari jadi buat insan yang dipanggil ‘mak’ itu di samping menghadiahkannya kek yang diisi dengan duit.

Tips murah rezeki
Bahagiakan orang tuamu..

Selamat ulang tahun mak.. walaupun Wawa bukanlah dibesarkan oleh ibu kandung, Wawa cuba sedaya upaya untuk adil kepada kedua-dua ibu .. mencuba menjadi anak yang sentiasa membahgiakan ketiga-tiga orang tuaku..

kalau ada yg sama macam Wawa (bukan dibesarkan oleh ibu kandung) sayangi mereka .. kasihi mereka.. selagi masih ada..

hargai waktu yang dipunya.. itulah kata-kata Bunga Citra Lestari yang Wawa akan ingat sampai bila-bila.. hargai setiap moment setiap waktu yang kita punya 😘

btw mak happy sangat dapat #wawagiftset @wawacosmeticshq tu😍

Sweetnya Wawa ni! Beruntung sungguh insan-insan yang berada di sekelilingnya kerana Wawa tidak pernah melupakan jasa-jasa mereka yang sentiasa ada bersama dengannya. Moga rezeki Wawa terus melimpah ruah lagi selepas ini!

IKLAN