Pencipta kandungan digital yang semakin meledak namanya ketika ini, Sofea Shra dinobatkan sebagai pemenang di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) untuk kategori Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024.
Pertama kali tercalon dan menjadi Top 5 dalam kategori yang baharu diwujudkan pada tahun ini membawa tuah kepada Sofea Shra yang terkenal dengan pelbagai kandungan digital kreatif berkaitan kecantikan dan fesyen di Instagram dan TikTok.
Biarpun ‘perjalanan’ kemenanganya itu nampak mudah namun hijabi cantik berusia 27 tahun ini tidak menafikan kehebatan calon-calon Top 5 yang lain iaitu Malia, Hawa Johanis, Agy dan Yana Hassan.
Segalanya berbalik kepada rezeki. Meraih kutipan undian sebanyak 35.23 peratus melayakkan dirinya merangkul trofi Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024.
Memetik kata-kata Sofea Shra sewaktu memberi ucapan di pentas GMWA24 sempena kemenangannya itu.
“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Astro sebab wujudkan kategori ini. Tahun ini adalah tahun pertama segmen beauty and fashion diwujudkan.
“Bila adanya segmen ini akan motivate beauty and fashion creators out there untuk lagi nak buat content yang lebih bersemangat.”
Sofea Shra turut berterima kasih kepada kedua ibu bapanya, rakan-rakan dan para pengikut di media sosial yang tidak pernah jemu menjadi pendorong buat dirinya. Bagi Sofea Shra, tanpa mereka siapalah dirinya pada hari ini.
Penampilan ‘Wow’ Curi Tumpuan Lensa
Sebagai pencipta kandungan berkaitan fesyen dan kecantikan, pastinya Sofea Shra menjadi fashion trendsetter yang menitik beratkan soal penampilan diri dari hujung rambut sehingga hujung kaki.
Ternyata, Sofea Shra mengikut trend fesyen semasa. Dengan kemenangannya sebagai Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024 akan menjadi benchmark buat Sofea Shra untuk menghasilkan kandungan digital terbaik pada masa hadapan.
Inspirasi Fesyen & Kecantikan
Sewajarnya Sofea Shra menjadi inspirasi di kalangan wanita moden yang mementingkan kecantikan dan fesyen. Walaupun berhijab, Sofea Shra masih boleh tampil stylish dan pada masa sama tetap kelihatan sopan.
Untuk info, edisi kali ini GMWA24 mengangkat tema Flex Your Art dengan dresscode Artwear. Para tetamu jemputan termasuk calon-calon Top 5 tampil dengan outfit mengikut kreativiti fesyen masing-masing.
Malam kemuncak GMWA24 yang berlangsung meriah di Auditorium MBSA Shah Alam baru-baru ini menyaksikan aktres jelita yang juga Dewi Remaja 2017, Anna Jobling merangkul trofi utama Gempak Miost Wanted Awards 2024 buat kali kedua berturut-turut dengan undian tertinggi 4.9 juta.
Anna turut menerima dua lagi trofi iaitu Anugerah Selebriti Tergempak 2024 dan Drama Tergempak menerusi naskhah, Syurga Itu Bukan Mudah.
Setiap wanita pasti mempunyai cabaran dan pengalaman yang tersendiri sewaktu sedang hamil. Ada yang mengidam macam-macam, alami mual serta loya dan macam-macam lagi.
Bagi pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah, pengalamannya mengandung anak kedua kali ini adalah berbeza seperti yang sebelumnya. Jika dahulu dia sering muntah, namun kali ini dia hanya merasa mual angin sahaja.
“Pregnancy kali ini beza betul. Memang betullah orang ckp, setiap anak tu lain-lain. Waktu Khadeejah dulu memang muntah sampai 4 bulan. Baby kali ini tak ada muntah, just mual angin.
“Cuma selalu tekak kering. Bangun 2-3 pagi waktu Ramadhan dulu, habis 500 ml botol air mineral. Rasa dehydrated sangat. Waktu Khadeejah dulu memang setiap masa nak air bandung, nak beli emas, nak melawa.
“Kali ini rasa nak air kosong, nak berjalan, nak pakai baju paling simple. Hmmm agak-agak girl ke boy eh?
Alhamdulillah Aisyah dah 5 bulan. So far memang baby terlebih aktif, dengan Khadeejah pun dah suka lompat, panjat sini sana. Pinggang dah start sakit, nak kena dukung Khadeejah.
“Dia pula dah start nak cium perut, pegang adik dia. Dah macam-macam ragam. Doakan semoga urusan Aisyah dimudahkan & 2nd baby ni mudah dijaga, mudah dibentuk, mudah segalanya & dijauhkan dari kezaliman & maksiat,” coretnya di instagram.
Di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi rasa yang sama seperti Aisyah dan meneka mungkin kali ini jantina bayi yang dikandungkan adalah lelaki.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bergelar ibu bapa adalah pengalaman yang sangat berharga bagi setiap pasangan termasuklah selebriti terkenal Lesti Kejora dan Rizky Billar ini. Mereka baru sahaja selamat menimang anak kedua yang dilahirkan pada 25 Januari 2025 lalu.
Para peminat dan rakan artis menanti dengan sabar untuk mendapatkan maklumat rasmi mengenai nama dan wajah bayi kedua mereka.
Akhirnya, rasa ingin tahu ini terjawab pada 4 Februari 2025 lalu apabila Rizky Billar berkongsi foto anak keduanya menerusi Instagram miliknya.
Selain mengumumkan nama, pasangan ini turut mengadakan majlis aqiqah yang disiarkan secara langsung di Indosiar dan platform Vidio.
Orang ramai juga tertarik dengan maksud di sebalik nama kanak-kanak tersebut lebih-lebih lagi kerana terdapat unsur Latin yang digunakan dalam nama tersebut.
Pada 4 Februari 2025, Rizky Billar memuat naik hantaran di Instagramnyaa yang mengandungi berita gembira untuk peminatnya. Dalam muat naik itu, dia memperkenalkan nama anak kedua dengan kapsyen yang sangat comel.
Bayi perempuan yang dilahirkan pada 25 Januari 2025 itu diberi nama Leshia Tivana Billar. Rizky Billar turut menambah nama panggilan anak perempuannya iaitu Leshia yang mempunyai rasa manis dan unik.
Dalam majlis aqiqah yang disiarkan Indosiar, Rizky Billar menjelaskan makna nama anak keduanya itu. Dia menyatakan, nama “Leshia” diambil daripada nama ibunya, Lesti Kejora. Menurut Billar, Leshia berasal daripada perkataan “Lecia” dalam bahasa Latin yang bermaksud kebahagiaan dan keceriaan.
Selain itu, nama Tivana dipilih kerana membawa maksud seorang yang kuat prinsipnya.
Pengumuman mengenai nama dan wajah Leshia Tivana Billar menarik perhatian ramai termasuk rakan artis. Sebilangan selebriti memuji kecomelan bayi itu dan mendoakan yang terbaik untuknya.
Nama bayi itu bukan satu-satunya yang mencuri perhatian, malah akaun Instagram peribadinya yang serta merta menjadi popular. Akaun yang diberi nama @leshiativanna itu dicipta oleh Rizky Billar dan pada masa yang singkat berjaya mengumpulkan lebih 20 ribu pengikut.
Perkara sebegini bukanlah perkara baru bagi anak-anak selebriti. Sebelum ini, anak pertama mereka juga mempunyai akaun Instagram yang diikuti ratusan ribu peminat.
Majlis aqiqah disiarkan secara langsung di Indosiar dan Vidio. Majlis dipenuhi dengan suasana emosi dan kegembiraan.
Pada kesempatan ini, Billar mendedahkan dia pada mulanya bercadang untuk memberikan nama Leshayati Vana kepada anak keduanya. Bagaimanapun, selepas berbincang, mereka memutuskan untuk memilih nama Leshia Tivana kerana berpendapat ia mempunyai makna lebih mendalam.
Semoga Leshia Tivana Billar membesar sebagai seorang anak solehah serta berjaya dunia dan akhirat.
Satu masa dahulu, namanya berdiri setanding Maria Elena, Nisa Kay dan ramai lagi menerusi penulisannya di blog. Cukup santai dan memberi pelbagai informasi kepada para pembaca. Masa berlalu dan kini pemilik nama Fatin Liyana telah pun bergelar seorang doktor dan juga isteri kepada Doktor Anwar Fazal dan ibu kepada puteri comel bernama Ajda.
Sekitar dua minggu yang lalu, Fatin Liyana bersama suaminya dilihat telah bercuti ke Kashmir, India dan banyak gambar yang menarik telah dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya bersama suami. Difahamkan, pasangan suami isteri ini tidak membawa puteri kesayangan mereka atas sebab-sebab yang tertentu.
Malangnya, perkara ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen dan kebanyakan mereka meninggalkan komen-komen berbaur negatif di akaun Instagram mereka. Pada awalnya, Fatin hanya membiarkan sahaja kata-kata yang mengkritik tindakan mereka meninggalkan anak mereka itu. Namun apabila dia melihat netizen semakin rancak mengkritik, akhirnya dia tampil memberi penjelasan tentang hal ini.
Ibu mana yang tegar meninggalkan anaknya tanpa alasan yang kukuh. Pasti ada sebab disebaliknya hingga membuatkan pasangan suami isteri ini nekad dan membuat keputusan untuk tidak membawa anak mereka. Menurutnya, Ajda dilahirkan tidak cukup bulan dan sewaktu kandungan Fatin mencecah 35 minggu, pakar menyatakan bahawa kandungannya mengalami Intrauterine Growth Restriction (IUGR) di mana bayi di dalam kandungan sudah berhenti membesar. Fatin sendiri merasakan bayi di dalam kandungannya seperti tidak aktif.
Maka, suami isteri ini bersetuju untuk melahirkan Ajda pada 35 minggu 5 hari menerusi kaedah pembedahan caesarean section. Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan ini atau premature ini dipanggil fighter kerana mereka perlu membina antibodi mereka sendiri. Jadi, mereka amat mementingkan kesihatan Ajda dan sentiasa berhati-hati sekiranya mahu membawa Ajda ke tempat yang sesak dan dipenuhi orang ramai. Tentunya dia lebih arif dengan kesihatan anaknya dan kerana tidak mahu sebarang kejadian buruk berlaku, dia terpaksa tinggalkan anaknya bersama ibu serta adiknya.
Peluang yang ada juga digunakan untuk bercuti berdua untuk mengembalikan semula rasa kasih sayang sama seperti kali pertama mereka bertemu. Sebagai manusia, berhenti menghukum dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Jangan menghukum tanpa anda ketahui kisah yang sebenar. Doakan yang terbaik sesama sendiri dan itu lebih mendatangkan ketenangan pada jiwa. Ayuh kita baca perkongsiannya.
I feel there’s a need in me to explain to rectify the false accusation made against me. Believe me, I adalah orang paling last nak layan benda-benda macam ni, esp bila I tengah on holiday with my spouse ?. Tapi I tengok bila I diam makin menjadi-jadi pulak accusationnya. Jadi marilah I bercerita sikit pasal myself
I kahwin masa housemanship. 2 months later, I got pregnant. Kitorang PJJ. Husband di Pahang, I di KL. Bayangkan sudahlah pregnant, pergi kerja pukul 5 pagi, balik 11 malam. Seminggu ada sekali off day. I sewa bilik di hospital, duduk sorang-sorang. Sepanjang I pregnant tak pernah ambil MC. Tak makan, tak cukup tidur, muntah pening semua I tanggung sendiri. Seksa? Ya. Nangis? Perkara biasa. Tapi I memang dah foresee kesusahan ini. Lagipun bukan I sorang yang alami benda ni. Semua doktor alami perkara yang sama masa housemanship. Setiap hari I berdoa Allah bagi kekuatan untuk I dan anak ini untuk tempuhi hari-hari yang mencabar.
Tapi Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatu yang dia tidak mampu. Masa I pergi check up, specialist bagitau yang kandungan I affected. Ajda IUGR, tak membesar dalam rahim I. At the same time, maybe sebab I pushed myself to the limit, I dapat heart condition called PVC. Bila I penat atau stress, I akan dapat palpitation, chest pain, shortness of breath dan sebagainya. I tak pernah sakit, seumur hidup I. Inilah kali pertama, I jadi pesakit di red zone ED, admitted di CCU selama 3 hari dan seterusnya menjadi pelanggan tetap IJN.
O&G specialist & cardiologist kata, kalau I sayangkan kandungan ini, I kena cuti sehingga delivery. Sebab kalau I pergi kerja, I akan overwork dan overstress maka anak ini akan mengalami masalah tumbesaran di dalam rahim. Maka I akur dan cuti sakit selama hampir 3 bulan untuk menunggu delivery
Lebih kurang ketika usia kandungan mencecah 35 minggu, Ajda sudah berhenti membesar. Specialist sahkan kandungan I mengalami Intrauterine Growth Restriction (IUGR), I juga dapat rasa yang fetal movement seperti tidak aktif. Kami bersetuju untuk melahirkan anak ini premature pada 35 minggu 5 hari. Maka lahirlah Ajda ke dunia ini melalui kaedah pembedahan caesarean section.
Kerana ada beberapa masalah, Ajda tinggal di NICU selama 9 hari. Selama 9 hari hubby jaga I di wad. I tak dapat nak berpantang kerana ibu di Seremban manakala kami di hospital di ibu kota. I hampir dapat postpartum depression ketika di wad kerana letih berulang-alik ke NICU untuk nursing Ajda. Hubby ambil cuti lebih semata-mata untuk menjaga I dan Ajda.
My parents dua-duanya masih bekerja. Ibu insisted untuk jaga I di hospital tapi husband menolak kerana merasakan itu tanggungjawab beliau. Susah senang hanya kami berdua yang tahu.
Setelah semuanya dipermudahkan, I balik berpantang di Seremban dengan Ajda manakala husband pulang ke Pahang untuk bekerja. Kami hanya berjumpa seminggu sekali. I cuma upah makcik urut ketika pantang. I takde helper, takde maid dan takde adik beradik perempuan untuk tolong I. Makanan pantang ibu I masakkan. I makan banyak giler, nasib baik berat turun ahaks. I jaga Ajda sendiri. Baik buruk,salah betul, tolak belakang. Apa yang I ada, apa yang I tahu,semua I curahkan untuk Ajda.
Lepas habis cuti, I naik kerja. Alhamdulillah husband dapat tukar kerja di Putrajaya. Kami akhirnya dapat tinggal sebumbung sejak kahwin. Kami menyewa di condo berdekatan dengan hospital I. Kami tinggal bertiga. Husband, Ajda dengan I. Pagi pagi pukul 6 pagi husband akan hantar Ajda ke babysitter dan fetch her around 7 malam. I masih lagi houseman, cuma dah jadi senior houseman (yay boleh balik awal). Bila I oncall, SIL akan datang untuk tolong husband I jaga Ajda. Basicly, SIL akan datang once a week untuk jagakan Ajda. Thats why Ajda sayang sangat CikNa dia.
Husband terima kekurangan I sebagai seorang isteri. Kami tak pernah bergaduh tentang hal ini. I tak dapat nak siapkan baju husband atau nak prepare breakfast setiap hari. Cuma bila hari cuti, I akan masak. Lepas tu kami bertiga akan pergi jalan-jalan around KL. Walaupun simple, itu sudah cukup membahagiakan untuk kami bertiga.
Apabila tamat housemanship, I apply untuk kerja di Klinik Kesihatan kerana tiada oncall serta waktu kerja yang lebih santai dan teratur. I nak tengok Ajda membesar di depan mata I. Lagipun sejak lahir hingga sekarang, tangan inilah yang mengasuh dan membesarkan Ajda. I tak biasa anak takde depan mata. Baik susah baik senang, Ajda adalah anak yang dikandung di dalam rahim ini selama 8 bulan. Perit jerih hanya suami dan I tahu.
Sekarang Ajda dah makin besar, approaching 2 years old, kehidupan kami dahmenjadi semakin relax. Pagi-pagi I akan hantar Ajda ke playschool dan pergi kerja. Petang I akan fetch Ajda dan kami akan pergi park sebelum balik rumah. Husband biasanya akan balik pukul 7-8malam. Lepas tu kami bertiga akan spend time together. Sebab husband I tengah ambil master di PPUKM (kelas during weekend), maka husband selalu hangkut kami berdua hotel-hopping around KL. Basically dalam sebulan tu mesti Ajda akan tidur hotel sekali. Tak taula dia ingat ke tidak hehe.
Ajda kan lahir premature. Budak budak premature ni orang panggil fighter sebab dorang kena build up antibody sendiri. Berbanding baby lain, at the end of trimester, mother akan transfer antibody to the baby. So baby full term ni antibody dia banyak dan kuat. Senang cerita, Ajda cepat sakit. Mandi swimming pool terus demam. So I memang agak berhati-hati in terms of her health. Jarang sangat I bawak dia pergi crowded area atau tempat yang tak hygienic.
Sejak kami berkahwin hampir 3 tahun ini, yang ada cuma penat, stress dan sacrifice. Kami terlalu fokuskan tentang kerjaya dan membesarkan anak. Kadang-kadang terlupa yang selain menjadi ‘ibu bapa’ kami juga adalah ‘suami isteri’.
Ajda dah semakin bijak dah pandai, maka kami ambil peluang ini untuk travel berdua untuk kembalikan rasa kasih sayang sama sewaktu kami pertama kali bertemu. Setahun sekali, itupun cuma selama 7 hari, I minta husband bawa I travel tengok dunia luar sebagai terapi.
Entahlah mungkin cara I berbeza. I dilihat kejam kerana tak bawa anak ketika travel. Tapi hanya ibu tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Melihat kondisi anak I, dan I pon seorang doktor, I lebih arif tentang kesihatan anak I. Kerana I sayangkan Ajda, I tinggalkan dia bersama CikNa & nenda. Kerana I sayangkan husband I juga, I tidak lengah mengambil peluang untuk bersama-sama meraikan masa luang dengan cinta hati I.
Kita semua punya cerita berbeza. Kita semua punya masalah yang tak sama. Ada yang diluahkan dan ada juga yang tak terluah. Itu lumrah. Yang terbaik ialah kita belajar untuk meraikan perbezaan antara kita dengan lapang dada & mendoakan yang terbaik buat sesama. Itu lebih mendatangkan ketenangan pada jiwa.
Yang sering menyesakkan fikiran & jiwa kita ialah bila kita memandang orang dengan pandangan sangkaan, kedengkian & kebencian. Habis semuanya mahu kita hukum dengan kata-kata hukuman tanpa diketahui hujung pangkal cerita kebenaran.
Berhenti menghukum dan lihatlah dunia & manusia dengan sangkaan yang baik-baik sahaja.