Khas bagi anda yang sering rasa mengantuk di pejabat terutamanya selepas makan tengah hari, jadikan secangkir kopi mahupun teh sebagai minuman wajib anda. Berat badan berlebihan? Wajib minum kopi dan teh selepas ‘lunch’.

Dua jenis minuman ini membantu untuk memberi kesegaran kepada minda dan sekali gus membuatkan tubuh badan berasa lebih selesa! Tahukah anda, teh juga mengandungi sedikit kandungan kafein.

Berbeza dengan kopi, teh mengandungi asid amino yang dinamakan sebagai theanine yang bertindak balas dengan kafein untuk menghasilkan kesan positif pada badan yang mana badan menjadi lebih tenang dan fokus. Nak tahu banyak lagi kelebihan kopi dan teh? Jom baca!

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Hanya Untuk Diminum, Ini Adalah Kebaikan ‘Masker’ Kopi!

1. Kopi kurangkan kerandangan dan pulih kerosakan tisu dalam badan

IKLAN

Percaya ataupun tidak, kafein sama ada dalam kopi mahupun teh mempunyai antioksida yang dinamakan sebagai polyphenols iaitu nutrisi yang kurangkan keradangan dalam badan. Oleh itu, ia amat bagus untuk memberi kesegaran kepada tubuh badan dan juga minda.

2. Teh hijau sebagai bahan menurunkan berat badan

Teh hijau berupaya untuk menurunkan berat badan. Nak tahu kenapa? Menurut kajian yang dijalankan di London NHS General Practice, 35 wanita dan lelaki berlebihan berat badan yang minum empat cawan teh hijau setiap hari selama dua bulan, turun lebih banyak berat berbanding dengan mereka yang minum teh lain. Teh hijau juga menambah thermogenesis iaitu proses pemanasan dalam badan, mengurangkan menyerapan lemak dan mengurangkan selera makan.

IKLAN

3. Kopi membantu sistem penghadaman badan

Tidak kira sama ada anda minum kopi berkafein atau kopi nyahkafeina, ia melancarkan sistem penghadaman dengan lebih baik serta mengurangkan penyerapan gula dalam badan. Malah ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser kolon.  Namun awas, jangan pula mengambilnya berlebihan kerana jika anda tidak menjalani gaya hidup sihat, kopi boleh membuatkan zat-zat makanan kurang diserap dalam badan.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Kopi Latte Ala Kampung, Rasa ‘Sebijik’ Macam Minum Kat Kedai Kopi Mahal!

4. Teh bantu cergaskan minda

Teh hijau terutamanya melindungi sel-sel saraf dan mengalakkan minda untuk menjadi lebih cergas dan cerdas. Kandungan asid amino yang ada dalam teh hijau dan matcha juga mampu menguatkan memori dan mengurangkan risiko nyanyuk pabila usia meningkat.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/AjJB1fZCrhs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI