Apabila kita sebut sahaja urutan, pasti akan terbayang urutan badan atau kaki. Ia tidak salah tetapi HIJABISTA mahu mengenengahkan urutan wajah. Jika dilakukan secara konsisten anda akan dapat hasil yang tidak mengecewakan.
Tahukah anda urutan wajah banyak kebaikannya?
Meningkatkan peredaran darah dan membuang toksin pada wajah yang memberikan natural glow pada pipi.
Mengurangkan tanda penuaan dan membantu anda de-stress serta menghilangkan puff di bawah mata.
Cara yang bagus untuk menguruskan wajah dan emphasis tulang rahang.
Ads
Sumber: Youtube (Glamrs.com)
Anda boleh lakukan senaman ini di mana sahaja, tidak kira di pejabat atau rumah. Kekerapannya boleh dalam sehari atau seminggu.
Tip HIJABISTA: Pastikan anda mencuci tangan anda sebelum urutan untuk mengelakkan semua bakteria pada tangan hinggap ke wajah. Gunakan pencuci wajah, moisturiser atau oil cleanser sebagai pelincir untuk memudahkan urutan.
Ads
Pastikan urutan yang anda lakukan cukup lembut namun memberi kesan kepada wajah. Selamat mencuba!
Cara ekstrem sering gagal dan tidak membuahkan hasil, membuatkan personaliti dan pengacara Televisyen, Dayah Bakar memilih cara yang lebih rileks dan tidak menyakitkan. Menurut Dayah Bakar selama ini dia cuba menggunakan diet ekstrim untuk menurunkan berat badan tidak berjaya.
Jelasnya lagi, sebelum ini Dayah tidak kisah dengan saiz bentuk badannya yang agak berisi. Namun dek kerana tuntutan tugasan menyebabkan Dayah Bakar berusaha untuk menurunkan berat badan kepada saiz ideal.
Hijabi yang mempunyai cita-cita sama dan berazam menurunkan berat badan sebelum menjelangnya tahun baharu 2024 yang hanya berbaki kurang lebih sebulan lagi, HIJABISTA sarankan mengikut rejim cara Dayah Bakar ini, jom semak!
“Dayah pernah cuba diet ekstrem tetapi tidak berjaya. Sebaliknya tukar kepada cara mental positif barulah ada kesannya. Bila fikir positif, kita tidak rasa pressure dan stress untuk kurus. Dayah guna naturally dengan makan nasi macam biasa.
“Dulu pernah Dayah stop makan nasi, tetapi tak menjadi. Dayah gemuk balik. Cuma Dayah cuba kurangkan kuantiti nasi. Daripada penuh jadi half. Dari half pula jadi suku.
“Dayah juga kurangkan pengambilan air manis. Hanya ambil sekali sahaja berbanding dulu siang, petang malam,” ujar Dayah berkongsi tip menurunkan berat badan secara natural.
Selain itu menurut Dayah dia juga turut mengamalkan exercise dan ia memberi semangat untuk menurunkan berat badan.
“Apabila makan sudah berkurangan, kerap exercise menyebabkan kalori terbakar. Dayah juga ada join kelas piloxing yang diajar oleh guru berpengalaman. Kelas ini sebenarnya campuran pilates dan boxing dan selama satu jam memang Dayah rasa nak menangis.
“Dayah akan berpeluh. Memang hasilnya tak sama kalau kita jogging selama dua jam. Cara ini memang boleh bakar lemak secara cepat. Dayah lakukan seminggu sekali dan hasilnya memang sangat berkesan,” ujarnya lagi.
Menurutnya lagi dia tidak perasa sebenarnya penurunan berat badannya sampailah ada orang perasan dan tegur perubahan fizikalnya.
“Hampir dua bulan melakukan semua itu dan perubahan drastik memang ketara pada diri Dayah. Bagi Dayah macam tetap rasa badan masih besar lagi, tetapi ramai yang kata perubahan diri Dayah.
“Prosesnya memang agak lama. Tetapi dayah puas hati kerana mengamalkan cara ini. Kalau orang lain gunakan cara eat clean, tetapi Dayah memang akan makan nasi setiap hari. Tak makan nasi sehari memang tak boleh.
“Dayah lebih gunakan pendekatan diet cara Islam, iaitu lebih bersederhana. Dari segi makan dan juga exercise.
“Tidaklah hanya kena makan sayur semata-mata, tetapi macam Dayah katakana tadi, portion kena jaga,” katanya.
Lama tak mendengar perkhabaran mengenai pelakon Sharifah Sofia. Masih terbayang lakonan hebatnya dalam sitkom Spanar Jaya yang sekaligus melonjakkan namanya dalam bidang lakonan. Namun beberapa tahun kebelakangan Sharifah Sofia yang sudah berhijrah tidak lagi aktif berlakon. Dia kini hanya bergerak di belakang tabir. Menyelak Instagram pelakon Pan Asian ini, dia yang kini bahagia dengan dua cahaya mata menceritakan pengalamannya mengidap insomnia.
Dalam satu status di muat turut di laman instagramnya seminggu yang lalu, Sharifah Sofia menceritakan pengalaman membuat rawatan muka hingga meninggalkan kesan pada dirinya.
Menurut Sharifah Sofia, pakar terapinya memberitahu rawatan muka yang dibuat itu boleh membantu dari masalah imsonia yang dihadapi.
Sebelum ini memang tidak mudah untuk dia berdepan masalah ini, tetapi bersyukur mendapat sokongan ahli keluarga dan juga kesibukan dengan kerja yang dilakukannya .
Menurutnya ketika berada di rumah dia yang juga kini sebagai ibu sepenuh masa kepada dua anak perempuannya, Sharifah Ariana dan Sharifah Nur Ameera, memberitahu telah melakukan semua kerja. Dan biasanya kerja dilakukan pada waktu tengah malam kerana tidak ada orang yang perlukan perhatiannya ketika itu.
Walaupun dirinya penat, tetapi dia perlu habiskan semua kerja pada waktunya. Selepas melakukan semua kerja, rasa penatnya akan hilang dan Sharifah Sofia hanya akan masuk tidur sekitar jam 1 pagi atau 2 pagi.
Dan dia juga perlu bangun seawal jam 6 pagi untuk menghantar anaknya Ariana ke sekolah. Inilah yang menjadi rutinnya setiap hari.
Walaupun berdepan tugasan itu setiap hari, tetapi Sharirifah Sofia perlu teruskan kehidupannya. Namun setelah dia menjalani rawatan muka berkenaan, dia telah tertidur dari jam 9.30 malam dan hanya bangun keesokannya hari pukul 6.30 pagi.
Siapa sangka hampir 9 jam dia tertidur dan inilah saat tidur yang paling puas baginya. Dan menurutnya kesan dari rawatan muka berkenaan membuatkan diri dia dapat momen tidur yang paling sempurna. Ternyata dia bersyukur dapat menikmati saat itu.
Bagaimanapun menurutnya dia turut terlepas momen 4 hingga 5 jam waktu kebiasaannya untuk menyelesaikan beberapa perkara.
Statusnya itu juga turut mendapat perhatian dari followernya.
Biarpun dia kini sudah hilang dari radar dunia lakonan kerana membesarkan anak-anaknya, tetapi bagi Sharifah Sofia itu adalah saat paling membahagiakan.
Biarpun masih rindu untuk berlakon kerana bukan disebabkan lakonan adalah kerjaya tetapi seni yang mengalir dari dalam dirinya. Namun cinta pada anak-anak mengatasi keinginnnya sendiri.
Menurutnya dulu berlakon kerana mencari rezeki dan adalah keutamaan. Sekarang ini anak-anak menjadi kepentingannya. Kalau boleh dia mahu wajahnya dilihat anak-anaknya ketika bangun tidur dan lelapkan mata.
Bercerita mengenai penghijrahannya, dia mengambil keputusan memakai tudung kerana yakin dengan kata hati. Bukan kerana mahu berhenti berlakon atau sebaliknya.
Allah berikannya hidayah apabila sering hadir ke majlis-majlis ilmu. Dan satu hari apabila menyertai satu pertunjukan fesyen Msulimah secara semula jadi perasaan mahu bertudung menebal dan kekal berhijab dari 2012 hingga kini.
Selain menjadi ibu sepenuh masa, dia juga turut mencari alternatif mengisi masa terluang terbabit aktiviti lasak seperti mendaki dan juga juga lebih kepada alam sekitar.
Walaupun ia adalah masalah yang menjengkelkan yang terasa sukar untuk diatasi, pembentukan kulit kepala boleh menjejaskan kita semua apatah lagi wanita berhijab.
Dan ia mungkin disebabkan oleh sesuatu yang tidak bersalah, seperti terlalu banyak syampu kering. Pembentukan kulit kepala juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran atau minyak berlebihan di kulit kepala. Walau apa pun faktor penyumbangnya, yakinlah ia boleh diperbaiki.
Selalunya mudah untuk melihat dan merasakan pembentukan kulit kepala apabila ia berlaku, tetapi membuangnya tidak selalu semudah itu. Jika anda pernah mempunyai pengalaman mencuci rambut anda, tetapi masih tidak berasa seperti ia benar-benar bersih, pembentukan kulit kepala berkemungkinan penyebabnya.
Amat penting memahami bagaimana pembentukan kulit kepala boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius daripada hari rambut yang teruk. Lindungi kulit kepala dan rambut anda di bawah cuaca panas yang digemari oleh pecinta kecantikan K-Beauty. Hanya dua bahan ini mampu kembalikan kesegaran kulit rambut anda.
AROMATICA Rosemary Scalp Scrub
Dirumus dengan minyak pati rosemary, terkenal dengan sifat anti-radangnya, malahan kehangatan semulajadi rosemary melembutkan pembentukan sel kulit mati untuk pengelupasan yang mudah. Bahan semulajadi yang berkhasiat, rosemary juga berfungsi untuk menyuburkan keadaan kulit kepala yang lemah. Nah mampu meremajakan kulit kepala anda, menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan memberikan kelegaan kulit kepala selepas terdedah kepada matahari.
Manakala garam semulajadi dari Tasik Andes kaya dengan mineral dan larut dengan cepat di bawah air. Tambahan pula probiotik dan kafein juga membantu membetulkan ketidakseimbangan kulit kepala dan dexpanthenol membekalkan nutrien kepada akar untuk rambut yang lebih sihat dari akar ke hujung.
AROMATICA Rosemary Root Enhancer
Pengubah permainan baharu untuk rutin rambut anda, dengan mengelupas kulit kepala anda setiap minggu, ia membuka liang tersumbat dan meningkatkan ketahanan rambut. Skrub ini membawanya selangkah lebih jauh dengan pengelupasan lembut menggunakan garam mineral yang diperoleh daripada ramuan Tasik Andes dan BHA.
Persekitaran kulit kepala yang bersih dan seimbang, sesuai untuk kesihatan rambut yang optimum. Melengkapkan skrub kulit kepala ialah Rosemary Root Enhancer tanpa silikon, eliksir rambut ringan yang direka untuk menangani masalah kulit kepala dan banyak lagi. Tekanan setiap hari dan pendedahan matahari boleh menyebabkan kulit kepala panas, yang, jika diabaikan, boleh menyebabkan keguguran rambut.
Dengan 7 Kompleks Vitamin* dan 6 Kompleks Makanan Hitam, Penambah Akar memulihkan keseimbangan dan menggalakkan akar rambut yang lebih sihat untuk rambut yang lebih tebal. Teksturnya yang ringan membolehkan pelbagai kegunaan sepanjang hari tanpa membebankan rambut anda. Kedua-dua Rosemary Scalp Scrub dan Rosemary Root Enhancer direka dengan teliti dengan mengambil kira alam sekitar, selaras dengan falsafah AROMATICA untuk menyelamatkan planet ini sambil menjaga kulit anda. Dibungkus dalam botol yang boleh dikitar semula dan tembus, ia memudahkan kitar semula.
BAGAIMANA NAK GUNA:
Bermula dari bulan Julai, anda boleh mendapatkan Rosemary Scalp Scrub dan Rosemary Root Enhancer dalam AROMATICA Summer Essentials Kit, yang juga termasuk sebotol saiz perjalanan Lavender Ritual aromaterapi dan Minyak Rambut Patchouli. Tersedia tidak lama lagi di Sephora dalam talian dan dalam apl.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.