Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Berwuduk
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Ads
Murah Senyum
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Ads
Hilangkan Sikap Iri Hati & Hasad Dengki
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Ads
Sayangi Anak Yatim
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Personaliti terkenal, Hazeman Huzir berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh mengenai ketenangan. Ujar bekas hos Motif Viral ini, kita boleh mendapatkan nikmat ketengan itu sebagai hamba Allah apabila kita benar-benar berserah kepadaNya.
Tenang. Aku rasa aku tenang dalam gambar ni.
Nak compare dengan gambar-gambar aku dulu yang, eh serabutnya entah apa yang nak diserabutkan.
Maybe serabut mengejar rezeki lah mostly. Harta.
Siap dalam doa pun pinta rezeki yang melimpah ruah.
Nak harta banyak. Nak duit yang banyak.
Aku rasa aku lah hamba paling shameless mintak macam-macam 🤭. Sampai atas sejadah tu lama benor rasanya aku duduk kat situ doa macam macam. Lagi lama doa daripada solat kalau nak ikutkan.
Sampai lah satu hari dalam usrah Haze, terkeluar satu statement dari sahabat. “Manusia ni sebenarnya bodoh sebab ingat Allah tak tau apa yang kita nak. Sebab tu kita minta macam-macam.
Bila Allah sayang kita, semua perkara akan diberi automatic tanpa kita perlu minta. Dia kan Maha Kaya”. Tersentak adik sejenak di situ.
Perasaan ketika itu seperti senak tumbukan yang menciduk ke arah atas di bahagian diaphragm perut.
Maka bertukar lah doa aku sekarang. Lebih ringkas. Lebih padat.
Dan seperti dalam ceramah di universiti, di Live IG, di TV, ada satu soalan lazim yang CONFIRM orang akan tanya. “Dalam Doa, apa yang Haze selalu minta?” (Selain yg lazim: seperti doa untuk ibu bapa etc)
Jawapannya Haze share sini lah ya. Mana tau korang macam aku dulu tak tau nak doa apa sebab malu dengan Allah. “Ya Allah, aku SERAHKAN jiwa ku, raga ku, jasad ku, roh ku kepada kau untuk kau perlakukan apa sahaja kepada ku asalkan aku diredhai”. Oh dan dia tak habis kat situ ya kawan-kawan.
Dia ada next step, iaitu berserah.
Berserah kepada apa sahaja yang akan berlaku pada diri kau selepas itu.
Terima dengan depa tangan yang luas terbuka. Tadah segala apa yang bakal menimpa.
Dan yakin akan Maha Pengasihnya Allah itu kepada kita, segala apa yang Dia bagi sebab dia nak redhakan kita.
Terima sahaja seperti seorang hamba. Kerana hakikatnya itulah kita.
Hanya hamba.
Takut kan?
Dah, nak buat macam mana? Syurga itu bukan percuma.
Semestinya untuk redha itu adalah antara perkara yang sukar untuk kita lakukan dengan seikhlas hati. Bibir mungkin boleh menipu tapi hati sama sekali tidak. Oleh itu, kita haruslah mendidik hati kita supaya sentiasa berserah pada Allah dan yakin bahawa perancanganNya adalah yang terbaik. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap pasangan pasti inginkan momen bersama di simpan untuk selama-lamanya. Siapa sahaja mahu melupakan setiap kenangan manis yang dicipta bersama, tiada siapa juga mahu momen itu hilang begitu sahaja.
Kejutan dari isteri pelakon Thor, Chris Hemsworth, tampilkan diri pada makan malam mereka dengan solekan ‘tua’. Tujuannya adalah untuk membuatkan Chris ingati wajahnya menjelang hari tua mereka.
Cukup dikenali dengan watak Thor Marvel, Chris Hemsworth telah mendedahkan dirinya yang menghidap penyakit Alzheimer berpunca dari faktor genetik. Keputusan itu di maklumkan pada November 2022 ketika menjalani rakaman sebuah series National Geographic berjudul ‘Limitless’.
Dia juga mengambil keputusan untuk meneruskan karier seninya dan ingin lebih fokus kepada keluarga dan kesihatannya. Chris juga tidak boleh membayangkan dirinya lupa segala memori dan suka-duka yang pernah di laluinya bersama isteri dan anak-anak.
“Saya tak boleh bayangkan saat di mana semua memori bersama isteri dan anak-anak akan hilang…itulah perkara yang sangat menakutkan buat saya.” ujarnya dalam salah satu episode ‘Limitless‘.
Isterinya, Elsa Pataky, membuat keputusan untuk tampil dengan solekan menunjukkannya seolah-olah berumur 87 tahun. Video perkongsian oleh pemilik akaun @ZareenH_s itu menunjukkan bertapa terkejutnya Chris melihat Elsa. Namun, dia tetap merangkul erat dan menyayangi isterinya yang tercinta.
Have you seen the video of Chris Hemsworth & his wife (who dressed as an old lady) bcs she wants him to see the older her so maybe he’ll remember her in the future?
This is after they found out he has high risk of alzheimers & the disease could start to progress anytime 💔💔💔 pic.twitter.com/z1PWoOZ0rV
Ramai reaksi daripada warganet apabila melihat pautan video itu. Ada juga yang mengharapkan agar Chris masih ingat rupa isterinya walau apa yang terjadi.
Menurut Hellodoktor, Alzheimer merupakan satu penyakit progresif yang menyebabkan penghidapnya akan lupa ingatan dan fungsi masalah mental penting yang lain. Pesakit Alzheimer akan mula alami kekeliruan untuk mengingati sesuatu perkara dan akan mula melupakan orang yang penting dalam hidup mereka juga melalui perubahan personaliti yang ketara.
Perubahan masalah mental yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer ini seperti:
“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu dan ayah tidak ada gantian di dunia”.
Kata-kata tersebut, mungkin telah biasa atau acap kali kita baca dan dengari. Tetapi itulah pesanan yang selalu dan perlu diingatkan kepada kita semua, insan yang digelar anak.
Setinggi mana darjat, pangkat dan jawatan tokoh itu, namun ingatlah, lahirnya ia daripada seorang ibu dan ayah. Sekaya mana harta dan wang seorang jutawan itu, tidak ada nilai kekayaan dan tandingan terhadap kasih ibu dan ayah.
Ibu dan ayahlah yang mengasuhmu wahai anak, sehingga kamu berjaya. Ingatlah kita semua memegang gelaran sebagai anak, maka janganlah kita sombong dengan kedua ibu bapa, walau sehebat mana sosok dirimu di dunia.
Oleh itu, tidak ada ruang sebagai seorang anak dalam menidakkan kewajipan untuk menjaga dan berbuat baik terhadap ibu dan ayah. Sedarlah wahai anak-anak sekalian, kita dipertangungjawabkan keatas kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT ini.
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Isra’: 23)
Sheikh Mustafa al-Maraghi ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT benar-benar mewasiatkan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu dan ayah secara serius, sehingga anak-anak yang derhaka terhadap ibu dan ayah akan meremang bulu romanya dan merasa ngeri apabila mendengarnya.
Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3932).
Namun ada situasi anak-anak membenci ibu mereka. Berikut perkongsian daripada Instagram Imam Muda Hassan Adliseperti yang dikongsikan di Instagramnya.
BENCI IBU TAK MENGUNTUNGKAN
Mungkin ada di kalangan kalian yang sangat sayangkan ibunya.
Dan mungkin juga ada di kalangan kalian yang bencikan ibunya.
Dan boleh jadi juga di kalangan kalian yang sangat bencikan ibunya.
Saya pernah ditanya soalan tentang ibu, seorang anak yang memang bencikan ibunya. Sebab ada kisah silam yang menjadikan hidupnya berubah gara-gara kerana sikap ibunya.
IBU KITA MANUSIA BIASA BUKAN MALAIKAT
Sayang ke, benci ke, sangat benci terhadap ibu ke, ianya tidak dapat hendak mengubah takdir, dan ia tetap tidak boleh ubah status seorang ibu. Kalau hendak buang ibu jauh-jauh, hendak putus hubungan sekalipun, ibu kita tetap ibu kita walau apa keadaan sekalipun.
Ibu tetap seorang manusia yang ada kekurangannya. Ibu kita tetap ada dosanya, adakalanya kata-katanya mengguris hati. Kadangkala perbuatannya tersalah jua sebab dia seorang manusia, dia bukan malaikat.
Kadangkala kasihnya pada anak tidak sama antara Along dengan Angah, Ucu dengan Ude. Ada lebih, ada kurang. Sebab dia seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Iri hati Along pada Angah sebab ibu lebihkan Angah. Apa-apa sahaja Angah. Along ibu tidak pandang langsung. Ye, sebab ibu seorang manusia yang tidak sempurna.
Sebenci-benci anak kepada ibunya, satu perkara yang WAJIB kita tahu dan sedar, dia adalah SYURGA kita.
Ada sesiapa yang teringin hendak masuk neraka? Saya yakin semua hendak masuk SYURGA. Kalau syurga depan mata kita sekarang ini pun kita benci, agak-agaknya dapat ke tidak kita masuk syurga hakiki nanti?
Jika ada di kalangan kita yang berhadapan dengan masalah ibu, anggaplah ia sebagai ujian. Ujian bagi orang Mukmin sebagai hiburan. Jangan anggap ia sebagai tekanan, nanti kita stres, berkat pun tak dapat.
Jika ibu benci pada kita, jangan pula kita benci dengan ibu. Teruskan berbuat baik dengan dia, anggaplah dia sebagai jalan yang sukar untuk menuju syurga. Memang hendak pergi ke syurga jalannya sukar!
Sabarlah dan syukurlah sebab kita masih punyai syurga.
Kesimpulannya seburuk mana pun ibu, dia tetap ibu yang melahirkan kita ke dunia ini. Hargailah dia selagi dia masih bernyawa.