Hijab dari fabrik satin memang sering jadi pilihan ramai. Ini kerana tudung jenis ini sangat selesa untuk dipakai disebabkan materialnya yang lembut dan tidak panas. Namun ada kalanya fabrik yang terlalu lembut menyebabkan agak sukar untuk digayakan dan perlu banyak penggunaan pin. Malah perlu lebih masa untuk berhias depan cermin.
Bagi penggemar tudung jenis satin, usah risau. Ini kerana anda masih boleh gayakannya dengan stail ringkas tetapi menawan hanya dalam singkat iaitu satu minit sahaja.
Hijab digayakan influencer terkenal, Adira Salahudi memberi idea gaya yang bersesuaian. sama ada untuk majlis santai atau formal. Malah hanya menggunakan satu pin, stail digayakan cukup ringkas dan mudah.
Ads
Ayuh kita lihat dua gaya hijab styling dari Adira yang memang gemar menggayakan stail begini kala bersantai bersama teman-temannya.
Jangan main-main ya dengan bucu tudung yang crumple dan tak terbentuk dengan elok. Bagi wanita berhijab kalau tudung tak ‘on point’ boleh rosakkan mood sepanjang hari tau!
Terutamanya, bila hijabi nak menghadiri majlis-majlis penting atau keramaian yang pastinya akan ada banyak sesi bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. Kalau tudung buat hal time tu memang nahas.
Justeru, jom cuba gunakan dua teknik mudah ini, agar tudung hijabi kekal ‘on point’ walaupun ditiup angin taufan sekalipun.
Tip penggunaan hair spray ini dikongsikan oleh jurusolek terkemuka, Dato’ Alha Alfa sewaktu menatarias Ayda Jebat di hari pernikahan beliau.
Menurutnya, masalah utama yang acapkali dihadapi oleh peminat tudung bawal, khususnya tudung bawal jenis kain Satin Silk adalah kekangan untuk mengekalkan awning tudung terletak sepanjang hari. Ini kerana materialnya lebih nipis berbanding tudung lain.
Sehubungan itu, penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menggunakan hair spray yang sesuai. Terdapat pelbagai variasi dan ketahanan pada setiap hair spray yang membuatkan ia berbeza antara satu sama lain.
Oleh itu, hijabi disarankan untuk memilih hair spray yang mempunyai klasifikasi Extra atau Strong Hold, tanpa mengira jenama. Kerana hanya hair spray jenis ini akan membantu awning tudung bawal sis bertahan lama. Jenis lain belum tentu tau, jadi hati-hati memilih hairspray ya.
Selain dari guna hair spray, satu lagi tips yang berkesan untuk anda mendapatkan tudung yang terbentuk elok, adalah dengan menggunakan kanji untuk mengeraskan tudung atau lebih dikenali sebagai (hijab starch).
Kelebihan menggunakan kanji pada tudung ni, selain membuatkan awning tudung bawal anda kekal terpacak, hijab starch ni baunya pun lebih wangi, dan sudah tentu amat mudah untuk digunakkan!
Hijabi hanya perlu semburkan kanji tudung beberapa kali sebelum gosok tudung anda tu, tapi cara nak apply kanji tu pun kena betul tau, barulah dapat kesan yang baik bila pakai tudung bawal nanti.
Pertama, laraskan suhu seterika mengikut jenis material tudung yang anda ingin gayakan samada, Satin, Viscose, Cotton, Chiffon atau Moss Crepe agar suhu seterika bersesuaian, barulah tudung tak mudah terbakar.
Kedua, sebelum sembur kanji tudung tu, goncang botol kanji tu terlebih dahulu, biar larutan kanji tu sebati, kemudian semburkan pada jarak 6 hingga 7 inci di bahagian dalam awning tudung.
Ketiga, bila dah sembur bolehlah sis mula menggosok tudung secara rata guna seterika. Dah siap gosok, dijamin mudah untuk anda bentukkan awning tudung bawal anda tu dan gayakannya mengikut citatasa masing-masing.
Baju dah cantik, mekap pun on point tapi yang selalu jadi masalah di pagi raya adalah menggayakan hijab untuk terletak cantik dan kemas di kepala. Lagi-lagi pabila menggayakan shawl panjang atau instan yang sukar digayakan untuk jadikannya lebih kreatif. Malah buang masa beberapa kali mencuba dan terpaksa menghadap lama depan cermin.
Namun bagi yang baru berhijab, usaah risau kerana boleh belajar sendiri cara lilitan disukai melalui saluran youtube. Selain itu, penata gaya hijab popular, Didiyana Ehsan yang sering bekerjasama dengan beberapa selebriti popular seperti Neelofa dan Vivy Yusof rajin sekali muat turut hijab tutorial di laman Instagramnya.
Hijab tutorial yang dibuat begitu senang sekali dan trendy. Gaya yang sering jadi pilihan hijabi masa kini. Malah dengan kreativiti yang ada, Didiyana boleh gayakan lebih dari satu stail dengan hijab yang sama. Jadi, jangan cipta alasan malas bersiap disebabkan tidak reti menggayakan hijab anda.
Malah jika menggayakan bawal sekalipun anda pasti boleh bergaya bak selebriti popular. Terpulang pada cita rasa anda untuk Syawal kali ini mahu menggayakan shawl panjang, empt segi ataupun hijab bawal.
Penampilan yang cantik, kemas dan menawan menjadi pilihan gadis masa kini. Tidak kira apa jua fesyen yang diketengahkan, jika ia memberi inspirasi kepada kecantikan, pasti fesyen itu menjadi ikutan. Begitu juga dengan teknik pemakaian tudung. Setiap orang ada gaya tersendiri namun tidak semua gaya itu sesuai dengan bentuk wajah.
Setiap orang memiliki bentuk wajah yang berbeza. Maka penggayaan tudung juga perlu mengikut kesesuaian agar penampilan wajah tampil cantik, menawan dan mempesona.
Beruntung bagi mereka yang memiliki wajah bujur bak buah anggur. Ini kerana apa jua fesyen tudung sama ada selendang atau tudung awning, penampilannya masih kelihatan kemas dan menarik. Gayakan saja bentuk lilitan, pintal, atau peletakan aksesori di bahagian tudung, pasti terserlah keayuan. Tambahan pula bentuk wajah sebegini menampakkan ilusi muka panjang dan tirus. Pastinya cantik mata memandang.
Berhati-hati pada mereka yang memiliki wajah bujur memanjang seperti buah pisang. Silap menggayakan, buruk yang dilihat. Sebaiknya gunakan selendang bercorak kerana ia boleh menutup kekurangan pada rahang dan tulang pipi si pemakai serta mengurangkan ilusi bentuk wajah memanjang. Penggayaan selendang perlu ringkas dan tidak sarat dengan aksesori tambahan.
Wajah sebegini lazimnya dimiliki oleh golongan bersaiz kecil molek dan kurang tinggi. Wajah seperti ini yang dikatakan comel atau ‘baby face’. Sungguhpun sesuai digayakan dengan apa jua fesyen, namun perlu berhati-hati dari segi pemilihan corak agar penampilan tidak nampak ‘serabut’. Jika terlebih sarat, muka yang comel itu akan kelihatan menjadi lebar dan besar.
Fesyen tudung yang sesuai dengan mereka yang memiliki bentuk wajah sebegini adalah disyorkan memakai tudung awningsebagai penyelamat. Sekurang-kurangnya ia mampu menyembunyikan kekurangan tulang pipi dan rahang yang besar. Seeloknya pilih ‘line’ awning yang memanjang hingga ke tulang pipi.
Wajah bak buah strawberi, di bahagian atas besar, tetapi di bahagian dagu kecil dan tirus. Ada juga yang memanggil dengan gelaran kepala lonjong. Tidak perlu risau, ada penyelesaiannya. Disebabkan bentuk tirus bermula dari pipi hingga ke dagu, membuatkan mereka mempunyai bentuk wajah yang lengkap tanpa perlu menyorok tulang pipi dan rahang. Apa yang penting, pada bahagian kepala inner perlu dibentuk sedikit agar tidak terlalu melekat di kepala. Jika inner terlalu melekat, akan menyebabkan dahi yang luas kelihatan ketara.