Pastikan rekaan tudung yang anda pilih sesuai dengan bentuk muka anda. Ada sesetengah fesyen tudung hanya sesuai digayakan mengikut bentuk muka tertentu. Kenal pasti bentuk muka anda terlebih dahulu ya.
Rekaan corak tudung yang anda pilih hendaklah sesuai dengan busana yang anda gayakan. Tudung polos sesuai dipadakan dengan busana abstrak atau bercorak. Manakala baju polos pula sesuai digayakan dengan tudung bercorak.
Pemilihan warna tudung juga penting. Warna tudung yang gelap dan kusam akan menjadikan anda tampak lebih tua. Jadi, elakkan ya. Wanita berkulit putih pula sebaiknya elakkan daripada memakai tudung berwarna merah jambu kerana ia akan buat anda tampak lebih pucat.
Tahukah anda bahawa perwatakan anda juga boleh mempengaruhi gaya pemilihan tudung yang sesuai. Wanita yang berperwatakan ceria sebenarnya sesuai menggayakan tudung berwarna cerah dengan rekaan polos atau kurang bercorak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila niat untuk berhijab telah dilorongkan oleh Yang Maha Esa, sudah pastilah anda mahukan penghijrahan yang lebih sempurna. Perlu lebih selektif menentukan jenis fabrik yang selesa bagi memastikan hijab yang digayakan menutupi aurat terletak elok di kepala. Usah risau, admin nak kongsi 4 jenis fabrik paling sesuai buat anda yang bakal menjadi pencinta hijabi.
Material sifon dianggap sebagai fabrik yang licin dan boleh memberi ‘volume’ dandanan pada hijabmu. Ciri-ciri dari bahan ini adalah lebih licin dari ‘hycon’. Untuk gaya yang lebih maksima padankan hijabmu dengan anak tudung! Skarf yang menggunakan fabrik ini amat sesuai digunakan dalam aktiviti harian.
Penggunaan fabrik kapas sememangnya pilihan yang optimum dan sesuai untuk penggemar hijab. Daya serap peluh dan haba serta memberi efek yang nyaman; nyata membuat ramai hijabi tertarik dengan rekaan selendang yang menggunakan fabrik ini.
Sutera sangat dikenali dengan teksturnya yang fleksibel dan selesa untuk digunakan. Selain itu, sutera juga merupakan kain yang elegan dan sesuai digunakan dalam acara formal. Namun begitu fabrik yang cantik ini juga kelemahannya, dek kerana sifat elegan, penjagaan kain sutera cenderung lebih sukar pabila dibandingkan dengan fabrik lain.
fabrik rayon akan membuatmu terasa lebih sejuk sepanjang hari. Tetapi perlu diketahui bahawa hijab fabrik ini mudah sekali kusut dan mudah luntur. Pilihlah dengan cermat wahai hijabi!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijabi yang sentiasa jaga penampilan dan ‘look’ kena tahu cara sesuai memilih seluar dalam dan disarankan juga bagi yang gemar memakai jubah dengan material fabrik lembut. Seluar dalam menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang dan tidak dibicarakan secara terbuka. Tapi disebabkan ketidakterbukaan minda ketika membincangkan soal itu membuatkan ramai melakukan kesalahan apabila memilih seluar dalam.
Seluar dalam menjadi sebahagian daripada keperluan dalam berfesyen sama ada untuk wanita atau lelaki.
1. Apakah cara betul ketika mengenakan seluar dalam menentukan keselesaan pemakai?
Sarungkan seluar dalam dan tarik ke atas sehingga posisi selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan punggung. Pastikan pita di bahagian pinggan dan perut tidak berlipat.
2. Di manakah posisi betul panel bawah seluar dalam?
Pastikan jahitan pada bahagian hadapan panel kelihatan dan tidak seharusnya terselit ke belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya.
3. Pinggang seluar dalam sentiasa bergulung tapi bahagian pinggulnya selesa.
Anda mungkin memilih saiz seluar dalam yang salah. Pinggang seluar dalam mestilah berkedudukan tetap dan selesa serta tidak berlipat. Saranan admin, cuba saiz yang lebih kecil dan rekaan berbeza.
4. Kaki seluar dalam menggigit dan bergulung. Adakah ia pilihan yang betul?
Kaki seluar dalam tidak sepatutnya menggigit dan bergulung. Jika keadaan itu berlaku, tandanya anda memakai seluar dalam terlalu kecil. Periksa sama ada bukaan kaki seluar dalam berkedudukan sama dari sisi ke sisi? Jenis fabrik seluar dalam daripada bahan memeri atau berelastik? Jika masih mengalami masalah yang sama, pilih seluar dalam berpotongan tinggi.
5. Seluar dalam seperti mahu terlondeh
Pilihlah saiz seluar dalam yang betul. Seluar dalam yang muat dengan selesa adalah seimbang dan selari serta meliputi semua bahagian punggung. Ganti seluar dalam yang lusuh dengan yang baru kerana getah pinggangnya mungkin sudah hilang keanjalan.
6. Apa yang mesti dilakukan untuk mengelakkan garisan seluar dalam kelihatan pada pakaian?
Pilih seluar dalam berliputan penuh seperti potongan maxi atau potongan seluar pendek (short). Kedua-duanya memberikan keselesaan sama seperti seluar dalam biasa, malah ia mampu mengelakkan kesan seluar dalam jika anda mengenakan pakaian ketat.
7. Apakah fabrik terbaik untuk memastikan keselesaan seluar dalam?
Ada pelbagai jenis fabrik yang digunakan untuk membuat seluar dalam. Fabrik terbaik tentunya yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik lycra spandex dan nylon spandex memberikan kebebasan dan regangan bebas dari segi kemasan untuk tubuh. Namun, apa juga pilihan fabrik seluar dalam anda, pastikan panel bawah dilapik fabrik kain kapas bagi memastikan serapan serta pengeringan segera.
8. Bila seluar dalam perlu ditukar baru?
Fikirkan apabila berdepan bencana seperti kemalangan dan perlu dibawa ke hospital, tentu anda malu jika tersingkap kain, terdedah seluar dalam yang lusuh dan koyak. Seluar dalam memainkan peranan untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Panduan untuk bertukar seluar dalam adalah: Jika lipatan pada kaki dan bahagian pinggang telah mengembang dan longgar, tepinya bergulung atau terlondeh, jahitan tets atau fabriknya menipis dan tidak selesa dulu. Inilah faktor yang menyebabkan anda perlu bertukar kepada seluar dalam yang baru.
9. Bagaimana menjaga seluar dalam?
Periksa label peraturan mencuci yang disediakan. Ia bukan sekadar hiasan tapi maklumat penting sesuai fabrik. Boleh juga cuci dengan menggunakan uncang khas jika menggunakan mesin pencuci. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan menyebabkan fabrik elastik cepat longgar.
10. Bagaimana menentukan saiz sebenar seluar dalam anda?
Dapatkan tali pengukur kemudian ukur sekeliling saiz pinggang, ukur bahagian paling berisi di bahagian pinggul (biasanya 10 inci di bawah pinggang).
Pinggang Pinggul Saiz
S – 25” -25” 35”-36”
M – 27” -28” 37”-38”
L – 29” -31” 39”-41”
XXL – 35” -37” 45”-47”
XXXL – 38” -40” 48”-50” XXXL
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti para hijabi mempunyai banyak koleksi tudung di rumah. Daripada koleksi tudung bawal ke shawl, pashmina, sifon, silk dan sebagainya. Namun selepas memakainya, tahukah anda cara yang sesuai untuk mencuci tudung agar tahan lama, tak cepat rosak dan warnanya terpelihara?
Jangan biarkan koleksi tudung bawal dan shawl yang letop pudar sebelum waktu. Ikuti aturan tip ini supaya himpunan tudung anda terjaga dan tahan lebih lama, lagi-lagi shawl yang berjenama dan boleh tahan harganya.
Untuk mencuci tudung, harus diingatkan, tudung tersebut tidak diramas – ramas. Kami tahu ramai suka meramas tudung ketika mencuci. Kononnya nak lebih bersih. Cara ini boleh merosakkan tudung. Cara yang betul adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
Selepas selesai celup dan angkat beberapa kali, rendamkan tudung sebentar di dalam campuran air bersama pelembut selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.
Untuk mencuci tudung, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh kerana ia berpeluang merosakkan tudung. Cukuplah sekadar cuci pelembut dan tidak menyentalnya.
Biasakan diri untuk mencuci tudung bersama tudung sahaja dan tidak mencampurkan dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung. Maka untuk mengelakkan hal ini berlaku, asingkan tudung sebelum mencuci dan basuh tudung sahaja.
Sebaiknya gantung tudung anda. Kebanyakkan dari kita suka lipat dan kadang-kala ia memberikan kesan pada corak tudung.
BACA ARTIKEL INI:
Seperti baju juga, sekiranya tudung yang dibeli mempunyai label aturan membasuh, anda dinasihatkan agar dibasuh dengan cucian tangan kerana kami tahu tudung tersebut terlalu berharga untuk di’rosakkan’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.