
Haid bukanlah penghalang buat wanita untuk kekal aktif, produktif dan yakin dalam menjalani rutin harian.
Memahami keperluan golongan hawa, Vinda Malaysia memperkenalkan Vera™, jenama penjagaan wanita baharu yang mengetengahkan konsep ‘Direka Oleh Wanita, Untuk Wanita’.
Menerusi pelancaran Vera Malaysia, golongan wanita diperkenalkan dengan rangkaian produk penjagaan haid yang memberi tumpuan kepada keselesaan, perlindungan dan keyakinan diri.
Lebih istimewa, pelancaran jenama ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.

Vera Malaysia Agih Sejuta Pek Produk Haid Secara Percuma
Dalam usaha menjadikan penjagaan haid berkualiti lebih mudah diakses, Vera™ telah mengagihkan satu juta pek produk haid secara percuma kepada wanita di seluruh Malaysia.
Inisiatif ini dilaksanakan menerusi pelbagai program di sekolah, kolej, universiti dan tempat kerja, termasuk melibatkan pelajar kurang berkemampuan di Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan.
Vera™ turut menjalankan program pendidikan kebersihan haid bagi memperkasakan pelajar perempuan dengan pengetahuan untuk memahami dan menjaga tubuh sendiri.
Ernie Zakri & Priscilla Abby Jadi Duta
Meraikan bakat dan semangat persaudaraan wanita, Vera™ turut melantik penyanyi popular, Ernie Zakri dan Priscilla Abby sebagai duta jenama.
Pelancarannya turut dimeriahkan dengan penganjuran konsert serba wanita di Surf Beach, Sunway Lagoon, yang menghimpunkan barisan artis wanita berbakat tanah air.
Menerusi kedua-dua inisiatif tersebut, Vera™ berjaya meraih dua pengiktirafan Malaysia Book of Records, iaitu:
- Pengagihan Produk Haid Terbesar (The Largest Distribution of Menstrual Products).
- Konsert Serba Wanita Pertama (First All-Women Concert).
Penjagaan Haid Lebih Selesa & Yakin
Memahami bentuk tubuh dan keperluan wanita, produk Vera™ menampilkan dua inovasi unik, iaitu V-FIT™ yang mengikut lekuk badan wanita serta V-FLOW™ yang membantu mengagihkan aliran haid secara sekata untuk penyerapan pantas dan perlindungan daripada kebocoran.
Antara produk tumpuannya ialah seluar dalam haid Daun Sirih yang diperkaya dengan ekstrak daun sirih dan pegaga (Cica).
Menurut Vera™, gabungan bahan tersebut membantu menghalang pertumbuhan bakteria, menenangkan kulit dan mengawal bau.
Peluang Menangi Hadiah Sehingga RM1 Juta
Sempena pelancarannya, Vera™ turut menganjurkan Peraduan Beli dan Menang yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM1 juta, termasuk sebuah kereta baharu, beg mewah dan jongkong emas.
Rangkaian produk Vera™ kini boleh didapati di pasar raya utama, farmasi serta platform beli-belah dalam talian.
Buat hijabi, jangan biarkan kedatangan haid membataskan keyakinan diri. Keselesaan dan penjagaan kebersihan diri juga merupakan sebahagian daripada cara kita menyayangi tubuh sendiri.
Untuk maklumat lanjut, layari www.veramalaysia.com.

