Sebaik dibebaskan dari hukuman penjara, mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mensyukuri rahmat dari Tuhan kerana dapat bersama-sama ahli keluarga untuk menyambut Ramadan bersama. Setelah hampir 20 tahun terpisah, akhirnya mereka sekeluarga dapat berkumpul semula lebih-lebih lagi di bulan penuh mulia ini.

Dapat dilihat foto-foto kemesraan keluarga yang dimuat turun di media sosial. Betapa ikatan kekeluargaan mereka begitu utuh dan kekal terjalin biarpun sebelum ini Datuk Seri Anwar terpisah lama oleh tembok besi.

Bersama cucu sulung.

BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA

Tiada rasa janggal tika bersama-sama berbuka puasa, bukan sahaja bersama anak-anak tetapi juga cucu-cucunya yang memahami perjuangan datuknya selama ini. Anwar yang mempunyai enam orang anak, lima darinya adalah perempuan dan seorang lelaki.

Ketika beliau ditahan buat pertama kali, anaknya yang paling bongsu masih sangat kecil lagi. Dan kini masing-masing sudah besar dan mempunyai kehidupan tersendiri. Namun hubungan mereka sekeluarga tetap teguh  dan begitu erat sekali.

IKLAN

Dalam foto yang dimuat turun ahli keluarga ini bagaikan dapat menggambarkan betapa bahagianya mereka apabila dapat berkumpul bersama-sama. Lebih berganda kegembiraaannya apabila bersama-sama berbuka puasa ketika di bulan penuh keberkatannya ini.

SEKIAN LAMA MENUNGGU

Dalam satu status dimuat turun Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah, beliau mengucapkan alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, rasa bertuah kerana dapat berbuka puasa dengan keluarga tersayang.

Syukur alhamdulillah.

Malah kejutan paling bermakna juga apabila anak paling bongsu, Nurul Hana yang sebelum ini tidak bersama ketika Anwar dibebaskan, tiba-tiba muncul di depan mata. Betapa sebak Datin Seri Wan Azizah yang sama sekali tidak menyangka anak bongsunya balik lebih awal dari jangkaan.

IKLAN

Terharu melihat keakraban ahli keluarga ini. Biarpun menempuh pelbagai dugaan setelah sekian lama, namun Allah akhirnya menjanjikan kebahagiaan  dalam suasana yang cukup harmoni di bulan penuh mulia.

Melepas rindu bersama cucu tersayang, no 8 Kareemah Aisyah. #masadepanmilikkita

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on

IKLAN

Semoga keluarga ini tidak akan terpisah lagi Dan kita juga boleh mencontohi hubungan erat keluarga ini yang tetap teguh bersama-sama biarpun dilanda pelbagai dugaan.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM KELUARGA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI