Dapat bersemuka dengan matanya sendiri, Farid Kamil akui keterujaan melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim secara depan-depan. Dia pula sangat berbesar hati untuk melakonkan watak DSAI dalam sebuah filem biopik yang bakal diterbitkan sebuah syarikat produksi Indonesia, Bianglala Entertainment.
Meskipun pertemuannya dengan DSAI hanyalah buat sementara waktu, namun banyak yang dapat dia pelajari darinya. Dia juga akui penderitaan yang dialami oleh beliau juga memberi kesan buat dirinya.
Pertemuan singkat yang bermakna
Sumber dari Instagram Farid Kamil
Pelakon Farid Kamil Zahari atau nama singkatnya Farid Kamil menjelaskan pertemuannya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebanyak dua kali. Itu memberikan peluang keemasan buat dirinya mengenali tokoh politik disegani itu dengan lebih dekat.
Di temu bual bersama Harian Metro, Farid Kamil aku perjumpaan selama dua jam itu seangat bermakna sewaktu makan malam. Tempoh yang singkat itu juga tidak cukup untuk dia kenali figura politik yang terkenal itu.
“Beliau seorang bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang pernah dianiaya suatu ketika dahulu. Pada pertemuan pertama, kami hanya sempat berjumpa selama dua jam dalam satu makan malam,
“Tempoh itu begitu singkat untuk saya mengenali figura yang cukup hebat ini. Jadi, saya pun meminta untuk bertemu sekali lagi dengan beliau sebelum terbang ke Jakarta tempoh hari,
“Selepas saya kaji, apa yang berlaku kepadanya, saya minta beliau tolong saya sebab nak tengok kesan-kesan (fizikal) yang berlaku kepadanya. Mengikut laporan perubatan, beliau ditumbuk dan dilukai tubuh badannya dengan tujuh pukulan,
“Saya minta beliau buka cermin mata nak tengok kesan tumbukan terbabit. Saya minta beliau angkat kening dan ternyata kesan itu masih lagi berbekas,” katanya.
Mengenangkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu di penjara menguatkan lagi semangatnya untuk lebih tekad membintangi watak itu sehabis baik.
“Apa yang berlaku terhadapnya membuatkan saya bersemangat untuk menzahirkan watak Anwar Ibrahim sekali gus mengimbas kembali penderitaannya pada 1998 demi semangat reformasi,
“Saya mula tahu mengenai beliau ketika tahun 1998. Ketika itu, timbul satu persoalan dalam benak pemikiran, kenapa tiba-tiba mata dia lebam?
“Jadi, soalan itu bermain di fikiran saya sejak 1998. Malah ketika baca skrip, saya melihat realiti di sebalik gambar berkenaan membuatkan saya fikir, tanggungjawab menjayakan watak dalam filem Anwar ini perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin,
“Apa yang berlaku kepadanya, berlaku juga kepada saya.”katanya yang menjalani penggambaran filem biopik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sekitar Oktober lalu.
Filem itu juga turut dibintangi oleh barisan pelakon daripada Indonesia iaitu Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Firdaus Mat Joni, Piet Pagau, dan Dewi Irawan. Bakal di tayangkan pada penonton awal tahun depan.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sebagai rakyat biasa, pastinya kita tidak sabar menantikan detik Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. Istimewa majlis itu nanti menyaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengenakan kain Tenun Diraja Pahang sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Baginda turut berkongsi beberapa keping gambar hasil tenunan itu di laman Twitter rasmi, @cheminahsayang, malam tadi.
Sementara itu dalam laporan Bernama kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.
Ketika ditemui pemberita, Tunku Azizah bertitah Penjara Penor dan Bentong dipilih untuk menghasilkan persalinan baginda pada istiadat pertabalan itu sebagai tanda penghargaan Raja Permaisuri Agong selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.
“Memang Beta mahu penjara yang buat baju untuk Beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada Beta dan Beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.
“Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan,” titah Tunku Azizah selepas majlis itu.
Baginda turut bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.
Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.
Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Meski sudah lama meninggalkan industri hiburan tanah air, kebelakangan ini nama aktres jelita Wardina Saffiyah kembali meniti di bibir para peminat kerana kelantangan beliau menyuarakan serta membela nasib saudara se-Islam yang sedang di tindas di Palestin.
Malah, Wardina juga merupakan antara selebriti yang cukup bergiat aktif di laman sosial miliknya. Wardina gemar berkongsi ilmu atau menyuarakan pandangannya secara lantang tentang beberapa isu yang menarik perhatian di laman Instagram.
Walaupun kini Wardina sudah menetap di Australia, namun perkembangan dirinya sentiasa di nanti peminat seni tanah air.
Terdahulu, Wardina ada memuat naik sekeping foto dirinya, berserta kapsyen mempersoalkan sama ada wajahnya seiras pelakon cantik Sarah Hildebrand atau isteri kesayangan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida.
Persoalan berkenaan diajukan khusus buat para peminat dan followers miliknya.
Netizen turut tertarik dengan status di muat turun berkenaan. Malah rata-rata mempunyai pandangan tersendiri wajah Wardina seiras pelakon mana.
Dari Dulu Memang Peminat Wardina
Macam DS Shahida ‘Especially’ Bahagian Mata
Cantik Meski Tanpa Solekan
Sekali Pandang Macam DS Shahida, Macam Kembar Seiras
Sebelum itu, Wardina Safiyyah secara jujurnya memuji kejelitaan Sarah Hildebrand yang disifatkan cantik semula jadi dan tidak perlu menjadi seperti orang lain yang perlu bekerja keras untuk tampil cantik.
Malah kecantikan natural seperti ini juga mengingatkan dia kepada beberapa selebriti yang juga mempunyai aura tersendiri. Antaranya Deana Yusof, Siti, Sharmaine Farouk, Juma dan juga Normala Shamsuddin.
Untuk rekod, sejak Isnin nama Wardina menjadi bualan hangat di laman sosial berikutan mengambil pendekatan untuk menyekat akaun Instagram (IG) semua selebriti tempatan yang membisu soal Palestin.
Menerusi kelantangannya bersuara di platform sosial media tersebut, Wardina membuat satu hantaran dengan meminta pengikutnya menamakan selebriti yang tidak bersuara mengenai konflik tersebut.
Siapa dekat sini perasan nyamuk selalu gigit korang? Mesti rasa geram bila kena gigit. Terutama sekali bila ia meninggalkan kesan. Tahukah anda anda cara semula jadi yang anda boleh gunakan iaitu menanam pokok halau nyamuk?
Gambar sekadar hiasan
Nyamuk merupakan binatang yang mudah tertarik kepada persekitaran, terutama sekali benda yang hidup dan ini termasuklah tumbuhan tertentu. Walaupun nyamuk menggigit manusia akan tetapi nyamuk tidak hidup bergantung dengan darah yang dihisapnya. Akan tetapi hanya nyamuk betina sahaja yang menggigit dan menjadikan ia makanan untuk telurnya.
Ada ke tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk? jawapannya adalah Ya! Ada beberapa tumbuhan yang boleh jadi penghalau nyamuk di rumah anda. Terdapat beberapa tumbuhan yang mempunyai bau yang kuat sehingga ia boleh menutup bau diri anda atau mengelirukan nyamuk tersebut.
Gambar sekadar hiasan
Bagi anda yang inginkan jalan penyelesaian yang semula jadi seperti tidak mahu menggunakan spray dan ingin mengelak dari alahan, jangan risau kerana sudah pasti ada tumbuhan penghalau nyamuk adalah yang terbaik untuk anda.
Pokok menghalau nyamuk luar dan dalam rumah!
1. Serai wangi atau Citronella
Gambar sekadar hiasan
Ia adalah bahan popular untuk menghalau serangga dan nyamuk secara semula jadi. Serai ini boleh ditanam di halaman rumah anda. Tumbuhan serai wangi ini dapat bertahan sebagai pelindung nyamuh untuk tempoh 2 jam. Ianya kerana minyak akan menyejatnya dengan cepat.
Sewajarnya untuk anda menanam serai wangi ini di kawasan yang boleh memebesar sehingga 6 kaki tinggi dan 6 kaki lebar. Jangan tersalah serai ya! Serai yang biasa digunakan dalam masakan berbeza dengan serai wangi ya! Ia boleh menghalau nyamuk juga tapi tidak sehebat serai wangi ini.
Mentha x piperita, tumbuhan ini akan membiak dengan banyak jika dibiarkan. Akan tetapi ianya tidak invasif seperti tumbuhan lain dalam keluarga pudina. Minyak dari pudina ini bagus untuk menghalau nyamuk dan juga membantu melegakan ketidakselesaan akibat digigit nyamuk yang gatal.
Daun pudina mempunyai aroma yang sangat kuat, menyegarkan dan akan menenangkan manusia tetapi tidak untuk serangga ini. Jadi tanam di dalam rumah.
3. Tanaman pokok Lavender
Gambar sekadar hiasan
Pokok Lavender ini bukan sahaja cantik malah membantu untuk menghalang nyamuk. Menurut kajian, pokok lavender ini dapat menangkis spesies nyamuk untuk tempoh 6 hingga 8 jam. Menanam tumbuhan wangi ini di sekitar rumah juga boleh menarik perhatian pendebunga bagi membantu memperbanyakkan limpahan bunga ungu.
tip untuk menanam Lavender, pastikan jarak antara tanaman kira-kira 2 hingga ke 3 kaki agar ia tumbuh dan membiak dengan baik di bawah sinaran matahari.
4. Pokok Bunga tahi ayam
Walaupun namanya tidak seberapa tetapi pokok bunga ini cantik dan mempunyai warna yang sangat menyerlah. Lantana Camara ini tidak disukai oleh nyamuk kerana bau yang sangat busuk. Tambahan pula apabila ia dihancurkan sehingga lumat.
Gambar sekadar hiasan
Anda juga boleh meletakkan pokok bunga tahi ayam yang kecil di dalam rumah. Akan tetapi jika baunya agak mengganggu, letaklah di luar rumah berdekatan dengan bekas takungan air, pasu atau baldi mahupun saluran longkang.
Akhir kata, anda juga perlu menitikberatkan kebersihan kawasan persekitaran rumah untuk mengawal kawalan nyamuk terbaik. Anda perlu pastikan tiada air yang bertakung atau terbiar di kawasan rumah kerana nyamuk suka membiak di situ. Nyamuk juga merbahaya kerana ia boleh menjangkiti seperti malaria, demam denggi, ensefalitis atau virus Zika. Ingatlah, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Elakkan selagi boleh!
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...