Diam tak diam kita sudah hampir sampai ke penghujung Ramadan. Dalam bergembira menyambut Syawal, ada antara kita yang sedih untuk meninggalkan bulan penuh mulia ini. Ramai menangis mengenangkan betapa masanya sudah hampir tamat untuk melakukan banyak amal ibadat di bulan Ramadan ini.
Seperti perkongsian Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang memberi ingatan kepada netizen untuk menangis di hujung Ramadan ini. Banyak perkara yang perlu ditangisi sebelum berakhirnya bulan paling mulia dari seribu bulan ini.
Ayuh ikuti perkongsian Ustazah Norhafizah yang boleh kita jadikan peringatan untuk diri kita sendiri.
MENANGISLAH! MENANGISLAH! Di hujung Ramadhan ini, tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati… tangisan melembutkan hati yg keras… menangislah untuk hati yg masih belum bisa memaafkan…
hati yg belum redho… hati yg belum bersyukur… hati yg masih lupa tujuan hidup… hati yg sibuk dgn dunia… menangislah juga utk hati yg dikecewakan manusia… mudah2an jadi kaffarah yg sempurna… menangislah utk hati yg tidak pandai menyayangi dan menghargai …
Ads
mudah2an dgn tangisan itu mata hati lebih jernih… menangislah utk ramadhan yg telah disia-siakan… mana tangisanmu utk kematian yg semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis… menangislah utk setiap tangisan yg tidak ada makna hanya kerana makhluk … menangislah utk mata mu yg kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah…
Ya Allah berapa banyak tangisan yg akan menyelamatkan… dari jurang hina dan binasa… Ya Rabb kurniakan kami airmata yg Engkau redhoi.
Debaran beberapa bulan bagi pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir apabila keputusan diumumkan semalam. Sememangnya keputusan SPM amat penting dan penentu kejayaan yang lebih besar untuk masa depan. Bagi sesetengah selebriti, mereka bukan sahaja berbakat dalam bidang seni tetapi juga mempunyai pencapaian cemerlang dalam pelajaran.
Bukan sahaja tertumpu pada selebriti tetapi juga dalam kalangan anak selebriti yang turut berjaya membanggkan ibu bapa masing-masing.
Malah ada antaranya yang berjaya memasuki universiti dan menggenggam ijazah juga ada yang bergelar doktor.
Kejayaan mereka ini pastinya menjadi inspirassi buat hijabi di luar sana untuk mencapai kejayaan cemerlang. Malah ada yang turut menjadikan mereka sebegai idola, misalnya Neelofa dan Vivy Yusof.
Tidak salah terjun dalam bidang disukai (bidang seni), asalkan mempunyai ilmu di dada serta dipandang tinggi masyarakat luar. Apa yang penting ilmu yang diperolehi sebagai bekalan untuk masa depan lebih gemilang.
Ayuh kita lihat selebriti berhijab yang bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan berilmu. Kejayaan mereka nyata menyuntik dan memberi semangat serta inspirasi buat hijabi.
Pelakon, model dan pengacara cantik ini merupakan alumni SMK Aminuddin Baki sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa. Selepas tamat pengajiannya, Mira lebih senang memberi tumpuan pada bidang lakonan dan pengacaraan. Kini Mira Filzah bergelar pengacara untuk rancangan Nona di TV3.
Artis berbakat ini turut memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dengan kepujian di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pemilik nama Yunalis Mat Zara’ai yang sudah mendirikan rumahtangga dengan Adam Sinclair selesa mengembangkan bakat nyanyiannya di luar negara dan kini bermastautin di US.
Anak kepada dramatis Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar ini mula berlakon sejak usianya masih kecil. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan dengan Kepujian di UiTM, Dr Norzizi menyambung pengajian peringkat Master dan juga telah memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media dari Universiti Wollongong, Australia pada tahun 2018.
Graduan lulusan Jurusan Undang-undang dari London School Of Economic and Political Science di England ini sangat menjadi idola kepada hijabi di luar sana. Kejayaan model, blogger dan ikon fesyen bergelar usahawan sebagai pengasas FashionValet serta jenamanya sendiri dUCk benar-benar memacu kejayaannya dalam bidang perniagaan. Malah kisah kejayaannya turut dijadikan kajian kes untuk peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi kertas peperiksaan Pengajian Perniagaan tahun lalu.
Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu ini merupakan graduan Unversiti Pengurusan dan Sains dari Management & Science (MSU) di Shah Alam dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan. Kejayaan Wany Hasrita ini begitu membanggakan ibu tersayang yang setia susah senang berada di samping anak gadisnya. Sikap santun Wany yang juga dinobat Bintang Popular ABPBH31 ini walaupun telah menceburkan diri dalam bidang seni begitu disenangi followernya dan menjadikan dia sebagai idola.
Siapa yang tidak kenal denga pelakon serta pengacara popular ini. Aura Neelofa cukup kuat untuk dijadikan idola serta inspirasi buat hijabi terutama yang gemar berfesyen. Neelofa juga turut cemerlang dalam peperiksaan SPMnya dengan mendapat keputusan 10A ketika menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Langkawi sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Sunway dan merupakan pemegang ijazah Sarjaa Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran.
Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku ini begitu mementingkan pelajarannya. Setelah berjaya memperoleh ijazah dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Najwa Latif mengambil keputusan melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya. Najwa Latif yang juga kini bergelar Pensyarah di UNITAR juga dipuji peminatnya apabila membawa ibunya kesayangannya bercuti ke Itali tahun lalu.
Siapa tidak mengenali pelawak popular era 80-an, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali sebagai Mr Os. Walaupun sudah meninggalkan kita semua, namun filem lakonannya tetap segar dan menemani kehidupan kita. Biarpun bergelar pelakon, Mr Os juga tidak lupa memberi pelajaran secukupnya pada anak-anak. Salah seorang anak beliau, Syafiqa Hayra baru-baru ini telah menamatkan pengajiannya dengan cemerlang dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir Januari lalu. Menurut Dr Syafiqa Hayra kejayaan itu didekikasi buat arwah ayahnya yang begitu memberi galakan kepada dia untuk berjaya dalam pelajaran.
Anak ketiga Fauzi Nawani ini bukan sahaja memilik wajah yang cantik, tetapi juga seorang yang bijak. Hanna Faresya Memperoleh keputusan SPM 10A membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke Intec Education College untuk peringkat Diploma. Selesa memilih untuk belajar di dalam negara sahaja walaupun mendapat keputusan cemerlang dan meraikan konvokesyen dalam Diploma Perakauan Oktober tahun lalu.
Jika melihat lakonan ibunya, Didie Alias memang sangat menghiburkan. Berilah apa jua watak pasti akan dibawa dan tidak mengecewakan. Didie Alias juga sebenarnya seorang ibu yang prihatin dan turut menitik beratkan soal pelajaran anak-anak. Anak sulungnya, Nur Dhaniyah Mohd Riduan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif Oktober lalu. Walaupun ketika itu sudah berkahwin tetapi tidak jadi penghalang untuk menamatkan pengajiannya di UniKL.
Apa pun Hijabista ucapkan tahniah kepada calon SPM yang berjaya hari ini. bagi yang gagal, cuba bangkit kembali dan perbaiki kesilapan lalu. Insya-Allah jika kita berserah pada-Nya, segala urusan akan dipermudahkan kelak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita wajib menjaga auratnya tidak kira di mana pun mereka berada. Aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kaki juga merupakan aurat dan sebab itu kita digalakkan memakai stoking untuk menutup kaki kita. Ada juga yang bertanya, adakah sah solat wanita yang tidak memakai stoking tetapi memakai kain yang labuh sehingga menutup kakinya?
Sabda Rasulullah SAW:
لا يَقبَلُ اللهُ صلاةَ حائضٍ إلا بخِمارٍ
“Allah tidak menerima solat perempuan yang sudah haid (baligh) kecuali jika dia memakai khimar.”– Riwayat Abu Daud (641)
Imam al-Nawawi berkata:
“Menutup aurat adalah syarat sah solat. Jika terdedah suatu pun daripada aurat orang yang bersolat tidak sahlah solatnya sama ada banyak terdedahnya atau sedikit, lelaki dan perempuan sama sahaja (wajib menutup aurat).” Rujuk al-Majmu’ (3/166).
Mengikut pendapat mazhab al-Syafie, tapak kaki wanita dikira sebagai aurat yang wajib ditutup ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim dan juga di dalam solat. Jika tidak ditutup, maka tidak sah solatnya.
Kesimpulannya, sah solat bagi wanita yang tidak memakai stoking tetapi melabuhkan pakaian hingga menutup kaki. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Adakalanya kita rasa seperti okay sahaja untuk mengambil wuduk selepas mandi dalam keadaan berkemban atau ketika bogel. Rasa hairan dan musykil jika sah wuduk yang kita ambil itu.
Hari ini sis kita akan ketahui mengenai hukum wuduk sekiranya kita tidak menutup aurat, sah ataupun tidak.
Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk.”
Secara ringkasnya wuduk ialah perbuatan mengalirkan air pada anggota-anggota badan yang tertentu. Mengikut segi syara’ pula, ia bermaksud membersihkan sesuatu bahagian tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu seperti membasuh muka, kedua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya dengan membasuh kedua belah kaki dangan syarat-syarat serta rukun yang tertentu.
Firman Allah swt bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” (surah Al-Ma’idah, ayat 6)
Melalui pautan rasmi Pejabat Mufti Wilayah pernah membincangkan mengenai perkara ini. Sebenarnya, tiada tuntutan yang menyuruh untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk malah tidak ada juga dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan.
Tetapi merujuk kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah (muka surat120), aspek mandi ada dinyatakan menutup aurat adalah satu perkara sunat.
Berlainan pula apabila menyentuh soal mengambil wuduk atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat.
Maksudnya: Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?” Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
Menurut mazhab Syafie, menjadi wajib kepada seseorang muslim untuk menutup aurat walaupun bersendirian dan ditempat tertutup. Pandangan ini disokong oleh ulama’ dari kalangan Hanafi dan Hanbali. Mahupun begitu, dari kalangan Ulama’ mazhab Maliki mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat apabila berada ditempat tertutup dan bersendirian (rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176).
Manakala, dibenarkan untuk tidak menutup aurat dengan syarat jika seseorang itu berniat untuk mandi atau menyejukkan badan ketika bersendirian (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).
Konklusinya:
Walaupun tidak perlu memakai pakaian sekalipun ketika wuduk itu sah, sis jangan lakukanya di tempat terbuka atau boleh dilihat oleh orang lain. Tetapi sebagai seorang muslim, adalah lebih baik dan bagus jika dapat menutup aurat demi menjaga maruah dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.