Sebagai seorang pendakwah, boleh menyalurkan ilmu pengetahuan di mana-mana sahaja dan dalam apa jua cara. Seperti yang kongsikan oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang memberitahu kebaikan jika seseorang itu mengamalkan surah As Syura. Menurutnya ayat 19 dari surah berkenaan boleh melembutkan hati seseorang.
Malah dengan amalan berzikir juga boleh memohon untuk dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Begitu juga dengan jika dilakukan pada kanak-kanak dengan meletakkan tapak tangan di dada atau ubun-ubun kepala. Ini adalah untuk memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.
Menurutnya, amalan membaca surah As Syura ini juga amat sesuai diamalkan di zaman sekarang yang mana cukup terdedah dengan pelbagai kata-kata keji dan nista serta fitnah dilemparkan.
Ads
Tambahnya lagi, jika mengalamai situasi berkenaan, beliau akan membaca surah ini sebagai zikir memohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.
Ads
Ustaz Kazim meninggalkan pesanan ini dalam laman sosial twitter dan facebooknya. Di facebooknya sahaja perkongsian ini menerima respon positif di kalangan netizen.
Uni UmiAsalamualaikum ustaz. Terima kaseh berkongsi ilmu. Semoga memberi manafaat pada yang mengamalkannya. Akak dah lama amalkan sejak ustaz bagi diceramah2 ustaz. Alhamdulilah akak mohon halalkan ilmu yang ustaz berikan disetiap ceramah. Walaupun akak belajar melalui you Tube tapi banyak yang akak dapat. Semoga Allah sentiasa melindungi ustaz dan memberi kekuatan, ketabahan serta kesabaran. Jaga kesehatan ustaz dan jangan lupa makan ubat.
Ads
Harlina BaharudinSlm.ustaz sy mula amal ayat ni selepas tgk ustaz dlm satu rancangan TV..sy cri ayt ni dlm terjemahan Al Quran..sy hafal dan fhm maknenya..sya ajr kt ank2 srh mrk hafal..alhamdullillah x lm lps tu Allah bg rezeki yg x disangka2 n ada perubahan pd ank2..alhamdullillah..
Zeeda Leeda Terimakasih Ustaz, mohon perkongsian ini di dunia sehingga akhirat dan moga ķita semua mendapat safa’at dariNya …..
Jadi kepada hijabi yang berdepan situasi ini, boleh amalkan surah As Syura dan berdoa semoga diberi kelembutan hati bagi yang sering melemparkan sifat negatif pada diri kita. Juga untuk dimurahkan rezeki oleh Allah. Insya-Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selamat bergelar bapa, penyanyi Usop kini menimang anak sulungnya apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim, bersalin pada awal pagi Jumaat, 25 November 2022.
Penyanyi itu memanjat rasa syukur yang tidak terhingga melalui posting di laman media sosial miliknya di Instagram. Alhamdulillah, kini mereka punyai penyeri yang bakal menceriakan hari-hari kedua pasangan ini.
Sudah lama menantikan saat ini, kini Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, meluahkan rasa syukur apabila selamat menyambut kelahiran anak sulungnya itu.
Melalui perkongsiannya di laman instagram miliknya itu, Usop dan Teha terus mendedahkan nama penuh bayi mereka. Muhamad Saif Umar, itulah nama yang diberikan buat cahaya mata mereka yang pertama itu.
“Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop.” tulisnya di ruang kapsyen.
Posting itu juga diselitkan gambar isterinya, Teha, yang sedang memegang anak sulungnya itu. Manis senyuman yang terukir di muka isterinya itu setelah selesai menjalani sesi bersalin.
Ramai juga rakan artis dan juga peminatnya yang menitipkan rasa syukur dan tahniah buat Usop dan Teha. Ada juga yang tidak sabar untuk melihat muka bayi mereka, gebu katanya.
“Alhamdulillah, kirim salam dekat isteri adik…comel je ibunya. Semoga cepat sembuh…jaga diri adik dah jadi deddy…ye,
“Congratulations @teha_richer @usopofficial gebu elok ni…tak sabar nak tengok abang baby and tengok baby.” itulah kata peminat dan rakan artis di ruangan komen.
Sebelum itu, Usop ada juga memuat naik satu gambar tangannya memegang erat tangan isterinya. Kapsyen yang ditulisnya itu meminta para peminat serta buat semua yang membaca untuk memanjatkan doa keatas isterinya supaya semua berjalan dengan lancar.
Hidup bersama manusia adalah satu cabaran yang cukup hebat buat diri kita. Setiap individu juga punyai peranan dan kelakuan masing-masing yang adakalanya membantu dan menguji kesabaran diri.
Jelas sekali akan ada yang gemar untuk ‘membawa mulut’ dan menyebarkan kisah-kisah tidak manis di dengar. Apatah lagi cerita itu terpalit pula ada kena mengena dengan diri kita.
Selalu kita dengar peribahasa yang sesuai untuk situasi ini, jaga tepi kain orang, ianya cukup untuk menggambarkan sifat ‘terlebih ramah’ seseorang tentang kehidupan orang lain. Apakan pula sesetengah dari kita suka menyampaikan pula aib seseorang kepada orang lain.
Perbuatan suka menyebarkan aib orang dan terlalu rajin untuk bercerita hal orang ini sangat ditegah dan dipandang hina dalam Islam. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka perbuatan yang amat keji itu (berita palsu) tersiar di kalangan orang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (an-Nur: 19)
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga).” (an-Nur: 11)
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Dan fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan.” (al-Baqarah: 217)
Apabila bersembang pula kita lupa untuk melihat pula pada diri sendiri. Adakah sempurna sifat diri ini? Cukupkah pahala dosa kita dibandingkan orang lain? Jadi elakkan berkata tentang orang lain dan cuba fahami baik dan buruk diri sendiri.
Ingat, dalam masa kita suka mengata orang atau ber-gosip, adakah cukup pula masa kita untuk meminta maaf pada setiap insan yang di cerca itu? Sentiasa berjaga dan kawal diri sebelum berkata-kata.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tular baru-baru ini perkongsian oleh seorang penyanyi dangdut menangis ketika berjumpa dengan pendakwah bebas. Ifa Raziah berkongsi perasaan sebak dan terharu di akaun Instagram miliknya ketika berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi video yang di kongsikan oleh Ifa Raziah, dia kelihatan terkejut apabila melihat kelibat Ustazah Asma’ kearahnya. Perkongsian itu banyak mendapat perhatian orang ramai, ada juga memberikan komen positif dan juga negatif.
Melalui perkongsian oleh Ifa Raziah di video posting pada akaun Instagram, dia tidak menduga untuk berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun ketika berada di satu majlis baru-baru ini. Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima teguran daripada mana-mana pihak jika ia berkaitan dengan kebaikan.
“Saya nak sangat berjumpa dengan ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya. Selepas itu, saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah.
“Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa. Sebenarnya, siapa tegur saya okay je sebenarnya, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan? Kalau betul salah, saya mintak maaf,” katanya lagi.
Namun begitu, perkongsian milik penyanyi dangdut itu telah meraih banyak reaksi dari warganet. Tambahan, ada juga yang menyatakan komen yang tidak manis oleh kerana di anggap hanya sekadar tujuan ‘publisiti murahan’.
Walaupun begitu, ramai juga yang memberikan sokongan buat Ifa Raziah atau nama sebenarnya, Dato’ Saripah Raziah binti Mustapha, 46, supaya lebih memandang kepada arah positif. Mereka juga mendoakan yang terbaik buat Ifa Raziah.
“Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan kasihnya Allah SWT, saya pun pernah terjumpa Ustazah Asma’ Harun dan ia adalah rezeki terbesar saya ketika itu.”
“Syukur Ya Allah…menitis air mata saya, You are amongst the artis yang cakap lepas…but what have you done today…MasyaAllah…syukur yang teramat. Terharu I tengok pelukan you ikhlas…” ujar salah seorang daripada warganet melalui ruangan komen.
Semestinya, pasti akan ada desas desus dari segelintir masyarakat yang memberikan komen yang negatif tentang sesuatu perkara. Meski pun perkara itu mempunyai niat yang baik dan ikhlas, ada sahaja yang ingin di perkatakan oleh mereka.
Walaupun pertemuan Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun mendapat banyak komen yang positif tetapi ada sahaja yang mengatakan macam-macam mengenainya. Banyak juga negatif komen yang di berikan, namun, Ustazah Asma’ tidak berdiam diri sahaja.
Ustazah Asma’ telah menaikkan satu posting di akaun media sosialnya untuk memberikan keterangan mengenai perjumpaannya bersama Ifa Raziah. Sama sekali ia tidak di rancang atau bertujuan untuk meraih publisiti murahan.
“Pertemuan saya dengan Ifa Raziah tidak di rancang. Sama ada oleh pihak Ifa Raziah…ada Al-quran di depan saya,
“Orang fitnah ustazah ini banyak drama. Lepas dia kecam-kecam buat pertemuan macam ini, boleh percaya ke,
“Daripada awal lagi saya dah berniat, Ya Allah, temukanlah di mana-mana dengan kak Ifa Raziah saya nak settle. Sebab dalam hati tiada niat untuk membenci.” ujar Ustazah Asma’.
Ustazah Asma’ juga menjelaskan bahawa dia bertemu bersama Ifa Raziah tidak di rancang dan ianya sama sekali tidak juga berkaitan dengan teguran yang pernah di berikan sebelum ini. Namun, segalanya hanya secara kebetulan dan menjadi takdir untuk berjumpa.
Tambahan lagi, menurut pendakwah bebas itu, dia menjelaskan isu tegurannya kepada penyanyi dangdut itu hanya sekadar tugasnya untuk menegur akhlak sesama manusia, bukan untuk membenci. Dia juga berkata warganet perlu tahu perbezaan antara menghukum dan menegur.
“Saya tak kisah saya di fitnah atau di sangka buruk. Tetapi yang lebih utama adalah berkenaan dengan pendidikan akhlak ummah,
“Mungkin di sebabkan itulah kekuatan. Bukan untuk membela diri saya tetapi saya perlu menulis bukan atas nak membersih dan menyucikan diri, tetapi atas sebab tuntutan agama itu sendiri.” katanya lagi.
Pertemuan antara Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun telah membuka mata ramai orang untuk sentiasa bersangka baik dan tidak menuduh tanpa sebarang usul periksa. Apa yang penting adalah untuk memastikan anda menegur daripada menghukum.