Inilah masanya kita menjalani kehidupan sihat selepas pandemic covid-19. Sebagai wanita Islam, sukar untuk mencari pakaian aktif yang sesuai untuk dipakai ke gim atau aktiviti sukan. Pakaian biasa bagi kebanyakan wanita Islam ialah seluar peluh, tunik panjang dan sudah tentu tudung.

Bagaimana ini bukan bermakna anda wanita muslimah menjadi kengkangan untuk bersukan. Tular wanita islam menjalani aktivi bersenam di gim mengenakan tudung dan pakaian sukan, namun segelintir netizen tidak menggemari cara pemakainnya.

Walaupun anda menjalani aktiviti bersenam di dalam gim ada beberapa perkara harus dititik bertakan, apatah lagi mengenain aurat. Pelbagai jenama antarabangsa mahupun lokal mengeluarkan pakaian khas untuk hijabi yang aktif, malah setiap helaian tidak kurang hebatnya.

Kita dapat lihat di pasaran hari ini, secara amnya, pelbagai jenis rekaan sukan untuk wanita ditawarkan namun masih tidak memberi keselesaan dan kepuasan kepada mereka. Ada rekaan yang bajunya terlalu pendek, potongan seluarnya sedikit ketat, tudungnya tidak patuh syariah untuk disarungkan dan juga agak ketat di bahagian muka. Jadi, masalah-masalah ini menyebabkan mereka berasa tidak yakin untuk bersukan dan mengurangkan motivasi untuk kekal aktif dan sihat.

Tular hijabi bertudung bersenam tetapi masih nampak otot lengan, jom hijabista kongsi beberapa jenama pilihan yang boleh jadi padanan gaya semasa anda aktif bersenam. Selesa, patuh syariah dan rekaan yang memahami kehendak para wanita yang berhijab di luar sana.

The Sporty dUCk

Semenjak ditubuhkan pada Mei 2014, jenama mewah dUCk seringkali menjadi penanda aras bagi kaum wanita di luar sana terutamanya yang memakai hijab untuk tampil moden, bergaya, mahal dan eksklusif. Jenama dUCk telah melancarkan sebuah koleksi yang direka khas untuk kaum wanita tampil bergaya kala bersenam dan melakukan aktiviti lasak. The Sporty dUCk Collection merupakan sebuah koleksi yang wajib dimiliki terutamanya kepada golongan wanita berhijab yang ingin merasai keselesaan dan mewah sewaktu bersenam. Dengan adanya kemajuan teknologi canggih, kami di dUCk inginkan kaum wanita yang berhijab di luar sana tampil yakin dan bangga dengan diri mereka saat melakukan senaman apabila menyarungkan helaian dari koleksi ‘The Sporty dUCk’ ini.

Istimewanya mengenai rekaan Ready-to-Wear, ia bukan sahaja kelihatan moden, stylish dan juga mewah, malah jenama ini meraikan kepelbagaian saiz yang hadir dengan tujuh saiz berbeza, bermula dari XS, S, M, L, XL, XXL dan XXXL. Malahan, penggunaan teknologi yang digunakan untuk menghasilkan rekaan ini amat sesuai dengan pelbagai jenis potongan saiz badan.

IKLAN

Lilit Woman

Gerakan Get LIT. & Get FIT telah dimulakan oleh LILIT. untuk menggalakkan wanita mengamalkan gaya hidup sederhana dan sihat sambil menampil bergaya. LILIT. merupakan antara jenama pertama di Malaysia yang memperkenalkan pakaian untuk aktiviti fizikal dengan memberi penekanan pada kesopanan dan saiz, meliputi koleksi pakaian renang baharu LILIT. Koleksi ini, membawakan gaya rekaan yang sederhana dan lagi praktikal seperti penggunaan drawstring dan sambungan untuk anda kekal sopan, walaupun di dalam air.

Fesyen sopan dan bergaya yang dibuat untuk semua, all day, every day, hijabi tidak lagi perlu korbankan gaya dan keselesaan untuk kekal aktif dan sihat. Baru-baru ini, LILIT. telah melancarkan koleksi ke-dua pakaian untuk kekal aktif dengan membawakan set pakaian renang dan hijab baharu yang boleh didapati dalam pelbagai saiz.

ARTIKEL BERKAITAN: Hijab Sukan Yang Versatil, Pelengkap Pakaian Kasual Harian Anda. Labuh Dan Menutup Dada!

Naelofar

IKLAN

Jenama tudung ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana rekaan dan kualitinya cantik serta berkualiti. Keluaran hijab sport Naelofar diperbuat daripada kain mesh yang sangat breathable dan tak mudah panas. Ciri menarik mengenai hijab sukan Naelofar, terdapat rekaan bukaan khas untuk earphones di sisi kiri dan kanan tudung menjadikan sesuai dipakai mereka yang suka mendengar muzik atau podcast ketika bersenam. Manakala tudung ini tak mudah berbau busuk atau kepam kerana fabriknya tahan bakteria.

Bukan sahaja hijab malah rangkaian pakaian sukan dari jenama ini mengeluarkan baju dan seluar untuk hijabi aktif. Jangan risau, muat dipakai oleh kebanyakan saiz kepala tak kira besar atau kecil kerana fabrik mudah direnggangkan.

Tudung People

Koleksi sukan NAJWA dengan NANOTEKNOLOGI dari Tudung People, diperbuat daripada jersi poli spandeks yang cepat kering, koleksi yang ringan dan bernafas ini membuatkan anda selesa dalam hujan atau panas. Kini dipertingkatkan dengan nanoteknologi antimikrobial untuk keselesaan antibakteria tanpa bau.

IKLAN

Bergerak dan kekal aktif dengan barisan tudung sukan jenama ini yang baharu dan dipertingkatkan. Menariknya rekaan tudung ini mempunyi awning lembut untuk perlindungan matahari dan pengudaraan dengan potongan melengkung jahitan hadapan untuk gaya kasual dan didatangkan dengan inner yang melekat.

Al Humaira ACTIVE HIJAB

Koleksi yang dinanti-nantikan daripada Alhumaira, tudung aktif adalah untuk semua orang kekal sejuk, aktif dan bergaya dengan keselesaan terbaik. Dicipta dengan bahan mikrofiber yang licin, Al Humaira memperjuangkan 6 elemen menakjubkan yang hanya akan membuatkan anda lebih menyukainya. Tudung aktif ini pertama sekali bernafas yang menghilangkan kelembapan berlebihan dan membuatkan anda selesa kering pada bila-bila masa. Gentian mikro khas juga berfungsi ajaib untuk menyerap bau yang tidak diingini namun menambah sentuhan lembut pada kulit untuk memastikan anda kekal sejuk dan segar walaupun dalam cuaca panas. Malah, bahan ini sangat regangan yang mengukir di sekeliling muka anda agar sesuai dengan anda dengan sempurna tanpa sebarang halangan. Tudung aktif kami hadir dalam 5 warna untuk mengiringi matlamat anda untuk menjadi bahagia dan sihat.

Terdapat juga jenama-jenama lain seperti Nike, Adidas,Puma, Unde Amour dan banyak lagi mempunyai rangkaian pakaian sukan yang patuh syariah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk, Selesa, Pakai Pun Tak Terasa, Serba Baharu, Direka Khas Untuk Muslimah Aktif. Pratikal Sangat!

Aksesori pelengkap hijabi aktif

Selain hijab dan pakaian sukan, namun ada beberapa pilihan aksesori lain yang boleh dijadikan pelengkap pakaian sukan hijabi mahupun pakaian kasual, seperti stokin tangan dan kaki baju inner yang boleh di sarungkan dan digayakan dengan pakaian sukan lain.

Oleh itu, saranan untuk kaum hijabi di luar sana, untuk kekal aktif haruslah juga menjaga pemakaian yang mengikut syariah walaupun anda menjalani aktiviti bersenam.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=Zp9BKJy3nuQ

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI