Selebriti yang cantik jelita iaitu Daphne Iking,41, curi perhatian ramai di laman sosialnya apabila memuat naik fotonya mengenakan hijab di Instagram.
Mengenakan tudung sewaktu mengacarakan sebuah majlis, ramai yang terpesona melihatnya dan memberikan pujian buat Ratu Cantik Unduk Ngadau Sabah 2003 itu.
Walaupun hanya memakainya di acara tersebut, penampilan bertudung itu sangat sesuai dengan dirinya malah ada yang mengatakan ‘umpama bidadari syurga’.
Pemenang pelakon wanita Festival Filem Malaysia (FFM) 2010 itu bergelar mualaf pada Januari 2011, selepas berkahwin dengan ahli perniagaan Azmi Abdul Rahman.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon jelita, Fatin Afeefa yang juga isteri kepada jutawan, Aliff Awang hari ini hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut hak penjagaan satu-satunya anak perempuan tunggal, Ivy Herra Sophia hasil daripada perkongsian hidup bersama pelakon, Adam Shaz.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri menerusi hantaran di Insta Story suaminya, sebelum dikongsikan semula di Insta Story milik Fatin Afeefa.
“Ready For War @Fatinafeefa” tulis Aliff Awang pada hantaran berkenaan.
Menerusi paparan video di Insta Story berkenaan pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan bersemangat bagi menghadiri perbicaraan tuntutan hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan bekas suami.
Fatin Afeefa hadir ke mahkamah dengan ditemani suaminya, Aliff Awang pada awal pagi Khamis. Malah, lebih menarik perhatian lagi, Fatin Afeefa kelihatan berseri dalam pemakaian jubah berona hitam patuh syariah dan mengenakan tudung litup dalam rona senada.
Rata-rata netizen turut gembira dengan perkembangan positif Fatin yang sedang belajar menutup aurat sepenuhnya itu, malah ada juga yang mendoakan agar segala urusan Fatin dipermudahkan. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“Sebelum ini jarang post bertudung, sekarang dia banyak tunjuk pakai tudung, slow2 ye faa, saya doakan yang baik-baik saja untuk awak dan keluarga ❤️ hidayah semua milik Allah ❤️❤️❤️
“Semoga dipermudahkan urusan. Moga kemenangan berpihak pada kak fatin. Aamiin❤️”
Meninjau pula ke laman Instagram milik aktor, Adam Shahz pula Hijabista mendapati dia turut berharap agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sekadar info, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.
Terbaru, Fatin sah menjadi isteri kepada pasangannya, Aliff Awang pada 30 Disember 2022.
Malah, pada hari pernikahan pasangan itu, Hijabista ada melaporkan bahawa kas suami Fatin Afeefa, Adam turut mengingatkan Fatin agar tidak lupa menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah bertujuan menuntut hak penjagaan anak mereka yang bakal berlangsung dalam satu prosiding pada hujung Januari 2023.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan pergi tinggalkan kita dan Syawal pula bakal menjelma. Hijabi kini pasti sedang sibuk dan kalut dengan persiapan Hari Raya. Tidak dapat dinafikan, sesetengah hijabi lebih suka membeli-belah di saat-saat akhir kerana tidak sempat membeli-belah dan sibuk dengan kerja.
Kebiasaanya, membeli-belah di saat akhir juga lebih untung kerana anda tentu akan dapat lebih banyak diskaun. Betul tak? Okay, kalau anda berada di sekitar Damansara dan masih mencari-cari baju raya yang cantik-cantik, Hijabista cadangkan 6 butik yang boleh anda pergi. Paling penting, baju-baju yang dijual memang stailo.
Poplook sentiasa hadir dengan rekaan yang unik dan stailo. Dalam masa yang sama, ia tetap mengekalkan ciri-ciri muslimah yang mahu tampak sopan dan manis. Terletak di The Curve, Mutiara Damansara, anda harus kunjungi butik ini dengan segera kalau tak nak baju yang anda suka kehabisan saiz.
Terletak di Kota Damansara, Neng Geulis merupakan antara butik yang turut menjual tudung serta busana raya. Tahun ini, Neng Geulis hadir dengan pelbagai pilihan warna bermula daripada warna nude sehinggalah ke warna yang terang.
HIJUP merupakan jenama terkemuka di Indonesia yang turut popular di Malaysia. Mengetengahkan konsep fesyen berbentuk Islamik, HIJUP menjual pelbagai jenis produk rekaan pereka fesyen muslimah Indonesia. Jika sebelum ini anda perlu membeli melalui online, kini anda boleh pergi sahaja ke butik fizikal pertama mereka di Malaysia yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Tentu Syawal ini anda tampak lebih anggun, sopan dan menawan.
Jika anda merupakan penggemar baju bercorak flora dan abstrak, busana dari butik NAJJAH merupakan pilihan yang tepat untuk anda! Rekaan yang minimalis ini tentu buat hijabi tampak lebih ayu dan manis.
Kini anda tidak perlu ke Shah Alam lagi kerana butik Haqqi sudah dibuka di TTDI. Jika anda rasakan Haqqi hanya menjual keperluan haji & umrah, ternyata anda silap! Haqqi turut menjual busana dan hijab daripada jenama-jenama terkemuka seperti Ameera Zaini dan EL by ELFIRA LOY.
Nak bergaya macam Neelofa di pagi raya? Jangan lupa singgah ke butik Naelofar Hijab yang terletak di TTDI. Pelbagai koleksi tudung terkini yang boleh anda dapati di sana.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selebriti yang kini sukses sebagai ahli perniagaan, Mila Jirin baru-baru ini memuat naik satu hantaran megimbau kembali detik permulaan serta cabaran dihadapi sebelum berada pada tahap sekarang.
Puas sudah menangis, berkat kesabaran dan ketabahan akhirnya Juara Akademi Fantasia musim ke-5 ini bukan hanya bergelar usahawan hebat di Malaysia malah berstatus jutawan!
Bersama suami tercinta, pemilik nama penuh Nursyamila Jirin ini berjaya membangunkan perniagaan berkaitan pengurusan perkahwinan dan katering di bawah Bizmilla Catering.
Malah, Mila yang popular dengan lagu Persis Mutiara ini berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM50 juta setahun.
“Ada masa saya menangis..” kongsi Mila menerusi Instagram miliknya.
“Terkadang terfikir, kenapa saya tak berada di pentas besar menyanyi seperti yang saya impikan dulu.
“Tapi suami saya selalu tenangkan, rezeki Allah itu luas…pentas rezeki kita di sini sebagai usahawan.”
Sentiasa mengenang jasa suaminya sebagai insan yang sentiasa ada bersamanya saat susah dan senang, Mila menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka berjaya mengharungi segala cabaran bersama-sama.
“Dia mula bimbing saya berniaga sejak usia 20 tahun. 2008 buka event management sama sama, drive kereta bawak saya ke sana ke sini, sama-sama jual baju kurung.
“2009 buka restoran sama-sama, masak, cuci toilet, basuh pinggan, sama-sama nangis. Tak tidur setup pelamin, goreng ayam, masak catering, delivery sana sini. Semuanya kami buat sama-sama.”
Ibu kepada seorang anak ini turut mengimbau detik bagaimana dia dan suami mula rapat dan cinta berputik yang akhirnya membawa mereka ke fasa perkahwinan.
“Dari sahabat jadi rakan kongsi perniagaan. Sebab dah terlalu BBF sampai tak tahu bila mula jatuh cinta…tahu-tahu, terus dilamar melalui ayah saya. Itulah perjalanan cinta & perjuangan kami.”
“Sekarang, Alhamdulillah dari 2013 kami bina Bizmilla bersama. Kini 20 dewan banquet Bizmilla, dari bekerja berdua hingga kini Alhamdulillah lebih 250 team dengan payroll hampir RM1 juta sebulan, dan Bizmilla menjadi pioneer dalam Wedding Centre “All in one” yang telah bantu ribuan pasangan capai impian majlis perkahwinan mereka dengan lebih mudah dan affordable.”
Menjawab persoalan ramai, Mila turut berkongsi pengalamannya sepanjang bekerjasama dengan suami menguruskan bisnes.
“Mudah ke bisnes suami isteri? Tak mudah. Tapi sangat indah.
“Paling penting ada sefahaman, saling sokong dan mendokong visi dan misi. Sering cari kelebihan pasangan dan tidak sesekali bawa masalah kerja atau bisnes hingga ke dalam bilik tidur.
“Dan walau Encik Suami CEO di pejabat, dia tetap menghormati saya di office.Sering tanya pendapat saya sebelum buat sebarang keputusan. Kami di office pun tak pernah keluar nama-nama manja sebaliknya “Encik / Puan” Masuk kereta barulah tukar nickname manjeeeer.”
Tambah Mila lagi, dia dan suami pernah juga bergaduh kerana itu adalah lumrah bagi pasangan suami isteri.
“Bergaduh tak??? Kami jarang gunakan terma “Bergaduh” sebaliknya “Berbeza pendapat”
“Dalam berniaga bersama pasti berbeza pendapat Sentiasa raikan pendapat pasangan dan neutral dalam digest pendapat masing-masing. Jadi pendengar yang baik bukan pengkritik yang hebat.”
Semoga Mila dan suami kekal bahagia seterusnya sukses membangunkan empayar perniagaan bersama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.