Syawal kali ini pastinya cukup bermakna terutama kepada saudara baru. Tidak kira di mana mereka berada, sambutanya aidilfitri disambut penuh meriah. Begitu juga yang dirasai oleh mualaf Korea cukup viral kerana kecantikannya, Ayana Jihye Moon. Sempena Syawal lalu beliau mengucapkan salam aidilftiri dalam tiga bahasa yang berlainan dan ditonton hampir sejuta lebih pengikutnya.
Ayana mengucapkan selamat hari raya berkenaan dalam bahasa Melayu/Indonesia, bahasa Inggeris dan juga dari negara kelahirannya, Korea.
Walaupun loghat Melayu/Indonesia agak sedikit pelat, tetapi kelihatan cukup comel bait ucapan yang keluar dari mulutnya itu.
Hal ini diakui oleh followernya di laman sosial Instagram yang mencecah 1.4 juta. Malah turut mendapat hampir 6 ribu lebih komen dan rata-rata memuji ucapan berkenaan yang dianggap begitu comel.
Menurut Ayana, beliau menyempurnakan Ramadan pertama di Indonesia. Dan dia juga turut menyambut Syawal kali ini dengan penuh rasa gembira di Indonesia juga bersama teman-temannya. Mereka juga turut membalasnya dengan menggunakan bahasa Korea.
Dalam satu statusnya, ramai bertanya kenapa dia tidak balik ke Korea menyambut Syawal. Ayana menjawab di sana tiada sambutan Hari Raya. Malah ramai di kalangan masyarakat Korea tidak tahu apa itu makna Hari Raya.
Dia yang kini menetap di Indonesia turut menjelaskan keluarganya juga tidak tahu apa itu maksud Hari Raya. Walau bagaimanapun menurutnya, dia akan balik melawat keluarganya di sana kerana rindukan mereka dan juga makanan Korea.
Ads
Dalam kesempatan itu saudara baru ini juga turut mengucapkan selamat hari raya kepada semua saudara seislam yang mengenalinya.
Seperti hijabi lain, Ayana turut menyarung persalinan santun untuk menyambut lebaran kali ini. Biarpun lilitan hijab bawal diikat ringkas, namun tetap menyerlahkan kejelitaan wajahnya.
Menurutnya walaupun mempunyai keluarga sendiri di Korea tetapi dia juga katanya sendirian di Indonesia. Jadi dia dapat merasakan perasaan yang dialami anak-anak yatim ini dan turut bersimpati.
Ibu dan bapa mana sahaja yang tidak akan gembira melihat anak mereka berjaya memegang segulung ijazah di tangan. Tambahan lagi pula, ia menjadi satu kemenangan buat ibu dan bapa kerana berjaya membesarkan anak yang mereka kasihi.
Baru-baru ini, Rozita Che Wan turut memanjatkan rasa syukurnya apabila anak keduanya, Aniq Ezra, berjaya menamatkan pelajarannya. Ramai juga yang memberikan komen yang positif melalui perkongsiannya itu.
Pelakon dan juga usahawan, Rozita Che Wan, menitipkan rasa syukur apabila anak keduanya, Aniq Ezra, kini telah berjaya menamatkan pelajarannya di Taylor’s University. Lebih mesra di kenali sebagai Che Ta, dia turut menghadiri majlis konvokesyen tersebut baru-baru ini untuk meraikan kejayaan itu.
Menjadi perhatian orang ramai lagi apabila kapsyen melalui perkongsian Che Ta yang begitu manis dan juga bersifat keibuan oleh kerana penggunaan loghat Kedah. Tetapi, titpannya di ruangan kapsyen itu sedikit-sebanyak membuatkan orang ramai terkenang pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan anak yang mereka kasihi.
“Berbaloi lah mak hang berkepak caqi duit nak bayaq fees Taylor’s University…bukan sikit-sikit duit chek oiiii…
“…Tapi syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah swt double degree dalam tangan,
“I hope you will continue working hard to make yourself a completely succesful man.” katanya.
Walaupun kapsyen perkongsian di laman Instagram miliknya itu agak ringkas, tetapi ia cukup membuatkan ramai orang rasa kesyukuran yang dia rasai. Ibu dan bapa mana sahaja yang tidak akan terharu melihat anak mereka berjaya dalam kehidupan mereka.
Meski pun perkongsian Che Ta itu bertuju khas buat kejayaan anak keduanya yang berjaya memiliki double degree, tetapi ramai yang turut kagum dengan fesyen yang di gayakan oleh Che Ta ketika itu. Siapa sahaja tidak tahu Che Ta yang sememangnya sinonim dengan penggayaan fesyen yang sofistikated dan megah!
Apabila melihat gambar posting di Instagram miliknya itu, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita binti Abu Bakar, 49, memadankan tudung bawal dan juga blazer yang berwarna orange neon juga dengan perincian ostrich feather membuatkan lagi gaya fesyennya lain dari yang lain. Juga begitu, Che Ta juga memakai seluar leather berwarna hitam dan juga but bertumit.
Apabila meninjau di ruangan komen, ramai juga yang memuji kecantikan serta gaya fesyen yang di gaya oleh Che Ta ketika itu. Ramai yang berikan komen positif dan juga memberangsangkan.
Gembira melihat ramai yang kini berjaya dan memperoleh kejayaan yang mereka inginkan. Kami dari Hijabista juga turut ingin mengucapkan Aniq Ezra atas kejayaannya memiliki dua ijazah sarjana muda.
Ingatkan sakit kepala biasa, rupanya… kenali jenis sakit kepala yang mungkin anda alami. Kebanyakan orang akan mengalami sakit kepala dari masa ke semasa dan ia adalah normal. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang.
Walaupun ianya menyakitkan dan melemahkan, sebahagian besarnya dapat disembuhkan dengan ubat penahan sakit sederhana dan akan hilang dalam masa beberapa jam. Walau bagaimanapun, serangan berulang mungkin boleh menjadi sesuatu yang lebih serius. Namun, jom semak 11 jenis sakit kepala yang mungkin anda alami.
Jenis sakit kepala ini terjadi secara berturut-turut. Setiap sakit kepala boleh berlangsung dari 15 minit hingga tiga jam. Kebanyakan orang mengalami satu hingga empat kali sakit kepala sehari sekiranya diserang dengan jenis sakit kepala ini.
Anda akan terasa seperti terbakar dan menusuk yang teruk apabila sakit kepala ini bertandang. Ia berlaku di sekitar bahagian mata atau di belakang mata pada satu masa. Kadang-kadang, ia boleh menjadi bengkak, kemerahan dan berpeluh yang akan berlaku di bahagian yang dipengaruhi oleh jenis sakit kepala ini.
Biasanya ia terjadi pada waktu yang sama hampir setiap hari. Doktor juga tidak pasti apa yang menyebabkan sakit kepala berkumpulan ini, tetapi mereka tahu beberapa cara yang berkesan untuk merawatnya.
Sakit kepala kadang-kadang berlaku akibat reaksi alergik. Kesakitan dari jenis sakit kepala ini sering difokuskan pada kawasan sinus dan di bahagian depan kepala anda. Sakit kepala migrain juga biasanya salah satu yang didiagnosis sebagai sakit kepala sinus.
Malah, sehingga 90 peratus daripada “sakit kepala sinus” sebenarnya adalah sakit kepala migrain. Anda yang mempunyai alahan biasanya akan terdedah kepada jenis sakit kepala ini. Sakit kepala Sinus dirawat dengan menipiskan lapisan lendir yang menyebabkan tekanan sinus.
Semburan steroid hidung, decongestan OTC boleh membantu merawatnya. Jenis sakit kepala sinus juga boleh menjadi gejala jangkitan penyakit sinus. Dalam kes ini, doktor anda mungkin menggunakan antibiotik untuk membersihkan jangkitan dan melegakan sakit kepala dan gejala lain.
Memiliki jumlah kafein terlalu banyak boleh menyakitkan sakit kepala. Orang yang mempunyai migrain berisiko kerap mencetuskan sakit kepala akibat kegunaan kafein. Kafein akan menjejaskan aliran darah ke otak anda, apabila kita mendedahkan otak kepada sejumlah kafein setiap hari. Ini mungkin kerana kafein memberi kesan kimia di dalam otak dan boleh mencetuskan jenis sakit kepala ini.
Fakta mengatakan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala. Jenis sakit kepala hipertensi ini memberi isyarat kecemasan. Ini berlaku apabila tekanan darah dalam badan anda menjadi tinggi. Jenis sakit kepala hipertensi ini biasanya akan berlaku pada kedua-dua belah kepala dan biasanya akan menjadi lebih teruk. Sakitnya akan terasa seperti berdenyut. Anda juga mungkin mengalami perubahan penglihatan, mati rasa atau kesemutan, sakit dada atau sesak nafas.
Dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya anda mengalami simptom ini. Biasanya ia akan hilang sebaik sahaja tekanan darah berada di bawah kawalan yang lebih baik.
Sakit kepala pasca-trauma boleh terjadi selepas kecederaan kepala. Jenis sakit kepala ini adalah sama seperti migrain dan biasanya bertahan sehingga 6 hingga 12 bulan selepas kecederaan berlaku. Sakit kepala pasca-trauma ini juga biasanya boleh menjadi kronik jika tidak dirawat dengan baik sepenuhnya.
Sakit kepala pemulihan yang juga disebabkan oleh pengambilan ubat sakit kepala yang berlebihan. Ianya terasa seperti sakit kepala jenis ketegangan atau lebih menyakitkan, seperti migrain. Anda mungkin lebih mudah terdedah kepada jenis sakit kepala ini jika kerap menggunakan painkiller. Penggunaan ubat ini secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala yang lebih banyak dan bukannya sedikit.
Wanita biasanya akan mengalami jenis sakit kepala ini yang dikaitkan dengan perubahan hormon. Menstruasi, pil kawalan kelahiran dan kehamilan semuanya memberi kesan kepada paras estrogen anda yang boleh menyebabkan sakit kepala.
Sakit kepala ini berkaitan secara khusus dengan kitaran haid juga dikenal sebagai migrain haid. Ini boleh berlaku sebelum, semasa ataupun selepas haid juga semasa ovulasi. Untuk mengawal kesakitan ini, anda perlu mengambil naproxen (Aleve) atau ubat-ubatan preskripsi seperti frovatripan (Frova) dan sebagainya. Dianggarkan bahawa kira-kira 60 peratus wanita dengan migrain juga mengalami masalah ini, jadi ubat alternatif mungkin mempunyai peranan dalam mengurangkan sakit kepala ini.
Kesakitan sakit kepala berlaku dengan cepat selepas tempoh aktiviti fizikal yang sengit. Pengangkat berat, lari dan lain-lain aktiviti adalah pencetus untuk mengalami jenis sakit kepala ini. Aktiviti ini boleh menyebabkan peningkatan aliran darah ke tengkorak anda malah ia menyebabkan sakit kepala yang berdenyut terhadap kedua-dua belah bahagian kepala anda.Analgesik, seperti aspirin dan ibuprofen (Advil) pasti dapat mengurangkan masalah ini.
Seseorang yang mempunyai migrain pasti akan mengalami rasa sakit yang berdenyut pada satu bahagian kepala. Mereka mungkin mengalami kepekaan yang tinggi terhadap cahaya, bunyi, dan bau. Biasanya jenis sakit kepala ini berlangsung antara 5 hingga 60 minit pada awalnya.
Migrain cenderung berlaku berulang kali dan setiap serangan mungkin berlangsung sehingga 3 hari lamanya. Walaupun migrain boleh berlaku pada orang dewasa dan kanak-kanak, ianya tiga kali ganda lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki.
Sesiapa sahaja boleh mengalami sakit kepala ketegangan dan biasanya disebabkan oleh tekanan. Painkiller mungkin adalah apa yang diperlukan untuk melegakannya. Ini termasuk aspirin, ibuprofen (Advil), naproxen (Aleve) dan sebagainya.
Sekiranya ia tidak berkesan, doktor akan mengesyorkan ubat preskripsi. Ini termasuklah indomethacin, meloxicam (Mobic), dan ketorolac. Jika sakit kepala ketegangan menjadi teruk, tindakan yang berbeza mungkin dicadangkan untuk menangani kesakitan tersebut.
Sakit kepala hipnic adalah keadaan yang jarang berlaku yang biasanya bermula untuk pertama kalinya pada usia 50an namun ia juga boleh bermula lebih awal. Sakit kepala hipnic terdiri daripada kesakitan berdenyut ringan sehingga sederhana. Ia biasanya dirasakan di kedua-dua belah kepala.
Walaupun sakit kepala ini tidak berbahaya, seorang yang lebih tua yang mengalami jenis sakit kepala ini untuk pertama kalinya harus berjumpa doktor. Jenis sakit kepala ini boleh dirawat dengan kafein yang diambil sebagai tablet atau sebagai cawan kopi sebelum tidur. Pilihan ubat lain termasuk indometasin, melatonin, dan litium.
Itulah 11 jenis sakit kepala berdasarkan penyebabnya. Secara umum, dalam banyak jenis sakit kepala akan hilang dalam 48 jam. Namun jika sakit kepala anda memiliki ciri berikut: berlangsung lebih dari dua hari dan intensiti meningkat, sakit tak meredawalaupun sudah mengambil ubat, segeralah periksauntuk nasihat doktor. Sakit kepala boleh jadi gejala keadaan kesihatan yang lebih serius.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Daiyan Trisha seorang pelakon yang cantik, dan semua yang dipakainya sentiasa kelihatan cantik dan bergaya. Ini kerana Clarks bekerjasama dengannya untuk koleksi Spring/Summer 2023.
Elemen keselesaan dan rekaan ringkas namun elegan menjadi titik permulaan bagi Daiyan Trisha memperibadikan 10 rekaan kasut koleksi Clarks x Daiyan Trisha.
Dalam koleksi musim ini, Clarks menyerlahkan reka bentuk, gaya, keutamaan dan nilai estetik yang sepadan dengan Daiyan.
Reka bentuk dan keselesaan adalah beberapa perkara yang dihargai apabila membeli kasut baharu kerana ia akan dipakai selama berjam-jam pada satu masa.
Lebih khusus lagi, Clarks bekerjasama dengan Daiyan Trisha untuk koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2023. Dalam koleksi musim ini, Clarks menyerlahkan reka bentuk, gaya, keutamaan dan nilai estetik yang sepadan dengan Daiyan.
“Kami sangat teruja untuk melancarkan Musim Bunga/Panas 2023 pada Hari Raya ini dengan Daiyan sekali lagi. Kami melalui pengalaman yang menakjubkan dengannya tahun lepas, dia adalah inspirasi kepada rakan kreatif dan generasi muda
“Kerja yang dia lakukan tepat dengan jenama, nilai dan mesej kempen ‘For The World Ahead’ kami. Jadi, kami berbangga untuk mengambil langkah bersama Daiyan untuk mencipta impak positif hari ini,” jelas Tara McRae, Ketua Pegawai Pemasaran & Digital Global Clarks.
Menurut Daiyan Trisha, koleksi kolaborasi Born To Charm terdiri daripada 10 rekaan yang memenuhi semua gaya, cita rasa dan estetika. Reka bentuk inklusif memberikan wanita daya tarikan yang unik dengan menjadi tulen dan pada tahap terbaik mereka sambil memakai kasut yang paling selesa dan bergaya.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.