Pernah tular dua bulan lepas mengenai pasangan suami isteri yang menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-10 dengan memakai lengkap baju pengantin bersama anak-anak mereka. Namun, pada minggu lalu, si suami telah memuat naik status di facebook mengatakan isterinya yang merupakan pesakit barah tahap 4 itu telah meninggal dunia.
Mesej menyentuh hati yang dimuat naik oleh suaminya di facebook Carlose Azizol.
Assalamualaikum..
Akhirnya kau pergi jua……..
Terima kasih pada semua yg telah mendoakan arwah isteri saya. Sesungguhnya saya amat berpuas hati dapat menabur bakti saya terhadap arwah isteri.. 1 tahun 6 bulan arwah menderita kanser.1 tahun 6 bulan juga saya bejuang utk dirimu..alhamdullilah dpt kami lalui bersama tanpa rasa gentar… Semoga arwah isteri ditempatkan dikalangan syuhada. Senyuman terakhir itu tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat saya.. Semoga saya dpt bersatu kembali bersama arwah isteri saya..Sesungguhnya aku terlalu menyayangi dirimu.
Ads
Terima kasih pada mak ayah.mak mertua dan pak mertua.adik beradik.ipar duai.sepupu2 dan makcik2 yg tidak putus2 datang ke rumah dan membantu meringankan bebanan yg saya tanggung.
Terima kasih jugak pada kawan2 isteri dan kawan2 saya yang tidak jemu dtg melawat dan memberi kata kata semangat agar sy kuat menghadapi hari mendatang..terima kasih pada ribuan org yg hadir melawat isteri saya
Segala kenangan akan ku semat di dalam diriku.. Insyallah selagi hayat dikandung badan saya akan menjaga sebaik mungkin anak2 kita yang. Tunggu saya dipintu syurga yang…
Ads
Pergimu dengan senyuman dan ditemaniku dan anak2 serta ahli kluarga. dipermudahkan segalanya dan diiringi hujan renyai2 selepas selesai.. Alhamdulillah aku amat berpuas hati dapat berbakti padamu sehingga akhir hayat mu.. Semoga mendapat husnul khotimah..aku redha akan takdir ini.. Kehidupan perlu diteruskan. Pejuanganmu telah selesai..pejuangan ku masih belum selesai..
Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai hijabi yang berminat untuk menjadi instafamous. Mana tidaknya, kerjaya sebagai instafamous ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka. Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu korbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti. Hal ini diakui oleh instafamous atau influencer Syafiqah Aina yang sebelum ini cukup viral dengan pelbagai kontroversi.
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat. Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui agak sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas. Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG hampir 700 ribu.
Walaupun sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana yang mahu menjadi sepertinya. Dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak dan juga turut memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi instafamous berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous. Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina yang ditemui ketika majlis pelancaran produk Bella Boo di MIHAS baru-baru ini. Sejak jadi popular ini, dia juga rasa terharu apabila ada peminatnya yang datang padanya mengajak bergambar.
Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar instafamous, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Pada awalnya produk serum yang diusahakan ini juga turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah. Namun sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina yang masih belum berkesempatan berbulan madu setelah beberapa bulan berkahwin kerana kesibukan bekerja.
Ibu merupakan insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Insan yang melindungi kita sejak kecil dan sentiasa ada di saat kita memerlukan. Oleh itu, apabila dah dewasa, seorang anak pasti sedaya upaya mahu membuat ibu mereka gembira serta membalas jasanya.
Kata orang, ‘Syurga di bawah telapak kaki ibu”. Terdapat pelbagai cara untuk membahagiakan mereka, contohnya seperti memberikan hadiah, membantu melakukan tugasan rumah ataupun memberikan sedikit wang belanja.
Bahkan, wang yang diberikan kepada ibu juga akan bertambah berkat. Memiliki wang yang berkat adalah satu perkara yang diinginkan oleh ramai orang. Tak perlu banyak, pemberian yang sikit juga sudah memadai sebagai tanda menghargai dan membalas jasa mereka.
Jangan pernah bersikap kedekut dengan kedua ibu bapa kita. Memang mereka tidak pernah ‘meminta’ untuk dicurahkan dengan wang ringgit, tetapi tidak salah kita sebagai anak berusaha untuk membantu serta membahagiakan mereka.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman TikTok, Shahira Yusop yang berkongsi cerita dia menjual Nasi Lemak RM 1 setiap hari, dan akhirnya dapat bagi memberi sedikit wang belanja buat ibunya.
Difahamkan, dia baru sahaja memulakan perniagaan selama 2 bulan di Bukit Jati Kg Jawa, Klang. Shahira akui bulan pertama bukannya mudah diharungi dan dia telah dibantu oleh ibunya.
“Selepas 2 bulan aku kumpul duit nasi lemak rm1, bulan pertama aku cuma cakap mak doakan adik, nanti ada duit adik bagi mak” tulisnya.
Disebabkan baru sahaja memulakan perniagaan, wanita ini akui masih tidak mampu membalas jasa ibunya yang selama ini menyokong bahkan hanya mampu memberikan rm10 sahaja serta tidak lupa meminta doa daripada ibunya.
Bahkan terdahulu, Shahira tidak mampu untuk membeli meja buat perniagaannya, dan hanya menggunakan meja hasil pemberian orang. Namun kini, berkat doa ibunya, dia mampu menjual 300 bungkus nasi lemak dalam masa hanya satu jam.
Dapat dilihat dalam video yang dimuat turun, Shahira memegang beberapa keping duit RM50 sambil menghampiri dan menghulurkan duit itu kepada ibunya yang sedang sibuk di dapur.
Ibunya terlihat terharu menerima pemberian dari anaknya, tetapi cuba menahan sebak dan berterima kasih.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar wanita ini dimurahkan rezeki disebabkan sering menggembirakan hati ibunya. Video tersebut kini mendapat lebih 7354K tontonan, 602 kesukaan dan 86 komen.
“Syukur Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki sentiasa sebab berkongsi rezeki pada ibu”
“Teruskan muliakan syurga kamu sampai akhir hayatnya”
“Berkat usaha dan dosa seorang ibu.. untung adik msih ada ibu.. doa ibu sentiasa ada untuk mu selagi bernyawa..”
“Duit boleh cari tapi doa seorang ibu tak semua boleh dapat..”
MasyaAllah, sesungguhnya doa ibu tidak ternilai harganya. Sementara mereka masih hidup, gunakanlah peluang ini untuk berbakti sehabis mungkin. Seringgit kita beri untuk gembirakan mereka, nescaya Allah SWT akan balas beribu kali ganda.
Bagi penggemar kuih berintikan manisan pastinya menyukai buah Melaka. Buah Melaka atau Onde-onde sememangnya menjadi kesukaan pelbagai peringkat usia. Jika biasanya buah Melaka menggunakan daun pandan tapi apa kata sesekali ubah cita rasa menggunakan buah naga.
Sama ada dimakan pada waktu pagi atau petang, ia tetap membangkitkan rasa dan aroma enak apatah lagi sekiranya dinikmati bersama minuman panas.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Juraini Mohd Zabidi ini.
BAHAN-BAHAN: 4 sudu besar tepung pulut 1 sudu besar tepung beras 1 biji buah naga – kisar dengan sedikit air Gula melaka – potong kecil 1/2 biji kelapa muda parut – ambil bahagian putih sahaja Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut Sedikit air kapur
CARA MEMBUAT:
1.Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan buah naga yang telah siap dikisar.
2.Campurkan dengan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan.
3.Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul-betul cair semasa direbus.
4.Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan bebola tepung. Tunggu sehingga bebola timbul di permukaan air. Ini menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.
5.Toskan. Golek-golekkan dengan kelapa parut yang telah siap digaul bersama sedikit garam.