Ramai yang mengucapkan tahniah dengan kelahiran puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa yang selamat dilahirkan Isnin, sempena 1 Rejab lalu. Dalam banyak-banyak ucapan itu, ucapan tahniah dari negarawan terulung negara, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu menyentuh hati.

Dengan suara perlahan, beliau mengucapkan tahniah kepada pasangan ini yang menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Video berdurasi 1 minit ini di muat turun di laman instagram Tun Dr Mahathir sendiri.

Walaupun akaun Tun baru sahaja dibuka tetapi beliau sudah mempunyai pengikut 72.4K. dan video berkenaan adalah status ketiga yang dimuat turun beliau.

Dalam ucapannya itu, Tun Mahathir memberitahu, beliau gembira mendengar berita kelahiran cahayamata sulung Siti dan mendoakan keduanya berada dalam keadaan sihat. Menurut Tun, berita itu pastinya mengembirakan seluruh Malaysia dan ia merupakan nikmat tidak terhingga dengan kelahiran bayi pertama ini.

IKLAN

Status dimuat turut juga turut mendapat like hampir 60 ribu dan rata-rata netizen memberi komen yang agak turut menyentuh hati. Malah tuan empunya diri Siti dengan akaun @CTDK juga turut menekan butang like pada video berkenaan.

IKLAN

Rata-rata netizen terharu dan respek dengan idola kesayangan ramai ini. Selain itu ramai juga yang mendoakan kesihatan Tun agar sentiasa kuat dan tahan lasak. Juga turut mendoakan beliau berada dalam lindungan Allah.

adibaziz90Love you ?

IKLAN

supercatladyySemoga pjg umur dan diberkati Allah 

@chedetofficialnjlaaelia7may allah bless you Tun

petertwlohTahniah kpd Datin Siti.Doa kpd Tun supaya panjang umur utk Selamat kan Malaysia

afiqahhasannTun…terharu saya tgk ucapan ni. Kami rakyat malaysia sayangkan Tun. Semoga Tun dan keluarga sentiasa dibawah lindungan Allah. Aminnn

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI