Pada 1 Disember yang lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti telah mengumumkan berita mengenai kehamilan keduanya yang kini sudah memasuki bulan keempat.
Pada hari yang sama juga, beliau telah melancarkan klip video muzik single terbaharunya, Kuasa Cintamu di laman YouTube rasminya. Menariknya mengenai pembikinan video muzik ini, ia telah dihasilkan secara one take shot dimana segalanya terpaksa diulang semula jika ada kesilapan yang terjadi.
Menerusi laman Instagram, pengurusnya, Rozi Sang Dewi telah berkongsikan cabaran dimana Tok Ti harus menukar busana dalam masa 11 saat sahaja bagi menjayakan klip video muzik tersebut.
Sepanjang @ctdk menjadi artis, ini pengalaman pertama beliau menjalani penggambaran video muzik secara one take shot atau one taker.
Mungkin mudah jika tidak perlu menukar pakaian tetapi @ctdk perlu memakai 2 lapis pakaian lengkap dengan anak tudung/inner berbeza (2 lapis pakaian) kerana penukaran ini perlu dibuat dalam masa 11 saat saja.
Semestinya ada cabaran tetapi apa yang penting adalah pengalaman. One taker ini, kalau ada scene yang tidak ok, sama ada pelakon, pemuzik, camera shot atau @ctdk sendiri, penggambaran akan diulang dari mula. Adakala pelakon dah ok, camera pula tak stabil atau goyang atau termiss di mana-mana, adakala @ctdk lupa lirik, salah ‘miming’ dan sebagainya.
Paling best bila scene Aafiyah, ada masa dia sporting dan ikut arahan, ada masa dia tak bergerak langsung ke arah @ctdk, memang lucu. Seluruh tenaga produksi bekerja sangat berhati-hati, fokus dan alhamdulillah, video muzik ini sudah pun dilancarkan.
Selepas @ctdk umumkan akan berehat untuk fokus kepada perancangan keluarga, kami di SNP dan Universal Music berusaha menghabiskan apa sahaja kerja mengikut jadual yang berbaki termasuklah menyiapkan video muzik ini.
Untuk menonton lebih banyak lagi kejadian di belakang tabir #KuasaCintamu, jangan lupa ke youtube channel Siti Nurhaliza pada 5 Disember, jam 9 malam.
Ads
Di ruang komen di YouTube, ramai yang sebak melihat video muzik tersebut kerana lirik dan kisahnya video muzik tersebut adalah mengenai perjalanan hidup Tok Ti sendiri.
Memang bestlah muzik video dan lagu ini. Jika betul-betul dihayati, pasti akan terusik hati. Kami di Hijabista mendoakan agar Tok Ti dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia bersama keluarga tercinta. Amin!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pembabitannya dalam politik sejak usianya masih muda lagi. Sebaik ayahanda tersayang ditahan di jeriji besi, wanita ini gigih memperjuangkan agenda pembebasan dan kebajikan rakyat hingga digelar Puteri Reformasi.
Setelah hampir sedekad berlalu, nyata wanita ini bukan lagi gadis mentah, tetapi beliau sudah cukup matang mendepani pelbagai masalah yang berlaku di sekelilingnya.
Nyata pengalaman lalu menyuntik inspirasi buat diri YB Nurul Izzah untuk terus kukuh berdiri dalam mempertahankan apa yang diperjuangkan.
Beliau yang juga wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai begitu bersemangat setiap kali bercerita soal reformasi pada hari ini yang dikatakan sangat baik untuk masyarakat masa kini terutama dalam usaha membina negara Malaysia yang lebih adil, aman dan harmoni.
Menurutnya kita harus mempunyai keberanian untuk mengubah pentadbiran yang ada sekarang untuk menyelamatkan ekonomi yang dikatakan begitu tidak stabil atau merakyat.
Masih segar di ingatan admin kala mengadakan sesi fotografi dengan beliau untuk muka hadapan sebuah majalah. Tika itu Nurul Izzah yang masih muda menyatakan kerinduan yang tak berbelah bagi pada ayahanda tersayang.
Dan kini, tika diberitahu, beliau sudi memenuhi undangan fotografi dengan HIJABISTA, bagai orang mengantuk disorong bantal. Terus sahaja terbayang momen fotografi lalu dan ketika berdepan dengannya, sekali lagi soalan sama menerjah kotak fikiran.
“Tidak rindukah pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim”?
Itu antara soalan yang sempat diajukan pada wanita yang kian bijak, cukup pantas dan bersemangat menjawab setiap soalan yang diajukan.
“Dato’ Seri sudah lama terpisah daripada keluarga mengikut fasa. Jika diukur dari zaman muda beliau hingga kini sudah terpisah hampir 10 tahun. Saya sering kali merasakan inilah yang dikatakan dugaan Tuhan dan ia sebenarnya lebih mengukuhkan jalinan kekeluargaan, dan juga peluang menjiwai kemelut yang dihadapi rakyat terbanyak.
“Saya amat rindukan beliau dan setiap kali berjumpa dia mengukir senyuman dan sikap optimisnya bagaimana beliau memahami masa bersama keluarga bukan bermaksud harus dihabiskan di hotel mewah.
“Masa bersama keluarga adalah nikmat tersendiri dan kita perlu mensyukuri peluang yang ada dan melakukan sebaik mungkin untuk melahirkan kesan yang positif kerana kita mahu membantu agenda rakyat.
“Beliau sangat prihatin dengan isu terkini walaupun beliau berada di sana. Saya sangat bersyukur dan setiap kali rinduannya saya akan cuba ingat semangat dan optimis beliau yang memberikan kami kekuatan sebagai sebuah keluarga.
“Selalunya cucu yang rindu untuk bertemu Papa Tok. Mereka sangat rapat dan boleh peluk cium jika berjumpa di mahkamah,” ujarnya yang dilabel sebagai wanita cukup aktif dan gigih memperjuangkan apa yang dipegang selama ini.
Melihat caranya bekerja bagai merasakan masa 24/7 seminggu ini dihabiskan untuk bekerja. Bagaimana dia menguruskan keluarganya dan tidak adakah rehat dalam kamus hidup wanita ini.
“Sebenarnya kekuatan spiritual itu sangat penting. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT. Saya harus ingat dirisaya setiap masa yang mana kita diberi nikmat hidup, bernafas, diberi keupayaan fizikal untuk melakukan sesuatu itu bagi untuk merubah masa depan. Jangan kita ambil mudah dan saya sesekali tidak boleh lepaskan peluang yang ada.
“Dan pastinya sebagai seorang Muslim, jika berkesempatan saya akan melakukan solat tahajjud dan menyempurnakan solat lima waktu. Ini kerana dengan solat itu memberi kita kekuatan dalaman yang sangat penting bagi mendepani segala cabaran.Saya melihat wanita lain juga amat kuat mengharungi hidup. Bayangkan suri rumah yang mampu melakukan apa sahaja demi keluarga mereka,” jelasnya lagi yang bersyukur kerana di belakangnya ada team yang kuat berdiri kukuh bersamanya.
Sebagai insan biasa dan telah mengharungi pelbagai dugaan sejak dulu, pastinya ada terselit rasa sedih dan beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perasaan itu.
“Saya bersyukur kerana tidak berdiri sendiri sebaliknya mempunyai pasukan yang prihatin, teman-teman yang punya idea dan wawasan yang sama. Tentu ada masa sedih dan salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mendengar rakaman ceramah yang disampaikan melalui youtube yang boleh dijadikan panduan dan peringatan daripada pakar yang baik.
“Selain itu saya juga akan bermain dengan anak. Tetapi saya akui saya agak strict dengan anak. Saya tidak ajar beri mereka ipad untuk memastikan mereka diam. Alhamdulillahlah anak-anak boleh ikut cara saya dan buat masa ini mereka sedang belajar bahasa Arab. Kita perlu bermain dengan mereka secara aktif. Sebenarnya rumah kami sudah tidak ada TV sejak rosak ketika ayah ditahan,” jelasnya lagi yang gemar membacakan sirah Nabi pada dua anaknya yang berumur 8 dan 10 tahun sebelum tidur.
Menurutnya dalam menarik minat golongan muda sekarang, pendekatan menggunakan media sosial amat dititik beratkan.
“Sudah tentu ia medium terbaik untuk saya memberitahu masyarakat luar apa aktiviti yang sedang dilakukan. Sementelah maklumat melalui arus perdana dikawal sepenuhnya. Jadi saya guna peluang ini melalui facebook, twetter dan instagrammenjadi medan yang paling utama untuk berkomunisasi dengan rakyat dan juga mendengar keluhan rakyat terutama golongan warga emas, wanita dan anak muda yang bimbang tentang masa depan mereka.
“Golongan muda lebih mudah dan begitu lincah untuk berinteraksi. Mereka tidak ada masa untuk melihat surat khabar, sebaliknya menggunakan medium ini untuk menerangkn segala usaha yang dilakukan misalnya jika saya ada melawat kebakaran dan media sosial menjadi medan untuk menerangkan segala usaha yang dilakukan..
“Facebook live dan juga portal berita online juga sangat penting. Saya juga banyak belajar daripada mereka yang sangat lincah untuk berkomunikasi dan lebih arif soal trend,”tambahnya yang tidak terkecuali menjadi mangsa ‘hater’.
Namun beliau ada cara tersendiri untuk menangani dan perlu bersikap tenang. Tidak salah menjawab tetapi perlu berdasarkan prinsip yang jelas.
Ayuh, kita selami soalan lain yang tidak terjangkau fikiran di sebalik karakter diri sebenar Nurul Izzah. Rupa-rupanya beliau juga meminati fesyen walaupun hanya setia menggayakan tudung bawal menutup hijabnya.
1.Istiqamah dalam perjuangan
2.Peramah dan pemalu
3.Gelak ketawa kuat
4.Sangat vokal apabila memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat
5.Mencari penyelesaian
Bersukan perlu untuk pastikan kolesterol rendah dan tekanan darah tidak begitu tinggi. Kita perlu bersenam
Pamerkan perkara positif tetapi pada masa sama kena ambil kira kritikan membina. Pernah juga google untuk diri sendiri teta[pi lebih untuk maklum balas dan pandangan orang.
Cuba maksimumkan masa dengan ibu. Beliau adalah pemimpin dan individu paling bersabar pernah ditemui. Azam saya tahun ini untuk lebih hormatkan dan menyayangi ibu lebih baik dari sebelumnya.
Lebih mudah dan ringkas dan dapat bantu saya menjalani tugasan lebih berat. Saya memang sukakan tudung bawal kerana dapat menyerap peluh jika seharian mengenakannya dari pagi hingga malam.
Minat kerana mahu membantu daya keusahawanan orang muda dan wanita. Terkesan dengan kejayaan Vivy Yusof. Jemputan itu satu penghormatan buat saya dan hadir beri sokongan.
A post shared by FashionValet (@fashionvaletcom) on
Menjaga setiap malam sebelum tidur. Minum air mencukupi. Dulu memang ada masalah jerawat serius ketika belasan tahun tetapi saya kemudiannya terus menitik beratkan penjagaan muka.
Saya mahu menjadi Saintis dan pilihan kedua adalah Polis.
Bagi peminat kandungan YouTube vlogger kecantikan sudah tentu mengenali figura cantik, Vindy yang berasal dari Indonesia ini.
Vindy atau nama sebenarnya Harfrida Vindy Agustie menjadi tular kerana kandungan video YouTubenya menggunakan loghat khas Jawa.
Vindy sememangnya telah lama dikenali sebagai YouTuber. Dia sering memuat naik kandungan tentang petua kecantikan dan tutorial solekan di saluran YouTube miliknya.
Video tutorial solekan watak pada wajah menyerlahkan bakatnya dalam solekan. Setiap hasil solekannya dikongsi di saluran YouTube sejak tahun 2014.
Keunikan Bakat
Ia bukan sahaja menyediakan tutorial solekan untuk kecantikan bahkan juga petua serta cadangan kecantikan.
Memiliki Ramai Pengikut Di Media Sosial
Kini, Vindy berjaya memperoleh 9 juta pengikut dengan ratusan penonton bagi setiap kandungan yang dimuat naik.
Apa yang unik tentang Vindy ialah dia sentiasa setia dengan watak tipikal. Malah, dia menjelmakan dirinya sebagai vlogger kecantikan. Selain menjadi YouTuber, Vindy juga pernah bergelar makeup artist.
Berkat namanya yang mula melonjak naik, kini Vindy sering diundang ke pelbagai acara solekan di Malang, Surabaya dan kota-kota lain. Vindy turut fokus menguruskan studionya yang diberi nama “Inivindy Yang Ajaib Make Up & Photography Studio” di kawasan
Pernah Bekerja Sebagai Pereka Grafik
Ketika aktif sebagai blogger dan vlogger kecantikan, Vindy masih bekerja di organisasi media sebagai pereka grafik.
Mahir Menghasilkan Realistic Makeup
Bukan sahaja mahir menghasilkan solekan biasa, Vindy juga hebat menghasilkan solekan yang realistik termasuk karakter dan face painting.
Dari kisah Vindy, apa yang kita boleh pelajari ialah untuk berjaya memerlukan komitmen dan sentiasa kreatif. Kreativiti bukan hanya membuatkan seseorang itu kelihatan unik malah boleh menjadi identiti tersendiri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rihanna mempunyai salah satu kulit yang paling dicemburui kebanyakkan wanita yang berkulit gelap. Rihanna baru-baru ini mengejutkan industri hiburan apabila gambarnya telah dirakamkan di New York City, di mana Rihanna memulakan debutnya dengan baby bump sambil memakai jaket panjang berwarna merah jambu. Pakaian luarnya yang bersaiz besar dibuka di bahagian bawah untuk menampakkan perutnya yang semakin membesar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Fenty Skin, barisan produk kecantikan Fenty membuka pintu kepada wanita di luar yang mempunyai kulit yang sepertinya untuk kekalkan wajah bercahaya seperti RiRi. Berbadan dua tidak semestinya perlu mengabaikan penjagaan kulit wajah, jom kita semak rutin penjagaan kulit supaya anda kekal bermaya walaupun berbadan dua.
Anda mungkin pernah mendengar istilah “pembersihan dua kali”. Ia adalah teknik yang sering digunakan untuk menanggalkan solekan dengan satu pembersih, kemudian bersihkan kulit dengan yang berasingan sebelum penjagaan kulit tambahan digunakan. Tetapi Fenty Skin Total Cleans’R Remove-It-All Cleanser, katanya, adalah “dua dalam satu.”
Rihana menanggalkan solekan dan membersihkan kulitnya dalam satu laluan. Sama ada anda memakai solekan atau tidak, ia boleh mengeluarkan hanya kotoran dan minyak, atau memecahkan semua kotoran solekan dan menanggalkannya dengan mudah. Dia menggunakan pembersih pagi dan malam dan menambah bahawa ia tidak melucutkan, menjadikan kulit berasa dipelihara dan lembap.
Rangkaian kulit ini membantu mengubah kulit dengan formula pekat yang dibungkus dengan AHA yang membantu mencerahkan, memudarkan rupa bintik-bintik gelap, dan mengurangkan rupa pori-pori sambil meningkatkan kandungan lembapan kulit. Gabungan enzim dan ekstrak buah membantu menjernihkan dan melicinkan. Aplikator boleh guna semula memberikan pengelupasan fizikal yang lembut, menjadikan kulit sangat lembut dan berseri. Mempunyai bauan buah-buahan yang ringan yang diinspirasikan oleh buah delima dan bunga raya.
Fenty Skin Fat Water Pore-Refining Toner Serum unik kerana ia lebih likat daripada kebanyakan toner, merupakan toner dan serum dalam satu. Rihanna memakainya selepas membersihkan dengan menuangkannya ke tapak tangannya dan menepuknya ke kulitnya, yang meminimumkan sisa dengan menghapuskan keperluan untuk pad kapas. Beberapa bahan yang menonjol ialah niacinamide, ceri Barbados dan bunga kaktus.
Tanggapan terbesar dengan SPF, khususnya, adalah bahawa orang kulit hitam tidak memerlukannya dan sebagai seorang wanita kulit berwarna gelap, Rihanna mengatakan itu adalah satu pembohongan. Fikirkan bahagian badan anda yang terdedah kepada matahari, seperti tangan ketika memandu kereta, sangat terdedah dan ini adalah bahagian badan yang cepat menua. SPF adalah untuk semua orang dan setiap hari.
Pelembap Fenty Skin Hydra Vizor Invisible Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen juga merupakan produk kombo, sebagai pelembap dan pelindung matahari dalam satu. Selain itu, Rihanna memastikan bahawa ia meninggalkan sifar ‘wajah berkapur’ atau bau funky yang berlarutan. “Bagi saya, produk yang paling saya suka berbelanja ialah pelembap. Apa-apa kaitan dengan pelembap,” Sama ada muka atau badan, saya rasa menambahkan kelembapan yang baik pada kulit anda dan mempunyai sesuatu yang anda tahu berkesan dan sangat penting.” (sumber dipercayai)
Kecantikan wajah haruslah selari dengan penjagaan kulit badan, mujur jenama ini mempunyai set penjagaan lengkap. Lihat sahaja pengasas jenama ini, Rihanna masih mengekalkan kecantikannya walaupun berbadan dua. Hebat bukan!
Kita semua tahu kepentingan menjaga kulit terutama semasa musim perayaan dan majlis rasmi tertentu. Sama ada untuk diri sendiri atau sahabat anda, Fenty Skin mempunyai semua set yang anda perlukan untuk membawa penjagaan kulit harian dan rutin penjagaan badan anda ke peringkat seterusnya.
Edisi terhad pertama ini akan membuatkan anda mengucapkan selamat malam kepada kulit kusam, kering dan selamat pagi kepada kulit lembap dan gebu. Hanya dalam seminggu, pori-pori dan bintik-bintik gelap juga kelihatan lebih baik. Pastikan bibir anda cantik dengan Pro Kiss’r Luscious Lip Balm, formula super berkrim dan ringan yang melicinkan, melembutkan dan meluncur ke atas bibir untuk menyuburkan dan mengunci kelembapan.
Berikan kulit anda rawatan pantai Barbados musim cuti ini dengan set mini duo mesra perjalanan. Gosok kulit kasar dengan titisan dalam kilauan berkilat yang menghidratkan dengan pasangan sempurna ini, memberikan anda semua yang diperlukan untuk mencapai kulit licin, lembut dan anjal.
Bukan mudah untuk kekal wajah segar dan berseri ketika mengandung, kerana alahan dan beberapa simptom yang merubah rutin kecantikan anda, cuba jangan tinggallkan wajah tanpa secalit mekap. Mujur rangkaian solekan Fenty Beauty tidak memerlukan anda solekan berat, cukup hanya sapuan yang memberi wajah anda warna kesegaran sepanjang hari.
Palet ini menampilkan pelbagai rupa untuk semua warna kulit. Daripada penampilan harian yang halus kepada glam yang menarik perhatian. Ia padat dengan kemasan matte, berkilauan dan metalik yang sarat dengan warna yang kaya, licin dan boleh dicampur. Selain itu, ia mempunyai formula tahan lama dan tahan lipatan.
Diamond Bomb Triple Drip membolehkan anda menikmati tiga warna pastel yang paling kami gemari, diimaginasikan semula menjadi tiga warna penyerlah wajah untuk kemasan serba glitz tanpa berpasir yang kelihatan luar biasa pada semua warna kulit.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di