Trend tudung terbaru sentiasa menghangatkan industri fesyen hijab tempatan. Walaupun mungkin tak lama, tapi ia cukup membuatkan kebanyakan hijabi teruja untuk mengikutinya ataupun mencubanya sekali.
Terkini, trend hijab terbaru adalah dengan menggunakan klip rambut di tudung. Gaya ini sebenarnya pernah menjadi tular tidak lama dahulu dan kini ianya kembali popular. Klip rambut yang biasa kita gunakan bagi merapikan rambut kini disepit di tudung pula. On tak on sis?
Cute jugak kan?
Kalau kena dengan gayanya, semuanya jadi on point.
Ads
Hasil penggayaan menggunakan klip rambut oleh penata hijab terkenal, Didiyana Ehsan. Vassnya!
Siapa kata wanita yang berhijab tak perlu bersusah payah jaga rambut? Sebenarnya penjagaan mahkota yang satu ini lagi rumit kerana perlu keringkan betul-betul kalau ianya basah sebelum diserlum dengan anak tudung.
Kalau tak dijaga dengan betul rambut akan berbau hapak dan mengundang rasa tak selesa rakan sebelah. Jangan tak tahu bau hapak ini boleh juga dihidu walaupun kita berhijab.
Tetapi ada juga hijabi yang memang suka lakukan tabiat hingga merosakkan rambut. Ini dia admin senaraikan 6 tabiat yang mereka suka lakukan hingga boleh merosakkan rambut. Awas ye, lepas ni sila ubah tabiat buruk ini.
Ikat rambut terlalu ketat akan rosakkan akar rambut. Pilih getah rambut yang longgar agar rambut ada ruang untuk bernafas.
Ini mungkin ramai yang sangat biasa dilakukan. Apabila rambut masih basah dan terus nak pakai tudung akan menyebabkan ia berbau masam dan kepam. Ini juga menyebabkan rambut naik kelemumur.
Memang la pakai tudung tapi tak semestinya anda tak perlu sikat rambut. Sikat rambut untuk elakkan hujung rambut bercabang dan berselirat.
Kesiannya rambut kalau masa tidur pun masih nak diikat! Elakkan masalah keguguran rambut dengan lepaskan sahaja rambut korang tu.
Aduhai, gelinya kalau anak tudung sampai seminggu tak tukar. Kalau boleh tukar lah setiap hari. Kalau boleh beli tudung mahal, takkan lah tak boleh beli anak tudung kan ?
“Kali pertama pakai rasanya tak perlu basuh boleh pakai lagi sekali ni”. Kebanyakkan hijabi kerap lakukan ini supaya tudung tidak rosak sekiranya dibasuh berkali-kali. Untuk mengelakkan tudung cepat rosak tidak perlu gosok menggunakan berus hanya gunakan tangan sahaja.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak YB Nurul Izzah menang dalam pilihan raya yang lalu di Parlimen Permatang Pauh, populariti beliau semakin memuncak. Bukan sahaja netizen menggemari gayanya yang sederhana, tetapi stail tudung digayakan juga turut mencuri tumpuan. Sejak 20 tahun lalu, ternyata anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap setia menggayakan tudung bawal.
Ketika diundang menjayakan program bagi FBI LIve yang dikendalikan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail, mereka telah membuat tinjauan sama ada hijab bawal atau selendang yang jadi pilihan ramai.
Setelah kajian dilakukan, keputusannya memihak kepada mereka yang memakai tudung bawal. Sebanyak 56 peratus diperoleh melalui undi yang dilakukan di media sosial.
Nampaknya hijab bawal yang suatu ketika pernah jadi fenomena kini kembali viral untuk fesyen hijab paling diminati tahun ini.
Tidak mustahil raya ini, hijab bawal akan kembali popular di kalangan hijabi. Fabriknya yang lembut dan mudah dibentuk menjadikan bawal dilabel hijab ‘friendly’ berbanding selendang.
Dalam rancangan berkenaan juga, YB Nurul Izzah turut membuat hijab tutorial pada Fara Fauzana.
FBI Live adalah merupakan sebuah rancangan yang menggunakan medium sosial dikendalikan oleh bekas penyampai radio, Faizal Ismail sejak tahun lalu. Disiarkan di saluran facebook yang beroperasi dari rumah Faizal Ismail di Damansara.
Selain Faizal, Fara Fauzana juga turut diundang menjadi rakan penyampai dalam rancangan berkenaan. Pernah mengundang beberapa selebriti yang turut mengutarakan pelbagai isu semasa.
Ramai di antara kita yang akan menunggu untuk mengemas rumah pada hujung minggu sedangkan kadangkala tidak sampai hari Rabu rumah sudah bagai tongkang pecah.
Jadi admin berikan rutin cepat dan mudah untuk mengemas tatkala hari minggu tetapi tidak mengambil masa dan tenaga yang berlebihan.
1) Kunci #1 dalam menjaga kebersihan rumah adalah dengan memiliki rutin. Rutin harian dan mingguan wajib ada.
Mula-mula pasti sukar untuk mengamalkannya tetapi bak kata pepatah, ‘alah bisa, tegal biasa’.
a. Kemaskan katil.
b. Sapu kawasan yang berhabuk dan jelas kotor.
c. Angkat pakaian yang berterabur/barang yang tidak berada di tempatnya selama 10 minit.
d. Lap kaunter di dapur.
e. Pastikan sinki tiada pinggan mangkuk kotor.
Cuba untuk lakukan rutin harian ini secara konsisten agar rumah anda kelihatan agak kemas. Daur anda akan kelihatan lebih baik tanpa tompokan minyak dan kotoran pada kaunter dan juga pinggan mangkuk kotor dalam sinki.
Lantai rumah walaupun tidak bermop, sudah cukup tampak bersih dengan menyapunya setiap hari. Anda boleh sahaja membuat senarai rutin harian berdasarkan kelapangan dan tahap baki tenaga anda.
2) Seterusnya, sediakan rutin mengemas mingguan yang terdiri daripada tidak lebih dari tiga tugasan setiap hari dan ada jangka waktunya.
Tidak melakukan semua tugasan serentak dan hanya tiga sahaja membantu mengelakkan anda keletihan berlebihan dan juga dapat menjadikan rumah anda kekal kemas dan teratur. Habiskan masa minimum 10 minit dan maksimum 45 minit untuk setiap tugasan.
Set masa anda dan ini akan membantu anda mengemas dengan efisyen dan cepat.
a. Dapur (30 minit).
b. Ruang tamu (15 minit).
c. Laundri: cadar sahaja.
a. Bilik air (30 minit).
b. Bilik tidur (15 minit).
c. Laundri: pakaian sahaja.
a. Vakum (30 minit).
b. Mop (30 minit).
c. Laundri: Kain buruk/pengelap kaki.
a. Ruang pejabat/membaca/surau rumah (15 minit).
b. Periksa rumah (10 minit)
c. Laundri: pakaian.
a. Bersihkan peti ais (15 minit).
b. Kemaskan sepahan (15 minit).
c. Laundri: barangan haiwan peliharaan.
1. Balik kampung atau bercuti ke mana-mana.
2. Menghabiskan masa bersama keluarga melakukan aktiviti yang bukan mengemas rumah.
3. Jika anda memiliki lebihan masa pada hari minggu, mengapa tidak?
4. Boleh melakukan pengemasan rumah menyeluruh pada hujung minggu jika anda mahu.
Mungkin bagi mereka yang ada lebihan masa selepas pulang pejabat, bolehlah cuba untuk mengamalkan rutin ini. Jika anda jenis yang bekerja pergi Subuh pulang selepas Marghrib, mungkin agak sukar untuk mencubanya.
Buatlah sekadar yang anda termampu agar anda dan pasangan tidaklah bertekak mengenai kebersihan rumah memanjang dan mata anda juga tidak sakit melihat keadaan rumah.
Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.