Pelbagai cara untuk menonjolkan lagi gaya polos anda dengan hijab bercorak yang kian trending kini. Namun harus berhati-hati untuk tidak mencampuradukkan dua atau lebih cetakan pada satu penggayaan. Buat gadis hijabi, kena ambil kisah tip di bawah untuk elak anda menjadi mangsa fesyen.
Hijab bercorak jadi trend kini.
Elakkan daripada menambahkan corak cetakan yang sama pada blaus, celana mahupun sepatu anda. Tidak perlu menggunakan satu corak yang sama dari hujung rambut ke kaki.
2. Cuba pilih warna yang lebih neutral seperti ‘nude’, hitam dan putih pada pakaian anda apabila menggayakan hijab yang bercetak dan bercorak sarat. Ini adalah bertujuan agar ‘look’ itu lebih sedap dipandang.
Elak pakai baju vercorak dan tudung pun bercorak.
3. Aksesori dempak ataupun sandal rona emas dan gangsa amat sesuai dan padan untuk melengkapkan gaya anda pabila menyarungkan hijab yang bercetak.
Ads
4. Awas! Hijab yang bercetak rona terang harus dielakkan apabila menghadiri mesyuarat mahupun acara formal, kecuali anda mahukan seluruh tumpuan pada penampilanmu.
Ads
Sesuai digayakan untuk acara formal.
5. Setiap hijabi ada stail sendiri untuk menata rias hijab mereka, namun tip yang amat penting untuk tidak bermain dengan ‘volume’ yang terlampau untuk tidak membuat gaya anda terlalu sarat.
Sebagai seorang wanita, pastinya anda memiliki pakaian atau hijab daripada fabrik yang lembut seperti kain berbulu, sutera, kapas dan nylon. Terdapat pelbagai jenis fabrik lembut di pasaran kerana setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza.
Fabrik lembut ini perlu dijaga dengan rapi agar ia kekal lama dan tidak mudah rosak. Jadi, anda perlu tahu cara penjagaan yang tepat agar ia tahan lama. Nah, Hijabista kongsikan 6 tip penting yang boleh anda cuba.
Mencuci fabrik lembut dengan tangan dapat menjamin kebersihan serta menjaga kondisi fabrik tersebut. Jadi, sebaiknya anda cuci dengan tangan.
Sekiranya anda mencuci fabrik lembut seperti hijab menggunakan mesin basuh, gunakan laundry bag agar ia tidak mudah rosak. Pilih pusingan sederhana atau perlahan untuk cucian mesin.
Jangan sesekali menggunakan peluntur ketika mencuci fabrik lembut kerana ia hanya akan merosakkan fabrik tersebut.
Untuk menjaga kondisi fabrik lembut, pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai. Hijabista cadangkan anda gunakan pencuci TOP Lite kerana ia sesuai untuk cucian fabrik halus dan lembut. Malah, ia juga dapat memelihara kelembutan fabrik serta dapat menghilangkan kesan daki, peluh dan bau hapak dengan sepenuhnya. Mengapa TOP Lite berbeza dengan pencuci baju yang lain? Ini kerana TOP Lite dapat mencegah kepudaran pada fabrik dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kecerahan warna fabrik. Pencuci TOP Lite lembut pada kulit dengan pH neutral dan ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria.
Jangan keringkan fabrik lembut menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk fabrik tersebut. Sebaiknya, gantung dan jemur ia di bawah matahari. Lebih mengujakan apabila pencuci TOP Lite akan mengekalkan keharuman pada fabrik. Sekiranya hujan, anda tidak perlu risau kerana TOP Lite sesuai untuk pengeringan di bawah kawasan yang teduh. Jadi, baju anda tidak akan berbau.
Seeloknya, jangan bilas pakaian anda dengan pelembut kerana pelembut tidak sama fungsinya dengan pencuci baju. Pakaian anda masih kotor dan pelembut tidak dapat menghilangkan kekotoran pada pakaian anda jika anda membilas pakaian menggunakan pelembut.
Max Kleen9 Hijab Wash Mencuci kotoran yang dapat menghilangkan kesan peluh, minyak dan gincu / mekap dengan mudah. Hanya perlu RENDAM-BILAS-SIDAI. Walaupun hijab wash, ianya tidak hanya mencuci tudung, tapi terbukti dapat membersihkan pakaian sekolah dan telekung yang sudah kekuningan. Cara Penggunaan Tuangkan 2-3 penutup botol hijab wash) ke dalam baldi air kemudian rendam tudung atau fabrik anda beberapa jam. Max Kleen9 Hijab Wash, ia lembut pada tangan dan tidak akan membuatkan tangan anda menjadi lebih kasar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahukah anda bahawa Vaseline melangkaui bibir dan luka yang pecah-pecah? Juga dirujuk sebagai jeli petroleum, yang merupakan bahan utama Vaseline, ia dicipta pada tahun 1800-an sebagai balsem penawar dan telah menjadi makanan ruji rumah sejak itu.
Atas sebab itu, salap multitasking biasanya boleh didapati di setiap kabinet ubat.Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjimatkan anda dalam banyak situasi isi rumah jika anda tahu cara menggunakannya dengan potensi penuhnya.
Daripada menghilangkan kesan kotoran hinggalah menghalau serangga perosak, berikut ialah tujuh cara yang tidak dijangka untuk menggunakan Vaseline yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.
Anda boleh membaiki calar kecil pada permukaan kayu dan perabot kayu.Hanya buih salutan tebal jeli petroleum pada calar.Tunggu 24 jam sebelum mengeluarkan lebihan dengan kain, dan sapukan kawasan itu sambil anda menggosok sedikit baki ke dalam kayu.
Begitu juga, anda boleh menghilangkan kesan dan calar pada perabot dan kasut kulit dengan menggunakan Vaseline.Ia bertindak sebagai pengganti pengilat kulit dalam secubit.Gunakan kain untuk menggosok sedikit pada tempat yang dikehendaki.Selain itu, ia menghidratkan kulit dan meningkatkan kilauan kerana ia menghilangkan calar.
Sukar untuk mengeluarkan semua perkakasan dan tombol pintu anda semasa mengecat.Sapukan lapisan jeli petroleum di mana-mana sahaja anda mahu mengelakkan cat, dan ia akan dapat dipadamkan dengan mudah sekiranya berlaku percikan penyangak.
Selamat tinggal, pintu berderit dan tingkap yang sukar dibuka.Vaseline boleh menjadi bantuan besar untuk menambah pelinciran yang sangat diperlukan pada engsel pintu dan kunci selempang tingkap.Hanya sapukan jumlah nipis di seluruh kawasan sasaran, dan sapukan semula setiap beberapa bulan mengikut keperluan.
Jeli petroleum juga kadangkala boleh digunakan sebagai penghilang noda rahsia.Jika anda mengalami kesan solek pada tuala, cadar atau bantal, anda boleh menggunakan kain lembap dan sedikit Vaseline untuk mengangkat kotoran sebelum mencuci.Biasanya kotoran solekan boleh menjadi sangat sukar untuk ditanggalkan, tetapi Vaseline membantu mengeluarkan minyak dalam solekan lebih baik daripada penanggal lain.
Mentol lampu luar boleh mempunyai kebolehan untuk melekat pada soket selepas tempoh yang lama, meninggalkan anda dengan tugas untuk cuba membuka mentol yang degil tanpa memecahkan kaca.Jika anda menyapu sedikit Vaseline pada pangkal mentol sebelum menanggalkannya, ia akan membantu mengelakkan masa.
Sesiapa yang ada masalah semut boleh guna petua ini!Salutan Vaseline memerangkap perosak terkunci darat di jejak mereka.Sama ada di ambang tingkap atau di sekeliling tepi mangkuk makanan kucing, anda boleh menggunakan jeli petroleum untuk membekukan semut dan menangani masalah anda.
Nah mudahkan! Secara amnya jeli petroleum ini dapat membantu masalah dengan cepat, tetapi jika ianya berlanjutan perlu rujuk pada pakar. Selamat mencuba!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kalau mengenakan hijab pastinya kita juga memerlukan pin supaya hijab tersebut terletak kemaskan. Namun, hijabi juga perlulah berhati-hati dan mengambil langkah selamat sewaktu memakai pin atau kerongsang tersebut kerana ia boleh mencederakan anda juga secara tidak sengaja.
Jangan ambil mudah sis… Untuk penjelasan yang lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada Doktor Nurul Yaqeen ini.
Kepada para hijabista/wanita di luar sana, tolong berhati-hati ketika memakai hijab/tudung menggunakan pin, kerana ia boleh mencederakan paru-paru anda.
Memegang pin tudung menggunakan mulut/bibir/gigi ketika menggayakan hijab, adalah sangat berbahaya, kerana pin itu boleh terlepas masuk ke dalam mulut, seterusnya pergi ke paru-paru, dan mencederakan paru-paru
Sekiranya ia berlaku, pembedahan dengan secara bius penuh terpaksa dilakukan menggunakan ‘rigid bronchoscopy’ (kamera untuk melihat ke dalam paru-paru), seperti yang telah dilakukan oleh doktor-doktor pakar paru-paru dari Respiratory UKMMC semalam
Pesakit wanita itu bernasib baik kerana pin tudung tersebut telah berjaya dikeluarkan dengan selamatnya. Syabas dan tahniah kepada team doktor pakar paru-paru Respiratory UKMMC atas kejayaan ini
Adalah lebih selamat meletakkan pin tersebut di tangan baju atau di tempat lain sahaja ketika menggayakan hijab/tudung anda. Kes-kes seperti ini telah banyak berlaku sebelum ini. Antara simtom tersedak pin tudung adalah batuk berterusan, batuk berdarah, sakit dada dan susah nafas. Segeralah berjumpa doktor pakar paru-paru jika anda tersedak pin tudung
Saya akan kongsikan cara-cara memegang pin tudung yang betul ketika memakai tudung dalam posting seterusnya, insyaallah NOTA : Jangan pegang pin tudung menggunakan mulut/bibir/gigi ketika memakai tudung/hijab