Buat mereka yang berhijab, pastinya ingin tampil indah bergaya tiap hari . Alangkah lebih menawan jika mengenakan hijab yang selesa, sesuai dengan tona kulit serta serasi dengan rona baju pilihan hari-hari anda. Juga boleh menyerlahkan penampilan untuk lebih wow.
1. KULIT GELAP
Warna tudung paling ideal bagi kulit ini pastinya warna ceria dan cerah yang menyerlahkan penampilan diri. Sebagai contoh biru laut, pink, peach, hijau muda, lavender, pastel dan putih.
Elakkan pakai warna yang gelap dan terang seperti coklat, hitam, biru gelap, hijau gelap, merah bata, kuning dan oren kerana ia buatkan wajah makin malap.
Tona kulit gelap adalah tona kulit yang paling versatail berbanding tona kulit yang lain. Selain warna coklat atau mocha yang warnanya hampir sama dengan warna kulit asal anda, anda akan nampak cantik dengan kebanyakkan warna solid yang lain.
Wanita Asia majoritinya miliki tona ini.Bagi menampakkan muka kita berseri-seri warna pilihan tentulah rona krim, pastel, biru tua, maroon, ungu dan hitam.
Warna yang perlu dielakkan adalah merah, kuning, hijau tua, olive dan coklat tua.
Untuk gadis kulit bertona sederhana ini, beberapa bukti pilihan warna neutral yang baik adalah warna ivory, beige, sand, taupe, light blush, olive green dan camel juga pasti membangkit seri gaya anda.
Bagi kulit jenis ini, dinasihatkan mengenakan tudung warna pink, merah dan biru.Warna krim, coklat dan oren tidak digalakkan dan jika boleh elakkan kerana penampakkan wajah pucat.
Tona kulit ini mudah dipadankan dengan kebanyakan jenis warna seperti gelap atau cerah. Namun diri akan lebih berseri apabila memakai tudung warna ceria dan terang.
Misalnya hitam, kelabu, merah, biru terang, ungu dan hijau terang. Awas, jauhi warna tanah, pastel, putih dan beige.
Bagi anda yang mempunyai tona kulit yang cerah, warna solid yang sesuai dengan anda bergantung sama ada kulit anda lebih bertona merah jambu atau kuning.
Antara peraturan yang umum, warna putih dan hitam tampak cantik untuk kulit yang cerah (walaupun warna hitam berpotensi untuk nampak kasar di kulit yang cerah).
Setiap pagi kita pasti sudah mempunyai rutin kehidupan yang cuba kita turuti, ianya untuk memastikan supaya hari yang baru di mulakan dengan perkara yang produktif. Tiba-tiba, perut memulas dan ‘menggelodak’, sudah cantik berhias kini perlu bergegas ke tandas untuk BAB (buang air besar).
Tetapi perkara ini menjadi tanda tanya buat segelintir orang, adakah ia normal untuk kerap membuang air besar setiap pagi? Apakah kekerapan membuang air besar setiap pagi juga menunjukkan satu kondisi kesihatan?
Kondisi ini bukanlah satu perkara yang abnormal, ia adalah suatu perkara yang sering terjadi kepada setiap manusia. Ada juga beranggapan bahawa proses pencernaan kita mula sambung kembali di waktu pagi kerana sudah ‘tutup’ pada waktu malam kerana tidur.
Menurut Liputan6, ahli gastroenterologi, Dr. Sarina Pasricha, membuang air besar pada setap pagi merupakan satu waktu yang sesuai dan normal bagi seorang individu. Perkongsian Dr. Sarina Pasricha ini menjelaskan kenapa ada kerisauan timbul apabila ia menjadi kerap kepada seseorang untuk membuang air besar setiap pagi.
“Pada setiap pagi, apabila kita bangun sahaja dari tidur, badan akan di terima mesej dari otak untuk membuang air besar,
“Setiap pagi juga, anda sudah mula terasa untuk membuang air besar, jadi usus besar akan mulai untuk memberikan reaksi,” katanya.
Sebenarnya, mengapa manusia mula untuk membuang air besar pada setiap pagi adalah kerana setiap organ yang berada di dalam tubuh manusia akan kerja tiga kali ganda pada satu jam pertama setelah bangun dari tidur. Hal ini kerana, sewaktu tidur, itu adalah waktu yang sesuai bagi usus besar dan kecil untuk memproseskan sisa makanan yang telah di makan oleh manusia seharian.
Lazimnya, setelah 30 minit kita bangun dari tidur, sangat penting untuk kita minum air kosong untuk membantu kesihatan usus dan proses pencernaan yang baik. Dr. Sarina Pasricha juga menyatakan bahawa jika seseorang tidak membuang air besar dalam sehari atau lebih beberapa hari, itu menunjukkan satu kondisi kesihatan yang bahaya.
Mengikuti penjelasan dari HelloSehat, Berbard, pakar pemakanan dan juga pengarang The Beauty Detox Solution, Kimberly Snyder, menyatakan bahawa jadual proses pencernaan dari usus yang sihat adalah sehari sekali, walaupun secara idealnya adalah dua kali sehari. Namub Kimberly menjelaskan kadar kekerapan seseorang berbeza antara satu sama lain. Jadi bukan kekerapan yang penting di perhatikan, malah, bentuk ‘najis’ itu sendiri.
“Adakah najis anda keras atau lembut? Sekiranya kelihatan keras, anda sebaiknya perlu pastikan diet serta jumlah air yang anda minum. Hal ini kerana anda berkemungkinan dehidrasi atau sembelit. Kalau ia kelihatan cair, ia menunjukkan makanan di proses dengan cepat,
“Maka, tekstur najis itu lebih penting berbanding kekerapan yang sering kita ingat menjadi faktor utama untuk lihat kondisi kesihatan badan. Sekali atau dua kali adalah satu kekerapan yang baik.” katanya lagi.
Kesimpulannya, anda perlulah menjaga diet badan, minum air yang mencukupi, serta kurangkan dari pengambilan makanan yang kurang sihat. Demi menjaga kesihatan yang sihat perlulah bermula dari cara pemakanan dan kesihatan dalaman yang baik.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Bagi Manushi Chhillar, 20 tahun sama sekali tidak menyangka akan dinobat sebagai wanita tercantik dunia dalam pertandingan Miss World 2017 edisi ke 67. Beliau yang berasal dari India merupakan penuntut di Kolej Perubatan Kerajaan Bhagat Phool di Sonepat, India. Chhillar bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan mempunyai visi dalam menjana masa depannya.
A post shared by Manushi Chhillar (@missworldindia) on
Ternyata gads cantik ini seorang yang begitu menghormati ibunya. Malah keakraban dengan insan bernama ibu ini menjadi inspirasi kepada jawapan pada soalan terakhir yang diajukan padanya.
A post shared by Manushi Chhillar (@missworldindia) on
Gadis ini yang tersenarai dalam 10 terbaik sebelum itu sebelum melangkah penuh bergaya ke 5 terbaik. Dan ternyata jawapan dari soalan terakhir yang ditanya berjaya menambat hati juri.
Chhillar ditanya apakah kerjaya yang membolehkan seseorang itu mendapat gaji yang tertinggi. Tanpa berfikir panjang, gadis jelita ini menjawab oleh kerana dia begitu rapat dengan ibunya, jadi Chhillar merasakan kerjaya sebagai ibu yang paling layak mendapat penghormatan tertinggi.
A post shared by Manushi Chhillar (@missworldindia) on
“Seorang ibu itu adalah yang paling layak mendapat penghormatan tertinggi. Bukan soal wang tetapi kasih sayang dan kehormatan yang diberikannya. Ibu saya menjadi sumber inspirasi buat diri saya. Bagi saya semua kaum ibu di luar sana telah berkorban uituk anak-anak mereka dan semestinya insan inilah yang paling layak mendapat penghormatan tertinggi.
Gadis ini turut bercita-cita untuk menjadi pakar bedah jantung dan turut merancang membuka sebuah hospital yang menawarkan perkhidmatan percuma di kawasan luar bandar.
Bukan itu saja, Chhillar juga merupakan seorang penari klasik India terlatih dan gemar sekali melakukan aktivii lasak seperti selam scuba, snorkeling dan bungee jumping.
Chhillar dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua untuk cinta dan sokongan yang yang tidak jemu-jemu diberikan sepanjang pertandingan berlangsung. “This one’s for India”.
Nampaknya bukan calang-calang gadis yang dipilih untuk memegang takhta ratu cantik dunia ini. Dengan usia yang masih muda, Chhillar diharap dapat memberi motivasi kepada wanita di luar sana dalam meneruskan aktiviti kemasyarakat yang telah diatur nanti.
Pertandingan kali ini diadakan di Sanya China dan Chhillar menawaskan 108 peserta lain dari seluruh dunia untuk merangkul anugerah paling berprestij itu.
Malah India juga kini setaraf dengan Venezuela sebagai Negara yang paling banyak mencatat kemenangan dalam sejarah Miss Wold. Selain Priyanka, Aishwarya Rai juga turut pernah dinobat Miss World .
Tomato sarat dengan vitamin A dan C, malah semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak. Selain dijadikan ramuan masakan, tomato juga digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan.
Walaupun dikategorikan sebagai makanan, tomato juga kaya dengan pelbagai manfaat untuk menjaga kecantikan kulit dan rambut. Sebagai sayur yang memiliki kandungan air yang tinggi, tomato boleh membantu melembapkan kulit dan membuatkannya lebih sihat.
Tomato bukan sahaja mudah untuk didapati tetapi juga boleh dibeli dengan harga yang murah. Banyak kegunaan tomato untuk tujuan kecantikan.
Kecilkan Liang Pori
Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian, barulah bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.
Atasi Kulit Kering
Untuk atasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt original. Jadikan bahan ini sebagai masker, sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering, kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.
Kulit Cerah Sekata
Campuran jus tomato dan madu amat mujarab untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Hasilnya kulit akan cerah sekata.
Singkir Lemak
Amalkan makan tomato pada waktu pagi, ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus ini juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan kita berasa kenyang.
Kulit Badan Mulus
Mudah saja untuk kembalikan kelembapan kulit, lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali, pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bantu Atasi Kelemumur
Bagi yang ada masalah kelemumur, lenyek tomato, sapukan di bahagian kulit kepala. Lakukan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buat dua kali seminggu, kulit kepala akan bersih dan bebas kelemumur.
Rawat Rambut Kering
Ia juga boleh digunakan untuk merawat rambut yang kering dan bercabang. Lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Insya-Allah rambut akan sihat dan bersinar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.